Ahad, 30 September 2012
Gaji sikit? Boleh ke hidup?
Apa suami buat bila isteri Hamil? Part 3 (akhir)
TRIMESTER KETIGA (takut dan cemas)
Hah! Waktu2 ni ada debar, ada takut, ada cemas...biasalah...waktu2 nak bersalin dah dekat. Bukan isteri je takut...suami pun takut jugak...Sebab apa takut? Sebab isterinya tak secantik dulu..heheh...sebab mungkin dah tembam sikit...takut dah tak larat nak dukung...kihkihki...walupun camtu...korang tetap kena tahu apa yg berlaku kat isteri saat akhir ni...
• sering mengeluh sakit, sengal, nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
• mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak, bayi akan diam sebab pergerakan kita membuai bayi di dalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)
So, si suami...jangan lupa peranan anda waktu2 ni okey!
• bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
• pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
• bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
• bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (jangan teruskan menonton bola)
Akhir sekali...pesanan ikhlas dari Qaseh...keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri kawan anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini. Okey...semoga berjaya!...
Apa suami buat bila Isteri Hamil? Part 2
TRIMESTER KEDUA (masa-masa bahagia)
Hah! Sekarang bolehlah ibu2 mengandung dan hamil ni boleh releks sikit dan menikmati kehamilan diorang. Waktu ni suami dah tak terseksa sangatlah kan...berbanding Trimester pertama tadi...dah nama pun masa2 bahagia...heheh....waktu ni dah da gerakan2 dari bayi dalam perut...waktu ni si ayah lagi excited dari ibu tau...sebab boleh rasa bayi yang bergerak tu...Tapi, kena tau jugak apa yang berlaku pada isteri waktu ni...
• emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
• ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
• merasa bahagia dengan kehamilan
• cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )
So, apa suami boleh buat???
• teruskan sikap penuh pengertian. ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya
• seboleh mungkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
• ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim
Bab akhir lepas ni...tunggu!!!
Apa suami buat bila Isteri Hamil? Part 1
Dah tentu2 bila si isteri hamil si suami gembira. Ada ke suami yang tak gembira? Lagi2 anak pertama kan...Tapi kan, senyum sampai ke telinga belum cukup untuk bantu isteri yang hamil. Suami pun kena ada tugas sepanjang isteri hamil. Untuk apa? Supaya isteri rasa tak tertekan dan rasa senang hati je bila hamil...Tak yah nak mengelak eh...tau dah ramai yang merungut...ini bukan pakatan untuk isteri2 yang hamil buli suami tau...tapi ada kajian pasal ni...
TRIMESTER PERTAMA (masa penuh emosi)
Waktu hamil, macam2 berlaku kat perempuan ni, terutama bentuk badan dan emosi. Kenapa berlaku? Sebab perubahan hormon dalam badan lah... Siapa yg belajar sains kat sekolah dulu mesti tau dalam badan perempuan ada hormon estrogen dgn progestron...kan kan...bila hormon ni kejap turun kejap naik...hah! waktu tu lah emosi pun berubah2. Alah! macam tak biasa pula bila isteri period kan...hah gitulah keadaan...So, sebagai suami...pls be a protector...bukan pengulas acara...kata si isteri mengada2 dan sebaginya...okey! Korang kena tau, apa yang perempuan akan alami bila hamil....
• sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
• lekas penat dan mudah mengantuk
• mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
• emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.
So, kalau benda macam kat atas berlaku...apa yg suami2 ni boleh buat? Sabar? Tak cukup...Pujuk...herm...bolehlah kot...apa kata buat macma kat bawah ni....
• buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya
• bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
• tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. sapaan seperti “ baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenangkan hati. selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatianlebih daripada biasa
Okey...kita sambung jab lagi...penat taip ni...heheh...
Tak habis lagi pasal Bajet 2013 ke?
My Friends Engagement
Qaseh dapat BE dari Nuffang ke ni?
Sabtu, 29 September 2012
Maaf, Sedih, Kecewa, Berdebar! Itu yang dirasa...
Selasa, 25 September 2012
Comel tak?
Langgan:
Catatan (Atom)