SHout






Rabu, 30 Mei 2012

Yayasan Utk mangsa Asid

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Seriosly, kita memang kena ambil berat pasal ini. Bukan seorang dua mangsa asid di Malaysia. Rasanya jumlahnya terlalu ramai. Apa yg kita buat apabila mendengar mengenai ini? Sedih, simpati dan belas kasihan sahaja yg mampu kita beri. 
 
Terbaca dalam sebuah akhbar tempatan dimana kita perlu mewujudkan sebuah Yayasan khas untuk mangsa asid seperti yang ditubuhkan di sebuah negara luar. Sebenarnya memang patut pun buat satu yayasan. Kerana, mangsa-mangsa ini bukan sahaja menghadapi kecatatan diri tetapi juga tekanan perasaan kerana trauma dan sebagainya. 
 
Mungkin dgn wujudnya yayasan ini dapat membantu bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga membantu dalam hal memberi kaunseling untuk mangsa yg trauma dan rendah diri kerana mengalami kemalangan berikut.
 
Pe pendapat kwn2 mengenai hal ini? Tahukah kita, terdapat mangsa asid yg disisihkan kerana kejadian yg berlaku pada mereka. Dan kalau baca balik berita mengenai mereka, ramai yg menjadi mangsa adalah hasil perbuatan orang sekeliling dan keluarga sendiri. 
 
~klu marah je simbah asid, boleh gitu?~

Selasa, 29 Mei 2012

Berhati2 Di Jalan Raya

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Ramai orang cakap... Dia mmg bawa laju....
Kalau la dia bersabar... 
hati2 di jalan raya....

Hadiah Hari Jadi

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Hari jadi Qaseh tak lama lagi .. teringin sangat nak barang kat bawah nie .. memula nak benda lain .. tapi lepas nampak benda nie terus jatuh hati .. pls .. pls .. klu ada sesiapa yg baik hati ..

Qaseh nak ni ..

Tentang Sahabat

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Siapa nk jadi sahabat Qaseh?

Tak Susah Solat...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Jom kita solat!

Jom Bida Plat No WWW 1 !

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pelik kan...WWW 1 tu kan dah dapat kat Sultan Johor...camana nak bida lagi yer tak..Hahah actually Qaseh gi jengah blog abg ben tadi...ter jumpa pasal laman web Chikapow..chicken pop..apa entah...sonok jugak...sbb korg boleh bida brg yg branded2 dengan harga paling murah!
 
Korang tak percaya? Korang jenguk kat laman web Chika Pow Pow ni! Mesti enjoy punyalah..Qaseh tgh tgk org membida ni...jomlah join...

Ahad, 27 Mei 2012

English Education

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Nak tergelak pula Qaseh baca...korang dah baca?
 
SURAT TIJAH NK BREAK OFF NGAN BOIPREN OMPUTIH DIA
 
Mike... .
I WANT TO CUT CONNECTION US.
 
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.
 
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me.
 
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times. 
 
Safe walk..

Betul2 100% Google Translate...

Yang Mana Satu Ni??

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Sabtu, 26 Mei 2012

Majlis Resepsi Ina & Zul

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Alhamdulillah, hari ini Qaseh selesai menjadi OP (Official Photographer) untuk majlis seorang kawan di Selayang. Secara jujur Qaseh katakan pengantin perempuan cantik sangat .. macam seorang pelakon tu .. siapa nama yer??? Oh ya, Nanu Baharudin... er, betul ke macam ni nama dia? Heheh .. rasanya betul kot .. senang sangat nak bekerja sama dengan pasangan ni .. walaupun malu-malu, mereka dah berikan yang terbaik .. yang perempuan bekerja sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur dan pasangannya seorang pakar IT .. 
 
Penat memang penat .. tapi, Qaseh rasa berbaloi sangat sbb puas hati dengan gambar2 yg Qaseh tangkap .. kat sini Qaseh sertakan untuk tatapn korang .. mana tahu dikalangan blogger2 ni ada yang otai fotografi .. bolehlah tolong C&C gambar Qaseh .. hehe ..
rasanya ini moment paling menarik
 
 
 
anak patung tu curil dlm keta Qaseh .. hahah


 
pengantin yg sgt sporting!
pengantin perempuan yg sgt jelita!

kesian! kena dera tgh panas..huhu

Jumaat, 25 Mei 2012

Dinner Time

Assalamualaikum...

Malam ni ada orang ajak dinner kat Sunway untuk makan steam boat .. adus abislah diet Qaseh gara² steam boat ni .. huhuhu ..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Menu Lunch

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 today lunch...nyummy...

Khamis, 24 Mei 2012

Help!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Pedasnya!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Khamis, 17 Mei 2012

Jom Kitar Semula!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
FAKTA 1

Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

Untuk membuktikan keprihatinan anda kepada alam sekitar, jom kta lakukan amalan berikut semasa berbelanja di pasar @ pasaraya...
 
~Beg kain dapat digunakan berulang kali

~Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik...

~Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

~Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

~Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

~Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan 
 
#Bagaimanakah cara penggunaan anda?
 

Rabu, 16 Mei 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Sangat sedih cerita kat TV9 tadi... terkesan kat dalam hati Qaseh ni. Kadang-kadang kita alpa dan lupa yg kita sedang menyakitkan hati orang. Kita manusia biasa yang sentiasa berbuat salah... tiada kata-kata yg benar dan indah hanya dari mulut Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W kan...

Bila fikir balik... kekadang kita lebih fikir tentang diri kita dari keluarga kita, adik beradik kita dan ibu bapa kita... Ya Allah, kau berikan aku sikap sentiasa mendahuluan kedua ibubapaku dan ahli keluargaku dari diriku sendiri... amin...

Kita bercakap dengan adik beradik kekadang terlebih kasar jer bunyinya... perkataan seperti Hoi! Blah la...Poyo dan seumpamanya bagi kita macam perkara biasa sahaja... tetapi sebenarnya mungkin kita sedang melukakan hati mereka... cuba kita ubah dari hoi! kepada panggilan yang paling baik seperti abang, along angah, alang, achik dan yg sewaktu dgnnya...

Sebagai umat islam kita pun disarankan untuk memanggil orang lain dengan panggilan yg elok2... herm... macam nama Qaseh... contoh je eh.. kalau Qaseh bahasakan diri sebagai 'aku' dan bukan 'Qaseh' rasa macam kasar je bunyinya... tapi, kalau bila Qaseh bahasakan diri 'Qaseh' dengan panggilan tersebut... korang pun akan sebut Qaseh kan... sekaligus korang mendoakan Qaseh nie supaya menjadi seorang yg penuh kasih dan sayang... hehe.. eh, betul ke ni? hahah... betullah tu... kata-kata tu kan doa. Am I right??

So, kita semua ubahlah diri kita sedikit demi sedikit..walaupun x byk..sekurang2nya kita cuba..

Dompet Dicuri

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Ingatkan Qaseh nak buat entri bergambar mengenai aktiviti Qaseh pada ahad lepas. Tapi .. mood terus merudum apabila kegembiraan pada hari tersebut berakhir dengan kesedihan. Dompet Qaseh hilang dari beg sandang .. ingatkan Qaseh yang lalai .. tapi beg dompet itu benar-benar dicuri. Kenapa Qaseh cakap amcam tu? Korang bacalah situasi2 kat bwh nie ..

Situasi Hari Pertama
Qaseh report pada security kat Aquaria tu dan Qaseh berharap sangat dapat dompet tu semula .. Qaseh tak kisah pun kalau duit hilang .. sebab dalam tu semua kad ATM dan dokumen2 penting ada .. Mengamuk betul Qaseh hari tu. Habis adik2 Qaseh yang dua orang tu kena marah. Sebab tak jaga beg betul-betul. Akhirnya Qaseh diamkan je diri .. buat report polis dekat Dang Wangi pastu bawak keta slow je .. kang bawak laju2 lain plak ceritanya kan .. balik rumah Qaseh pulak kena marah balik .. hai .. nasib2 .. sabar je lah ..

Situasi Hari Kedua
Pening fikir macamana nak cari duit nak buat kad pengenalan. Dah tiga kali hilang kad pengenalan ni .. Qaseh perlukan duit sebanyak RM 310.00 untuk buat kad pengenalan baru. Bukannya tak ada duit .. tapi semua duit dalam bank .. nak keluarkan duit dari bank perlukan kad ATM .. kad ATM dah hilang sekali .. nak ganti balik kad ATM perlukan kad pengenalan .. Ya Allah, dugaan betullah .. kali ni Qaseh mengamuk dengan bank pula .. apa punya prosuder lah .. ades ..

Lebih kurang lepas lunch macam tu pihak Aquaria telefon kata dah jumpa dompet Qaseh tu .. Dalam hati gembira bukan main .. harap2 semua dokumen tak hilang .. ada juga Qaseh berharap duit dalam tu tak hilang .. Herm, tapi hampa sebab bukan duit sahaja yang ilang .. kad touch n go dgn kad ATM RHB Bank pun ilang .. Qaseh pelik jugak .. kenapa RHB je yg ilang .. yg lain tak ilang .. tapi, Qaseh tetap syukur sebab beg duit tu dah dapat balik ..

Situasi Hari Ketiga
Pihak bank RHB telefon untuk beritahu ada orang cuba swap kad bank RHB Qaseh tu kat kedai jam tangan berjenama dekat KLCC pada hari yg sama beg dompet Qaseh tu ilang .. So, nampak sangat lah bukan Qaseh yang lalai letak beg dompet merata kan .. memang orang tu berniat nak curi dompet Qaseh .. sebabnya, kebetulan pada hari itu sebelum Qaseh masuk ke Aquaria tu, Qaseh ada keluarkan duit agak banyak jugak dari ATM RHB ..dan kebetulan Qaseh bukan keluarkan duit dari bank RHB .. Qaseh just guna meps untuk keluarkan duit dari Bank Islam .. nasib baiklah pin nombor utk kad2 ATM Qaseh semua tak sama .. agaknya kalau sama .. mungkin org tu leh guna kad bank RHB Qaseh tu sesuka hati je kan ..

Sedih rasa, sebab masih ada orang-orang macam nie. Mungkin dia kesempitan hidup dan mungkin dia memang seorang pencuri. Tak pelah .. Qaseh anggap je Qaseh tak der rezeki dan anggap je dia kesempitan hidup. Kita fikir yg baik2 je lah utk dia ye .. Walaupun siapa dia, Qaseh doakan dia berubah .. Insyallah .. dan Qaseh halalkan segala duit yang dia curi tu ..

Sabtu, 12 Mei 2012

Besar Azab Wanita Di Neraka Jika...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Cerita ini Qaseh dapat dari FB kawan, untuk renungan bersama dan teladan kepada kita semua yang bergelar wanita...

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."
 
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Allahuakbar, Maha Suci Allah yang menjadikan seluruh isi alam. Cuma tepuk dada da tanya selera. Adakah kita juga bakal tergolong di dalam golongan itu di neraka? Mudah2an tidak ye .. Insyallah selalgi kita mentaati Allah, bagi yg ada suami mentaati suami .. perkara ini tidak akan kita hadapi di akhirat kelak .. Insyallah ..

Rabu, 9 Mei 2012

Kes Dera Bayi

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pasti semua dah tengok berita tadi susulan dari video yang di upload di FB. Betul tak? Ada yang marah sakit hati dan tak kurang juga ibu-ibu diluar sana yang menangis melihat bayi kecil tersebut diperlakukan seperti binatang. 
 
Satu soalan Qaseh .. apakah kesalahan bayi tersebut? Jika dia telah besar pun, hukuman sebegitu tak patut dilakukan. Nabi mengajar kita mengasuh anak dengan berhemah .. bila ingin memukul .. pukullah di telapak kaki kerana ia ada kaitan dengan otak .. pasti kanak-kanak lebih memahami dan insyallah mendengar kata selepas itu ..

Apabila diperlakukan seperti itu, bukankah perbuatan itu lebih kepada melepaskan geram dan mengikut hasutan syaitan. Kasihan sungguh, Qaseh pun tak sanggup memperlakukan bayi yang tidak mengerti apa-apa itu sebegitu rupa.
 
Tidak sedihkan si ibu mendengar tangisan bayinya yang mendayu-dayu dan teresak-esak? Daif sungguh manusia zaman sekarang .. daif dari sudut hati dan perasaan .. daif dengan ilmu agama .. daif dari sifat kemanusiaan ..

Wahai ibu,

Jika dikau tidak mampu mengasihiku,
Janganlah engkau menyakitiku,

Jika engkau tidak mampu membelaiku,
Janganlah engkau memukulku...
 
Jika engkau tidak mampu menjagaku,
Janganlah engkau melukanku...
 
Kehadiranku hanya ingin mengembirakan dirimu,
Kehadiranku adalah amanah terbesar illahi,
Kehadiranku mampu membahagiakanmu,
Dikaulah malaikatku...

Tetapi ...
Jika kehadiranku menyusahkan diriku,
Mengapakah engkau melahirkan diriku?
 
Jika suatu hari nanti engkau kehilangan diriku,
Adakah engkau akan menangisi pemergianku?
Hargailah amanah ini walaupun engkau tidak mampu ...
Kerna aku pasti, kehilanganku pasti menyedihkan hatimu...
 


Banyaknya Fail Baucer Bayaran!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Hari ini dalam sejarah .. see how many fail we have after failing payment voucher for April payment. Korang pun tahu yang Qaseh terlalu busy dalam dua tiga bulan nie. Patutlah busy .. bila dah siap failkan baucer2 bayaran yang ada .. akhirnya kami dapat 82 fail kesemuanya .. 
 
Dalam sejarah okey .. selalunya paling banyak 60++ sebulan .. ini dah lebih dr jangkaan .. jawabnya Perbadanan kena order lebih sikit fail bulan akan datang dan beri keutamaan ke bahagian kewangan kami. Heheh ..

So, korang dah tahu kan sebab kenapa susah Qaseh nak update blog selalu .. ini pun masih dipejabat .. curi2 masa rehat untuk update blog .. khas untuk korang ..

Selasa, 8 Mei 2012

Tahniah Adik2 Semua!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Terujakan bila dapat keputusan UPU memasing dapat universiti tempatan .. siyes seronok. Qaseh dah lalui semua itu, tapi nasib x menyebelahi Qaseh .. Qaseh teruskan perjuangan ke tingkatan 6 untuk ambil STPM .. Yup! STPM exam yg Qaseh rasakan sangat susah. Maklumlah, Qaseh bukan jenis yg suka menghafal sangat. Klu waktu SPM dulu .. yang selalu Qaseh hafal, Pendidikan Islam, Biologi, Kimia dan yang sewaktu dengannya lah .. itu pun hendak tak nak jer pandang buku .. akhirnya Qaseh terpaksa ambil semula diploma kat kolej swasta di Shah Alam .. sedih kan ..
 
Actually semuanya sebab kesalahan cikgu2 kat sekolah dulu yang bagi kelas yg Qaseh tak minat langsung. (suka hati je salahkan cikgu, sendiri malas belajar!)Yelah, surat Qaseh dah hantar utk ditukarkan dari kelas sains ke kelas akaun .. but cikgu cakap Qaseh dapat PMR bagus, takkan nak duduk kelas bawah .. ee .. waktu tu siyes bengang jgklah dengan cikgu .. herm .. but Qaseh teruskan jugak .. nasib baik result ok .. tapi, tak dapat masuk U sebab ramai lagi yang layak ..

Waktu tu sedih tak terkata .. waktu STPM Qaseh ambil kelas akaun .. amik kau!! sekali blur giler belajar akaun .. yelah, tak der basic tetiba terjah pelajaran psl ekonomi, pemasaran .. permintaan penawaran .. keluk sana sini .. lejar am, jurnal, imbangan dugalah .. ades .. sakit otak jugak waktu tu .. but, Qaseh try jugak .. bila dapat result hancus lebur .. 

Tapi .. Qaseh tak cepat melatah .. Qaseh kuatkan semangat dan sambung study diploma .. tapi, sebelum sambung study tu Qaseh kerja dalam setahun utk kumpul duit nak masuk kolej .. tak nak dah susahkan mak ayah Qaseh .. dgn berbekalkan duit tu lah Qaseh daftar kolej dan mohon PTPTN ..

Akhirnya .. inilah Qaseh yang korang kenal .. yang gilakan segala subjek akaun, perniagaan dan sewaktu dengannya .. alhamdulillah waktu diploma tu Qaseh boleh masuk dalam otak .. tak susah mana pun .. syukur .. siap dapat 4flat lagi .. hehe .. dan satu lagi kesayangan lecturer ... (perasan je lebih!)

Now, Qaseh tgh study Bachelor Business (Hons) in Accounting di salah sebuah universiti tempatan .. walaupun lambat Qaseh tetap dapat capai cita2 nak masuk U .. harap2 adik2 lepasan SPM STPM dan Matrikulasi kat luar tu dapat capai cita masing2 .. insyallah ..

Ahad, 6 Mei 2012

Seharian Berjalan!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Hari ni bangun pagi-pagi, dah set kat mind nak jalan ke KLCC. Ingat nak memandu kereta, tapi bila fikir balik hari ni cuti .. pasti jem kat KL nanti. So, akhirnya pilih naik Putra LRT je .. Heheh .. sampai2 baru pukul 11 pagi. Pergh! Tak pernah seawal ini berjalan .. entah mood apa yang datang kat Qaseh ari ni. Kalau semalam tu ada lah reason kan sbb nk gi PWTC kan ..

1st thing duk fikir nak buat apa kat situ, alih2 teringat yang Qaseh tak pernah lagi masuk ke PETROSAINS. Akhirnya, dapat jugak jejak kat dalam PETROSAINS tu ..
Menarik betul dalam tempat ni. Siapa yang masuk akan dibawa menjelajah mengenai sains dari awal dahulu shingga sekarang .. Paling best korang boleh alami sendiri semua itu .. macamana terhasilnya minyak .. kaitan sains dengan kehidupan seharian kita .. ada dinasour .. jangan pelik bila korang dengar dinasour tu menyanyi!! Kahkahkah .. boleh plak Qaseh ikut makhluk purba tu menyanyi .. cam budak kecik je ..

Pendek cerita, macam2lah ada dalam tu .. semua pasal sains .. siap yang tak pernah pergi tu .. eloklah korang pergi .. boleh hilangkan tekakan berkerja .. macam Qaseh ..

Balik dari KLCC rasa lapar yang tak hingat sebab terlepas amik lunch .. lama jugaklah duk berkampung dalam PETROSAINS tu .. jelajah semua ceruk .. sikit pun tak tinggal .. heheh .. balik je terus gi GIANT untuk makan .. maklumlah dekat je dgn rumah .. macam2 menu jugak menarik .. orang lapar memang semua nampak sedap .. tapi, yang buat Qaseh terkilan .. Qaseh order char kuew teow .. tapi .. Qaseh dapat kuew teow goreng .. ades .. pelik, pelik!

Nak marah pun tak guna .. sbb yang jaga kaunter amik order tu budak bangladesh .. mungkin bahasa melayu pun tak faham .. huhu .. its okey, janji kenyang .. ye tak?

So .. Qaseh dah kenyang, dah penat .. samapi terus update blog .. and now time rehat plak .. sambil2 tgk VCD .. cerita apa? Jangan Pandang2 .. beli original tau! Sebab nak support industri seni kita ..
 

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Penat sangat hari nie pergi PWTC .. tak sangka ramai orang .. bila check balik .. laaa .. hari ini cuti umum rupanya. Patutlah ramai makhluk kat PWTC tu. Nak jumpa Auni Amauni pun tak sempat. Tak larat nak pusing dalam tu .. dengan panasnya .. huhuhu .. dah lah parking semua penuh ..last2 parking kat tepi jalan sekejap .. tak sampai pun satu jam .. dan kena saman ngan DBKL. Masak lah Qaseh bulan ni .. macam2 nak kena bayar ..
 
Dalam pada sesak2 tu .. sempat juga sambar buku novel satu kat booth Kaki Novel, tajuk dia M.A.I.D karya Suri Ryana .. hehehe .. buku novel yang baru beli minggu lepas dah habis baca dah ..
 
Taubat lepas ni nk gi pesta buku hari cuti .. lepas ni pilih ari biasa jer lah .. boleh gitu? Hihi .. sempat jugak membeli kat booth upin ipin .. cam iasa untuk hero dua orang tu ler .. mana leh lupa .. kan, kan, kan ..

Jumaat, 4 Mei 2012

Schawal Selamat Diijabkabulkan

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Maaf tiada gambar untuk tatapan semua .. entri ini adalah entri khas Qaseh untuk Awal Ashaari dan Scha .. Qaseh nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga rahmat Allah S.W.T selalu bersama Awal dan Scha dan dilindungi olehnya .. serta semoga bahagia dan berkekalan sehingga ke pintu syurga ..

Ikhlas dari QasehSuci 

Pekerja kerajaan ni goyang kaki ke?

Dulu selalu dgr org awam cakap macam tu. Sbb bila pasal bayaran atau perkhidmatan mesti lembab. Dulu Qaseh tak tahu. Sekarang dah tahu. Bukan org kerajaan suka-suka nak lambatkan kerja, kami semua perlu mematuhi prosedur dan proses kerja yang telah ditetapkan. Kalau pasal bayaran, lagilah banyak prosedur kena ikut.

Serius korang akan faham bila korang sendiri memegang jawatan di dalam perkhidmatan awam. Cer korang tengok, walaupun dah malam, kerja Qaseh masih berlambak atas meja. Semua mesti kena siapkan jugak. Sebab piagam pelanggan jabatan Qaseh mesti bayar kepada pembekal dalam masa 7 hari bekerja. So .. isnin ini, semua cek dah kena keluar utk diberi pada pembekal.

Siapa kata kami goyang kaki?

Mungkin ada yang selesa di takuk yg ada .. but for me, everything must have improvement .. sekarang x macam dulu kena tggu bayaran sampai 3 bulan .. dulu bolehlah terima sbb dulu manual .. sekarang everything pakai komputer .. kan .. walupun tak nafikan masih ada jabatan kerajaan yg masih 3 bulan utk proses payment ...

Mungkin garis panduan dan prosedur diorg lain .. sebenarnya kena faham tugas jabatan2 dlm kerajaan nie ...

Contohnya mcm jabatan Qaseh akan uruskan pembersihan awam di kawasan awam sahaja dan jalan2 perumahan .. kalau korg tanya kenapa sampah kat lebuhraya tak der org sapu, rumput kat lebuhraya tak der org potong .. itu bukan lg dibawah tggjwb jabatan kami .. tggjwb itu dh jd tggjwb lembaga jabatan kerja raya atau lembaga lebuh raya malaysia .. kenapa? Sebb itu di bwh seliaan mereka ...

Mesti korang konfius kan .. Qaseh pun konfius memula .. tapi akhirnya Qaseh faham juga. Hehe ..

So, please .. janganlah kutuk kitaorg kat jabatan awam ni .. kami just ikut arahan je .. kan .. kan ..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 3 Mei 2012

Terima Kasih Followers QasehSuci

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Follower QasehSuci dah berjumlah 400 orang semuanya .. walaupun tak ramai .. Qaseh amat hargai korang tau .. Koranglah penyumbang semangat untuk Qaseh terus membuat entri dan menulis novel .. Harap2 korang semua akan sentiasa sokong Qaseh okey!
 
Ingat nak buat GA, tapi tak der masalah sekarang .. Audit dari luar dah tamat ... lepas ni audit dari naziran pula .. betul2 tak der masa .. idea banyak je dalam kepala nie nak buat entri .. cuma kekangan masa .. kekadang fikir macam nak tumpukan 100% kat blog dan tulis novel .. boleh gitu?

Air Kolah vs Air Pancut

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Korang mesti pelik bila mandi kat kampung, air kolah tu sejuk sangat! Kalau mandi kat rumah sendiri a.k.a bandar mesti biasa2 jer sejuknya kan. Takderlah sejuk sangat. Betul? Sebab apa eh? Korang tau ke? Memula Qaseh ingat sebab air kat kampung dari puncanya dari air bukit. Tapi ternyata salah tekaan tersebut .. 
sumber : google
 
Alkisahnya, korang leh dapat air yang nyaman dan sejuk macam air kolah kat kampung tu sebenarnya .. nak tahu rahsia? Korang tadah air dalam baldi ker, tong ker .. alalal .. takkan tak biasa kot .. kalau air takder korang kan rajin tadah air .. heheh .. siapa yang ada kolah kecik kat rumah tu korang tadah lah dalam tu .. janganlah menyusahkan diri pergi beli tong utk isi air tu pula .. 
sumber  : google

Selepas itu, korang jangan tutup air tu .. biasa kita tutup kan .. tapi waktu nak mandi air pancut tu korang tutup lah .. kang jadi Mustaqman plak air tu (x suci utk ambil air sembahyang) .. lebih elok korang tadah pagi2 sebelum pergi kerja .. pastu bila balik korang dah boleh mandi air tu .. conform sejuk .. siyes .. penat korang petang2 baru balik kerja tu terus ilang bila mandi air sejuk dan nyaman tu ..

Tak percaya? Cubalah ..

Rabu, 2 Mei 2012

VICTORY!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Ceh...victory konon .. Haha, rasa merdeka lah .. Sebab Fail Meja dah siap sepenuhnya. Hanya menanti kedatangan auditor dari Jabatan Akauntan Negara datang untuk audit jer .. harap-harap semua berjalan lancar. Lepas nie boleh sambung novel Siapa Dia Dihatiku kan .. 

Sebelum tu nak tanya kat korang nie. Kalau novel SDD dinovelkan korang nak beli tak? Haha .. it's okey, Qaseh tak paksa pun. Itu hak anda sebagai pembeli. Kikiki...

Baru-baru nie Qaseh beli lagi novel. Kali ni bertajuk 'Isteri Separuh Masa'. Qaseh memang suka beli novel. Untuk rujukan dan untuk release tension jugak. Siyes, walaupun membaca itu ambil masa .. Qaseh paling lama pun ambil 3 hari jer untuk habiskan membaca novel yang mempunyai 1000++ muka surat. Bayangkan kalau 500++ je muka surat .. lagi lah cepat Qaseh habis baca.

Hobi yang satu ni memang tak boelh nak buang dari zaman sekolah. Dulu pinjam kat kawan, skung dah ada duit beli sendiri. Skung Qaseh pula yang bagi kawan-kawan pinjam. Heheh...

Korang nak pinjam?

Selasa, 1 Mei 2012

Qaseh Suci @ Bloglist Ben Ashaari

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
 Alhamdulillah...
Siyes seronok walaupun pacak sebulan jer kar blog abg ben tu...
Heheh...tak perlah...kan...
Nak jgk rasa kehangatan berada di belog blogger famous hamous..
Tak lah...sebenatnya teruja...
Tak sangka dapat plak...alhamdulillah...
 

BEN ASHAARI : MAY 2012

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 Kenapa nak join? Sebab blog abg ben best giler...
Kebanyakan kawan-kawan Qaseh pun dari blog abg ebn jugak..

Pendapat Qaseh pasal blog abg ben?
Sempoi
Pendapat yang Ikhlas
Dan paling penting
dapat banyak ilmu...heheh

Harap2 kali nie ada rezeki...

Aktiviti Malam Ini

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Dah beberapa hari tak update...
Nampak sangat dah berabuk..
Hades...
Heheh...kepala tengah penin2 lalat..
Untuk siapkan fail meja..
Bulan Depan..eh bukan bulan ni..(dah pukul 12 malam x perasan)
Ada Jabatan Akauntan Negara nak datang audit jabatan kitaorg
Huhu...apalagi..
Bahagian Kewanganlah yang menjadi mangsa..
So, dalam sibuk2 tetap kena siapkan Fail Meja
Sebab itu termasuk dalma skop pengauditan JAN
Bersiap sedialah utk menjwb segala query..
Korang macam biasa,
Doakan Qaseh ok...
Syg korang semua...
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail