SHout






Jumaat, 27 April 2012

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Dah lama abg ben tak buat segmen jadi Qaseh nak joinlah...
Rindu giler nk join segmen abg ben...
So, sesiapa nak join silalah klik banner yer...

Apa pendapat korang Best @ Tak Best Blog Qaseh nie?
Heheh..

Khamis, 26 April 2012

Hah! Tukar lagi?

Assalamualaikum....

Herm, itulah yang terjadi.. kalau sebelum ni Qaseh kena tukar bahagian dari kewangan ke audit... slepas 3 bulan berkampung di bahagian audit akhirnya Qaseh kembali ke bahagian kewangan.

Kini Qaseh sekali lagi ditukarkan.. eh..eh.. bukan tukar bahagian.. tapi tukar unit.

So, pasni Qaseh bukan unit bayaran dah...Qaseh ditukarkan ke unit emolumen.. bukan buat gaji ye. Tapi, buat TNT. Tuntutan perjalanan anggota...

Takpe².. ada hikmahnya tu.. Qaseh boleh belajar kerja lain pula kan.. makin byk ilmu yg Qaseh dapat. Mungkin sedikit sedih.. tapi, ada juga perasaan gembira.. doakan Qaseh berjaya dlm menjalankan tugas baru pula yer..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Subang Empire Gallery

Selepas Qaseh dan kawan-kawan serta bos Qaseh makan tengahari, sempat kami round2 sekejap kat dalam Subang Empire Gallery ni. Selama ni, Qaseh pandang jer dari arah jalan raya bila lalu kat Federal Highway tu. Tak sangka, yang pusat membeli belah ni memang ekslusif. Sesuai lah untuk orang2 berada. Heheh...saya ni org kebanyakan je walaupun ada keturunan raja-raja. Hahaha...














Waktu pusing2 tu apa yang Qaseh kagum sesangat bila tengok ada tong sampah khas untuk kitar semula. Korang pernah jumpa kat mana2 pusat membeli belah ekslusif yg macam ni? Kalau ada bagilah tau k. Qaseh ni jarang nk masuk tempat-tempat macam ni. Mungkin Qaseh yang ketinggalan kot.

But, memang Qaseh suka bila da yg support kitar semula kan. Tak payah lah cakap sebab apa. korang memang dah tau yg Qaseh akan jawab sebab Qaseh kerja dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam kan. Of coz lah kena support. Heheh...

Sempatlah jugak bergambar ngan PA bos Qaseh nie...heheh...klu korg nak tau dia pun rakan blogger Qaseh gak...hehehe
 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lunch Box Motivation

 Assalamualaikum...

Semalam adalah hari yang paling gembira dalam minggu ni. Suka sesangat sebab bos belanja lunch kat Restoran Serai, Empire Shopping Gallery, Subang. Kalau korang nak tahu, Lunch Box Motovation ni hanya utk staff kewangan sahaja. Nama kami akan dimasukkan dalam sebuah box dan kemudian bos kami akan cabut nama beebrapa orang untuk makan dengan beliau. Semua staff kat bahagian Qaseh akan merasa. Terharu sgt dapat bos baik macam tu. Beliau tak kedekut, dan selalu berkongsi rezeki dengan staf² dibawah beliau. So, semalam nama Qaseh naik utk makan dengan bos Qaseh tu. Dan beberapa orang staff lagi.

Memula, kami tak tahu jugak nak makan apa. Last² bos kami buat keputusan makan kat sini. Takut jugak nak masuk restoran ni memula sbb nampak macam ekslusif. Kemudian kami teragak-agak jugalah nak buat pesanan. Risau dengan harganya. Hahah...Dan akhirnya Qaseh memesan Serai Pallate dan Ais Lemon Tea. Yang lain dengan menu diorg. 
 
Memang sedap. Siyes, kalau Qaseh mampu rasanya hari2 nak makan kat sini. Air dia pun nampak sedap. Bos Qaseh order air Serai Ais Tea. Entah sedap ke tak...tak pasti pula. Tapi memasing nampak teruja lah kan...Teruja sebab makan free...hahah
 
 
 
Kemudian bos Qaseh order pula pencuci mulut. Apa nama kek nie pun Qaseh tak pasti. Bos Qaseh kata dia buat dari putih telur. Siyes rangup, manis dan masam2 sebab ada anggur ngan strawberi. Memang taste sgt2.

 
Hehehe...bila nak bayar tu kami masing² pandang sesama sendiri. Memang sedap.. duit nak byr pown sedap. Ades, cian bos Qaseh. Tapi, beliau kata tak kisah. Sekali sekala. Alhamdulillah.. dah rezeki kami semua semalam. Hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 24 April 2012

Manuskrip Siapa Aku Dihatinya

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Hye semua..
Selamat malam...
Ada yang masih berjaga?
 
 Qaseh masih berjaga kerana ingin menyiapkan manuskrip Siapa Aku Dihatinya
Kalau tiada aral mungkin akan diterbitkan sebagai novel.
 
Ada sesiapa sahabat2 blogger Qaseh yang dah baca novel Qaseh nie?
Kalau belum.. gi lah baca kat sini..ok..
Korang boleh bagi C&C untuk Qaseh..
 
Kadang2 kita perlukan orang lain untuk menilai kebolehan kita kan...
Kalau ada apa2 korang leh komen jer..
Insyallah, Qaseh terima dengan hati terbuka...

Resepi Rahsia

Assalamualaikum...korang suka tak makan di resepi rahsia? Of coz lah kan...dan gerenti punya bila sebut je nama kedai tu korg ingat bermacam2 jenis kek yang ada kan...memang sedap...kalau taksedap orang tak makan lah...heheh..

Dah lama Qaseh tak makan kat sini, tadi punyalah teringin kek pecon butterscoth yg sedap tu (eh betul ke ejaan tu?)...bila nak bukak makan perasan yg kotak tu ada lain skit...

Apa yang lain?

Kotak ni pakai kertas yang diguna semula. Bukan maksud dia guna kotak yg kotor tu balik. Tapi recycle...tau recycle? Mestilah tahu, kitar semula....Korang faham ke nie?

Mana Qaseh tau? Kan Qaseh kerja dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Mestilah kena ambil tau. Qaseh sokong sgt bila ada orang yang sokong kitar semula ni. Bukan apa, nak buat kotak, kertas kita kena tebang pkok...klu tak der pokok dah...apa jadi kat kita? Mestilah tak bleh bernafaskan...jadi, kita fikir²kanlah...kita hidup kat dunia ni saling memerlukan antara satu sama lain...tapi...kalau kita xmenjaga sesama kita...dunia boleh hancur...mcm yg jadi sekarang. Pencemaran udara, penipisan ozon...sungai yg tercemar...silap² anak cucu kita nnti x kenal pkok, sungai, laut...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 23 April 2012

Tudung dan Wanita

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Korang suka fesyen tudung macamana?
Labuh?
 
Atau
Berbelit-belit ala minah arab?
 
Atau
Ala2 Hana Tajima?
 
Atau
Diana Amir?
 
Atau
macam nie?
Walau apa pun pilhan korang....
 
Psstikan aurat kita ditutup sepenuhnya...
Tak salah hendak bergaya...kan...
Peringatan untuk diri sendiri jugak...

p/s: bila lah nak sampai seru pakai pudah plak ni...heheh...

Sabtu, 21 April 2012

Tak Sabar!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Rindunya nak keluar dengan otai2 dan legem2 fotografi FMDC nie ... heheh ... Tahun ni tak ada buat pown... memasing sibuk kerja dan keluarga ... hahah ... so korang-korang ... bila nak TT lagi nie? Tangan dah gatal nak petik shutter kamera ... dah tak sabar nak bergambar sakan lagi macam nie ... (time macam nie je tak segan sebab ramai...hahah)
Cer cari Qaseh mana?


Pendatang Dengan Izin Ke?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Orang tua2 pernah berkata ... kalau ada rama-rama @ kupu-kupu masuk rumah maknanya ada orang jauh nak datang rumah? Ye ke? Leh caya ker?
Hah, tengok tu ... kalau nak datang dengan izin ... insyallah dengan tangan terbuka Qaseh menerima ... tapi??? Bila masa pula si kupu2 yang besar nie leh hinggap kat bilik ni?
 Orang usik pun ... dia diam jer ... salah rumah ker nie? Hello ... awak dengar tak kita tanya awak ni?
Oklah...awak duk jer diam2 kat situ jangan usik saya tau! Saya ni penggeli ... janji tau! Saya izinkan awak masuk rumah saya ... jadi awak kena janji okeh!


Perkhidmatan Pos Laju Hari Sabtu?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pelik jab! Siyes Qaseh pelik...
Sebelum nak keluar rumah tadi tetiba ada posmen datang...
Hantar barang yang Qaseh pesan...
Pelik plak? Cepat tul..Qaseh pesan hari jumaat...
Hari sabtu dah sampai?
Tapi...bagus jugak kan...
so, tak lah boring sangat hujung minggu Qaseh ni.
 korang nak tau apa yang Qaseh pesan??
Tada...
 
Buku Novel terbaru dari Auni Amauni
Mampu mencintaimu..
Cerita ni memang best...
sebab Qaseh dah baca sebelum ni kat blog penulis dia...
So, novel ni dah dibukukan...Qaseh sebagai peminat novel dan penulis novel
Of coz lah nak beli kan..
As a collection dan rujukan...
Insyallah...Qaseh pun akan bukukan novel Qaseh..
Korang doalah yer byk2 untuk Qaseh...

What movie I want waching today?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pergh! Tajuk...in english okey! Hahah..
Just try to improve my grammar and english spoken...
Don't shock ok!
Heheh...
Lately i'm very stress with my office job..
Then i think i must release my stress and tension..
And..i ask someone to watch cinema with me today...
 But i confuse, what movie i want watch?
Battleship? Already watch...
three Dates? (3 temujanji)...
Oh no...i'm sure i can watch after 2 weeks at Astro First..right?
Street Dance? Look interesting...
So...just wait my next entri la...
I'll update what movie i watching ok...
See ya...

My Curly Hair Is Owesome!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑♥
 
 Selamat tengahari semua...
Baru2 nie lawat belog kawan Qaseh.
Katanya ada cara untuk nak buat rambut jadi curly tapi tak perlu berbelanja besar..
Actually, Qaseh dah lama tahu pasal nie dan dah pernah buat dah..
Memang menjadi...just guna paper bang jer...

Untuk sekian kalinya, kerana tiada apa aktiviti petang hari di kampung ini,
Qaseh try lah buat pagi tadi...
And just now, Qaseh bukak untuk bersiap nak solat zohor...
Kang ada plak air wuduk tak kena rambut plak kan..
Heheh...bila bukak jer...
Tada...memang owesome sangat...

Dah lama tak buat macam nie..
Zaman remaja dulu rajinlah buat kat rambut kengkawan..
Jarang nk buat kat rambut sendiri..hii..
But when i try with my self..
Then the result so owesome..
Insyallah tak haram rasanya...sebab tak kekal pun...
Esok rasanya dah hilang..

Ada kengkawan dah pernah cuba?
Mesti owesome kan curly hair tu...
Cantik sangat..
Tapi x leh nak post gambr kat sini...
Aurat I tu uoals...Kalau incik asben boleh kot! Heheh...
So, Korang cubalah eh...tak susah pun...kena rajin je...

Boleh Berjaya ke?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
hye semua...sihat?
Alhamdulillah, kalau sihat ... Mana yang sakit tu jangan lupa jumpa doktor... Jangan marah2 k ... cool jer.. Sakit tu kan salah satu cara Allah nak hapuskan dosa2 kecil kita...insyallah...
 
Untuk pengetahuan kawan2 semua...
Qaseh dah try hantar manuskrip novel SAD kat sebuah syarikat penerbitan ... Agak-agak kawan2 semua boleh berjaya ker? Just try my luck ... Mana tahu ada rezeki disitu ... SAD yang dihantar tu ada sedikit tambahan dari SAD yang korg baca kat blog Qaseh nie ... Tambah sikit2 untuk lengkapkan 300 muka surat kan ... haha ... but, korang jangan risau ... Qaseh akan postkan lagi SAD untuk bacaan korang ... insyallah ... just tunggu k ...

p/s: dalam busy2 kat pejabat boleh plak idea dtg mencurah2 tu yg leh buat novel tu..hahah

Jumaat, 20 April 2012

Jenayah Ibu Ayah...Siapa uruskan?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Tersentuh sungguh bila tengok video Ustaz Don ini. Menitik airmata ... Selama ini, kita mungkin tidak terfikir semua yang dikatakan ustaz don. Tapi, apa yang dikatakan adalah benar ... hanya kita jer yang tak nampak ... Kalau fikirkan balik, bolehkah kita ini menguruskan jenazah ibu dan ayah kita sehingga ke liang lahat? Jika kita tak pandai, siapa yang kita harapkan? Boleh ker kita harapkan orang lian? Termenung memikirkan perkara tersebut ... fikir2kanlah ... Qaseh berkongsi dengan kawan2 untuk peringatan kita semua bersama ... 



Korang Kategori Apa?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Nak berjaya, kena gagal dulu...
Nak senang, kena susah dulu,...
Nak pandai, kena belajar dulu...
Nak dapat sesuatu, kena buat dulu...
Bukan tanya jer..awak nak makan?
Kalau awak tanya jer..awak dapat tanya harga jer la..
Kenyang ker kalau tanya harga jer? 

Korang kategori mana???

Gaji kecik Tapi Bahagia...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Setuju dengan kata-kata ustaz don...jika kita usaha lebih...diiringi doa dan tawakal...insyallah Allah akan bantu...cuma perlu yakin yang Allah itu sentiasa ada untuk emmbantu kita.

Sukan, Makan Malam, Anugerah APC & Mesyuarat

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
Hye semua, seperti yang Qaseh janjikan...Qaseh akan cerita kat korang sepanjang majlis berlangsung. Ok, bermula bangun dari jam 5 pagi hari jumaat (13hb Apr 2012)...berkobar-kobar nak pergi sukan tahunan oleh jabatan. Sampai kat padang Universiti Malaya, semua dah sedia nak senaman eorobik...utk pengetahuan korang Qaseh x senam sambil menari pown...berborak jer kat belakang. Sebab terlupa nak pakai kasut sukan...heheh



See...semua teruja nak senam kan...tak macam Qaseh pown. Selepas jer daftar nama, Qaseh terus balik pejabat. Sebab laporan untuk mesyuarat koperasi tak siap print lagi. Terkocoh2 lah balik. Makanan yang dapat Qaseh tak makan pun. Rupa2nya ada hikmah Qaseh tak makan. Korang nak tau kenapa? Nanti hujung2 Qaseh cerita sebab apa.

Kemudian, dalam masa nak siapkan print laporan tahunan tu...sempat jugaklah buat beberapa tugas hakiki kat pejabat...Tada..inilah laporannya...



Habis print laporan jam dah tunjuk pukul 2.30 ptg...alamak! tak siap lagi...kul 7 majlis nak mula dah...tetiba hujan punyalah lebat. Lagi lah Qaseh gabra...camana nak gi ujan2 nie...dapat pulak tahu tak der kenderaan jabatan nak hantar....terus tanpa fikir panjang, Qaseh naik putra LRT balik rumah ambil kereta...tak kisah dah...biasa bawak ker...tak biasa bawak ke...Qaseh hentam jer...almhamdulillah...Qaseh berjaya bawak kereta sampai ke pejabat...

Sampai pejabat jam dah pkul 3.30 ptg...lagi lah gabra...dgn tak ada sesiapa lagi kat pejabat...nasib baik laporan dah siap print...so, Qaseh pun malas nk gi hotel yg dah disediakan jabatan utk urusetia, Qaseh bersiap jer kat pejabat. Rupa2nya ramai lagi yang bersiap kat pejabat. Kat situ Qaseh dah syukur dah...masih ada jugak orang di pejabat rupanya...

Lepas bersiap tu, hujan dah mula reda...Qaseh cari dalam google map Kampung Pengantin, kemudian dengan tawakal, Qaseh mula bawak kereta. Stuck dalam jem hampir 1 jam lebih jugak lah...tu, nak keluar dari kawasan pejabat jer tuh...lupa plak hari tu, hari jumaat ... kemudian Qaseh tawakal dan doa byk2 pada Allah agar permudahkan uruan Qaseh...

Akhirnya Qaseh lepas dari jem tu, dah bawak kereta sampailah kat Kampung Pengantin tu. Entah macamana, gemuruh Qaseh untuk bawak kereta terus hilang macam tu jer...alhamdulillah...ada hikmahkan semua yang terjadi..

Sampai2 je kat dewan kampung pengantin tu, semua pandang Qaseh...erk? Qaseh lambat ker? Rasanya ini dalam sejarah Qaseh sampai awal waktu dinner. Selalu lambat jer...hahah...Rupa2 bukan da...mmglah diorg pandang Qaseh...sebab sepanjang jalan nak ke meja yang dah di khas kan kena lalu karpet merah...macam jalan atas red karpet uols...hahah...
comel tak? comel tak? susah tau Qaseh korg nk tgk Qaseh...ni dah bagi peluang nie...heheh...itulah baju malam tu...baju batik ekslusif dari terengganu...tapi nak tempah murah jer...RM50.00 heheh...cantik kakak tu jahit...suka hasil tangan dia...ops...sory eh...D300s tu menyibuk je celah ketiak itu...heheh...gambar nie snap pakai hanpon cokia je...sbb x der kawan yang pandai nak snap pakai nikon tu...ades...heheh...


Inilah keadaaan di dalam dewan Kampung Pengantin tu...cantikkan...klu ada pengantin kat depan tu lagi cantik...hehehe...Paling special ada perembahan tarian lilin, dikir puteri dan banyak lagi...tapi sempat tgk 2 persembahan jer sebab tetiba blackout...hampeh tul...cian kawan2 Qaseh kat pejabat negeri tu...hampa tak leh nak buat persembahan...
Sebenarnya, majlis makan malam ini untuk mengenang jasa Mantan KSU kami iaitu Dato' Ahmad Bin
Kabit...sempat juga beliau menghibukan kami dengan berkaraoke...suara dia memang suara org lama lah...best giler...
Dan diikuti dengan cabutan bertuah. Apa yang best pasal cabutan bertuah ni, dan apa yang tak best? Yang bestnya hadiah best2 tau...ada lebih 60 hadiah kesemuanya...dan yang tak best...Qaseh tak bertuah pun untuk tahun nie...macamana nak bertuah kalau Qaseh yang duk kat atas tu angkut hadih utk diberi kepada pemenang..hahaha...jadi AJK hadiah...terus kami tak bertuah...hahah...
Dan akhirnya tiblah masa untuk Mantan KSU pulang...dan mungkin ini adalah kali terakhir kami semua akan berjumpa dengannya...yelah, org besar nie susah nk jumpa...bila dah bersara lagi lah susah nk jumpa ye tak...sedih gak...sbb masing2 nyanyi lagu sayonara...ades...nk nagis plak...huhuh...

Habis je majlis, Qaseh bawak 3 orang kawan untuk balik ke hotel Dynasty kat KL tu. Ya Allah, mengucap panjang Qaseh bila jalan untuk naik ke parking yg bertingkat2 tu kecik jer...muat2 untuk sebuah kereta...kalau bawak keta kancil dgn hati yg senang kot diorg bleh naik...masalahnya Qaseh bawak waja kot!...aduh...lelah jab...tawakal dan doa byk2 je lah kan..harap2 keta tak bergesel kat dinding...dan..akhirnya...YES...berjaya...alahamdulillah...byk betul pengalaman hari tu bwk keta...hari pertama yg penuh dgn cabaran...dengan jem, dgn berdebar...akhirnya berjaya jugak...disebabkan hari penting tu lah...skung Qaseh dah tak gemuruh nak bwk keta...hihih

Sampai je hotel semua tak sempat mandi terus...boom atas katil..masing2 tidur..sbb esok pagi2 nak bgn ada majlis APC dan mesyuarat koperasi...yang itu, Qaseh tak der gambar...al maklumlah..orang kuat...nak snap gambar pun x sempat..cian nikon Qaseh tu..tersadai kat tempat duduk jer...hahaha...

Qaseh makan pun x sempat..tapi mcm Qaseh kata awal2 tadilah ada hikmah Qaseh tak byk mkn...korang nak tau kenapa? Sebab pertama...nampak nasi kat bawah nie? Ini yang catering bagi waktu pagi hari sukan tu...korang nka tau...nasi ni basi...air sirap plak diorg buat dgn air paip jer...ramai bukti dan mata yg melihat...ya allah..mengucap panjang tau bila dgr...
waktu kat majlis makan malam tu diorg kata kambing golek tu tak berapa nak masak. Ye ker? Entahlah wallahualam...tapi yang pastinya 90% dari pekerja jabatan kami semuanya sakit perut, cerry berry disebabkan makanan 2 hari tersebut...ades...aci tak kalau kami tak buat bayaran kat catering yag terlibat tu? acilah..acilah...kan..kan...tak baik tau, berniaga buat macam tu...bukankah 9 dari pintu rezeki berpuncan dari berniaga...jadi janganlah tutup pintu rezeki dgn ketamakan diri sendiri...

So, best tak citer Qaseh? Tak best...korang best kan jer...susah Qaseh nk wat entri nie...asyik x der masa jer...heheh...

Jumaat, 13 April 2012

perjalananku bermula hari ini...

Pagi² bangun, siapkan semua barang² yang patut. Rasa sedih je nak melangkah keluar dari rumah ni...aish...mana tak sedih, 2 mlm x dpt nk tidur ngan bantal busuk...hihihi...Qaseh tgh siap² nak g sukan tahunan jabatan ... kang malam dinner plak ... esok pagi² APC plak...sampai tghari mesyuarat kelab sukan dan kebajikan dan akhir mesyuarat koperasi ... yg itu paluh ng penting utk Qaseh ... nnti Qaseh up gambar byk² k ... ada lah peluang korang nak kenal siapa Qaseh kan ... tggu k ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 11 April 2012

Si Comel Yang Kuat Tidur...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Petang tadi, sebelum orang semua sibuk pasal gempa bumi ... Qaseh sempat ber'dating' Muhammad Qhaliff Iman. Siapa tu? Buah hati ke? Takkan korang tak kenal ngan nama tu ... nama tu popular dalam seminggu dua nie. Haish ... biar betul korang tak kenal? Peliknya ... rasanya semua blogger dah tau nama ni. Popular tu ... kalah ayah dia. Siapa? Aha ... jangan salah sangka k ..
sumber : ben ashaari

Nilah dia empunya nama tadi ... hihhi, anak abg ben ashaari kita ... comel jer kan ... maaflah Qaseh tak ambil gambar dia waktu melawat tadi ... sebab dak comel nie ... tidur je ... tak kisah dah ... orang keliling dia cakap ker, apa ker. Waktu berbual ngan wife abg ben ... dia kata berat Qhaliff turun dari 4 kg ke 3.6 kg ... Mak aih! Banyak tu! Tapi, jangan risau lah ... baby mmg macam tu ... insyallah lepas ni dia banyak minum susu, naik balik berat dia ... kan, kan, kan Qhaliff! Sweet jer dia tidur, pastu Qaseh balik dah ... segan lelama kat umah orang ... famous tau Qhaliff nie, sebab waktu Qaseh nak balik, ramai lagi blogger yang datang ... untung Qhaliff ...

Qaseh doakan, Qhaliff bila besar jadi anak yang soleh, taat kepada ibubapa, agama, bangsa dan negara yer! Nanti bolehlah join abang Amir Ahmad Zahiruddin dan Ameer Ahmad Ramadhan ke Mesir yer tak ... Insyallah ... amin ...

Gempa Bumi!!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Ada sesiapa rasa gempa ker? Semua kwn2 update di FB masing2 mereka semua rasa gegaran, patut tetiba badan rasa bergoyang pastu pening. Ingatkan tak sihat. Rupa-rupanya bukan ... bila baca balik maklumat Acheh dilandan gempa bumi dgn 8.9 skala ... betul ke??? Ke Qaseh salah info?

Isnin, 9 April 2012

Hadiah oh Hadiah...

Hah... waktu rehat dah tiba... sempatlah buat hiasan untuk hadiah cabutan bertuah hari APC jabatan Qaseh nnti... nak makan pun x selera sbb tgk banyak lagi hadiah x siap balut...harap² sempatlah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila kerja dah banyak....


Herm, inilah jadinya bila keje dah banyak... tablet depan mata pun buat tak layan jer... jeling skit2 jer... tapi dlm hati nak jgk update blog untuk korang semua... mula dah busy ngan tugas hakiki dan jugak kami di bahagian diarah menyediakan hadiah utk cabutan bertuah... bertambah lagi tugas utk mggu ni... mana nak siapkan laporan koperasi yang berjalan pada hari yang sama dgn APC..

Boleh pengsan macam ni... tapi selagi pegang title "saya yg menurut perintah" selagi tu ikhlas buat kerja... kerjakan satu ibadah... kang jadi tak berkat pula... hihihi

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 8 April 2012

Alhamdulillah... Dah baik dah!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Syukur... sebab walaupun masih tak surut sepenuhnya, Qaseh dah boleh jalan macam biasa. Tak der terhinjut-hinjut. Baru Allah s.w.t ambil nikmat berjalan dengan betul selama 2 hari dah rasa susah sangat. Nak gi dapur biasanya jalan tak sampai 2 minit, tapi bila sakit hampir 10 minit jugaklah... syukur nikmat itu telah dikembalikan semua...

Sabtu, 7 April 2012

Sate! Oh...Sate!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Teringin sangat nak makan sate kat Kajang. Tgh sakit2 macam nie mengidam yang bukan2 pulak. Hahah...sebenarnya terbaca pasal Sate Kajang tadi kat dalam novel, itu je yang Qaseh leh buat untuk mengelakkan kaki bertambah bengkak...
Actually, waktu Qaseh letak asam jawa tadi dah surut balik dah. Entah macamana, tadi terpikir mengenai makan malam dan anugerah perkhidmatan cemerlang oleh jabatan Qaseh minggu depan...diorg kata tema baju batik... alahai, takkan nak pakai baju batik yg dah biasa pakai waktu pergi kerja kan... macam tak special lah pulak...

Teringat Qaseh pernah beli baju batik dari PUSPANITA tahun lepas itu yang melilau cari satu rumah tu, entah mana Qaeh simpan pun tak tahu, lupa!
Akhirnya kain batik tu dah jumpa tapi, kaki bengkak balik... huhuhu... ingatkan petang ni bila keluar nak pergi mkn sate, nak jugak hantar sekali baju tu kat akak yg dah biasa jahitkan baju Qaseh... harap2 akak tu jahit cantiklah... sebab baju batik nie, ekslusif dari terengganu ada satu corak jer macam nie, pastu harga boleh tahan jugak. Kalau tak cantik, mesti Qaseh sedih... lagi seminggu je APC, sempat ke eh?

Saintis Perancis Memeluk Islam

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam... dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN ~ Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Sesungguhnya kata2 Allah itu BENAR... Maha Suci Allah!

Cara Lama Lebih Berkesan!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Disebabkan bengkak di kaki Qaseh masih tak surut dan denyutnya menyebabkan bertambah sakit... Qaseh cuba cara tradisional... Qaseh amik asam jawa buang biji dia pastu sapu keliling tempat yang bengkak tu sambil selawat 3 kali... pastu Qaseh balut dengan kain bersih elok2... alhamdulillah... nampaknya sakit berkurangan... dalam sejam nanti Qaseh nak check dah surut bengkak ke belum? Kadang2 cara tradisional lebih bagus dari cara moden kan... alhamdulillah... Allah s.w.t masih sayangkan Qaseh.

Wahai Lelaki...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
  
Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang romantik. Seseorang yang boleh menjaganya- seseorang yang boleh menjadi pelindungnya. Tapi berapa ramai lelaki di luar sana yang betul-betul romantik yang menjadi idaman setiap wanita? 
 
Yang tidak menyakitkan hati, menjaga perasaan, mengetahui kehendak dan mengawal sesuatu agar sentiasa dalam keadaan aman? 
 
Wanita tidak mengharapkan kekayaan, hensem seseorang lelaki itu., tetapi lelaki yang bertanggungjawab, beriman, menjaga hati wanitanya. 
 
Ingat la lelaki.. wanita ini jika hatinya selalu terguris. Dia akan pergi menjauhkan diri walaupun hatinya menyayangi kamu. Di saat dia kuat, dia akan tetap bertahan.. Dan seandainya dia sudah rebah dan melangkah kaki.. saat itu baru kamu merasa kehilangan seorang wanita yang sangat setia dan menyayangi kamu. 
 
Jadi.. ingatlah.. jagalah perasaan dan hormati la dia.. kerana tanpa wanita.. kamu tiada di dunia.. sehebat manapun kamu wahai lelaki.. syurga kamu tetap di telapak kaki seorang wanita ~ iaitu ibu kamu~ dan betapa bertuah seorang wanita.. dosa dan syurganya jika belum berkahwin di bawah tanggungan ibu bapa dan jika dia bersuami, kamu yang harus menangung. 
 
Maka, bersedia dan jadilah lelaki yang baik yang boleh membimbing wanita bukan lelaki yang merosakkan dan menyakitkan wanita itu..
 

Jumaat, 6 April 2012

Bengkaknya!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Ya, Allah! Hanya itu yang mampu Qaseh sebut. Tak sangka kesakitan yang sedikit tadi dah berlarutan. Tadi dah pergi klinik, doktor kata kena infection jer sbb mungkin luka dekat kaki Qaseh tu, Qaseh garu dengan kuku. 
 
Tapi, malam ni dah bengkak teruk dah. Nak jalan pun sakit. Qaseh dah makan ubat dan sapu ubat yang doktor bagi. Harap2 esok sembuh hendaknya. Insyallah, kesakitan yang sedikit ini boleh menghilangkan dosa-dosa kecil Qaseh. Amin.

Tahniah Dato'!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 

Siapa kenal dengan tuan punya gambar di atas? Hihi...mesti semua kenal kan...beliau adalah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), walaupun tak popular, kita masih boleh kenal beliau. Baru2 nie beliau dilantik sebagai Pemangku Presiden KAFA menggantikan presiden terdahulu. Itu yang korang tau kan...yang korang tak tau....meh Qaseh bagi tau...

Beliau juga adalah seorang anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) seperti Qaseh juga...bezanya, Qaseh jawatan kecik jer...hihi...beliau jawatan besar...beliau sebenarnya memegang jawatan Pengarah PPSPPA Negeri Kelantan. Hah...jadi korang dah tau kan...saja je nak bgtau korang..sebab bangga dengan beliau...boleh buat dua kerja sekaligus...tahniah yer Dato' Afandi Bin Hamzah...kami warga kerja PPSPPA bangga dgn Dato'!

Rezeki lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dgn limpah kurnianya...dpt kita berjumpa lg utk entri kali ini...adus dh mcm ustazah plak...hihihi actually nk kongsi berita gembira dgn korg....


Jeng...jeng..menang lagi...alhamdulillah....tiap kali masuk pertandingan untuk perhimpunan bulanan jabatan Qaseh, pasti ada je rezeki kami di bahagian kewangan untuk menjadi juara...alhamdulillah..


Ramai kwn2 yg berada di jabatan kami kata kewangan susah untuk join apa² aktiviti....but sekali join kami trus jadi juara...hahaha....rezeki....betul kan....kami yg join berikan sepenuh komitmen utk berjaya demi bahagian kami....apa yg kami usahakan semua demi bahagian kami...alhamdulillah, Allah s.w.t murahkan rezeki kami....kpd kwn² Qaseh yg join...korg mmg terbaiklah....


Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail