SHout






Rabu, 29 Februari 2012

Paintful...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Tahun Lompat Yang Unik

Assalamualaikum....

So, korang mesti perasaan hari ini adalah 29 Februari...betul tak? Tarikh hari nie korang leh jumpa 4 tahun sekali je....

Kebetulan ada kawan yang lahir tarikh nie...rasa unik sangat...biasanya kami wish besday dia pada 28 Feb @ 1 Mac....

Tapi tahun nie....rasa best plak sebab leh wish pada hari betul2 tarikh dia lahir....Mesti org yg lahir hari nie unik kan...

Ada kawan2 Qaseh lahir hari nie? Kalau ada Qaseh ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran, semoga Allah s.w.t. panjangkan umur, murahkan rezeki.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 28 Februari 2012

Perhatian!!! Sila Lamar Saya...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Sweet sangat time nabil nak lamar Zira...huhuu...boleh tak berangan2 lelaki idaman lamar saya macam nie??? boleh tak...boleh tak??? hihihi...jom layan...gerenti korang gelak...
 




12 Perkara tentang Kamal Adli

Siapa tak kenal hero niekan...hihihi...Qaseh salah seorg peminat Kamal Adli...Qaseh pernah juga keluarkan entri psal hero malaya nie...So, jom kita tgk 12 perkara tentang Kamal Adli yg hensem ni...


1) Bayaran pertama sebagai pelakon digunakan untuk membeli i-Phone 3G.


2) Mungkin ramai yang tahu pelakon ini memulakan karier sebagai pengacara sebelum bergelar pelakon. Tugasan mengacaranya yang pertama ialah Rentak Juara, Rhythm Of Champions di RTM1 pada tahun 2008.

     

3) Kamal juga salah seorang penggemar pewangi berjenama. Setakat ini dia mempunyai 20 pewangi pelbagai jenama.


4) Kamal jarang membeli pakaian. Sebulan sekali pun susah.


5) Apabila disuruh memilih Neelofa atau Fazura sebagai heroin paling hot, Kamal tidak dapat buat pilihan. Jelas Kamal kedua-duanya ada kelebihan dan kecantikan tersendiri.


6)  Kamal jarang makan di rumah kerana dia tidak berapa pandai memasak.


7) Memasang impian untuk mempunyai empat anak selepas berkahwin. Dua lelaki dan dua perempuan.


8) Ada dua tabiat buruk yang mahu tinggalkan segera iaitu susah tidur malam dan cuai.


9) Kerana cuai jugalah, Kamal sudah bertukar telefon bimbit hampir 20 kali sebab selalu hilang.


10) Berat badan Kamal sekarang ini ialah 75 kilogram, dengan ukuran pinggang 32 inci.


11) Ketika ini Kamal sedang menjalani penggambaran telemovie berjudul ‘Alamak 7 Hari Lagi’ di samping Sara Ali dan Izara Aishah.

  

12) Dalam masa 10 tahun lagi Kamal membayangkan dirinya masih berada di dalam industri tetapi terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir. Mungkin sebagai pengarah.


sumber: gua.com


Published with Blogger-droid v2.0.4

Isnin, 27 Februari 2012

Selesai Juga Akhirnya...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Qaseh ada cerita pada entri yang lepas kan...
Qaseh ada join segmen dari MD...
Segmen Follow tanpa BW...
Er...tapi Qaseh tak retilah follow org tanpa BW nie..
Jadi tu yg lambat nak follow kawan-kawan dari group A...
Tapi ada juga yg memang Qaseh dah follow lama dah...
Hah...ini lah senarai2 nya...
  
~ KaiSara AiMan PunYe BloG  
Aisyah Hazirah 
mashitah ismail 
mirmashi 
nina_adana 
QasehnyaRania 
Nabila Medan 
najwasafura 
Fazi Isma 
yana yani 
iLiAiSyAhkaDir 
Queen Nouvelle 
nanabyte 
mieda 
Atie iskandar 
Citra NaniZam 
kayrun nadea 
masz amysy 
Hazwani Zan Juhari 
Ayumi Comot 
Cik Saila 
SLUMBER SAGUN 
♥♥♥CikHarty♥♥ 
KHAIRUNNISA 
Srikandi Bonda 
Mr. E'raz Fadli 
Fify Firdausi 
Zamani 
daya jamal 
~ ADANDO ~ 
chak 
Fafa 
cincin permata 
mn6bil 
Rafflesia™ 
Cik Pensil 
Munirah : 
b0an 
indah
 Alline Amalina 
GBM 
ciksukaberangan
Cik Kay Jue 
Ayesha Ramlee 
Nur Zafirah 
Amirah Zulhijjah) 
FaRhaH NaJwa 
Ally Lynn

jenuh kan nak BW...tapi Qaseh suka...dpat ramai kawan-kawan baru...pasni nak g join kat group B plak...hihihi

Jom Belajar Tajwid

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Heh, ngigau apa nak belajar tawjid kan dah besar2 macam ni...
Hah!! jangan fikir macam tu okey
Selagi kita ada nafas, jangan jemu belajar...
Lagi2 pelajaran yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan dalam agama...
Tak penting dah besar ke kecik ker...
Malaikat maut datang cabut nyawa tak kira kecil atau besar...
maaf terlanjur kata...marah sebenarnya bila ada yang kata...
"Dah besarlah, malu nak belajar...mana ada ustazah @ ustaz nak ajar"

Ok, kalau macam tu meh Qaseh ajar...
bukan nak menunjuk atau apa...just kita kongsi sesama kita ilmu yang ada...
insyallah untuk kebaikan diri kawan-kawan dan diri Qaseh sendiri insyallah...
dan Qaseh ingat setiap hari selepas solat isyak, Qaseh akan keluarkan satu entri pasal tajwid ni...
Korang kisah tak? hihi...Qaseh tak kisah pun...

Pelajaran pertama kita malam nie mengenal
 
Apa itu Ilmu Tajwid
 
 Ilmu tajwid adalah ilmu mengenai tentang cara-cara membaca Al-Quran menurut hukum-hukum tajwid yang tertentu dengan menyebut makhraj huruf yang sesuai sifat-sifatnya.

Faham tak?? (Faham....ustazah...hihhihiii)

 
Hukum Belajar Mengenai Ilmu Tajwid

Hukum belajar mengenai Ilmu Tajwid adalah FARDU KIFAYAH dan membaca serta beramal dengannya adalah FARDU AIN bagi tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Firman Allah didalam surah Al-Muzammil ayat 4 bermaksud:-
 "Dan bacalah olehmu Al-Quran dengan tartil"

APA MAKSUD TARTIL??
 
Tartil ialah bacaan yang smepurna sederhana serta cermat menyebut huruf yang dibacanya dengan tepat seperti yang dikehendaki.
Contohnya:-
 Seperti tempat yang mesti dengung, didengungkan...
Hukum-hukum Mad yang mesti dipanjangkan mengikut harakat masing-masing dan hukum Ra' yang perlu ditebalkan atau dinipiskan.

Juga hukum-hukum seperti Ikhfak, Izhar dan Idgham  yang mesti disempurnakan mengikut hukum masing-masing.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-
 
 "Sebaik-baik dari kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain pula..."
 
So, jadinya disini kalau kita tak mampu jadi seperti mereka yang mengajar (Ustaz @ ustazah...bukan Qaseh yer...kikihkih...) sama ada disekolah atau di surau sekurang-kurangnya kita boleh mempraktikkan ilmu yang dipelajari kepada ahli keluarga ataupun kepada jiran serta anak-anak yang memerlukan bimbingan kita tentang bacaan Al-Quran.
So, adalah menjadi kewajipan kita memperbetulkan bacaan mereka yang memerlukan bantuan kita sekadar yang kita mampu walaupun kita ni tak der tauliah atau pengiktirafan utk mengajar Al-Quran...
 Betul tak??? So...korang kena rajin belajar k...jangan malas2...jadi, Qaseh pun akan rajin ajar korang...kita sambung next entri k...
 
p/s: huhuh...terpanjang plak entri kali nie...


 
 

Lovestory313 1st Giveaway

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 Ok...join GA lagi...
Mana tau ada rezeki...
Jom semua join...klik jer banner...cam biasa...

tarikh tutup 1 April 2012

So, cam biasa jugak nak tag kawan-kawan yang bertuah...
 
Hanna
Mak Su

Tahu tak Tanda Jatuh Cinta?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kamu membaca messagenya berulang2 kali tampa merasa jemu....
Kamu berjalan dgn sgt perlahan apabila kamu berpeluang b'jalan dgnnya...
Dia sahaja yang selalu kamu fikirkan....
Kamu sudah mengingati atau tak boleh lupa bau wangiannya...
Kamu perasan yg kamu akn tersenyum setiap kali kamu bercakap tentangnya...
Kamu akan lakukan apa sahaja buatnya.... 
Ketika membaca kenyataan ini,
kamu tersenyum dan yg pasti ada seseorang yg berada di dalam fikiran kamu.....
Betul tak?? Siapa tu?? Hihihi...
 

Satu Hari Nanti

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kalau satu hari awak menangis,
beritahu saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak,
Kalau satu hari awak ada masalah, awak bg tahu saya,,
saya tak janji nak bagi penyelesaian,
tapi awak boleh kongsi dengan saya
 
Kalau satu hari awak nak pergi berjalan,
bagitahu saya, saya bukan nak halang awak
 
tapi.....
saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar
cerite awak
saya janji saya akan ada untuk awak
 
Tapi kalau satu hari awak perlukan
saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih
memerlukan saya
saat itu saya pula perlukan "hadiah" PERSAHABATAN 
dari awak...♥
 

Ahad, 26 Februari 2012

Siapa Yang Kisah?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Rasa "sakit" saat mengetahui tiada siapa yang JUJUR ...... Sangat PERIT ditelan ,sangat SUKAR dilalui bahkan sangat MENYEDIHKAN bila diingat....... Tiada TELINGA untuk MENDENGAR, tiada BAHU untuk BERSANDAR..... tiada siapa untuk meluahkan rasa dan tiada apa Yang nak diluah.......
 
Namun saat itulah hati MEMUJUK: 
 
Wahai diri ALLAH kan ada..... Dan ALLAH sudah LEBIH dari CUKUP untukmu ...... ALLAH tidak mengutuskan kamu sesiapa kerana DIA cuma mahu BERKONGSI peritmu hanya padaNYA ...... Ya ALLAH,hilangkan rasa GUNDAH di hati ku ini ......
 

Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 
Cik Bunny wat GA lagi...jom join!!!
 
Senarai Penaja:-

Tarikh Tutup: 6 March 2012...cepat tau!!

Teringinlah....

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
herm...hari nie tak pergi ke kelas memandu...
Tak tahu kenapa...semalam balik jer kepala pening sangat...
Rasa tak larat...nak kata demam badan tak panas...
Sampai lah ke pagi tadi...pukul 10 baru larat sedikit nak bangun dari katil...
Bila bangun terasa lapar pula...
Nampak ada ikan cencaru (org kampung panggil ikan jaket)...
Teringin pula nak makan ikan bakar...
Apalagi...laratkan jugak badan memasak...
bukan susah sngat pun...cuci ikan...letak garam ngan asam jawa...
Bungkus ngan daun pisang...masuk oven...siap...
 sumber:google

Air asam pun senang jer nak buat...
Namun, selepas buka almari tengok ada gula aising...tepung naik sendiri...butter...
marjerin...telur...teringin pula nak makan cup cakes...
aduh...macam-macam nak bila tak sihat nie...
huhuh...teringin sangat...adeh...
mmg lah tak susah nak buat...cuma byk keje la...
Nak asing2 kan bekas untuk adun..
bekas untuk membakar...
kan..so, ada sesiapa nak tolong buatkan??
Ala...cup cakes butter biasa jer...letak aising perisa vanila ker...coklat ker...ok jer..
Anyone??? hihihi... 
 

Sabtu, 25 Februari 2012

Assalamualaikum.. Dalam perjalanan untuk ke kelas memandu jalan clear hari nie... Semoga apa yang Qaseh buat hari nie berjalan lancar insyallah... Doakan Qaseh yer...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Alhamdulillah...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Ditengah malam ni Qaseh cuba untuk merehatkan diri dengan BW di blog kawan2 baru yg Qaseh follow dari segmen MD...

setakat ni Qaseh sempat folow hanya seramai 20 orang jer..
saat Qaseh menaip entri nie...mata mengantuk sangat
Tapi gagah kan juga untuk menaip...

Mulanya nak post entri novel Siapa Aku Dihatinya...
Tapi, tak sempat nak habis taip...
Mata betul2 mengantuk...

Esok ada kelas memandu lagi...
Kelas terakhir...
Jadi Qaseh kena belajar betul2...
1hb Mac 2012 nie Qaseh ada Ujian dengan JPJ...
Korang doakan Qaseh lulus yer...
Qaseh boleh gi kerja naik keta jer...
Penat naik perkhidmatan awam nie...
Penat anggota badan tu adalah sedikit jer
 
Tapi...
Penat tengok perangai manusia sekarang...
Macam-macam...
Nak ditegur, mental Qaseh tak kuat jika kena marah dek dorang...
Silap2 leh nangis kat situ...
Huhuhu...
So, minta maaf yer semua...
Harap2 korang tak lupakan blog Qaseh walaupun tidak ber'update'
2 hari nanti...sayang korang semua...

Khamis, 23 Februari 2012

Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Selamat malam semua...eh...selamat petang...lupa pula belum nak tidur...hahah
mengarut jer lah...
memalam nie tak tau nak buat apa setelah otak sarat dengan kerja yang menimbun di pejabat...
Jadi Qaseh mengikhlaskan diri untuk join segmen2...jiran2...dan rakan2 blogger yang mana sempat..
 
So, Qaseh nak join segmen dari rakan blogger Qaseh MD...
 Kalau nak join jgn malu2 klik jer banner k...sayang!!! korang...

Qaseh mulakan yer...
pendapat Qaseh tentang sistem grouping eh MD...
Let's say ramai yang join segmen ni macam MD cakap..
mungkin mencecah 1000 orang...
memang patut lah buat sistem grouping...
 
Tapi...
Dengan cara yang MD buat...link terus ke button follow blog yang join tu...
Qaseh rasa tak ada masalah untuk follow 1000 orang yang join tu...
just klik jer kan...
 
cuma...
Qaseh lebih suka pergi ke blog orang tersebut dan baca blog beliau dulu...
sebab...tujuan Qaseh bukan untuk dapatkan follower semata2..
tapi untuk mencari kawan...dan menambah pengetahuan dengan BW kat blog2 yg Qaseh rasa memberi info dan general knowledge
Kat malaysia nie jer beratus blog dan boleh jadi beribu blog yang ada..
 
Selalunya..Qaseh follow blog orang lain bila kawan-kawan suggest...
dan kekadang bila Qaseh rajin nak jenguk pakcik google...
bila terjumpa belog yg best2..baru Qaseh follow...
 
Tak bermakna yang tak best Qaseh tak follow k...
jangan salah faham...
cuma nak tekankan disini..
tujuan sebenar bukan untuk mendapat follower yang ramai..
 
Qaseh kalau boleh nak follow semua yang join segmen MD nie..
Boleh MD????
Ikhlas nie...kalau tak follow Qaseh pun tak kisah...
Hihiih...bleh tambah kenalan...dan boleh tambah pengetahuan...
 
 Alamak...terpanjang plak entri nie...minta ampun yer MD...
oklah...Qaseh nak tag teman2 yang comel ni...

Eza Boom Boom
Hanna
Einz
 
 


Lebih Baik...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Lebih baik buta mata daripada celik, jika asyik melihat kemungkaran.
 Lebih baik bisu daripada petah berkata-kata, jika asyik menfitnah orang lain
Lebih baik pekak, jika asyik mendengar pekara yang tidak elok
Lebih baik kudung kaki, jika asyik melangkah kelorong maksiat
Lebih baik tiada tangan daripada menjadi pencuri
Lebih baik miskin daripada kaya andai sombong dan riak. 
Lebih baik jika dibenci asalkan ALLAH sayang pada kita... :))
 

Cantik diluar jer...Dalam???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
"....Cantik diluar belum tentu cantik didalam.."
Selalu ada orang yang akan cakap macam tu kan...
Bila fikir balik...betul juga tu...
Biarpun seseorang tu tak cantik...kolot...comot...kekampungan...
Jika cantik didalam, meskipun diluar tidak cantik,
ia tetap 'cantik'...
Sebab dia mampu menyejukkan mata sesiapa yang memandangnya dan mendinginkan hati sesiapa yang berada disekeliling dia kan...
 
Sebenarnya kecantikan atau sebaliknya tidak akan memberi kesan berkait keselesaan kepada seseorang, namun jika akhlak yang buruk sudah pasti menjadikan orang tidak tenteram dan tenang. 
 
Kepada teman-teman baik lelaki ataupun wanita...
Tak perlulah nak risau jika kita ni tak cantik diluaran, 
Dan sebenarnya kita tak perlu nak bimbang pun...
 kalau tak der insan yang sudi menjadi pasangan kita
kerana kita tidak cantik.
Sebab...insan yang bakal menerima kita itu nanti...
adalah insan yang benar-benar ikhlas menerima kita seadanya...
 

Suka Ayat Nie...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Awak...maaf tumpang tanya, 
Lorong CINTA,
Jalan SAYANG,
Kampung RINDU,
Daerah KASIH SAYANG,
Pekan HAT,
 Bandar I MISS YOU dekat mana ya ? 
 
Teman istimewa (Awak) : Awak jalan terus ikut jalan ILAHI, 
nampak simpang 3 masuk belah kanan , 
ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan , 
kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , 
iaitu pasar PERSIAPKAN diri.. haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul , semoga sampai. 
 
p/s: Cinta ALLAH cinta abadi.... ♥♥♥
 

Rabu, 22 Februari 2012

Belajar Dari Kesahan...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pernah tak kita fikir...bila kita melakukan sesuatu..
Ada kemungkinannya kita akan buat suatu salah..
Bila kita buat salah..Actually, itu adalah perkara yang terhebat...
Sebab...
Kita akan berkesempatan untuk belajar sesuatu..
So, jangan takut akui kesalahan kita..
Teliti dan pelajari secara mendalam..
Dan cari jawapan kenapa kesalahan itu berlaku...
Kerana kesalahan adalah guru yang luar biasa..
Dengan mengenal apa yang salah..
Maka kita akan menemukan apa yang benar..
 
"Sentiasalah kita belajar dari 
kesalahan sendiri"
 

Selasa, 21 Februari 2012

Kaya Sungguh Jadi Photographer

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang photographer?
 
Pernahkah kamu terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil?
 
Berbaloikah dengan apa yang kamu bayar terhadap photographer yang kamu pilih utk perkahwinan kamu?
 
Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak.. Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk kamu.. :)
 
Katakanlah photographer yang kamu pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:
 
1. Custom album 8x12 cristal laminated bernilai RM300
 2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar
 
Totalnya adalah RM420
 
 Itu belum lagi campur:
 
1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50
So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM680
 
Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti
 
1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650
 
Total gadget ialah RM26280…
 
 Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.
 
So, RM1500- RM660=RM840… so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840. Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari. Berbaloikah?
 
Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah?
 
Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job. Adoiiiii…
 
Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer?
 
Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari? Berbaloikah?
 
Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya......... 
 
Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”… :)
 

Isnin, 20 Februari 2012

Merdu Sungguh

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Albi Nadak - Seruan Hatiku

Semalam dapat hadiah...hari ni pun dapat jugak...
Lagu nie..
tak pernah dengar...sekali dengar...
Ya Allah...merdu dan best sangat lagu ni...

 





Dan...
Qaseh rasa lirik dalam bahasa arab lagi mudah faham...

لِيكْ أنَــا مِلْكِ لِيكْ
تَــــعَالَى قَرَّبْ ضُمَّنِّي مَـــحْتَاجَــــة لِيــــكْ
لِيكْ وُرُوحِي فِيكْ
يَا حُبَّ عُمْرَي انَا عُمْرِي كُلِّهْ هَأعِيشُه لِيكْ
هَوَاكْ هُوَ الْحَيَاة وِأنْتَ الْلَي أنَا بَعْشَقْ هَوَاهْ
كَانْ قَلْبِي مُنَـــاهْ أَجْمَلْ مَــــلَاكْ يِكُونْ مَعَاهْ
يَــــاهْ قَلْبِي نَدَاكْ وِاتْمَنَّــاكْ تِبْقَى انْتَ وَيَــايَــــا
يَاهْ بَعَدِ سْنِينْ شُوقُ وَحَنِينِ أَلاَقِيكْ هِنَا مَعَايــــا
يَــاهْ ضُمِّنِي لِيكْ دَاه انْتَ حَبِيبِي حَيَاتِي لِيــــكْ
وُهَاعِيشْ عُمْرِي عَشَانْ عَيْنِيكْ وُعُمْرِي فَدَاكْ
إِيـــهْ أَحْتَاجْ لِإِيــــهْ
لُوْ كُنْتِ جَنْبِي مَعَايَّا دَيْمًا قُولْلي إِيهْ
يَاهْ دَه انَا مِنْ زَمَانْ
مَحْتَاجَة لقَلْبِ يـحَسِّ بِيَّا وَاحَسِّ بِيهْ

p/s: terima kasih awak...


Alahai...wanita...jangan mengeluh...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
KISAH TUJUH PEREMPUAN BERTANYA DAN SEORANG LELAKI MENJAWAB.
 
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
 
Keluhan remaja perempuan A:
 
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
 
Keluhan isteri A:
 
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
 
Keluhan remaja perempuan B:
 
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
 
Keluhan isteri B:
 
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
 
Keluhan isteri C:
 
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
 
Keluhan isteri D:
 
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
 
Keluhan remaja perempuan C:
 
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
 
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
 
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
 
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
 
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
 
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
 
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
 
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
 
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
 
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
 
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
 
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
 
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
 
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
 
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
 
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
 
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
 
Lelaki beriman bertanya:
 
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
 
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
 
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
 
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
 
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
 
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
 
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. 
 
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…
 

Ahad, 19 Februari 2012

Serius Ker ni?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Terharu sangat...
Apa perasaan korang? Kalau korang dapat sesuatu yang korang nak sangat?
Gembira? Itu dah tentulah kan...
Kalau benda tu tanda minta maaf?
Lagi lah terharu...betul tak?
 
Materialistik?
Oh no...Qaseh bukan macam tu okey...
Semata-mata nak pujuk jer bagi hadiah...
Tapi??? Yer ker???
Serius??? Wanita akan cair dengan pujukan bila di sogok dengan barangan dan bunga??
Entah lah...bagi Qaseh jika dia adalah orang yang paling rapat dalam hidup kita...
Kita sendiri kenal macamana dia kan...
Jadi, dia dah tahu sangat perangai kita kalau merajuk...
 
Mungkin inilah pertama kali orang pujuk Qaseh macam nie...
Terkejut sangat...hati tertanya2...serius ker nie??
Ades...dalam dilema...
Nak tau dapat hadiah apa??
Memula tengok kotak dah tertelan air liur...
Bila buka kotak...ini yang Qaseh nampak...

 
p/s: awak serius ker nie?

Resepi : Kek Span Pelangi

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Okey, petang hari yang cerah ni, Qaseh nak ajar kawan-kawan resepi kek span pelangi
Actually, kek ni adalah salah satu kek yang paling Qaseh suka waktu kecil. Respi ni dari ibu Qaseh...tadi Qaseh dah cuba buat sendiri...hasilnya...tadaaa...
Tak comel kan...tapi....sedap...hihihi...semua puji...
Kalau kawan-kawan nak cuba...ini Qaseh bagi resepi kek span pelangi ni...nanti korang boleh cuba sendiri...

Bahan-bahan:
6 Biji Telur
1 1/2 cawan gula aising
3 cawan Tepung naik sendiri (Qaseh guna tepung ni)








2 cawan marjerin
1 sudu besar perasa vanilla / esen vanilla








1 sudu besar baking powder
 
 
 
 
 
 
 
 
1 sudu kecil pewarna (boleh pilih sendiri nak warna apa)










Cara-cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula aising sehingga sebati
2. Masukkan marjerin dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan perisa vanilla / esen vanilla pukul lagi
4. Masukkan pula baking powder dan pukul lagi
5. Kemudian masukkan tepung dan pukul sehingga kembang dan gebu (Qaseh guna kelajuan paling tinggi)
6. Apabila dah selesai asingkan kepada 3 bahagian (Kalau salah satu tak letak pewarna pun tak apa)
7. Masukkan warna dan kacau sebati dengan adunan tadi. (Seperti ini)










8. Masukkan tiga adunan berlainan warna dalam satu bekas pembakar kek
9. Bakar kek dengan kepanasan 150 darjah celcius selama 40 minit - 45 minit
10. Cara untuk mengetahui kek dah masak ada 2...
      i)  Bau wangi kek
    ii) Cucuk lidi di tengah-tengah kek...jika lidi licin dan tidak melekit @ basah maknanya kek dah masak. Kalau tak tambah lagi 5-10 minit.


Maaf...aku tak layak!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Layakkah?
Layakkah aku menjadi rusuk kirimu?
Maaf calon imam ku...
Aku bukan wanita solehah...
Namun...Aku seorang sedang memperbaiki diriku sendiri...
 
Dimanakah dikau calon imamku??
Aku memerlukanmu untuk berjuang ke arah kebaikan...untuk memperbaiki diriku sendiri...
Namun...jika dirimu rasakan aku wanita yang masih enggan memperbaiki diriku,
Enggan mengikut sunnah Rasul,
Enggan mentaati perintahNya...
Sanggup kah engkau? 
Sanggupkah engkau untuk mendidikku menjadi wanita terbaik...
Agar aku layak untuk menjadi rusuk kirimu yang solehah?
 
Aku pasti...setiap pilihan Allah s.w.t adalah yang terbaik untuk kita...
Jadi, aku berharap aku adalah yang terbaik untukmu...
Insyallah...

Aish!!! Marahnya...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kita kalau marah, mesti disebabkan sakit hati kan...
Bila sakit hati marah jadi berganda-ganda...
Syaitan mula mengapi-apikan kita..
 
Waktu nie perkara terbaik adalah diamkan diri...
Beristighfar banyak-banyak...
Jangan dengar hasutan syaitan...
Kita biarkan je orang yang marah kita tu...
Sebab orang yang marah ibarat api...
Dan kita ni bara yang akan membuat api tersebut lebih besar...
Bila bara diam dan akhirnya tiada lagi tanda-tanda 'PANAS'
Api tadi akan surut dari kemarahan...
 
p/s: harap2 dia tak marah lagi...

Sabtu, 18 Februari 2012

Apa Yang Hebat Sangat Pasal Melahirkan Nie???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka iaitu tarikh yang ditetapkan oleh doktor. Kebanyakannya bayi akan lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

p/s: sayang....ibu!!!

Jumaat, 17 Februari 2012

Luna Shoppe's Giveaway

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Join jom....Qaseh tag jiran-jiran Qaseh...
 
Eza Boom Boom
 
Iffah Afeefah
 
Einz

Nak join klik banner yer...

Tarikh tutup 20 Februari 2012

Rabu, 15 Februari 2012

Cerpen : Cinta Teristimewa

"Abang...sayang benarkan abang berkahwin dengan dia. Sayang ikhlas. Ikhlas untuk menolong dia. Dia perlukan kita abang...Demi anak-anak dia. Abang tak kasihan ke, melihat budak-budak tu tanpa ayah mereka? Kita ikhlas bang...please...Kita tolong dia yer?" Lia memandang suaminya yang dalam kebingunan. Dia tahu, permintaannya itu suatu yang mustahil. Namun, kerana sifat kemanusiaan dan perasaan belas Lia yang tinggi melangit itu, dia sanggup mengenepikan perasaannya sendiri.
 
Isteri mana mahu dimadukan? Isteri mana madu diduakan? Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih? Jika diberi pilihan, Lia tidak ingin membuat keputusan ini. Namun, ini sahaja jalan yang ada. Niatnya hanya ingin membantu. Membantu seorang insan yang tidak berupaya. Apabila Lia mendengar cerita Rohayu, dia terus menjadi simpati. 
 
Rohayu, seorang ibu tunggal anak tiga. Ditinggal suami pertama kerana dia tidak sanggup melihat dan bersubahat dengan sikap suami pertamanya itu. Kehidupan bekas suaminya itu sangat kebaratan. Dia tidak mahu anak-anak mereka membesar dengan cara begitu. Sungguh! Ibu mana yang ingin melihat anak membesar di dalam keadaan yang penuh dengan dosa. Jauh dari ciri-ciri kehidupan Islam. Arak, disko, dadah sudah menjadi kebiasaan. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk bercerai. Anaknya, Umairah diberi hak penjagaannya kepada Rohayu. Setiap bulan, bekas suaminya akan mengirimkan duit, khas untuk perbelanjaan seharian Umairah. Duit itulah yang menampung belanja harian Rohayu sehingga sekarang. 
 
Kali ini, dugaan yang diberikan kepada Rohayu lebih dasyat. Mahkamah telah memutuskan bahawa dia dan suami keduanya sah bercerai dengan talak tiga. Hampir terduduk sewaktu Rohayu mendengar keputusan hakim Mahkamah Syariah itu. Tidak dia sangka. Begitu juga suaminya. Bagaimana? Bagaimana boleh jadi talak tiga? 
 
Rohayu mengingati semula hari dia bergaduh besar dengan suaminya itu. Ya, suaminya ada memarahi dan menyuruhnya pulang dari pejabat. Namun, Rohayu ingkar. Suaminya yang sedang marah, malah dihasut pula syaitan laknatullah melafazkan kata-kata talak kepada Rohayu. "Kau tak nak balik ye..baik! Sekarang aku ceraikan kau talak dua. Kau dengar tak?" Namun, Rohayu telah pun meletakkan telefon sewaktu talak di lafazkan. Kemudian dia pulang juga ke rumah kerana tidak sedap hati. Sampai di rumah, suaminya telah pun menunggu. Pergaduhan antara mereka menjadi lebih teruk. Kali ini, suaminya melafazkan lagi talak kepada Rohayu. "Awak dengar tak? Saya ceraikan awak talak dua!" 
 
Suami Rohayu memberitahu mahkamah tujuan talak itu dilafazkan bagi mengulangi apa yang dia lafazkan di dalam telefon. Namun, hakim mengatakan talak tiga tetap jatuh. Kerana lafaz talak tidak boleh dibuat main. Dengan niat atau tidak. Talak tetap akan jatuh. 
 
Berbagai cara telah Rohayu cari untuk kembali bersama suaminya. Anak-anak pula rindukan ayah mereka. Rohayu buntu. Puas dia bertanya kepada ustaz dan pejabat agama. Namun, jawapan yang dia terima sama sahaja. Kemudian, Rohayu mendapat tahu dia hanya boleh kembali bernikah dengan suaminya apabila dia telah berkahwin lain dan dia diceraikan oleh suami barunya itu. Akhirnya, Rohayu membuat keputusan untuk mencari 'Cina Buta' untuk menyelesaikan masalahnya.
 
Akhirnya, Rohayu berjumpa dengan Lia. Itupun secara tidak sengaja melalui sebuah forum di laman sesawang. Dari situlah Lia membaca kisah-kisah Ayu dan di terpanggil untuk menolong wanita itu. Dia pun tidak tahu kenapa. Yang pasti, dia tidak mahu nasib anak-anak Rohayu sama sepertinya di waktu kecil. Kekurangan kasih sayang ayah memang menyakitkan. Lalu, niat Lia itu disampaikan kepada suaminya yang tercinta. Dia berharap yang suaminya itu akan sudi menolong.Namun, sehingga kini suaminya mendiamkan diri. Puas dirayu dan dipujuk suaminya itu agar sudi memperisterikan Rohayu. Tetapi, jawapan yang diterima hanya sifat diam yang ditunjukkan suaminya.

Kamal pelik dengan sikap Zahlia. Bagaimana isterinya itu tergamak menyuruh dia menjadi 'Cina Buta'? Tidak sayangkah isterinya itu kepada dia? Tidak tahukah isterinya itu bahawa 'Cina Buta' itu haram? Niat tidak menghalalkan cara. Telah dia cuba menerangkan kepada isteri kesayangannya itu. 
 
"Bang, sayang tidak suruh abang berkahwin dengan dia hanya untuk menceraikan dia. Tidak! Sayang tidak berkata begitu bukan? Sayang hanya suruh abang berkahwin dengan dia seperti perkahwinan biasa. Menerima dia dan anak-anak dia seadanya. Bila pula sayang suruh abang berkahwin kemudian bercerai?" terang Lia. Rupanya suaminya tidak faham tujuan sebenar. Ya Allah, bagaimana aku boleh bertindak begini? Adakah hikmahmu disebalik kejadian ini? Lia yakin cadangan perkahwinan ini kelaur dari akalnya yang waras. Ya, dia masih waras. 

"Habis tu, Lia nak apa sebenarnya? Bukan itukah tujuan asal Lia?" Kamal masih tidak faham apa niat sebenar isterinya itu. 

"Abang..Lia masih waras abang. Lia masih tahu mana yang halal dan mana yang haram. Mana yang baik dan mana yang buruk. Anak-anak Ayu hanya perlukan seorang bapa. Dan..Lia mahu abang menggantikan ayah mereka tu. Tak salahkan. Besar pahalanya abang membantu seorang wanita yang tidak berupaya. Dan.." kata-kata Lia berhenti disitu. Pahit untuk dia luahkan, namun dia sudah terlanjur berjanji. Jadi, dia perlu menunaikannya. "Dan..Lia izinkan abang berkahwin dengan dia. Lia..Lia..rela bang..." hampir gugur airmata Lia waktu melafazkan keizinannya itu. Entah mengapa, hatinya seperti dihiris-hiris. Ya Allah, betulkah keputusanku ini? Lia menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.

"Lia betul-betul izinkan? Tapi..abang tidak kenal dia. Mahukah dia menjadi isteri kedua abang?" soal Kamal lagi.

"Pasal perkara itu, abang janglah risau. Kami dah berbincang berdua. Yang penting..abang dan dia berkenalanlah dahulu. Ini nombor telefonnya." Lia menghulurkan sekeping kertas yang diatasnya tertera nombor telefon bimbit Rohayu. "Nanti, abang berboraklah dengan dia. Boleh kenal-kenal lebih rapat lagi...ya..."sambung Lia lagi. Sejurus itu, Lia berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia ingin merehatkan badannya yang seharian penat bekerja di pejabat.

Kamal merenung nombor itu. Lama. Perlukah aku telefon sekarang? Kamal masih ragu. Dia merenung nombor telefon itu dan kemudian memandang pula telefon bimbitnya di atas meja. Rasanya dia perlu berbicara dengan wanita yang dipanggil Ayu oleh isterinya itu. Dia perlu menunaikankan hasrat isterinya. Tidak sampai hati untuk menolak kemahuan isterinya yang seorang itu. Untuk menerima juga dia keberatan. Akhirnya...dia membuat keputusan...

Kini, sudah hampir tiga bulan hubungan percintaan antara Kamal dan Rohayu. Sungguh tidak disangka, dia akan jatuh cinta pada Ayu. Dari lembut bicara wanita itu melayannya di telefon membuatkan dia lupa pada isterinya, Lia. Kamal mula membandingkan sifat Ayu dan Lia, isterinya. Dia tidak tahu kenapa mesti dia membandingkan sebegitu. Betullah kata orang tua-tua, bila bercinta semuanya indah belaka. Cinta isterinya, Lia sudah hilang entah kemana. Kini Kamal nekad untuk memperisterikan Ayu walaupun di halang oleh keluarganya. Dan kini, Lia juga seperti tidak merestui hubungannya dengan Ayu. Dia juga sering bertelingkah dengan Lia. Dan asas pergaduhan mereka pastinya mengenai Ayu. Apa saja yang dilakukan oleh Lia, tidak kena pada mata Kamal. Mulalah Kamal akan membandingkan dengan Ayu. Ayu yang lembut, pandai mengambil hati, tidak meninggi suara. Argh! Semuanya Ayu. Dan setiap kali itulah Lia akan terasa hati. Lalu, mereka akan bergaduh.

Lia sentiasa menangis seorangan di dalam bilik. Manakan tidak, setiap malam suaminya akan berbual dengan Ayu sepanjang malam. Hatinya sakit. Pedih. Hanya Allah s.w.t yang tahu. Kenapakah suaminya itu berubah sebegitu rupa? Tidak cintakah lagi dia padaku? Fikir Lia. Adakah kerana Ayu lebih baik darinya? Jika begitu, aku kena lebih baik dari dia. Lia tekad. Dia akan melayan suaminya sebaik mungkin untuk mengambil semula hati suaminya itu. Setiap pagi Lia akan sediakan teh suam untuk diminum Kamal. Pulang dari pejabat, walaupun penat Lia akan masak makan malam untuk suaminya. Pabila tiba hujung minggu, dia akan berhias cantik walaupun tidak kemana-mana.

Kamal menjadi pelik dengan perubahan isterinya itu. Buang tabiat mungkin. Teka Kamal. Namun, dia senang dengan perubahan Lia. Dia merasakan dirinya dihargai. Dia pasti. Lia berubah kerana takut kehilangannya. Lia cemburu? Ya! Lia cemburu. Susah untuk dia melihat Lia cemburu. Kerana Lia bukan seorang yang kuat cemburu. Mungkin kedatangan Ayu menggugat Lia? Mungkin..herm, dua-dua cantik. Dua-dua baik. Fikir Kamal lagi. Beruntung mempunyai dua wanita ini. Kamal tersenyum-senyum sendiri. Dia menyintai kedua-duanya. Namun, cintanya pada Lia lebih lagi. Cinta Lia telah terpahat di dalam hatinya. Telah tersemat kemas. Tak mungkin boleh di ganti. Tapi..kehadiran Ayu, menyebabkan aku tidak nampak Lia. Kenapa? Sedangkan, aku rindu pada Lia. Rindu untuk membelai Lia. Bergurau manja dengan Lia.Tetapi, apabila Lia berada di hadapanku...perasaan marahku meluap-luap. Tiba-tiba aku menjadi marah kepada dia? Apa salah dia? Kenapa dengan diri aku? Bukankah aku sudah berjanji akan menjaga dirinya hingga ke hujung nyawa? Dan, aku berjanji tidak menyakiti hatinya. Tiada lagikah cinta dihatiku untuk Lia? Kamal pusing memikirkan keadaannya itu. Dia pasti. Dia masih cintakan isterinya itu. Cuma, mungkin kehadiran Ayu menyebabkan dia buta.

p/s: sambung yer...penat nak taip dah...hihi...
 
 

Selasa, 14 Februari 2012

Jangan Bersedih

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kalau kita memerah buah zaitun...
kita akan mendapat minyak zaitun...
 
Jikalau kita memerah buah-buahan...
kita akan mendapat jus buat yang sangat enak...

Bunga-bunga mawar pula akan mengeluarkan wangian yang sangat enak
apabila ia diperah atau di renyuk-renyukkan...

Maka...
Ketika diri terasa sakit seperti di renyuk dan di perah...
Dan, ketika kau merasa hidupmu penuh keraguan dan jiwamu tertekan...
Jangan bersedih...
  dan jangan berputus asa,
 
Kemungkinan ALLAH sedang 'mengeluarkan' hal terbaik yang ada dalam dirimu...
 

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


 
Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Walau Pendek Banyak Hikmahnya

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
<<<Rahsia Surah Al-Kautsar>>>

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail