SHout






Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

10 Jenis Props Untuk Photoshoot

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
Penting ke?
Mesti semua tertanya2 kan...
Bagi seorang jurugambar ia sangat penting..
Sekarang ni dah jadi trend bila nak photoshoot mesti ada props...
Props tak semestinya yang mahal..
Yang penting kena dengan tema...
Besok Qaseh ada photoshoot wedding...
Jadi Qaseh ada buat beberapa research mengenai tema dan props yang ingin digunakan...
Korang pun kalau berminat dalam bidang fotografi ini
Bleh gunakan idea ini...
1. Belon



Dengan belon korang boleh buat aksi macam2...nampak sweet je utk pasangan pengantin@bakal pengantin...
2. Basikal
Sesuai sangat untuk tema 'vintage'...
3. Papan hitam
Dengan papan ni korang boleh tulis apa sahaja...heheh...
4. Kertas bercorak @ bertulis
Ok, yang ini korang boleh buat sendiri...print je...byk yg leh dapat free...gambar korg pun jadi menarik...Tapi pastikan kena dengan tema tau!
5. Bingkai gambar

Yang ini korang kena kluarkan duitlah untuk beli bingkai gambar...pastikan pilih yg cantik...sebab korang boleh guna byk kali...
6. Penggunakan Huruf dengan Ayat ROmantik
Yang penting korang kretif...kena berfikir dari luar kotak jgk ok...hehe...beli je letter block utk kanak2 tu...murah jer...kan...kan...
7. Payung
Macam2 jenis payung korang leh guna...apa yang penting??? Macam Qaseh cakap kena ikut tema...
8. Lolipop

Lolipop ni pun korang boleh beli banyak jenis dah sekarang...ada bentuk LOVE...yg ni memang sweet...semanis pengantin baru...
9. Kipas

Qaseh paling suka guna ni...heheh...senang nak carik...
10. Bantal bentuk Heart @ Perkataan ROmantik
Hah...sweet tak?? So, apa lagi...korang gunakan tips ini untuk jadikan gambar korang lebih menarik...tak semestinya untuk phootoshoot perkahwinan je...

Ahad, 30 September 2012

Apa suami buat bila isteri Hamil? Part 3 (akhir)

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
TRIMESTER KETIGA (takut dan cemas)

Hah! Waktu2 ni ada debar, ada takut, ada cemas...biasalah...waktu2 nak bersalin dah dekat. Bukan isteri je takut...suami pun takut jugak...Sebab apa takut? Sebab isterinya tak secantik dulu..heheh...sebab mungkin dah tembam sikit...takut dah tak larat nak dukung...kihkihki...walupun camtu...korang tetap kena tahu apa yg berlaku kat isteri saat akhir ni...

• sering mengeluh sakit, sengal, nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
• mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak, bayi akan diam sebab pergerakan kita membuai bayi di dalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

So, si suami...jangan lupa peranan anda waktu2 ni okey!

• bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
• pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
• bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
• bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (jangan teruskan menonton bola)


Akhir sekali...pesanan ikhlas dari Qaseh...keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri kawan anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini. Okey...semoga berjaya!...

Jumaat, 2 Mac 2012

Tips: Mendidik Anak-Anak

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

 

Khamis, 12 Januari 2012

Tips : Lajukan Belog Anda

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Akhir2 nie, Qaseh rasa belog Qaseh cam berat jer..
Padahal x der lah widget bukan2 kat belog Qaseh nie...

Orang kata kalau kurang dari 100KB
Barulah belog tu tak berat...
dan senang nak loading...
Gitu ker??

Barulah Qaseh tau..
Belog korang berat tak?
Meh check kat sini..

Rabu, 11 Januari 2012

Tips : Dapatkan Buffered Earnings

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Akhir2 nie, kawan Qaseh selalu tanya Qaseh...
Ko tak dapat BE ker?
BE? apa tu BE?
Bila baca blog Ammar barulah Qaseh faham apa tu BE..

Insyallah,
Kalau ada rezeki dapat lah Qaseh BE tu...
Hahaha...dalam mimpi jer lah..

Kenapa?
Sebab, bukan tu tujuan Qaseh nak berblogging!
Qaseh berblogging kerana ikhlas buat nie semua
Tapi, kalau dah rezeki apa salahnya kan...

Korang masih tak faham apa tu Buffered Earnings?
Meh baca kat beloh Ammar nie..
Gerenti korang akan faham...

Selasa, 15 November 2011

Petua Hilangkan Selesama...



Assamualaikum...tengahari yang sejuk dan dingin nie membuatkan Qaseh nak tidur lah...Lagi2 sebab baru lepas makan ubat selesema kan...Aduh...bila lah selesema nie nak baik kan...

Korang ada petua tak? Dulu kecik2 mak Qaseh selalu sapu kunyit kat hidung untuk hilangkan selesema. Berkesan ker erk? Kalau berkesan nak sapu jugaklah kat hidung balik nanti.

Ish...ish...korang gelak plak eh...bukan sapu serbuk kunyit tau, kang tak pasal2 jadi hidung goreng kunyit plak kihkihki...

Ambil seketul kunyit tu...potong pastu tenyeh jer kat pangkal hidung...

AMARAN KERAS : UNTUK KEGUNAAN BAHAGIAN LUAR SAHAJA...heheheh...

Sabtu, 12 November 2011

Tips Menjadi Pemimpin Yang Baik 3

Sambungan 2 entri sebelum ini...
Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;
1)Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
2)Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3)Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4)Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5)Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6)Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7)Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Tips Menjadi Pemimpin Yang Baik 2

Sambungan entri sebelum ini...
SIFAT PEMIMPIN ISLAM

Seorang pemimpin Islam perlu mempunyai beberapa sifat terpuji:
 
1. Istiqamah
Ini bererti mempunyai pendirian yang teguh dan diikuti dengan keperibadianyang mantap. Pendirian ini tercermin pada perkataan dan perbuatan, iaitu sesuatu yang diyakini dipertahankan sungguh-sungguh dengan tidak terumbang-ambing oleh pengaruh apa pun.

2. Memelihara diri
Keadaan diri sendiri dihitung dan dianalisis. Apabila terjadi sesuatu kegagalan diri sendiri diperhatikan terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
Rasullah pernah bersabda:
“Berbahagialah orang yang suka meneliti kelemahan dirinya dan tidak mempunyai masa untuk mencari kelemahan diri orang lain; dia bersedia memberi rezekinya yang lebih, serta bersedia mencegah kelebihan ucapannya”.

3. Bijaksana
Ini bererti membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak. Langkah yang dipilih tidak menyinggung orang lain.

4. Tenang
Dengan ketenangan, pilihan yang diambil tidak mudah keliru. Orang-orang bawahan juga tidak hilang kepercayaan terhadap pemimpin.

5. Sabar
Sabar bererti kuat menahan diri agar tidak melakukan sesuatu yang tidak bijak. Dengan bersifat sabar seseorang boleh menang dalam banyak hal.

6. Tidak takbur
Ini bererti tidak membanggakan diri berlebihan-lebihan sama ada dengan perbuatan, perkataan atau sikap.

Allah telah berfirman dalam surah Luqman,ayat 18:
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu, mememekkan orang lain, dan jangan pula engkau berjalan di bumi ini dengan bongkak; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang bongkak dan angkuh”

Allah juga berfirman dalam surah Assyura, ayat 215: “Hendaklah kamu bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, pengikutmu”.

7. Tidak mungkir janji
Segala janji yang dibuat ditunaikan. Kalau pemimpin mungkir janji, kepercayaan orang terhadapnya akan hilang.

8. Adil
Adil bererti meletakkan sesuatu pada tempat yang semestinya dan memberi samarata. Kewajipan, pembahagian tugas, hukuman dan sebagainya, dilaksanakan dengan wajar.
Rasulullah telah bersabda:
“Hati-hatilah kalian terhadap doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada tabir pemisah antara doanya denga Allah, walau dia orang kafir sekalipun”.

9. Tabah
Tabah bererti keras kemahuan dan diikuti dengan usaha yang cukup serta tidak cepat putus asa. Orang yang tabah mempunyai keperibadian yang kuat.

10. Tawakkal kepada Allah
Pemimpin yang tawakkal rela akan apa yang ditakdirkan Allah ke atasnya. Dia yakin akan kebijaksanaan Allah. Dia berserah diri sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha sedaya mungkin.
Allah telah berfirman dalam surah Al-Ma’idah ayat 100:
“Katakanlah, tidak akan mengenai kami, kecuali apa yang telah ditentukan Allah ke atas kami. Allah yang menguasai kami. Dan hanya kepada Allah hendaknya orang mukmin berserah diri”.

Tips Menjadi Pemimpin Yang Baik


Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.

Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu.

Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:

1. Mentaliti
    * Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara
       yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
    * Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik
       yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
    * Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya
       minta bertindak.
    * Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam
       organisasi.

2. Kemasyarakatan
    * Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
    * Sikap positif dan terbuka.
    * Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
    * Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti
    * Mempunyai disiplin diri yang unggul.
    * Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian
       dan ketahanan diri.
    * Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.
Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya.

Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

Empati
iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.

Kesedaran akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri 

Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.

Kebolehan
kebolehan untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.

Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:

* Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana
   kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
* Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau
   tidak baik kepada organisasinya.
* Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja
   biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
* Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia
   mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya,
   pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.
* Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di
   luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing
   dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.

Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap.

* Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian
  dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
* Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu
   hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
* Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan
   manusia.
* Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu
   mengagihkan tugas kepada mereka.
* Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan
   dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara
   lain. Dia sentiasa bersikap positif.

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan


Ahad, 16 Oktober 2011

Tips : Mencari calon Suami

‎Kawan2... Qaseh ingin berkongsikan sesuatu yg Qaseh dapat dari rakan2 FB. Ini adalah mengenai seorang lelaki...

Jika anda seorang wanita yang sedang mencari calon suami carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, dan ingin menjadi seorang lelaki pilihan wanita, maka milikilah sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tips : Perkahwinan


TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Pendakwah dan jurugambar berbakat :)

Ahad, 14 Ogos 2011

Tips Jadi Blogger Terkenal??

Camana yer?? Ada tips ker?? Cara-caranya??Ada tak tips jadi blogger terkenal??

Itulah soalan yang sering kita tanya pada blogger2 otai kan ... actually diorg sebenarnya seperti kita juga ... bermula dari bawah ... ada entri yang dapat sambutan ada yang tidak ... nak cerita pasal gosip ke ... kisah benar ker ... pangalaman ke ... kisah cinta ke ... tak ada masalah ... pada pendapat Qaseh pula ada beberapa cara yang Qaseh sendiri lakukan untuk menarik minat pembaca bukan sahaja blogger namun yang bukan blogger juga ... tapi... ini pendapat Qaseh sahaja yer ...disini ... Qaseh sediakan tips jadi blogger terkenal ...

Entri Yang Singkat dan Padat

Sebelum Qaseh nak menaip entri, Qaseh akan cuba mengarang dahulu entri yang ingin dikeluarkan. Ingat tak waktu zaman sekolah dulu, cikgu ada ajar buat peta minda ... tulis point penting ... kemudian baru karang ayat ... tapi ini bukan karangan bahasa melayu yang kena tulis 350 patah perkataan yer ... heheh ... cukuplah sekadar menggunakan ayat yang pendek tapi padat dan mudah difahami semua ... 

Buat Perenggan

Alahai ... dah sah2 kalau entri tu panjang pening pala nak baca ... ye tak??? Kat sekolah dulu kalau korg buat karangan mesti ada perenggan kan ... aplikasikanlah apa yg di ajar tuh waktu menaip entri ... biasakan diri ... cuba bayangkan korg seorg cikgu ... tgh semak karangan anak murid  yang dengan tulisan ntah pape ... pastu takda perenggan dan titik noktah ... jawabnya murid korg tuh dapat E je lah kan ... heheh ...

Entri Bergambar

Yang ini tak yah ajar eh ... kalau korg g mana2 blog yg popular korg mesti tgk dia ada letak gambar sekeping 2 kan ... jangan byk2 plak ...melainkan entri korg tuh memang memerlukan gmbr ... so, letak gmbr sesuai ngan post korg tuh ... kalau ambil kt google @ kt laman web lain ... jangan lupa bagi kedit ... kang marah plak tuan punya gambar tuh ... tak dapek den nak nolong eh ...

Isu Sensitif

Hah!!! Yang ni Qaseh tau ramai yang suka ... suka citer pasal politik, gosip bagai kan ... sebelum korg nka post entri camni ... korg kena berhati2 k ... pastikan korg mempunyai bukti yg sah lagi sahih k ... cam baru2 ni citer pasal SimplySiti ... rupa2nya berita tu palsukan ... citer dah basi ... lama nya citer kot ... napa nk ungkit2 balik ... dah sah2 terang lagi bersuluh SimplySiti tu halal ... ades...so, korang jaga2 lah klu nak wat entri cenggini ... silap2 nanti korg leh dikatakan membuat fitnah ... astagfirullah hal'azim ...
Personal Entri

Erk ... yang nie Qaseh tak leh nak komen ... setiap org ada citarasanya ... apa yg nak dicerita ... apa yg tidak ... kadang2 kita perlu bercerita agar org tahu dan ambil iktibar ... dan kadang2 ada yg terlebih2 plak citer psl personal ... herm ... adik2 ... klu nk bercinta sakan ... boleh nk kuarkan gmbr org y dicintai atau sebagainya ... tapi cer pk ... klu korg brek off ke ... gaduh ke ... mesti org yg x suka entri personal + jiwang karat korg tuh ... mengutuk korg balik ... jadi rasanya ... kalau nak cerita tak salah ... tapi berpada2 ... tok sah lah tunjuk gmbr berdua sejoli tuh ... silap2 leh jadi fitnah jer ... ingat yer ...
Lagu Di Blog

Yang nie pown jadi isu gak ... sebab kadang2 ada org tak suka dgr bila bukak je blog kita tiba2 dgr lagu ... sedangkan waktu tuh dia tgh dgr lagu dari pc @ laptop dia ... kalau perkara nie jadi silap2 diorg tekan jer button pangkah ... habis citer ... dah ilang satu UV korg kan ...macam Qaseh lah kan ... suka sangat letak lagu kat blog yg auto play ... tahu kenapa?? Sebab ... bila nak membaca Qaseh suka dgr lagu smooth ... lembut untuk halwa telinga Qaseh ... jadi, sesiapa yg rasa lagu kat blog dia ganaz ala2 rock metal ... korg jgnlah letak lagu yg auto play k ... alhamdulillah setakat nie ... kawan2 Qaseh x komplen lagi psl lagu kat blog Qaseh ... 

Widget Di Blog

Penting ke??? Penting kot ... kadang2 ada widget yg memberatkan blog kita ... menyebabkan org lain susah nk bukak blog kita ... kalau boleh kurangkanlah widget2 kat blog ...buang je mana yg korg rasa tak sesuai atau menyemakkan di blog ... Jujur Qaseh cakap ... kalau Qaseh berblogwalking kat belog org dan nak bukak lambat sangat ... sebagus mana pown entri dia ... Qaseh tak larat nak tunggu ... jadi jawapannya apa??? Button pangkah lah ... herm ...

Hati Yang Ikhlas

Yer ... ini perkara dan ramuan paling penting dalam dunia blogging ... kita berblog sebab apa?? sebab dengki org lain ada blog?? sebab nak buat duit melalui blog ??? atau sebab korg suka2 nak berblog .... terpulang ... yang penting apa yang korg post ... apa yg korg cerita adalah dari hati yang ikhlas ... jika kita ikhlas buat sesuatu ... kita akan dapat kepuasannyanya ... korg x dapat rasa??? korg x ikhlas kot!!! heheh ... gurau jer ... korg cubalah ikhlaskan hati ... insyallah apa yg korg cuba cerita akan sampai ke lubuk hati org yg membaca ... bak kata org dari hati turun ke tangan yang menulis ... dan orang yang membaca ... dari mata turun ke hati ... ye tak ??? hehe ... pepandai je kan Qaseh nie ... 
Itu je lah yg Qaseh nk kongsi ngan kengkawan ... itu yang Qaseh nampak sejak Qaseh berblogging hampir 2 tahun yg lalu ... blog nie adalah blog terbaru Qaseh selepas blog2 yag lain tuh terkandas ditgh jln ... kenapa?? mungkin sebb perasaaan IKLAS utk berblogging sebelum nie masih belum wujud ... jadi ... sama-sama kita renungkan ... dan SEMOGA BERJAYA DI DLM DUNIA BLOGGING

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail