SHout






Memaparkan catatan dengan label E-Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label E-Novel. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Mac 2012

Siapa aku dihatinya Siri 12

Qaseh termenung di atas katilnya. Buku pelajaran dihadapannya tidak langsung menarik perhatian. Dia masih terfikirkan peristiwa petang tadi di kampus. Bila teringatkan peristiwa itu, darahnya menyerbu naik ke muka. Macam-macam perasaan timbul. Marah, geram dan rindu. Rindu? Betulkah dia pun rindukan lelaki itu? Qaseh bertanya dengan hatinya sendiri. Kalau aku tak rindu, kenapa aku masih terbayang-bayang wajahnya dalam setiap mimpiku. Aish, sakit jiwa macam ni.

Seketika kemudian, telefon bimbit yang ada di sisinya mengeluarkan nada lagu 'The Chosen One' dari Maher Zain. Nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu membuatkan dahinya berkerut.

“Siapa pula telefon malam-malam ni?” Qaseh melarikan jarinya di atas papan pemuka telefon bimbit miliknya.

“Assalamualaikum...” suara yang keluar dicorong telefon bimbitnya menambahkankan lagi kekerutan didahinya. Lelaki?

Selepas puas berfikir Qaseh menjawab salam tersebut. “Waalaikumsalam...”.

“Aik, lambat jawab salam. Tak baik tau lambat-lambat jawab salam. Dalam Islam, bagi salam tu sunat, tapi menjawab salam tu wajib kan...” lelaki tersebut memulakan bicara.

“Siapa ni? Saya kenal awak ke?” soal Qaseh. Geram pula. Dah lah tak kenal. Nak sekolahkan orang pula.

“Awak dah lupakan saya? Takkan tak kenal saya langsung?”

Qaseh menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adeh, siapa pula lelaki tersebut. Jarang ada lelaki yang telefon dia malam-malam buta begini. Kalau ada pun, mungkin adikknya atau ayahnya. Tak mungkinlah...

“Sayalah...Shah!” ujar lelaki tersebut sambil ketawa kecil.

“Shah? Shah mana?” seingat Qaseh dia tiada kawan kampus yang bernama Shah. Qaseh betul-betul lupa.

“Qaseh, betul awak tak cam suara saya? Saya Shah, abang Liza...” Shah menjawab perlahan.

“Ya Allah, Shah! Maaflah saya memang tak cam suara awak. Sorry tau!” Qaseh girang apabila dia betul-betul pasti suara di corong telefon itu adalah Shah. Salah seorang lelaki yang sedang dirinduinya. Mak aih...ramai betul lelaki yang dirindu.

“Ye lah, siapalah saya ni awak nak ingatkan saya.” ada nada rajuk di dalam ayat yang dilafaz Shah.

“Eh, awak...janganlah macam tu. Seriously saya memang tak cam suara awak. Lagipun, awak dan saya mana pernah cakap dalam telefon.” buat seketika Qaseh dan Shah terdiam. Betul juga. Mereka mana pernah bercakap dalam telefon. Terakhir mereka jumpa lebih kurang setahun lepas sebelum Qaseh menyambung pelajaran. Waktu itu, Qaseh kemalangan di Shah Alam.

“Er...awak sihat?” soal Shah memecah kesunyian di antara mereka.

“Alhamdulillah...awak?” soal Qaseh kembali.

“Alhamdulillah, sihat juga. Qaseh dah makan ke ni?” Shah kebuntuan idea untuk berbicara dengan Qaseh. Sedangkan dirinya yang beria-ia untuk menelefon Qaseh tadi.

“Hihihi...awak ni Shah. Mestilah saya dah makan. Awak nak tanya apa lagi? Kalau nak tanya saya dah mandi...of course saya dah mandi, dah solat dan tinggal nak tidur je ni.” balas Qaseh panjang lebar. Dia berseloroh.

Dia tahu Shah kebuntuan idea dan hilang kata-kata untuk berbicara dengannya. Sebenarnya dia juga begitu. Namun, hakikatnya, jauh disudut hati, dia memang teringin untuk berbicara dengan lelaki itu. Kenapa? Dia sendiri kurang jelas dengan apa yang ada difikirannya.

“Saya cuma nak ucap selamat ulangtahun kelahiran yang ke 26. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan semoga Allah memberkati Qaseh. Insya-Allah...” ucap Shah tiba-tiba.

Terkedu Qaseh seketika. Airmatanya mengalir tanpa dipinta. Esakan kecil mula kedengaran. Namun, Qaseh menahan agar dia tidak meraung ketika itu. Tiba-tiba dia teringatkan ibunya. Hanya tuhan sahaja tahu betapa dia rindukan ibunya ketika itu. Kalau dahulu, sewaktu remaja, ibunyalah orang pertama yang akan memberi ucapan hari lahir kepadanya. Dan diiringi ayahnya yang membawa kek yang mempunyai lilin bernyala. Oh! Rindu sungguh saat itu. Tapi malam ini...orang lain yang mengucapkan kepadanya.

“Awak...hei, awak janganlah nangis! Hari ni kan hari jadi awak. Awak mestilah kena gembira. Janganlah menangis eh...” pujuk Shah.

“Terima kasih awak atas ucapan tu. Saya terharu sangat. Terima kasih sekali lagi...” ujar Qaseh sambil menahan esakan.

“Eh, tak da apa lah. Saya okey je. Nasib baik tadi saya telefon Liza. Dia yang cakap esok hari jadi awak. Itu yang saya telefon malam-malam ni. Saya nak jadi orang pertama yang ucap selamat hari jadi kat awak. Boleh kan?” soal Shah.

“Tapi kan awak...saya dah 27 tahun, bukan 26 tahun” terang Qaseh pada Shah. Dia mahu tergelak sebenarnya. Hilang semua resahnya bila dapat berbicara dengan lelaki itu. Ajaib.

“Eh! 27 eh...bukan 26?” Shah mengajukan soalan pula pada Qaseh. Saat itu, dia sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Bukan...dah tua dah!” serentak itu Qaseh dan Shah ketawa kecil. Lucu.

“Itu je ke yang awak nak cakap dengan saya?” soal Qaseh apabila kesunyian kembali menguasai mereka.

“Erm, tu je kot! Kenapa? Awak tak suka saya telefon? Kalau tak suka tak pe. Saya boleh letak telefon sekarang!” soalan Qaseh itu membuatkan Shah sedikit tidak berpuas hati. Dia seakan-akan ingin berbicara dengan lebih lama lagi dengan gadis itu. Suara gadis itu seperti menyembunyikan beribu masalah yang membuatkan dia teringin sangat mengetahuinya.

“La...taklah...saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa dengan awak” ujar Qaseh jujur.

Qaseh membetulkan bantal kepalanya dan dia membaringkan dirinya. Sambil membetulkan rambutnya dia berdehem untuk menyedarkan Shah yang diam sahaja dicorong telefon.

“Aa..Qaseh! Boleh tak esok saya nak jumpa dengan awak? Dah lama kita tak jumpa kan. Bolehlah kita berborak-borak.” Shah teragak-agak untuk mengajak Qaseh berjumpa. Dia tidak mahu apa yang berlaku setahun lepas berulang kembali. Kali ini dia berjanji dengan dirinya untuk menjaga percakapannya dan kelakuannya. Tidak sanggup rasanya melihat orang yang dicintai terlantar sakit.

“Hah? Nak jumpa? Awak nak jumpa saya kat mana? Kat sini ke?” soal Qaseh bertalu-talu kerana tidak percaya dengan ajakan Shah. Jauh tu, Kedah dan Selangor.

“Ye lah, saya nak jemput awak kat asrama awak. Boleh?”

“Ya Allah, Shah...jauh tu. Saya kat Kedah. Awak kat Selangor. Beratus kilometer tau tak.” Qaseh masih tidak percaya. Takkanlah semata-mata ingin berjumpa dengannya Shah sanggup datang sejauh itu.

“Yup! Saya tak kisah lah awak. Untuk awak. Insya-Allah saya sanggup buat apa je asalkan boleh berjumpa dengan awak. Dan untuk pengetahuan awak, saya memang dah ada kat Kedah ni. Mungkin dalam setengah jam lagi saya akan sampai Sintok. Saya akan cari mana-mana hotel untuk saya menginap malam ni. Esok pagi-pagi saya jemput awak ye. Esok awak takde kelas kan?”

Sekali lagi Qaseh terkedu dengan penjelasan Shah. Tak mungkin. Kenapa dia sanggup buat macam tu semata-mata untuk dirinya. Sebenarnya siapa dia dihati lelaki itu? Qaseh keliru. Adakah Shah masih menyimpan perasaan terhadapnya?

“Qaseh? Awak ada lagi ke?”

“Ada...ada...sorry. Okeylah awak. Esok saya tunggu awak depan pintu asrama ye!” jawapan Qaseh itu membuatkan Shah tersenyum girang. Rasanya kalau dia tak memandu waktu itu, mahu je dia melompat kesukaan.

“Terima kasih, Qaseh. Esok saya tunggu kat depan pagar pukul 10 pagi ye. Okaylah, bye! Assalamualaikum!” Shah mematikan talian telefon sambil tersenyum. Esok adalah hari yang paling bahagia untuk dirinya.

“Waalaikumsalam!” jawab Qaseh perlahan walaupun waktu itu talian sudah dimatikan.

Dia terkedu. Pakaian apa yang perlu dia pakai pada hari esok? Seluar atau skirt labuh? Baju kurung? Yup! Baju kurung yang baru aku tempah untuk raya akan datang ni. Hai baju! Nasib kaulah...tak sempat nak jadi baju raya aku. Aku dah rasmi dulu. Hihihi...
 

Jumaat, 10 Februari 2012

Cinta Kasih Suci #3

  "Intan! Jom balik!" teriak Shikin dari luar kelas Intan sambil melangkah masuk ke kelas itu. Shikin menarik kerusi dan duduk di sebelah tempat duduk Intan sambil mengeluh. "Hai..tak abis lagi ke kerja sekolah kau? Dah lambat nak balik ni. Perut aku pun dah lapar sangat. Kalau kau lambat lagi, aku balik dululah ye!" Shikin masih duduk di sebelah Intan sambil menggelengkan kepalanya. Pelik dia dengan kawannya yang seorang ini. Selagi kerja sekolah belum habis dibuat, dia takkan balik ke rumah. 

     Shikin sudah berdiri dan bersedia untuk pergi dari situ. Tiba-tiba Intan bersuara. "Kin, sekejap! Aku kemas. Dah habis dah." Laju tangan Intan mengemas semua buku-buku latihannya apabila dia lihat Shikin ingin berlalu dari situ.Tak mungkin dia berlama-lama di dalam kelasnya yang kosong itu berseorangan. Walaupun Intan seorang yang berani, kadang-kadang wujud juga perasaan takut. Lebih-lebih lagi apabila dia telah mendengar cerita yang bukan-bukan mengenai kelasnya itu.


     "Sampai hati kau nak tinggalkan aku seorang kat situ?" tanya Intan kepada Shikin kerana tidak puas hati dengan tindakan kawannya yang ingin meninggalkannya tadi.


     "Dah kau lambat sangat. Aku lapar. Pagi tadi aku tak sempat nak ambil sarapan dan makan waktu rehat tahu. Itu yang aku kebuluran ni." Shikin membuat mimik muka kasihan bagi menagih simpati Intan sekaligus ingin melenyapkan ketidakpuasan hati Intan terhadapnya.


     "Banyaklah kau punya lapar. Tak baik tipu tau! Aku nampak kau makan mi kari Mak Limah kat kantin waktu rehat tadi. Sampai aku lalu sebelah pun kau tak perasan." bebel Intan. Dia tahu yang kawannya itu mana boleh tidak makan sehari. Mahu dibalunnya nasi hingga lima enam pinggan jika tidak dapat makanan sehari suntuk.


     Shikin hanya tersengih macam kerang busuk apabila Intan dapat menangkap dirinya berbohong. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua ke tanah. Bukannya dia tidak mahu menemankan Intan menyiapkan kerja sekolah tadi. Shikin tidak sanggup berlama-lama di sekolahnya yang memang terdapat banyak cerita-cerita yang tidak enak didengar. Sudahlah dirinya penakut. Lainlah Intan, berani. Fikirnya.


     Dalam perjalanan pulang ke rumah, Intan dan Shikin perlu melalui lorong belakang rumah pangsa yang diduduki mereka. Memandangkan jarak rumah dan sekolah hanya beberapa ratus meter. Namun, mereka perlu melalui jalan pintas, iaitu lorong dibelakang rumah pangsa itu. 


     Cuma satu yang tidak digemari oleh Intan. Mereka akan diganggu oleh remaja-remaja lelaki yang suka melepak di lorong tersebut setelah pulang dari sekolah. Apa yang tidak disukai Intan adalah aktiviti mereka iaitu merokok. 


     Pelik sungguh Intan dengan remaja-remaja lelaki tersebut. Tak kurang juga menyelit beberapa orang remaja perempuan. Inilah remaja sekarang. Fikir Intan. Belum bekerja sudah merokok. Duit yang ibubapa beri untuk belanja sekolah digunakan untuk membeli rokok yang tidak berfaedah. Yang perempuan pula. 


     Haish...Intan mengeluh. Kasihan sebenarnya. Tidak cukupkah didikan agama yang diberi ibubapa dirumah? Tidak malukah dengan pandangan masyarakat sekeliling? Kenapa mesti merendahkan maruah berpeleseran bersama lelaki? Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran Intan.


     ''Intan? Kau okey ker?'' tanya Shikin tiba-tiba apabila dia melihat Intan mendiamkan diri secara tiba-tiba. Dia tahu yang kawannya itu kurang senang berjalan di lorong itu.


     ''Hah? Kenapa? Aku okey je.'' jawab Intan acuh tak acuh. Dia hanya menundukkan wajah memandang kakinya yang sedang melangkah. Malas dia mahu melihat remaja-remaja di lorong tersebut. Baginya, lebih baik tidak dipandang mereka.


     ''Kalau okey, kenapa muka kau masa mencuka? Aku tengok, setiap kali kau lalu jalan ni mesti muka kau masam. Kenapa? Kau tak suka dengan budak-budak tu eh?'' tepat sekali tekaan Shikin. Bagai mengetahui apa yang sedang bermain difikiran Intan.


     ''Herm...'' jawab Intan ringkas. ''Entahlah Kin. Aku rasa kasihan dengan diorang tu semua. Kenapa boleh jadi macam tu? Mak ayah diorang tak tahu ke diorang berpeleseran macam tu?'' Intan masih berfikirkan tentang remaja-remaja tersebut.


     ''Inilah bandar Intan. Aku pun tak boleh nak jawab soalan kau tu. Aku pun tak tahu bagaimana diorang boleh jadi macam tu. Diorang je yang boleh jawab soalan kau tu.'' Shikin menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu.


     Pada masa yang sama mereka berdua terdengar siulan dari remaja-remaja lelaki tersebut.


     ''Peewweet...hai, berdua je ke? Boleh saya temankan?'' kata salah seorang dari remaja lelaki tersebut sambil berjalan disebelah Intan. Intan hanya mendiamkan diri.


     ''Amboi, sombongnya! Tahulah muka awak tu ayu, comel. Tak pandang saya yang tak kacak ni.'' budak lelaki itu menambah lagi. Sambil memegang kolar lehernya.


     ''Mal! Kau jangan kacau kitaorang boleh? Kitaorang nak baliklah. Dah lambat!'' Shikin membalas kata-kata budak lelaki itu sambil bercekak pinggang.


     ''Kin, dah lah. Tak payah layan. Jom kita balik.'' Intan menghalang Shikin dan menarik tangan Shikin berlalu dari situ.


     ''Kin, nanti! Tunggu kejap.'' panggil budak lelaki tadi. Shikin berhenti dan mengatur langkah ke arah budak lelaki tersebut yang hanya beberapa meter di belakang. 


     ''Siapa nama kawan baru kau tu? Cute gila lah! Kau kenalkan lah pada aku. Dia ada nombor telefon tak?'' bertubi-tubi soalan budak lelaki itu kepada Shikin.


     ''Kalau nak tahu kau tanyalah dia sendiri. Kenapa tanya aku?'' Shikin menjawab acuh tak acuh. Malas dia mahu melayan budak lelaki itu.


     ''Owh...kau cabar aku ke? Okey, aku pergi tanya sekarang. Kau tunggu sini.'' balas budak lelaki itu sambil melangkah menuju ke arah Intan.


     Intan yang melihat kehadiran budak lelaki itu kaget sebentar. Kenapa ni? Apa yang dia nak? Fikirnya. Intan menaikkan kening menandakan isyarat kenapa kepada Shikin. Shikin hanya menaikkan bahu tanda tidak tahu.


     ''Awak, boleh saya tahu nama awak? soal budak lelaki itu. 


     ''Kalau boleh saya nak berkenalan dengan awak. Boleh?'' budak lelaki itu masih menyoal. Dia berdiri tegak dihadapan Intan. Intan mula melihat budak lelaki itu. Tinggi. Lebih tinggi dari Intan. Kulitnya putih. Bibirnya merah. Pelik. Sepatutnya orang merokok bibirnya hitam. Dan haruman minyak wangi yang dipakai sangat memikat hati. Intan masih berfikir-fikir. Patutkah dia memberitahu namanya? Tidak salah rasanya. Jika hanya ingin berkawan. Intan membuat keputusan.


     ''Nama saya Intan...Intan Nur Laila.'' laju Intan memberitahu nama penuhnya kepada budak lelaki itu. Haish. Kenapa dengan aku ni? Macamana boleh terlepas cakap nama penuh aku ni? Intan memarahi dirinya sendiri kerana terlepas kata. Terlajak perahu boleh diundur. Namun, terlajak kata buruk padahnya. Intan berkira-kira untuk berlalu dari situ.


     ''Er..nanti dulu. Nama saya Ikmal Rahimi. Awak boleh panggil Ikmal'' kata ikmal sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Intan. Namun, huluran tangan Ikmal tidak disambut oleh Intan. Lalu Ikmal menarik semula tangannya. Terasa malu kerana Intan tidak menyambut huluran tangannya itu.


     Seperti tahu yang Ikmal terasa dengan perbuatannya. Intan menohon maaf. ''Maaf ye, awak lelaki. Lelaki dan perempuan kan tak boleh bersentuhan. Haram. Harap awak faham.'' jelas Intan.


     ''Owh. Sorry! Lupa pula.'' Ikmal tersengih disitu mengutuk dirinya yang terlanjur tadi. Bodoh. Dah tau budak perempuan ni nampak skema, yang kau pergi hulur tangan tu buat apa? Ikmal mengakui kebodohan dirinya. Dia memandang Intan. Cantik. Memang cantik. Nampak manis je. Dengan bertudung litup. Jarang budak perempuan sekolah aku bertudung. Yang ada pun boleh dikira dengan jari. Mesti budak baik ni. Ikmal menilai Intan melalui penglihatan matanya.


     Intan tidak senang dengan pandangan mata Ikmal itu. Lalu, Intan memulakan langkah untuk berlalu. Dia tidak mahu lama-lama disitu. Shikin pula melambai-lambai kepadanya meminta dia segera pergi dari situ.


     ''Awak! Nantilah dulu. Jomlah kita berborak-borak dulu. Boleh kita kenal-kenal.'' Ikmal menghalang laluan Intan. Dia benar-benar mengejutkan Intan. Tidak pernah seorang lelaki pun pernah melakukan begitu kepada Intan. Berderau darahnya apabila dengan tiba-tiba lengannya ditarik oleh Ikmal. Intan terasa seperti terkena renjatan elektrik. Mulut Intan terkunci untuk mengatakan tidak. Shikin hanya memandang dengan raut wajah terkejut.


     Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku macam suka bila dia halang aku balik? Kenapa? Kenapa mesti aku ikut je apa yang dia kata? Intan jadi tidak keruan. Dia panik. Dia mula sedar. Dia beristighfar dalam hati. Lalu, dia merentap kuat tangannya. Tangannya terlepas dari genggaman Ikmal.


     ''Maaf! Saya nak balik. Saya belum solat Zohor.'' Laju sahaja alasan yang terkeluar dari mulut Intan. Entah bagaimana. Baginya, biarlah dia berlalu dari situ secepat mungkin. Ada baiknya. Tak pasal-pasal nanti menjadi buah mulut jiran tetangga pula. Dia perlu menjaga nama baik ibubapanya. Tidak akan sesekali dia melukakan hati mereka.


     Intan melangkah laju. Tanpa menoleh kebelakang. Biarlah. Orang nak kata dia sombong atau apa saja. Dia menarik tangan Shikin apabila tiba di tempat Shikin berdiri. Shikin juga melajukan langkah. Dia juga tidak mahu berlama-lama disitu. Geram meilhat perangai Ikmal. Tidak sudah-sudah dengan perangai playboy dia tu. Fikir Shikin. Lepas satu, satu. Pantang tengok budak perempuan baru. Dia cukup masak dengan perangai Ikmal. Apakan tidak. Dia juga pernah menjadi couple Ikmal. 


     Pada mulanya, dia menggangap Ikmal seorang yang romantik. Namun, lama kelamaan dia menyampah dengan perangai Ikmal yang tidak senonoh. Mengajak dia melakukan yang bukan-bukan. Apabila mengetahu perangai Ikmal yang tidak seonoh itu, terus Shikin minta hubungan mereka diputuskan. Kini, Ikmal bercouple pula dengan seorang budak perempuan yang lain. Ikmal...Ikmal...

Ahad, 15 Januari 2012

Cinta Kasih Suci #2

#Berpisah

Cabaran hidup Intan bermula sejak ayah Intan memberitahu bahawa mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Kerana pekerjaan ayah Intan memerlukan mereka berpindah. Intan mula berasa berat hati. Berkali-kali Intan memujuk ibunya, agar dirinya dibenarkan tinggal di asrama sekolah. 
Sememangnya sekolah Intan adalah sebuah sekolah berasrama penuh. Namun, hanya kerana jarak sekolah Intan dan rumah hanya beberapa kilometer, Intan dibenarkan untuk tidak tinggal di asrama. Itupun, hasil dari rayuan bapanya yang juga seorang AJK PIBG di sekolah Intan.
Sebenarnya, Intan berat hati untuk meninggalkan kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan sejiran. Hati mana yang tidak sedih jika terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sepermainan dari kecil. Sedih Intan bukan kepalang. Seharian Intan menangis sejak diberitahu ibunya bahawa Intan akan bertukar sekolah. 

Akhirnya, Intan akur. Dia tidak berani untuk mengatakan tidak kepada ayah dan ibunya. Intan juga terfikirkan adiknya Fatihah. Jika dia tiada, siapa yang akan bermain dengan adiknya itu. Hanya dia satu-satunya kakak yang adiknya ada. 

#Berkhayal
Hari pertama Intan di sekolah barunya agak membosankan. Mungkin kerana Intan masih tidak mempunyai teman untuk berbicara. Sewaktu pelajar lain sibuk mengisi perut mereka dengan makanan yang dijual di kantin sekolah, Intan hanya termenung sahaja.

Intan rindukan teman di sekolah lamanya. Jika mereka ada, tidaklah dia sunyi begini. Tiba-tiba bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Intan yang masih lagi termenung tidak sedar dirinya diperhatikan oleh seorang pengawas sekolah dengan muka yang garang.

"Awak! Hei, awak!" Pengawas itu memanggil Intan dan kemudiannya meninggikan nada kerana Intan tidak memberi tindakbalas terhadap panggilannya. Pengawas itu menghampiri Intan dan kemudian menepuk meja dihadapan Intan sehinggakan Intan terjaga dari lamunannya.

"Astaghfirullahalazim.." ucap Intan kerana dia sungguh terkejut dengan tindakan pengawas itu. Intan memandang pengawas itu dengan mimik wajah terkejut. Hilang segala lamunan Intan. Hilang semua wajah-wajah teman-teman sekolah Intan. Semuanya hilang sekelip mata kerana terkejut dengan hentakan meja yang dibuat oleh pengawas dihadapannya.

"Kenapa biadap sangat ni? Tak boleh ke panggil orang elok-elok? Kalau saya sakit jantung macamana? Awak nak bertanggungjawab ke kalau saya pengsan kat sini?" Intan memarahi pengawas itu dengan panjang lebar. Sambil itu, Intan memerhatikan sekeliling kantin yang telah kosong. Intan menjadi pelik.

"Hei, cik adik! Saya dah panggil awak dengan baik, awak tak menyahut. Bila saya panggil awak dengan kuat pun awak tak menyahut. Jadi, saya tepuklah meja ni supaya awak sedar. Yang awak nak marah-marah saya kenapa? Saya yang sepatutnya marah kat awak! Kenapa awak masih duduk kat sini? Tak nak masuk kelas? Nak ponteng kelas ker?" Pengawas itu memarahi Intan kembali .

Intan menjadi gugup kerana dia telah tersedar yang dia bersalah. Dia hanya mendiamkan diri dan bersedia untuk melangkah pergi dari situ. Merah mukanya kerana malu. Malu kerana memarahi pengawas itu, sedangkan sudah terang lagi nyata bahawa dia yang bersalah. Tanpa sepatah kata, Intan berlalu dari situ. Malu. Sungguh malu.

#Cinta Pandang Pertama
Keesokkan harinya di sekolah, Intan diminta berjumpa dengan Guru Disiplin. Gugup Intan tiada siapa yang tahu. Adakah kerana kisah semalam? Mungkinkah pengawas tersebut telah melaporkan kepada Guru Disiplin berkenaan dirinya yang lewat masuk ke kelas selepas rehat. Resah Intan tidak terkata.

Sebaik sahaja Intan memasuki bilik Guru Displin tersebut, Intan terpandang seorang pengawas lelaki yang sedang bercakap dengan Guru Disiplinnya. Semakin dekat Intan dengan meja gurunya itu, semakin jelas kedengaran suara pengawas itu. Oh, tidak! Intan kenal suara itu. Suara pengawas yang memarahinya semalam. Habislah! Fikir Intan.

"Awak Intan?" tanya guru itu. Intan hanya mengangguk sambil melangkah ke meja Guru disiplin tersebut. 
"Mari, duduk disini. Ada perkara yang ingin saya bincang dengan awak." Puan Normah iaitu Guru Disiplin tersebut menyuruh Intan duduk. Namun, nadanya tidaklah kedengaran seperti ingin memarahi Intan. Intan pelik. Dia tertanya-tanya dalam hati. Apa yang ingin dibincangkan oleh gurunya itu.

Pada waktu yang sama, pengawas lelaki itu berpaling dan pandangan mereka bersatu. Jantung Intan berdebar hebat. Tidak pasti adakah kerana takut akan pengawas itu atau kerana sesuatu yang lain. Pengawas itu tersenyum apabila melihat Intan. Intan tidak membalasnya, kerana dia masih malu dengan kejadian semalam. 
Dia pasti, itulah pengawas semalam yang dimarahi olehnya. Walaupun Intan tidak mengecam wajah pengawas itu kerana pada waktu itu, Intan hanya menunduk sahaja. Sempat Intan mengerling tanda nama di baju pengawas itu. Seakan berbisik, Intan menyebut "Haris Safwan". Kini, Intan telah mengetahui nama pengawas itu. Dan Intan juga yakin pengawas itu telah mengetahui namanya.

#Terkejut

"Intan, sila duduk" Puan Normah mempelawa Intan duduk apabila dia melihat Intan seakan gugup dan takut. 
"Awak tahu kenapa saya panggil awak?" soal Puan Normah sambil mengambil sesuatu di dalam meja kerjanya. 
"Tak tahu puan. Saya ada buat salah ke puan?" soal Intan pula kepada guru tersebut. Puan Normah hanya tersenyum. Dia sudah biasa dengan soalan itu. Soalan yang sering ditanya setiap pelajar yang dipanggil masuk ke biliknya. 
Dengan lembut Puan Normah menjawab "Tidak, awak tidak buat apa-apa salah pun. Cuma saya ingin menawarkan kepada awak jawatan pengawas di sekolah ini. Saya ada membaca rekod pelajar awak dari sekolah lama. Dan saya dapati awak layak untuk memikul tanggungjawab ini dengan baik. Awak mahu?" 

"Er...boleh tak saya beri jawapannya esok puan? Saya perlu bertanya pada ibu dan ayah saya terlebih dahulu sebelum saya memberi jawapan." balas Intan dengan nada yang sangat terkejut. Dia hanya menunduk ke lantai bagi mengelakkan perasaannya itu diketahui gurunya.

"Oh, baiklah. Tetapi, kalau boleh saya ingin kamu menjadi pengawas. Kerana sekolah kita sekarang kekurangan pengawas dan lagipun saya percaya kamu adalah calon yang layak dan saya yakin kamu pasti boleh." Puan Normah menerangkan kedudukan sebenar sambil menandatangani sehelai surat. Lalu surat itu diserahkan kepada Intan.

Intan mengambil surat tersebut dan membacanya. 'SURAT TAWARAN PERLANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH'. Surat itu ditujukan kepada ayah Intan. Nampaknya, Puan Normah bersungguh-sungguh ingin Intan menjadi pengawas sekolah. Cuma, Intan tidak pasti apakah jawapan ayah dan ibunya nanti.

#Gembira dan Geram
Hari ini adalah hari perlantikan pengawas baru bagi sekolah Intan. Intan adalah salah seorang pengawas baru yang akan dilantik. Intan gembira bukan kepalang apabila ayahnya membenarkan dirinya menjadi pengawas sekolah asalkan dirinya tidak mengabaikan pelajaran. Lebih-lebih lagi tahun tersebut Intan bakal menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah.

Intan bersiap sedia untuk menerima sijil yang akan disampaikan oleh Pengetua sekolah. Kini tibalah giliran Intan. Apabila Intan hadir kehadapan untuk menerima sijil, satu tepukan gemuruh diberikan. Bangga sungguh Intan waktu itu, kerana dia satu-satunya pengawas perempuan yang dilantik pada tahun tersebut.

Setelah majlis tamat, Intan membantu rakan-rakan pengawas lain untuk mengemas tapak perhimpunan. Sedang Intan menyusun semula kerusi, Intan secara tidak sengaja terlanggar seorang pengawas lain yang juga sedang menyusun kerusi. Terkejut bukan kepalang Intan apabila mendapati pengawas yang dilanggar secara tidak sengaja itu adalah Haris Safwan. Pengawas yang dimarahi olehnya tempoh hari. 

Intan mengeluh kecil. Kenapalah aku asyik bertembung dengan dia ni. Tak ada orang lain ke aku nak cari fasal. Balik-balik dengan mamat ni. Intan bermonolog sendirian.

"Awak ni memang suka termenung ye? Awak tahu tak, kalau awak asyik termenung macam tu, awak boleh jadi 'ikan termenung' tau tak?" sindir Haris Safwan apabila Intan tidak meminta maaf setelah terlanggarnya. Yang menambahkan geram dihati Haris Safwan apabila dilihatnya Intan berlagak seperti tidak bersalah.

"Eh, awak cakap baik sikit tau! Suka-suka hati nak panggil orang 'ikan termenung'. Kalau saya ikan, awak tu kucing! Asyik nak terkam ikan saja kerjanya." Intan membalas balik kata-kata Haris Safwan. Dia geram dengan perangai Haris Safwan yang suka menyindir dirinya. "Macam bagus sangat!" sindir Intan pula.

"Sebab saya baguslah, saya jadi pengawas. Kalau saya tak bagus, mana layak saya nak jadi pengawas." Haris Safwan menjawab sambil menegakkan badan. Berlagak seperti seorang yang memang bagus.

"Kalau macam tu, saya pun baguslah sebab saya pun jadi pengawas!" Intan masih tidak mahu mengalah dengan Haris Safwan. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Haris Safwan. Intan berlalu dari situ. Malas dia ingin melayan orang macam Haris Safwan tu. Kalau dilayan, mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk. Sebaiknya Intan mengalah dari terus berbalah seperti anjing dan kucing.

 
 

Sabtu, 14 Januari 2012

Cinta Kasih Suci

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
AMARAN!!! Ini kisah benar perjalanan hidup seorang gadis. Nama tempat dan jalan cerita ditukar mengikut kesesuaian agar tidak menyakiti dan menyinggungkan sesiapa. Jika anda rasa menyampah nak membaca ... sila jangan baca yer. Tujuan untuk berkongsi pengalaman hidup beliau yang boleh memberi pengajaran kepada anda. Teruskan membaca. 

p/s: Cerita ini akan di update setiap masa dan akan menjadi cerita panjang. Sila BULATKAN mata anda. Dan jangan jemu membaca okies!

#Pertama kali melihat dunia

Intan Nur Laila, dilahirkan pada tahun 1985 di Hospital Taiping. Satu-satunya anak perempuan tunggal milik Puan Nurafifah Ismail dan suaminya Faizal Ahmad. Anaknya yang lain adalah lelaki. Tiga orang kesemuanya. Puan Ifah dan Encik Faizal bersyukur kerana setelah menunggu hampir sepuluh tahun mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sihat dan comel.



Menjaga Intan tidaklah sesukar mana kerana si kecil yang comel itu, tidak banyak meragam dan hanya menangis apabila lapar sahaja. Berbanding dengan tiga orang abangnya yang sentiasa menangis siang dan malam kerana susu badan puan Ifah tidak banyak. Lalu mereka terpaksa diberi susu formula.

Setelah Intan berusia 6 tahun, dia dimasukkan ke sekolah Tabika Insaniah di Taiping. Berdekatan dengan rumahnya. Waktu itulah pertama kali dia sedar akan keadaan dunia. Bagaikan baru terjaga dari mimpi, Intan melihat sekelilingnya. Dia memandang ibunya yang memimpinnya untuk ke sekolah. Dia menyentuh baju sekolah petak-petak hitam putih yang dipakainya. Dia memandang pula seorang kakak yang sedang melambai-lambainya dari pintu kelas. Kakak itu bakal menjadi gurunya nanti.

Disekolah, Intan seorang pelajar yang pintar. Setiap kali ujian dia akan mendapat tempat pertama. Dia menjadi kesayangan guru-guru dan ibubapanya. Dirumah pula, dia adik yang baik dan anak yang mendengar kata. Tidak pernah dia bergaduh dengan abang-abangnya dan tidak pernah pula dia ingkar kata-kata ibubapanya. Buktinya, acapkali pulang dari sekolah Intan akan terus membuat kerja sekolah tanpa membuka baju sekolahnya. Dia seringkali ditegur ibunya kerana risaukan dirinya yang tidak endah dengan waktu makan.

#Perangai Berubah

Namun, lama kelamaannya perangai Intan berubah menjadi kasar. Mungkin kerana pengaruh abang-abangnya yang sememangnya lelaki.

Intan pandai memanjat pokok dari abang-abangnya. Dia lebih kerap mengikut kanak-kanak lelaki bermain dari teman-teman perempuannya. Perubahan sikapnya itu tidak disenangi oleh ibunya Puan Iffah. Oleh kerana itu, apabila umurnya menginjak 12 tahun ibunya menghantar dia untuk tinggal bersama neneknya di Johor. 

Disana, Intan diajar cara-cara percakapan, pemakaian dan sikap seorang perempuan yang sebenar. Bukan itu sahaja, Intan juga telah pandai memasak, membasuh, menjahit, mengemas rumah dan menghias dirinya walaupun umurnya baru menjangkau 13 tahun. Setelah dirinya dilihat berubah, barulah ibunya mengambilnya semula.

Mungkin kerana sifat nalurinya sebagai seorang perempuan mula terbit, Intan menginginkan seorang adik perempuan untuk menjadi penemannya. Hasrat itu disampaikan Intan kepada ibunya. Terkejut ibunya bukan kepalang. Begitu juga ayahnya. Intan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh jika diberi seorang adik perempuan kepadanya.

Akhirnya setelah 2 tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Allah s.w.t mengurniakan anak perempuan kedua kepada Puan Iffah dan Encik Faizal. Gembira Intan bukan kepalang. Dengan gembira Intan memberi nama kepada adiknya itu iaitu 'NUR FATIHAH' yang bermaksud 'cahaya kesyukuran'.

#Menjadi Dewasa

Intan bersekolah menengah yang hanya jarak 2 km dari rumahnya. Dia rela berjalan kaki ke sekolah dari menyusahkan ayahnya menghantarnya pergi dan balik. Bukan tidak dipelawa untuknya sebuah basikal. Namun, Intan tidak mahu menyusahkan kedua ibu-bapanya yang sememangnya susah. Baginya, tujuannya ke sekolah adalah untuk berjaya agar dapat membantu keluarganya. Bukan menyusahkan lagi.

Pada suatu hari, Intan merasa tidak sedap badan. Perutnya sakit dari pagi lagi. Disebabkan tidak lagi dapat menahan sakit, Intan meminta gurunya menelefon ayahnya untuk menjemputnya. Kerana dia rasa tidak larat untuk meneruskan berjalan kaki hingga ke rumah.

Apabila sampai di rumah, Intan terus menuju ke bilik air. Sakitnya tidak tertahan-tahan lagi. Tiba-tiba ibunya mendengar suara Intan menjerit. Ibu Intan kelam kabut melihat Intan menangis di dalam tandas. Intan dengan tangan menggigil menunjukkan seluar dalamnya yang penuh dengan darah. Intan memang takutkan darah. 

Tidak semena-mena ibunya tergelak besar. Intan menjadi pelik. Apabila ibu Intan keluar dari bilik air, ibunya terus memanggil ayahnya. Ibunya berkata "anak awak dah besar dah!". 

Rupanya-rupanya barulah Intan tahu bahawa itu adalah perkara biasa bagi seorang wanita apabila cukup dewasa. Walaupun Intan seorang yang takutkan darah, namun jika tiba waktu 'Bulan Mengambang' dia tidak takut. Kerana sudah terbiasa. 

p/s: tunggu sambungannya yer!!!
 
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail