SHout






Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Jumaat, 6 April 2012

Tahniah Dato'!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 

Siapa kenal dengan tuan punya gambar di atas? Hihi...mesti semua kenal kan...beliau adalah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), walaupun tak popular, kita masih boleh kenal beliau. Baru2 nie beliau dilantik sebagai Pemangku Presiden KAFA menggantikan presiden terdahulu. Itu yang korang tau kan...yang korang tak tau....meh Qaseh bagi tau...

Beliau juga adalah seorang anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) seperti Qaseh juga...bezanya, Qaseh jawatan kecik jer...hihi...beliau jawatan besar...beliau sebenarnya memegang jawatan Pengarah PPSPPA Negeri Kelantan. Hah...jadi korang dah tau kan...saja je nak bgtau korang..sebab bangga dengan beliau...boleh buat dua kerja sekaligus...tahniah yer Dato' Afandi Bin Hamzah...kami warga kerja PPSPPA bangga dgn Dato'!

Khamis, 8 Mac 2012

Suri Rumah untuk Wanita Tidak Bekerja

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.......
 
 

SBPA Dibatalkan SSM Ditambah Baik

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Antara Isi penting perhimpunan khas penjawat awam bersama Perdana Menteri
 
#Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
 
#Datuk Najib sempat menceritakan & menyentuh pula isu-isu yang berkaitan dengan muflis termasuklah perkembangan situasi di Greec 
 
#Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA telah dibatalkan. Akhirnya……
 
#Tetapi SSM akan ditambahbaik
 
#Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
 
#Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
 
#Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C
 (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
 
#SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan adalah mengikut gred masing-masing
 
#Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
 
#COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250) 
 
#Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
 

Rabu, 7 Mac 2012

Tenanglah Sayang...Kami Doakan...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pemergian adik Faris Nur Daniel baru-baru ini mesti menyentuh ramai hati semua ibubapa diluar sana.
Masakan tidak, 
Adik Faris yang comel, yang lincah, yang manja....
Pemergiannya pada pagi 23 Februari benar-benar menyentuh naluri ibunya...
 
Jika kita sedih mendengar pemergian adik Faris...
Inikan ibu yang melahirkan dan bapa yang memanjakan...
 
Pemergian adik Faris adalah disebabkan oleh penyakitnya
HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) iaitu sejenis Kanser Darah...
 
Selama adik Faris dirawat di Pusat Perubatan Sime Darby...
Bil rawatan hampir mencecah RM 100,000.00
 
Al-Fatihah buat adik Faris
Ternyata Allah s.w.t lebih menyayangi dia...
Pemergiannya diharap janganlah ditangisi
Berakhirlah penderitaan adik Faris 
dan pastinya dia akan tersenyum menanti saat bertemu kembali dengan orang2 tersayang di syurga.
 
Takziah juga kepada keluarga Adik Faris,
Semoga menghadapi ujian Allah s.w.t ini dengan dengan tabah...
Insyallah...Amin..
 
Tenanglah kamu disana sayang...

Selasa, 6 Mac 2012

Berita Baik Utk Penjawat Awam

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada :

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

Sumber : Cuepacs


P/S - Apakah pengumuman penting itu? Adakah mengenai SBPA? ataupun ada perkara lain.. Memang buat tertanya-tanya kan..

 

Sabtu, 18 Februari 2012

Apa Yang Hebat Sangat Pasal Melahirkan Nie???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka iaitu tarikh yang ditetapkan oleh doktor. Kebanyakannya bayi akan lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

p/s: sayang....ibu!!!

Selasa, 14 Februari 2012

15 Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


 
Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Rabu, 8 Februari 2012

Chicken Pox? Macamana nak ubat?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kawan-kawan mesti hairan, kemanakah Qaseh sepanjang minggu lepas. Betul tak? Minta maaf Qaseh bukan sengaja nak meninggalkan kawan-kawan semua. Tetiba terkena penyakit cacar air. Semua tau ker apa cacar air tu?

''Chicken Pox'' tau? Hah, itulah dia....

Ibu Qaseh kata ada dua jenis cacar nie...Satu halus satu besar..Apa yang ''halus'' apa yang ''besar erk''? Yang halus nie biasa orang panggil campak...biasa yang kena adalah bayi atau budak kecil...
 
Dan yang ''besar tu'' biasa orang panggil ''chicken pox''...tak tau apa yang beza...padahal, penyakit yang sama jer..hihii...

Nak dijadikan cerita, camana Qaseh leh terkena pun tak tau..Mula2, badan rasa nak demam jer...sakit kepala yg amat sangat..Qaseh ni jarang demam, sekali demam boleh berlanjutan seminggu jugalah..

Pada mulanya, Qaseh tak syak apa-apa...Biasalah kan demam, mesti sakit kepala..Waktu Qaseh minta ibu Qaseh picit kepala Qaseh, macam ada benda atas kepala Qaseh...Qaseh mengadu pedih pada ibu...minta ibu jangan picit kuat sangat. Kemudian ibu intai lah kepala Qaseh. Ibu pelik sebab Qaseh rasa pedih, tetiba ibu jerit...

''Ngah, angah kena chincken pox ni''!
Erk! Qaseh terkedu. Qaseh tanya pada ibu, ''Bukan ker dulu kecik2 dah kena. Kenapa kena lagi?''
Ibu Qaseh jawab, ''itu campak halus, ini chicken pox. Mana sama'' 

Aik! Apa yg tak sama? dalam bahasa melayu sama jer nama dia...CACAR AIR. Apa-apa je lah.

Nasib baik Qaseh dah berpengalaman menjaga adik2 yang pernah kena penyakit nie, jadi Qaseh tak lah risau sangat...tahu cara-cara nak mengelakkan biji ''chicken pox'' tu naik kat muka. Orang-orang tua kata letak bedak sejuk kat muka. Insyallah biji tu takkan naik pada muka. 
 
Alhamdulillah, sesungguhnya petua itu benar belaka. Hihi...risau juga kalau naik di muka. Macamana nak pergi kerja, aish...hehehe...mesti jatuh saham...

Dan lagi, untuk mengelakkan biji tu menjadi banyak dan gatal yang teruk...Qaseh mengelakkan diri dari menggoreng, memakan makanan bergoreng, berminyak, ayam, seafood dan sewaktu dengannya. 
 
Kenapa? Hah, ni pun pesan orang tua-tua jugak tau...kalau ada orang dalam rumah yang terkena penyakit nie...tolong jangan memasak iaitu paling tepat ''menggoreng'' di dalam rumah...kerana asap yg keluar sewaktu kita menggoreng tu akan menyebabkan badan orang yang terkena tu gatal-gatal.
 
Makan makanan bergoreng dan tidak berpantang akan menyebabkan cacar tersebut menanah dan gatal...korang nak ker bila dah menanhah akan jadi luka...bila luka akan ada parut...ee...takmahu..ngeri...

Ibu Qaseh ada juga kata, baring atas daun mambu boleh menghilangkan gatal. Tapi, Qaseh tak da lah baring atas daun tu. Mana nak jumpa, tengah-tengah bandar nie. Hihihi....

Waktu Qaseh ke hospital berjumpa dengan doktor, Qaseh ada tanya...tak ada ubat pelali untuk penyakit nie ker? Doktor kata ada. Kita pernah diberi waktu kita bayi dahulu diantara umur 12 hingga ke 18 bulan, kanak-kanak bawah 13 tahun dan selepas 13 tahun pun diberi. Tapi Qaseh tak ingat pun. Ada ke eh?

Tapi, sebenarnya tujuan penyakit ini adalah untuk membentuk sistem imun badan dan akan memberi ketahanan sepanjang hayat. Sebab tu yang campak ''besar'' nie sekali jer kita kena. Sebab badan kita dah imun.

Okey, Qaseh dah jadi doktor tak bertauliah pula. Apa-apa pun Qaseh bersyukur sebab tak lah teruk sangat parut kat badan Qaseh. Ibu Qaseh pun puji sebab pandai jaga makan. Dan yang paling penting tak merosakkan muka Qaseh yang sememang tak lawa nie. Hihi...Syukur sangat. Alhamdulillah.


Selasa, 7 Februari 2012

Tutup Mulut Bila Menguap!!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Nie nak cerita tentang menguap...
Ibu Qaseh selalu mearah jika menguap tak tutup mulut..
Dulu pelik jugak..kenapa eh ibu cakap macam tu?
Kalau bayi menguap pun kita disarankan tutup mulut bayi tu kan..
Mesti ada sebab bila orang-orang tua nasihat..
Betul tak?

So, Qaseh ada jumpa pasal menguap nie..
Rupa2nya ada hadith mengenai menguap nie...
Jom baca...
 
Apakah yang dimaksudkan dengan menguap ( tatha’ub) ?. 
Menguap bererti layu dan malas.
Menguap terjadi kerna kerana minimumnya oksigendalam tubuh.
Biasanya,orang menguap apabila tubuh letih,malas,bosan atau mengantuk.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: 
“Menguap itu daripada syaitan.Oleh itu jika menguap,tahanlah sedaya yang mungkin.Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘haa’, syaitan tertawa menyaksikannya.” 
( HADIS RIWAYAT BUKHARI)
 
Syaitan menyukai orang yang tidak menutup mulut ketika menguap. 
Di samping itu,virus akan keluar dari mulut dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit. 
Ulama menganjurkan kita, jangan membuka mulut apabila menguap dan terus membaca Auzubillahiminasyaitanirrajim Bismillahirahmanirrahim supaya tidak ditertawakan syaitan. 
 
Syaitan menyukai sifat malas dan dungu, sedangkan agama menganjurkan umatnya untuk giat bekerja lagi beramal.
 
Jadi, lepas nie kalau menguap jangan lupa tutup mulut yer..
Jangan mengaup macam kucing nie pulak..


 
kikiki...peace...heheh

Khamis, 12 Januari 2012

Tentang Jodoh

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Rabu, 11 Januari 2012

Bahaya Suka Jilat SETEM dengan LIDAH???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥




Selain bahana Lidah yang kita tak tahu, Ramai di antara kita yang suka menggunakan kaedah yang mudah iaitu menggunakan lidah untuk melekatkan setem dan untuk melekatkan sampul surat.. Tapi tahukah anda sebenarnya pebuatan ini boleh memudaratkan kepada kesihatan anda satu hari nanti.

Buktinya, ada seorang wanita yang bekerja di pejabat pos di California tidak menggunakan span untuk melekat sampul surat tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Selang beberapa jam, perempuan itu mendapati terdapat luka kecil pada lidahnya. Apabila luka itu makin lama makin membengkak, wanita tersebut terus mendapatkan rawatan di klinik. Tapi malangnya doktor tersebut hanya menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Walaupun tidak merasa sakit, perempuan itu mendapati luka di lidahnya semakin membengkak dan membesar. Akibat kerisauan, wanita tersebut terus berjumpa doktor dan memaksa doktor itu memeriksa dengan lebih teliti di bahagian lidahnya. Doktor menyuruh perempuan itu menjalani ujian X-ray dan hasilnya doktor itu mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu.

Akibat benjolan itu, doktor mengarahkan perempuan itu untuk menjalankan pembedahan kecil pada lidahnye. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya tempoh hari dan telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menjelaskan :

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”


P/s : lihat? bagaimana hanya dengan kelekaan kita, satu musibah boleh menimpa kita.. jadi berwaspadalah ketika melakukan sesuatu perkara..

Selasa, 10 Januari 2012

Sedekah

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

 Mari kita berbicara secara jujur. Berikan jawapan yang sejujurnya, tak payah nak rasa malu, tak payah nak rasa segan. Biar apa yang Qaseh kata ini akan menjadi muhasabah buat diri kita semua.

Ada 2 soalan disini:

1. Dalam sebulan, berapa kali anda bersedekah?

2. Jika anda lalu di laluan kaki lima dan terlihat seorang pengemis, adakah anda akan memberikannya sedekah atau hanya berlalu begitu sahaja?

Jawablah dengan hati yang ikhlas dan jujur.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Imam Muda Asyraf Di PPSPPA



Assalamualaikum...

Wee...hye kengkawan...selamat petang...安全なAnzen'na yoru! ...pergh cakap jepun laah plak...hahah...

Sebenarnya sesangat teruja hari nie...korang baca tajuk pown korg dah tau kan...Tak sangka...betul2 tak sangka dapat berjumpa dengan Ustaz Asyraf iaitu Juara rancangan Realiti Imam Muda di Astro Oasis tu....Tersangatlah gembira sehingga apa yg disampaikan menusuk kekalbu...masyaallah...dengan rupanya yg kelihatan bersih dan tenang jer bila tgk...Bawah ni gambar kenkawan satu bahagian...cer korg teka mana Qaseh??? Tak ada?? Memanglah...klu tak...sapa nk tgkp gambar nie..hehehTerima kasih Ustaz, sebab sudi datang ke tempat kami dan menyampaikan ilmu yg sangat berguna untuk kami didunia dan akhirat...Insyallah...

Dan Qaseh juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Asyraf kerana bakal menjadi bapa nanti...
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail