SHout






Memaparkan catatan dengan label Mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengandung. Papar semua catatan

Isnin, 13 Ogos 2012

Akhirnya Dapat!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Sila jangan jeles k..
NI buat Qaseh sayang mak Qaseh ketat-ketat...
Permintaan dibuat petang tadi...
Dan akhirnya...tadaa...
Dapat dah pelam epal yg Qaseh idam...
Thanks mom...love u so much...

Fobia Ibu Mengandung

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Fobia?
Erk...entahlah...tak tau nak bagi nama apa...
Tapi bagi Qaseh ia sesuatu yg paling tidak disukai oleh si ibu yang sedang mengandung...
Mungkin juga ia disebabkan oleh 'pembawakan budak' kata org2 tua
nak tahu apa bendanya tu?
Disini Qaseh senaraikan beberapa perkara yg paling tidak disukai oleh ibu mengandung 
atau fobia pada diorg...

1) BAU ASAP ROKOK

percaya atau tidak, deria bau si ibu ketika mengandung terlalu sensitif...
walaupun orang yang merokok tu tak hisap rokok dihadapan si ibu mengandung,
ibu yang mengandung tadi boleh tadi lelaki tersebut baru menghisap rokok. 
Kuatkan deria bau si ibu ni.

2) BAU TERLALU WANGI @ BUSUK

yang ini pun ada kena mengena ngan deria bau si ibu tadi...
Kalau terlalu wangi tak boleh...kalau busuk pun tak boleh.
Contohnya : bau haruman wangian dari org sekeliling @ bau badan si suami.
Perkara ini benar ye, so...harap si suami tidak terasa...
Ada wanita yg mengalami perkara ini dan ada juga yang tidak.
Tapi menurut kata2 orang tua...
Kalau tidak suka bau badan si suami..
Bermakna anak di dalam perut tersebut akan rapat dengan ayahnya...
Betul @ tak ...wallahu'alam

3) AIR MASAK 2 AIR PUTIH

Yang ini pula sebab deria rasa ibu mengandung...
Biasa terjadi di permulaan kehamilan sahaja...dan akan berlarutan sehingga 4 bulan...
Tapi ada juga yg berlanjutan sehingga 6 ke 7 bulan...
Disebabkan inilah si ibu akan lemah, kerana kekurangan air dalam badan
dan kalau teruk, terpaksa dimasukkan ke hospital untuk memasukkan air dalam badan bagi membantu si ibu bertenaga semula...

4) GOSOK GIGI

Yang ini mungkin tidak berlaku pada kesemua ibu yang hamil.
Perkara ini berlaku mungkin kerana deria bau @ rasa tadi,
Bau ubat gigi tu kan bukan wangi sangat pun...bau pudina semata...
So, si ibu tadi selepas menggosok gigi pasti akan muntah semula...

5) MUNTAH PAHIT

Yang ini kebanyakan ibu hamil akan rasa, kalau dalam perubatan panggil Morning Sickness
Wajib akan muntah setiap bangun pagi.
Muntah bukan muntah biasa yer...
Muntah ini pahit sangat sebab sebenarnya yg dimuntahkan tu adalah air dalam perut...
bukannya isi perut...
Pastu boleh menyebabkan sakit ulu hati...

Itu sahaja yg Qaseh nak kongsi kali ini.Sesiapa yg pernah alami simptom selain diatas...bolehlah kongsi jugak yer...

Khamis, 9 Ogos 2012

Kelebihan Ibu Mengandung

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
• apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
 
• apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH.
 
• apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
 
• apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 
 
• apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH SWT
 
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail