SHout






Memaparkan catatan dengan label My Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Life. Papar semua catatan

Selasa, 14 Ogos 2012

Setitis Kasih Darmia

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Tengahari tadi ada pakcik posmen datang hantar bungkusan...
Ingatkan ada org bagi hadiah sempena raya...
Heheh...terlupa pula yang Qaseh ada order novel dari SR Publication..
Novel apa?
Tajuknya SETITIS KASIH DARMIA...by Naniey TJ

Dan...
Alhamdulillah beberapa minit yang lepas telah pun Qaseh mengkhatamkan novel tersebut...
Terlalu best...sampai x leh lekang dari tangan...
Seriusly best...
Kepada sahabat blogger Qaseh, Naniey TJ...
Well Done sayang...u are doing good job...

Qaseh sekali baca terus melekat dan x leh nak berhenti...
Kadang2 geram ngan perangai Darmia yang terlalu naif...
Kesian pun ada...huhuhu...
But i like hepy ending...
Heheh...

Kepada Naniey...
Sekali lagi Qaseh ucapkan tahniah...

Kepada kengkwn...
Silalh beli SETITIS KASIH DARMIA ye...
Mesti korang pun suka...


Isnin, 13 Ogos 2012

Ruginya...tak puasa!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Sesiapa yang sihat tubuh badan tu hargailah bulan Ramadhan ni.
Kalau dah sakit, dah uzur dah tua...tak larat...
Mesti rasa rugi sangat2!

Macam Qaseh ni.
Bukan tak cuba berpuasa...tapi selepas tu mesti tak larat...nak muntah dan pitam..
Allah je yang tahu macammana Qaseh tanggung semua tu...
Doktor plak asyik suh..minum air banyak2...
Kalau tak boleh minum air masak...
minum ni ha!
100 plus..
Sebab katanya kandungan air 100 plus ni sama dengan air garam yang doktor masukkan kat dalam badan orang yang lemah dan kurang air dalam badan.
Pendek kata 100 plus ni sebenarnya air garam...
Cuma ia ditambahkan sedikit air berkarbonat dan sedikit gula...
Kiranya air ni mengurangkan penghidratan (kekurangan tenaga & air) dalam badan.

Patutlah klu orang demam biasa, muntah2, cirit birit @ demam denggi dia suh minum air ni banyak2.
Bukan tu je...doktor siap kata...
kalau awak tak lalu makan benda2 lain..
Cuba awak makan pizza ke, McD ke...
asalkan awak makan...
dan badan ada tenaga..

Fuhh!! Camtu boleh muflis Qaseh sebelum raya...haha...
Seriously mmg rasa rugi sangat2 bila x larat dan x boleh nak berpuasa...
Teringat kecik2 dulu Qasehlah juara puasa penuh...
Sampai cikgu sekolah tadika Qaseh pun kagum...
Sbb kecik2 dah pose penuh...

Pulak tu, sekarang ni asyik teringin nak makananggur & mangga...
Pergh! Sedap kalau dapat tu...hilang segala loya dan pening kepala..
Paling best kalau dapat Strawberi Coklat...herm...
Heheh..
Ops...sory korg2 yg berpuasa...
Terlebih2 plak...
Hahah...

So, korang doakan Qaseh cepat2 sembuh dan sihat yer...

Isnin, 6 Ogos 2012

My Personal LIfe?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Mesti ramai yg tertanya2...
Dan mungkin juga ada yang pelik kan...
Selama ini, Qaseh kurang bercerita mengenai perihal sendiri di blog...
Dan sehinggakan ada kawan2 dan adik2 yang merupakan kawan blogger terkejut bila Qaseh khabarkan yang Qaseh sedang mengandungkan anak ketiga.

Betul ke semua terkejut?

Ni yang kena jawab nie...
Maaf ye, bukan niat untuk merahsiakan identiti sendiri...
Tapi, 
Bagi Qaseh sebelum ini mungkin semua itu tidak perlu...
Tujuan Qaseh berblog untuk mencari ilmu dan menyampaikan serta berkongsi ilmu dengan rakan2 dan secara tidak langsung mempunyai ramai kawan dari pelbagai agama dan bangsa serta negara.

Hinggakan ada yang tidak percaya.
Dan bertanya semula...Qaseh salah taip ke?
Anak ketiga atau anak pertama?
Jawapan Qaseh ialah...
Anak ketiga...

Mungkin hari ini Qaseh tidak berkesempatan untuk menceritakan semua.
Insyallah, sedikit demi sedikit akan Qaseh ceritakan pasal diri Qaseh.
Untuk kawan2 lebih mengenali siapa Qaseh sebenarnya.
Harap semua bersabar ye.

Akhir kata...
Maaf dari Qaseh dari hujung rambut sampai hujung kaki
kepada sesiapa yg tidak suka Qaseh merahsiakan identiti Qaseh sebelum ini.
Jangan marah tau...PEACE!! :-)

Sabtu, 4 Ogos 2012

Persiapan Aidilfitri

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Tahun  ni rasa macam tak nak beraya je...
Kenapa? Kenapa?
Sebab puasa pun x penuh...huhuhu...
Normally org yg mengandung boleh puasa penuh kan...
Lain pula halnya ngan Qaseh,
Asyik keluar masuk klinik dan hospital je kerjanya.
Macamana nak puasa penuh? Kalau dah asyik muntah je.
Kesian baby Ummi dalam perut.
Tak cukup khasiat disebabkan Ummi tak lalu nak makan.
Kalau makan lepas tu gerenti muntah.
Mood nak menulis novel pun ke laut.
Ades...huhuh

Jumaat, 1 Jun 2012

Hadiah Cuti Umum Esok

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Ni hadiahnya...mak aii, jemnya...camana nak balik kampung nie?? 
Penat balik keje pun x ilang lagi nie...

Selasa, 29 Mei 2012

Hadiah Hari Jadi

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Hari jadi Qaseh tak lama lagi .. teringin sangat nak barang kat bawah nie .. memula nak benda lain .. tapi lepas nampak benda nie terus jatuh hati .. pls .. pls .. klu ada sesiapa yg baik hati ..

Qaseh nak ni ..

Tentang Sahabat

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Siapa nk jadi sahabat Qaseh?

Jumaat, 25 Mei 2012

Menu Lunch

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 today lunch...nyummy...

Khamis, 24 Mei 2012

Help!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Rabu, 16 Mei 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Sangat sedih cerita kat TV9 tadi... terkesan kat dalam hati Qaseh ni. Kadang-kadang kita alpa dan lupa yg kita sedang menyakitkan hati orang. Kita manusia biasa yang sentiasa berbuat salah... tiada kata-kata yg benar dan indah hanya dari mulut Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad S.A.W kan...

Bila fikir balik... kekadang kita lebih fikir tentang diri kita dari keluarga kita, adik beradik kita dan ibu bapa kita... Ya Allah, kau berikan aku sikap sentiasa mendahuluan kedua ibubapaku dan ahli keluargaku dari diriku sendiri... amin...

Kita bercakap dengan adik beradik kekadang terlebih kasar jer bunyinya... perkataan seperti Hoi! Blah la...Poyo dan seumpamanya bagi kita macam perkara biasa sahaja... tetapi sebenarnya mungkin kita sedang melukakan hati mereka... cuba kita ubah dari hoi! kepada panggilan yang paling baik seperti abang, along angah, alang, achik dan yg sewaktu dgnnya...

Sebagai umat islam kita pun disarankan untuk memanggil orang lain dengan panggilan yg elok2... herm... macam nama Qaseh... contoh je eh.. kalau Qaseh bahasakan diri sebagai 'aku' dan bukan 'Qaseh' rasa macam kasar je bunyinya... tapi, kalau bila Qaseh bahasakan diri 'Qaseh' dengan panggilan tersebut... korang pun akan sebut Qaseh kan... sekaligus korang mendoakan Qaseh nie supaya menjadi seorang yg penuh kasih dan sayang... hehe.. eh, betul ke ni? hahah... betullah tu... kata-kata tu kan doa. Am I right??

So, kita semua ubahlah diri kita sedikit demi sedikit..walaupun x byk..sekurang2nya kita cuba..

Dompet Dicuri

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Ingatkan Qaseh nak buat entri bergambar mengenai aktiviti Qaseh pada ahad lepas. Tapi .. mood terus merudum apabila kegembiraan pada hari tersebut berakhir dengan kesedihan. Dompet Qaseh hilang dari beg sandang .. ingatkan Qaseh yang lalai .. tapi beg dompet itu benar-benar dicuri. Kenapa Qaseh cakap amcam tu? Korang bacalah situasi2 kat bwh nie ..

Situasi Hari Pertama
Qaseh report pada security kat Aquaria tu dan Qaseh berharap sangat dapat dompet tu semula .. Qaseh tak kisah pun kalau duit hilang .. sebab dalam tu semua kad ATM dan dokumen2 penting ada .. Mengamuk betul Qaseh hari tu. Habis adik2 Qaseh yang dua orang tu kena marah. Sebab tak jaga beg betul-betul. Akhirnya Qaseh diamkan je diri .. buat report polis dekat Dang Wangi pastu bawak keta slow je .. kang bawak laju2 lain plak ceritanya kan .. balik rumah Qaseh pulak kena marah balik .. hai .. nasib2 .. sabar je lah ..

Situasi Hari Kedua
Pening fikir macamana nak cari duit nak buat kad pengenalan. Dah tiga kali hilang kad pengenalan ni .. Qaseh perlukan duit sebanyak RM 310.00 untuk buat kad pengenalan baru. Bukannya tak ada duit .. tapi semua duit dalam bank .. nak keluarkan duit dari bank perlukan kad ATM .. kad ATM dah hilang sekali .. nak ganti balik kad ATM perlukan kad pengenalan .. Ya Allah, dugaan betullah .. kali ni Qaseh mengamuk dengan bank pula .. apa punya prosuder lah .. ades ..

Lebih kurang lepas lunch macam tu pihak Aquaria telefon kata dah jumpa dompet Qaseh tu .. Dalam hati gembira bukan main .. harap2 semua dokumen tak hilang .. ada juga Qaseh berharap duit dalam tu tak hilang .. Herm, tapi hampa sebab bukan duit sahaja yang ilang .. kad touch n go dgn kad ATM RHB Bank pun ilang .. Qaseh pelik jugak .. kenapa RHB je yg ilang .. yg lain tak ilang .. tapi, Qaseh tetap syukur sebab beg duit tu dah dapat balik ..

Situasi Hari Ketiga
Pihak bank RHB telefon untuk beritahu ada orang cuba swap kad bank RHB Qaseh tu kat kedai jam tangan berjenama dekat KLCC pada hari yg sama beg dompet Qaseh tu ilang .. So, nampak sangat lah bukan Qaseh yang lalai letak beg dompet merata kan .. memang orang tu berniat nak curi dompet Qaseh .. sebabnya, kebetulan pada hari itu sebelum Qaseh masuk ke Aquaria tu, Qaseh ada keluarkan duit agak banyak jugak dari ATM RHB ..dan kebetulan Qaseh bukan keluarkan duit dari bank RHB .. Qaseh just guna meps untuk keluarkan duit dari Bank Islam .. nasib baiklah pin nombor utk kad2 ATM Qaseh semua tak sama .. agaknya kalau sama .. mungkin org tu leh guna kad bank RHB Qaseh tu sesuka hati je kan ..

Sedih rasa, sebab masih ada orang-orang macam nie. Mungkin dia kesempitan hidup dan mungkin dia memang seorang pencuri. Tak pelah .. Qaseh anggap je Qaseh tak der rezeki dan anggap je dia kesempitan hidup. Kita fikir yg baik2 je lah utk dia ye .. Walaupun siapa dia, Qaseh doakan dia berubah .. Insyallah .. dan Qaseh halalkan segala duit yang dia curi tu ..

Rabu, 9 Mei 2012

Banyaknya Fail Baucer Bayaran!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Hari ini dalam sejarah .. see how many fail we have after failing payment voucher for April payment. Korang pun tahu yang Qaseh terlalu busy dalam dua tiga bulan nie. Patutlah busy .. bila dah siap failkan baucer2 bayaran yang ada .. akhirnya kami dapat 82 fail kesemuanya .. 
 
Dalam sejarah okey .. selalunya paling banyak 60++ sebulan .. ini dah lebih dr jangkaan .. jawabnya Perbadanan kena order lebih sikit fail bulan akan datang dan beri keutamaan ke bahagian kewangan kami. Heheh ..

So, korang dah tahu kan sebab kenapa susah Qaseh nak update blog selalu .. ini pun masih dipejabat .. curi2 masa rehat untuk update blog .. khas untuk korang ..

Selasa, 8 Mei 2012

Tahniah Adik2 Semua!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Terujakan bila dapat keputusan UPU memasing dapat universiti tempatan .. siyes seronok. Qaseh dah lalui semua itu, tapi nasib x menyebelahi Qaseh .. Qaseh teruskan perjuangan ke tingkatan 6 untuk ambil STPM .. Yup! STPM exam yg Qaseh rasakan sangat susah. Maklumlah, Qaseh bukan jenis yg suka menghafal sangat. Klu waktu SPM dulu .. yang selalu Qaseh hafal, Pendidikan Islam, Biologi, Kimia dan yang sewaktu dengannya lah .. itu pun hendak tak nak jer pandang buku .. akhirnya Qaseh terpaksa ambil semula diploma kat kolej swasta di Shah Alam .. sedih kan ..
 
Actually semuanya sebab kesalahan cikgu2 kat sekolah dulu yang bagi kelas yg Qaseh tak minat langsung. (suka hati je salahkan cikgu, sendiri malas belajar!)Yelah, surat Qaseh dah hantar utk ditukarkan dari kelas sains ke kelas akaun .. but cikgu cakap Qaseh dapat PMR bagus, takkan nak duduk kelas bawah .. ee .. waktu tu siyes bengang jgklah dengan cikgu .. herm .. but Qaseh teruskan jugak .. nasib baik result ok .. tapi, tak dapat masuk U sebab ramai lagi yang layak ..

Waktu tu sedih tak terkata .. waktu STPM Qaseh ambil kelas akaun .. amik kau!! sekali blur giler belajar akaun .. yelah, tak der basic tetiba terjah pelajaran psl ekonomi, pemasaran .. permintaan penawaran .. keluk sana sini .. lejar am, jurnal, imbangan dugalah .. ades .. sakit otak jugak waktu tu .. but, Qaseh try jugak .. bila dapat result hancus lebur .. 

Tapi .. Qaseh tak cepat melatah .. Qaseh kuatkan semangat dan sambung study diploma .. tapi, sebelum sambung study tu Qaseh kerja dalam setahun utk kumpul duit nak masuk kolej .. tak nak dah susahkan mak ayah Qaseh .. dgn berbekalkan duit tu lah Qaseh daftar kolej dan mohon PTPTN ..

Akhirnya .. inilah Qaseh yang korang kenal .. yang gilakan segala subjek akaun, perniagaan dan sewaktu dengannya .. alhamdulillah waktu diploma tu Qaseh boleh masuk dalam otak .. tak susah mana pun .. syukur .. siap dapat 4flat lagi .. hehe .. dan satu lagi kesayangan lecturer ... (perasan je lebih!)

Now, Qaseh tgh study Bachelor Business (Hons) in Accounting di salah sebuah universiti tempatan .. walaupun lambat Qaseh tetap dapat capai cita2 nak masuk U .. harap2 adik2 lepasan SPM STPM dan Matrikulasi kat luar tu dapat capai cita masing2 .. insyallah ..

Ahad, 6 Mei 2012

Seharian Berjalan!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Hari ni bangun pagi-pagi, dah set kat mind nak jalan ke KLCC. Ingat nak memandu kereta, tapi bila fikir balik hari ni cuti .. pasti jem kat KL nanti. So, akhirnya pilih naik Putra LRT je .. Heheh .. sampai2 baru pukul 11 pagi. Pergh! Tak pernah seawal ini berjalan .. entah mood apa yang datang kat Qaseh ari ni. Kalau semalam tu ada lah reason kan sbb nk gi PWTC kan ..

1st thing duk fikir nak buat apa kat situ, alih2 teringat yang Qaseh tak pernah lagi masuk ke PETROSAINS. Akhirnya, dapat jugak jejak kat dalam PETROSAINS tu ..
Menarik betul dalam tempat ni. Siapa yang masuk akan dibawa menjelajah mengenai sains dari awal dahulu shingga sekarang .. Paling best korang boleh alami sendiri semua itu .. macamana terhasilnya minyak .. kaitan sains dengan kehidupan seharian kita .. ada dinasour .. jangan pelik bila korang dengar dinasour tu menyanyi!! Kahkahkah .. boleh plak Qaseh ikut makhluk purba tu menyanyi .. cam budak kecik je ..

Pendek cerita, macam2lah ada dalam tu .. semua pasal sains .. siap yang tak pernah pergi tu .. eloklah korang pergi .. boleh hilangkan tekakan berkerja .. macam Qaseh ..

Balik dari KLCC rasa lapar yang tak hingat sebab terlepas amik lunch .. lama jugaklah duk berkampung dalam PETROSAINS tu .. jelajah semua ceruk .. sikit pun tak tinggal .. heheh .. balik je terus gi GIANT untuk makan .. maklumlah dekat je dgn rumah .. macam2 menu jugak menarik .. orang lapar memang semua nampak sedap .. tapi, yang buat Qaseh terkilan .. Qaseh order char kuew teow .. tapi .. Qaseh dapat kuew teow goreng .. ades .. pelik, pelik!

Nak marah pun tak guna .. sbb yang jaga kaunter amik order tu budak bangladesh .. mungkin bahasa melayu pun tak faham .. huhu .. its okey, janji kenyang .. ye tak?

So .. Qaseh dah kenyang, dah penat .. samapi terus update blog .. and now time rehat plak .. sambil2 tgk VCD .. cerita apa? Jangan Pandang2 .. beli original tau! Sebab nak support industri seni kita ..
 
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail