SHout






Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

Selasa, 28 Ogos 2012

Hilangnya Sifat Kemanusiaan Rakyat Malaysia

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Sana sini sibuk cerita pasal Gangnam Style la...
Open House sana sini,
Angkasawan pertama meninggal dunia...
MERDEKA! MERDEKA! sana sini...

Tapi...
Adakah rakyat Malaysa Prihatin dengan kejadian samun 
yang berlaku di sebuah stesen minyak R&R di utara?



Rakyat Malaysia pun dah hilang sikap prihatin dan budi bahasa ker?
Takkan Malaysia pun nak ulang kejadian yang berlaku di China.
Dimana masing2 hanya mementingkan diri sendiri.

Kenapa agaknya perkara ini terjadi?
Bukan seorang dua...
Tapi ada ramai saksi di tempat kejadian...
Apa... diorang ingat itu lakonan semata2 ker?
Siap relax je...macam tgk panggung wayang...

Mana kata2 yg selalu kita dengar..
Rakyat Malaysia mmg prihatin..
Selepas ini keluarlah survey dari negara luar mengenai rakyat Malaysia yg berbunyi
"RAKYAT MALAYSIA RAMAI YG PENTINGKAN DIRI"

Suka ke orang luar buat spekulasi buruk pasal negara sendiri..

Haish...Malas dah nk cakap..
Pikirlah sendiri...

Jumaat, 17 Ogos 2012

Minta PadaNya

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Selasa, 14 Ogos 2012

Allah sayang pada orang sakit!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Rabu, 27 Jun 2012

Hari Ini & Esok

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Sabtu, 23 Jun 2012

Susah & Senang

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Rabu, 20 Jun 2012

Senjata Mukmin

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Selasa, 19 Jun 2012

Nak Jadi Hot Atau Cantik?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Selasa, 29 Mei 2012

Berhati2 Di Jalan Raya

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Ramai orang cakap... Dia mmg bawa laju....
Kalau la dia bersabar... 
hati2 di jalan raya....

Tak Susah Solat...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Jom kita solat!

Ahad, 27 Mei 2012

Yang Mana Satu Ni??

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Khamis, 24 Mei 2012

Pedasnya!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Khamis, 17 Mei 2012

Jom Kitar Semula!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
FAKTA 1

Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

Untuk membuktikan keprihatinan anda kepada alam sekitar, jom kta lakukan amalan berikut semasa berbelanja di pasar @ pasaraya...
 
~Beg kain dapat digunakan berulang kali

~Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik...

~Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

~Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

~Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus barang

~Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan 
 
#Bagaimanakah cara penggunaan anda?
 

Rabu, 9 Mei 2012

Kes Dera Bayi

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pasti semua dah tengok berita tadi susulan dari video yang di upload di FB. Betul tak? Ada yang marah sakit hati dan tak kurang juga ibu-ibu diluar sana yang menangis melihat bayi kecil tersebut diperlakukan seperti binatang. 
 
Satu soalan Qaseh .. apakah kesalahan bayi tersebut? Jika dia telah besar pun, hukuman sebegitu tak patut dilakukan. Nabi mengajar kita mengasuh anak dengan berhemah .. bila ingin memukul .. pukullah di telapak kaki kerana ia ada kaitan dengan otak .. pasti kanak-kanak lebih memahami dan insyallah mendengar kata selepas itu ..

Apabila diperlakukan seperti itu, bukankah perbuatan itu lebih kepada melepaskan geram dan mengikut hasutan syaitan. Kasihan sungguh, Qaseh pun tak sanggup memperlakukan bayi yang tidak mengerti apa-apa itu sebegitu rupa.
 
Tidak sedihkan si ibu mendengar tangisan bayinya yang mendayu-dayu dan teresak-esak? Daif sungguh manusia zaman sekarang .. daif dari sudut hati dan perasaan .. daif dengan ilmu agama .. daif dari sifat kemanusiaan ..

Wahai ibu,

Jika dikau tidak mampu mengasihiku,
Janganlah engkau menyakitiku,

Jika engkau tidak mampu membelaiku,
Janganlah engkau memukulku...
 
Jika engkau tidak mampu menjagaku,
Janganlah engkau melukanku...
 
Kehadiranku hanya ingin mengembirakan dirimu,
Kehadiranku adalah amanah terbesar illahi,
Kehadiranku mampu membahagiakanmu,
Dikaulah malaikatku...

Tetapi ...
Jika kehadiranku menyusahkan diriku,
Mengapakah engkau melahirkan diriku?
 
Jika suatu hari nanti engkau kehilangan diriku,
Adakah engkau akan menangisi pemergianku?
Hargailah amanah ini walaupun engkau tidak mampu ...
Kerna aku pasti, kehilanganku pasti menyedihkan hatimu...
 


Isnin, 23 April 2012

Tudung dan Wanita

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Korang suka fesyen tudung macamana?
Labuh?
 
Atau
Berbelit-belit ala minah arab?
 
Atau
Ala2 Hana Tajima?
 
Atau
Diana Amir?
 
Atau
macam nie?
Walau apa pun pilhan korang....
 
Psstikan aurat kita ditutup sepenuhnya...
Tak salah hendak bergaya...kan...
Peringatan untuk diri sendiri jugak...

p/s: bila lah nak sampai seru pakai pudah plak ni...heheh...

Jumaat, 20 April 2012

Jenayah Ibu Ayah...Siapa uruskan?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Tersentuh sungguh bila tengok video Ustaz Don ini. Menitik airmata ... Selama ini, kita mungkin tidak terfikir semua yang dikatakan ustaz don. Tapi, apa yang dikatakan adalah benar ... hanya kita jer yang tak nampak ... Kalau fikirkan balik, bolehkah kita ini menguruskan jenazah ibu dan ayah kita sehingga ke liang lahat? Jika kita tak pandai, siapa yang kita harapkan? Boleh ker kita harapkan orang lian? Termenung memikirkan perkara tersebut ... fikir2kanlah ... Qaseh berkongsi dengan kawan2 untuk peringatan kita semua bersama ... 



Korang Kategori Apa?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Nak berjaya, kena gagal dulu...
Nak senang, kena susah dulu,...
Nak pandai, kena belajar dulu...
Nak dapat sesuatu, kena buat dulu...
Bukan tanya jer..awak nak makan?
Kalau awak tanya jer..awak dapat tanya harga jer la..
Kenyang ker kalau tanya harga jer? 

Korang kategori mana???

Gaji kecik Tapi Bahagia...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Setuju dengan kata-kata ustaz don...jika kita usaha lebih...diiringi doa dan tawakal...insyallah Allah akan bantu...cuma perlu yakin yang Allah itu sentiasa ada untuk emmbantu kita.

Sabtu, 7 April 2012

Wahai Lelaki...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
  
Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang romantik. Seseorang yang boleh menjaganya- seseorang yang boleh menjadi pelindungnya. Tapi berapa ramai lelaki di luar sana yang betul-betul romantik yang menjadi idaman setiap wanita? 
 
Yang tidak menyakitkan hati, menjaga perasaan, mengetahui kehendak dan mengawal sesuatu agar sentiasa dalam keadaan aman? 
 
Wanita tidak mengharapkan kekayaan, hensem seseorang lelaki itu., tetapi lelaki yang bertanggungjawab, beriman, menjaga hati wanitanya. 
 
Ingat la lelaki.. wanita ini jika hatinya selalu terguris. Dia akan pergi menjauhkan diri walaupun hatinya menyayangi kamu. Di saat dia kuat, dia akan tetap bertahan.. Dan seandainya dia sudah rebah dan melangkah kaki.. saat itu baru kamu merasa kehilangan seorang wanita yang sangat setia dan menyayangi kamu. 
 
Jadi.. ingatlah.. jagalah perasaan dan hormati la dia.. kerana tanpa wanita.. kamu tiada di dunia.. sehebat manapun kamu wahai lelaki.. syurga kamu tetap di telapak kaki seorang wanita ~ iaitu ibu kamu~ dan betapa bertuah seorang wanita.. dosa dan syurganya jika belum berkahwin di bawah tanggungan ibu bapa dan jika dia bersuami, kamu yang harus menangung. 
 
Maka, bersedia dan jadilah lelaki yang baik yang boleh membimbing wanita bukan lelaki yang merosakkan dan menyakitkan wanita itu..
 

Ahad, 11 Mac 2012

“Tuhan ni wujud ke?”

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pada suatu petang,
seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya
yang agak panjang dan tidak terurus.
Seperti biasa,
si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra
dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.
Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Khamis, 23 Februari 2012

Cantik diluar jer...Dalam???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
"....Cantik diluar belum tentu cantik didalam.."
Selalu ada orang yang akan cakap macam tu kan...
Bila fikir balik...betul juga tu...
Biarpun seseorang tu tak cantik...kolot...comot...kekampungan...
Jika cantik didalam, meskipun diluar tidak cantik,
ia tetap 'cantik'...
Sebab dia mampu menyejukkan mata sesiapa yang memandangnya dan mendinginkan hati sesiapa yang berada disekeliling dia kan...
 
Sebenarnya kecantikan atau sebaliknya tidak akan memberi kesan berkait keselesaan kepada seseorang, namun jika akhlak yang buruk sudah pasti menjadikan orang tidak tenteram dan tenang. 
 
Kepada teman-teman baik lelaki ataupun wanita...
Tak perlulah nak risau jika kita ni tak cantik diluaran, 
Dan sebenarnya kita tak perlu nak bimbang pun...
 kalau tak der insan yang sudi menjadi pasangan kita
kerana kita tidak cantik.
Sebab...insan yang bakal menerima kita itu nanti...
adalah insan yang benar-benar ikhlas menerima kita seadanya...
 
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail