Rabu, 19 Disember 2012
Selasa, 18 Disember 2012
Rahsia Si Isteri
" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "
" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "
" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "
" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "
" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "
Isnin, 17 Disember 2012
Cara Mengajar Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Selasa, 20 November 2012
Rahsia surah Yassin
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
AMIN.
Boikot @ Tak?
Larian Kitar Semula 2012
Selasa, 6 November 2012
6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH
Isu Mas Kahwin
Putri : RM6, 000??? Semurah itukah saya???
Hafiz : errrmmm...ok...rm10 ribu
Putri : Kalau RM10 ribu....rantai leher saya pom RM10 ribu...kiranya saya ini hanya seperti rantai leher??
Hafiz : Ok..!!....RM20 ribu
Hafiz : Ok...RM50 ribu!
Putri : Adakah itu harga saya??? Bangunan KLCC tu pun berharga jutaan ringgit...
Hafiz : Ok...baiklah....awak letaklah sendiri berapa harga awak...saya akan bayar!
Putri : ...diri saya TERLALU mahal.....sehingga awak tak dapat nak BELI....cukuplah awak bagi RM100
Isnin, 5 November 2012
Jom Tutup Aurat!
Iklan Zalora (versi Islamik)
SILA beritahu isteri , girlfriend , adik , kakak , ibu mertua dan lain2 tentang CARA TUTUP AURAT yg BETUL . Tau tak, apa yg perlu dititiberatkan pasal aurat tu ? Kepala , lengan , baju dan kaki. Beratus kelebihan , beribu ganjaran. Dan yg paling gila lagi , pahala yg diberi sebab tutup aurat adalah PERCUMA ! (^_^)
Jom Berlari Utk Diri & Alam Sekitar
Ahad, 4 November 2012
Resepsi - Mushirah - 3 Nov 2012
Pandu Cermat Ingat Orang Tersayang
"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin Tersenyum Memandang Isterinya.
"Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut.
"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung.
"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni."
Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja.
"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?"
"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta.
Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza.
"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati.
Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut.
Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur.
"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya.
"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti."
"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya.
"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was.
"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres Tadi.
"Sudah La Tu Bang."
"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan..... BANG!!
"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ.
"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya.
Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.
"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis.
PAANNNGGG!!
Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu?
"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar....
...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !!
Sekian.
Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi
Sabtu, 3 November 2012
Farid Kamil & Diana Sah Suami Ister
Jumaat, 2 November 2012
10 Jenis Props Untuk Photoshoot
1. Belon
2. Basikal
3. Papan hitam
4. Kertas bercorak @ bertulis
5. Bingkai gambar
6. Penggunakan Huruf dengan Ayat ROmantik
7. Payung
8. Lolipop
9. Kipas
10. Bantal bentuk Heart @ Perkataan ROmantik
Jom Loghat Utara
Khamis, 1 November 2012
Rakyat Malaysia - Tiada Tatasusila
Selasa, 30 Oktober 2012
Biasiswa dari UiTM
Suka Status ni...
Jangan Keliru antara personaliti dan sikap saya ...... Personaliti saya adalah siapa saya .... Sikap saya bergantung kepada siapa anda...
Rasa nak campak telur kat Muka Orang!
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Menang Lagi dan Lagi!
Sekali lagi Qaseh keluarkan pasal entri tahniah.
Isnin, 29 Oktober 2012
UKM Konvo! Tahniah!!!
Selasa, 23 Oktober 2012
Dah 23minggu...excited!
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ni bby lam perut dah 23 mggu. Doktor kata sebesar buah delima...kiranya besar penumbuklah...penumbuk org gemuk atau org kurus itu x dapat dipastikan.
Kiranya Qaseh dah masuk trimester kedua. Alhamdulillah, tiada lg loya2 dan penat badan. Cuma morning sickness tu kadang2.
Ramai yang bertanya dah scan ke? Boy or girl? Jawapannya ari tu dah scan...tp bby x nak tunjuk plak...heheh...malu kot...tp, klu ikut pengalaman kwn2 yg dah pegnant dan sanak saudara serta org2 tua....cewah...hehehe...diorg kata mcm perempuan..
Klu perempuan...alhamdulillah sgt2. Tp, x der lah Qaseh mengharap pun. Tak kisah...asalkan bby sihat walafiat...anugerah Allah kan...tak baik pertikaikan. Pasti ada hikmah disebaliknya...apa2 tggu jelah bby kuar nnti...boy @ girl..nantikan...
Isnin, 22 Oktober 2012
Qaseh Suci dah macam chipmore!
Rabu, 3 Oktober 2012
Mungkinkah Rezeki Disini?
Mungkin Qaseh adalah org yg paling bertuah diantara 1200 org tu kan..