SHout






Memaparkan catatan dengan label Photography. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Photography. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

10 Jenis Props Untuk Photoshoot

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
Penting ke?
Mesti semua tertanya2 kan...
Bagi seorang jurugambar ia sangat penting..
Sekarang ni dah jadi trend bila nak photoshoot mesti ada props...
Props tak semestinya yang mahal..
Yang penting kena dengan tema...
Besok Qaseh ada photoshoot wedding...
Jadi Qaseh ada buat beberapa research mengenai tema dan props yang ingin digunakan...
Korang pun kalau berminat dalam bidang fotografi ini
Bleh gunakan idea ini...
1. Belon



Dengan belon korang boleh buat aksi macam2...nampak sweet je utk pasangan pengantin@bakal pengantin...
2. Basikal
Sesuai sangat untuk tema 'vintage'...
3. Papan hitam
Dengan papan ni korang boleh tulis apa sahaja...heheh...
4. Kertas bercorak @ bertulis
Ok, yang ini korang boleh buat sendiri...print je...byk yg leh dapat free...gambar korg pun jadi menarik...Tapi pastikan kena dengan tema tau!
5. Bingkai gambar

Yang ini korang kena kluarkan duitlah untuk beli bingkai gambar...pastikan pilih yg cantik...sebab korang boleh guna byk kali...
6. Penggunakan Huruf dengan Ayat ROmantik
Yang penting korang kretif...kena berfikir dari luar kotak jgk ok...hehe...beli je letter block utk kanak2 tu...murah jer...kan...kan...
7. Payung
Macam2 jenis payung korang leh guna...apa yang penting??? Macam Qaseh cakap kena ikut tema...
8. Lolipop

Lolipop ni pun korang boleh beli banyak jenis dah sekarang...ada bentuk LOVE...yg ni memang sweet...semanis pengantin baru...
9. Kipas

Qaseh paling suka guna ni...heheh...senang nak carik...
10. Bantal bentuk Heart @ Perkataan ROmantik
Hah...sweet tak?? So, apa lagi...korang gunakan tips ini untuk jadikan gambar korang lebih menarik...tak semestinya untuk phootoshoot perkahwinan je...

Jumaat, 31 Ogos 2012

Majlis Pertunangan Sepupu

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Minggu lepas majlis pertunangan sepupu Qaseh...
Balik dari kampung terus gi rumah dia kat KL...
Yang lawaknya orang yg bertunang kurang berposing...
Yang lebih2nya adik2 Qaseh lah...
Heheh...JOm layan...







 
Mana Qaseh??? Jeng, jeng, jeng...Malas nk bergambar...HAhahaha

Sabtu, 26 Mei 2012

Majlis Resepsi Ina & Zul

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Alhamdulillah, hari ini Qaseh selesai menjadi OP (Official Photographer) untuk majlis seorang kawan di Selayang. Secara jujur Qaseh katakan pengantin perempuan cantik sangat .. macam seorang pelakon tu .. siapa nama yer??? Oh ya, Nanu Baharudin... er, betul ke macam ni nama dia? Heheh .. rasanya betul kot .. senang sangat nak bekerja sama dengan pasangan ni .. walaupun malu-malu, mereka dah berikan yang terbaik .. yang perempuan bekerja sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur dan pasangannya seorang pakar IT .. 
 
Penat memang penat .. tapi, Qaseh rasa berbaloi sangat sbb puas hati dengan gambar2 yg Qaseh tangkap .. kat sini Qaseh sertakan untuk tatapn korang .. mana tahu dikalangan blogger2 ni ada yang otai fotografi .. bolehlah tolong C&C gambar Qaseh .. hehe ..
rasanya ini moment paling menarik
 
 
 
anak patung tu curil dlm keta Qaseh .. hahah


 
pengantin yg sgt sporting!
pengantin perempuan yg sgt jelita!

kesian! kena dera tgh panas..huhu

Sabtu, 21 April 2012

Tak Sabar!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Rindunya nak keluar dengan otai2 dan legem2 fotografi FMDC nie ... heheh ... Tahun ni tak ada buat pown... memasing sibuk kerja dan keluarga ... hahah ... so korang-korang ... bila nak TT lagi nie? Tangan dah gatal nak petik shutter kamera ... dah tak sabar nak bergambar sakan lagi macam nie ... (time macam nie je tak segan sebab ramai...hahah)
Cer cari Qaseh mana?


Selasa, 21 Februari 2012

Kaya Sungguh Jadi Photographer

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pernah tak kamu terfikir berapakah keuntungan seorang photographer?
 
Pernahkah kamu terfikir apakah mereka benar2 mengaut keuntungan hasil dari gambar-gambar yang mereka ambil?
 
Berbaloikah dengan apa yang kamu bayar terhadap photographer yang kamu pilih utk perkahwinan kamu?
 
Jom kita tgk apakah benar photographer2 ini benar2 mengenakan harga yang mahal atau tidak.. Saya mmg sgt pandai dalam matematik, saya akan tolong kirakan utk kamu.. :)
 
Katakanlah photographer yang kamu pilih mengenakan charged RM1500 kepada kamu dengan package “terbaik dan termurah” iaitu dengan memberikan:
 
1. Custom album 8x12 cristal laminated bernilai RM300
 2. Sticky album berserta 100pcs 4R fully edit picture bernilai RM100
3. Frame 8R bernilai RM20
4. Unlimited shoot and burn in DVD biasanya 300 gambar
 
Totalnya adalah RM420
 
 Itu belum lagi campur:
 
1. Duit bil tepon utk telefon pengantin bernilai RM10
2. Duit bayar back up photographer bernilai RM200
3. Duit minyak pergi ke rumah pengantin, pergi hantar custom album utk print bernilai RM50
So, nilai modal setakat ini ialah RM420+RM260=RM680
 
Biasanya, photographer yang mengambil upah sehingga RM1500 mempunyai gadget kamera seperti
 
1. D700 beernilai RM6100
2. 14-24mm bernilai RM5820
3. 24-70mm bernilai RM5760
4. 70-200mm bernilai RM6950
5. Flash SB910 bernilai RM1650
 
Total gadget ialah RM26280…
 
 Tahukah kamu, setiap petikan pada DSLR adalah bernilai kerana DSLR D700 hanya mampu mengambil gambar sebanyak 150,000 keping sahaja. Maka selepas itu, photographer terpaksa menukar shutter system yang bernilai RM1400. Maka, jika dikira dalam matematik, setiap kali photographer memetik shutter, nilai sekeping gambar ialah 1 sen. 1 sen jer pun, bukan mahal sgt, tapi, photographer tak pernah pun terfikir nak simpan duit utk menukar shutter system, bila tiba waktunya, mmg “sakit” jugak nak keluarkan duit sebanyak RM1400.
 
So, RM1500- RM660=RM840… so, keuntungan photographer tersebut ialah RM840. Memang banyak untung kan? RM840 dalam sehari. Tapi kamu silap, selepas sahaja photographer ambil gambar kamu, kebiasaannya, photographer memerlukan 3 minggu bersamaan 21 hari utk edit gambar kamu. So, RM840 bahagikan dengan 21 hari, nilai keuntungan photographer tersebut cuma RM40 sehari. Berbaloikah?
 
Jadi, photographer tersebut memerlukan 657 hari untuk mendapatkan kembali modal gadget yang bernilai RM26280. 657 hari? Berbaloikah?
 
Itu pun kalau photographer tersebut sentiasa dapat “job”. Apakah kamu fikir perkahwinan berlaku setiap hari? Nak harapkan job byk pun perlu tunggu cuti sekolah. Itu pun belum tentu dapat, persaingan kini sangatlah hebat. Terlalu ramai photographer2 kini berlumba2 mendapatkan job. Adoiiiii…
 
Pernahkah kamu terfikir kesibukan seorang photographer?
 
Biasanya, photographer sudah mempunyai pekerjaan tetap yang bekerja dari Isnin sampai Jumaat. Apabila menjadi photographer, masa yang sepatutnya diluangkan utk bersama anak isteri pada hari Sabtu dan ahad, kini terpaksa dikorbankan hanya utk jadi photographer yang hanya bernilai RM40 sehari? Berbaloikah?
 
Tahukah kamu utk meng”edit” gambar memerlukan mood? Dan biasanya mood itu akan datang pada waktu malam. Dan photographer sekali lagi terpaksa korbankan waktu tidurnya setiap malam hanya utk berikan gambar “terbaik” utk kamu abadikan “seumur hidup” sedangkan kamu tidak “membayar” dengan nilai sepatutnya......... 
 
Maka, jika kamu rasa nilai RM1500 itu sangat mahal bagi kamu, fikirkanlah “pengorbanan” photographer yang bersusah payah bersengkang mata hingga sanggup melupakan keakraban antara anak isteri mereka pada setiap malam malah di hujung minggu hanya utk memastikan setiap gambar yang diambil mampu menjadi kenangan utk kamu “sepanjang hayat”… :)
 

Sabtu, 26 November 2011

Its All About Photography...

Assalamualaikum...sebelum Qaseh meninggalkan korang untuk 2 hari nie..Qaseh nak kongsi sesuatu...Bagi sesiapa yang minat dalam bidang photography tu...Qaseh nak share skit ngan korg pandangan dari orang yang dah byk pengalaman dalam bidang nie...


Ini Qaseh copy dari wall's FB abang Zainal Halim....

Ada orang suruh saya tulis pasal kerja kerja photojournalist ni. Dia tanya susah ke tak nak ambik gambar sebagai photojournalist. So ini adalah sedikit yg dpt saya sampai kan kepada yg nak tau.

Keje ambik gambar ni tak la susah sgt. Cuma petik je shutter tu dpt la gambar. Itu pun kalo kita dah mahir dlm camera operation. Kalo tak jadi terkial kial lah.
Setiap gambar yg kita ambik dlm bidang ni perlu menceritakan apa yg hendak kita sampai kan dan ianya seharus nya tulus dan yg sebenarnya apa yg berlaku sbb kita adalah mata bagi tiap orang yg akan melihat nya nanti. Tu pasal kita tidak dibenar kan buat apa2 dlm ps selain dari cropping dan sedikit adjust dlm levelling. Itu adalah etikanya. Kita juga tidak di benar kan pose atau setup gambar kerana itu bukan apa yg sebenarnya berlaku.

Jadi pokok nya di sini adalah – IF U MISS IT, U MISS IT. THERE IS NO SECOND CHANCE FOR U.

Contah nya ada lah apabila kita ambik gambar final Malaysia Cup. Kalo kita miss moment yg penting dlm game tu maknanya kita kena tunggu tahun depan baru kita dpt lakukan nya sekali lagi.

Ianya berbeza dari keje2 studio, wedding atau yg lain. Contahnya: wedding photography. Dalam bidang ini kita setup semua nya. Dari background hingga lah ke subject tu sendiri. Kita juga menpunyai masa yg banyak untuk segala2nya. Kalo kurang menarik kita boleh ubah subject tu sendiri. Di sini seharusnya foto itu jadi menarik dari semua aspect. Kalo foto itu tak menarik tidak ada guna nya kita gelarkan kita ni photographer.

Dalam bidang journalist pula kita tidak ada masa untuk berfikir lama sbb selalunya moment itu akan berlaku secepat kilat. Kita harus anticipate apa yg hendak berlaku. Dari situ kita akan position diri kita di tempat yg sesuai supaya kita dpt angle yg paling menarik. Kalo silap angle THAT’S IT. Kita tak kan dpt gambar.

Itu belum masalah kita di block oleh orang lain. Selain itu kita berkerja di dalam apa saja keadaan. Come rain or shine, we’ll be there to do our job. Siang atau pun malam we’ll be there to do our job. We got personal problem, but still we’ll be there to do our job. In other words, what come may, we’ll be there.

Yes, besok nya orang ramai akan bangun pagi, mereka dpt lihat apa yg berlaku pada malam tadi sambil minum kopi and jurugambar berkenaan mungkin tengah berkerja lagi untuk mencari gambar yg lain dari cerita yg lain dan begitu lah seterusnya. Tidak ada sesiapa pun memikirkan tentang jurugambar tersebut.

Apabila kita melihat gambar terpampang di muka surat akhbar, kita rasa! OH senang je nak dpt gambar macam ni. Ya, mmg apabila kita lihat gambar yg telah di siarkan mmg kita rasa kita boleh buat, tp honestly, ianya tak semudah itu.

Adakah kita terpikir yg mungkin jurugambar itu menunggu selama 1 jam atau 3 jam atau mungkin lebih lama dari itu untuk mendapat moment sedemikian. Adakah kita terpikir yg mungkin jurugambar tu berhujan untuk mendapat gambar yg sekeping itu. Atau mungkin anak nya di rumah menunggu di rumah untuk makan bersama tp ayah/ibunya masih tak dapat pulang sbb kerja belum selesai.

Banyak lagi kemungkinan yg saya rasa tak perlu saya ceritakan disini sbb nanti panjang sgt pulak.

Anyway, dalam bidang photography ini passion atau minat seharus nya mengatasi segala2nya. Tak kira la apa saja cabang photography yg kita ceburi. Semua nya di nama kan photography yg mana makna nya “PAINT WITH LIGHT” bukan paint with PS.

Maaf jika ada yg tersinggung atau terasa dlm apa yg saya tulis kan ini, tp itu lah keyataan nya. TERIMA KASIH.

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail