Selasa, 15 November 2011
Apa Pendapat Korang...bila....
Sebelum melelapkan mata yang mmg x boleh nak lelap dari tadi nie, disebabkan terpikir kejadian petang tadi. So, Qaseh nak tanya pendapat korang lah...
Situasi :-
1. Seorang gadis datang kepada seorang lelaki lalu terus mencium pipi lelaki tersebut tanpa segan silu dihadapan semua orang.
2. Anda yang tak puas hati kerana marah, menoleh semula dan melihat gadis tersebut memakai tudung dan menutup segala aurat kecuali tapak tangan dan muka.
3. Disebabkan masih tak puas hati anda menoleh kali kedua dan anda melihat yang gadis dan lelaki tersebut boleh dikatakan masih muda dan mungkin dalam lingkungan 18 ke 20 tahun...
Ini adalah anggapan kawan-kawan Qaseh?
Situasi :-
1. Tak malunya budak perempuan tu! Cium pakwe dia depan orang ramai. (anggapan tak baik)
2. Oh! Mungkin abang dia ke...suami dia ker...adik dia ker...(takpe lah)
3. Tapi...muda sangat, takkan suami @ adik beradik @ abg ...(sebab lebih kurang sebaya jer diorg 2 org tu)
Nak tau angapan Qaseh??? Okey, ini jawapannya....
Situasi :-
1. Eh, biar betul...??? Budak perempuan tu tak tahu ke yg dia skung tempat awam? Tak malu ker cium lelaki
yg entah siapa2 depan org ramai?
2. Astargfirullahalazim...mungkin itu abg dia kot...tak pun suami dia atau adik dia ker kan....
3. Erk...jab..jab...kalau tu suami dia cam tak lojik plak kan...sebab diorg muda sangat...x macam adik beradik pun...Kalau lah diorg tu suami isteri...tak mungkin akan cium2 peluk2 depan org ramai (sbb suami isteri pun tau malu)...macam tu jugak adik beradik kan...Qaseh pun tak pernah cium pipi ayah @ adik beradik lelaki Qaseh depan orang...malu...sebab dah besar...
So, apa pendapat korg??? Dari anggapan tak baik kita cuba sedapkan hati berfikir yg baik2 psl org lain..tapi akhirnya anggapan tak baik jugak akan muncul kan...dunia...dunia..
Jumaat, 4 November 2011
Haji VIP
MANA ADA RUKUN HAJI VIP!!...Dalam Rukun Haji tu dah kata semua orang yang berhimpun itu sama aje bukan lagi mengikut pangkat atau darjad...sebab itu kena pakai pakaian Ihram..sebab di padang Masyar nanti semua akan di telanjangkan tanpa seurat benang bagi menyamakan semua makhluk Allah itu untuk diadili...sumber Ibnu Battutah (FB).
Samada gambar diatas benar atau palsu, Qaseh setuju dengan kenyataan beliau. Kenapa mesti nak membezakan darjat? Pangkat? Kita semua sama kan...
Setahu Qaseh setelah mendengar cerita-cerita mengenai Tanah Suci Mekah....tak mungkin ada orang yang boleh membuat perkara-perkara yang jahat disana. Jika ada niat sekalipun akan dibalas waktu itu juga.
Benarkah? Jika benar...kenapa mesti memakai pengawal segala? Takkan ada orang yang berani mengacau atau menyakiti orang lain disana. Insyallah. Itu rumah Allah, tempat beribadah. Maaf kalau Qaseh tersalah tgk gambar @tersalan info @ tersalah kata....tapi itulah hakikatnya bukan...
Apa pendapat anda kawan2?
Isnin, 31 Oktober 2011
It's All About Money...
Money can buy a house, but not a home.
Money can buy a bed, but not sleep.
Money can buy a clock, but not time.
Money can buy a book, but not knowledge.
Money can buy food, but not an appetite.
Money can buy position, but not respect.
Money can buy blood, but not life.
Money can buy medicine, but not health.
Money can buy sex, but not love.
Money can buy insurance, but not safety.
Ahad, 30 Oktober 2011
Bahaya Menggunakan Komputer Riba Di Katil Anda...
Sepasang suami isteri kehilangan anaknya yang berumur 25 tahun didalam kebakaran yang berlaku dirumah mereka pada 4 Jun yang lalu. Anak mereka iaitu graduan MBA dari University of Wisconsin-Madison pulang kerumah awal dua minggu untuk sementara waktu. Dia telah makan tengahari bersama bapanya dan kemudian membuat keputusan untuk pulang ke asrama agar dapat membersihkan bilil hostelnya. Namun, bapanya menyuruhnya menunggu sebentar sementara ibunya pulang. Lalu, dia membuat keputusan untuk berehat sebentar di atas katil sambil menunggu ibunya pulang dari kerja. Namun. beberapa ketika kemudian jiran mereka telah menelefon 911 apabila melihat asap hitam dari rumah mereka.
Malangnya, anak mereka yang berusia 25 tahun tersebut meninggal dunia di dalam rumah mereka yg berusia 3 tahun itu. Siasatan yang dilakukan mengambil masa beberapa hari untuk menemukan punca kebakaran tersebut. Akhirnya, punca kebakaran dikenal pasti adalah disebabkan komputer riba yang diletakkan di atas katil. Dikatakan apabila komputer riba diletakkan diatas katil, udara panas yg dihasilkan oleh komputer riba tersebut terperap dan tidak dapat disejukkan oleh kipas penyejuk dan perkara tersebutlah yg telah menyebabkan kebakaran. Anak mereka juga tidak dapat bangun untuk menyelamatkan diri kerana dia telah mati akibat dari menghidu karbon monoksida.
So, kawan2...kalau nak berblogging guna Lappy korang...tolong jgn guna diatas katil jer...kita tak tau sejauh mana kebenarannya. Tapi, lebih baik mencegah dari mengubatikan...
Rabu, 26 Oktober 2011
Annoying Belog....Anda punya kah?
Assalamualaikum...
Masih ada yg belum tidur? Fuhh...penat2...dari tadi berblogwalking ke belog kawan2 yg join Segmen Abg Ben bersama Blogger....Alhamdulillah, selesai sudah jelajah semua belog kawan2 yg join itu. Penat?? Penat tangan menaip jer lah.
Dalam pada Qaseh menjelajah tu...ada beberapa perkara yg Qaseh jumpa dan perlu diambil berat oleh para blogger sekalian. Lagi2 kebanyakan belog yg Qaseh jelajah tu adalah belog yg masih baru lagi...
Yup, tahniah kepada mereka kerana berjaya mencipta belog sendiri...tapi, sampai bilakah belog anda akan bertahan? Itu soalan yg sering mucul dalam fikiran Qaseh ini. Kenapa? Ada sebabnya...takkan nak harapkan follower yg ramai jer kan...pengunjung juga penting....
Minta maaflah jika ada yg bangkang apa yg Qaseh cuba sampaikan ini. Tapi itu hakikatnya. Contohnya Qaseh senaraikan dibawah ini.
Contoh2 tersebut akan membuatkan blogger2 otai yg rajin nak berblogwalking kat belog korang terus tekan tanda 'X' kat page korg tu...bukan sahaja otai...petai2 pown malas nak jengah...
Perkara2 yg membuatkan belog korang jadi annoying:-
1. Pasang lagu 'AUTO' yang ganas2 (boleh membuatkan telinga pekak wei...)
2. Terlalu banyak widget yg korang pasang... (ades...lembab betul nk bukak belog nie)
3. Tulisan terlalu kecil...(alamak...nak kena pakai kanta pembesar nie...)
4. Warna tulisan lebih kurang sama dgn warna background....(kena ada mata superman camni...baru leh baca)
5. Tulisan senget benget...(memang cantik, tapi klu cantik kat mata awk je wat pe kan...kan...)
6. Ruang komen ada pengesahan perkataan (malas nak komen camnie!!)
7. Tiada widget follower (korang x suka ada follower eh....)
Herm...so korang...jangan marah klu tiada bloggers nak masuk blog korg okeh...jangan salahkan bogger kononnya tak support korg key...Tgk diri dulu...eh bukan tgk blog korg dulu...heheh...
Maaf key pada yg terasa...
p/s: ramai yg Qaseh folow ari ni...keep in touch k...
Rabu, 19 Oktober 2011
Akhirnya Menitis Jua Airmataku...
Menatap dengan hiba,
Setitik Air Mataku jatuh jua,
Selama ini aku menghindari untuk melihatnya,
Kerna aku pasti,
Diriku yang tidak kuat ini akan mengalirkan airmata.
Aku hanya mampu melihat,
Tanpa kata-kata,
Terdiam seribu bahasa,
Kerna hatiku meronta hiba...
Apakah salah sikecil itu,
Diperlakukan sebegitu rupa,
Tiadakah lagi perasaan dihati mereka?
Hanya melihat begitu sahaja?
Kemanakah sikap perikemanusiaan mereka?
Kenapa sebegitu rupa?
Aku hanya mampu melihat...tanpa kata2...
Qaseh admit memula mmg Qaseh takut nk tgk..takut sgt2. Tetapi, beberapa minit yg lepas..tergerak hati Qaseh utk melihatnya. Ya Allah! Hanya itu yg mampu Qaseh ucapkan. Menitis airmata melihat kanak2 secomel mereka diperlakukan sebegitu rupa.
Sehinggakan terdetik dihati Qaseh, 'Dunia Telah Dekat Dengan Kiamat'...
Kerna tiada lagi belas kasihan dihati mereka. Tidak terpikirkah jika anak sendiri dilenyek sebegitu rupa? Tidak sakitkah bersalin sehingga sanggup mengelar anak sendiri? Ya allah, kau berilah hidayah kepada mereka...
mood: menangis...sedih!
Sabtu, 15 Oktober 2011
Kanta Lekap ... Mahu bergaya atau undang bahaya?
Seiring perkembangan bidang optometri dan fesyen, kanta lekap sudah berubah fungsinya. Sekarang, kanta lekap berwarna makin popular digayakan ramai orang - baik golongan selebriti mahupun individu yang teringin tampil berbeza.
Kanta lekap kini sudah dianggap aksesori berbanding fungsi asalnya. Kanta lekap berwarna makin digemari pelbagai peringkat usia dan mudah didapati pada harga murah.
Akibat permintaan tinggi, ada pihak memandang mudah soal penjualan kanta lekap. Menurut prosedur betul, penjualan kanta lekap perlu dilakukan optometris bertauliah yang memeriksa mata pengguna terlebih dulu bagi menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap.
Namun, berbeza pula keadaannya sekarang. Kebanyakan pengguna lebih mementingkan produk murah berbanding aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap. Rata-rata mereka tidak merujuk kepada optometris sebelum mendapatkan kanta lekap. Malah ada yang membeli kanta lekap melalui internet dan pasar malam.
Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk optometris, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta.
Sehubungan itu, individu yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk pembetulan penglihatan atau tidak, perlu membuat pemeriksaan mata dengan optometris bertauliah.
Bagi memberi penjelasan lanjut mengenai pemakaian kanta lekap, kolum Tanya Pakar menemubual Perunding Optometris, Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kata Prof Bariah, penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah dalam bidang kesihatan mata cukup membimbangkan. Lebih teruk, katanya, ada pihak berkongsi kanta lekap dan menyewakannya kepada individu berbeza tanpa menyedari langkah itu mengundang padah.
Apakah fungsi kanta lekap sama dengan cermin mata?
Seperti cermin mata, kanta lekap adalah sejenis alat bantuan penglihatan. Cuma, berbeza dengan cermin mata yang berbingkai dan pemakaiannya boleh dilihat, kanta lekap pula diperbuat daripada plastik, lebih kecil, nipis, ringan dan melekap pada mata.
Bukan itu saja, ada juga kanta lekap yang berwarna. Kebanyakannya bukan hanya digunakan sebagai alat bantuan penglihatan sebaliknya sebagai kosmetik. Ini bertujuan menampakkan warna iris yang berbeza daripada asal.
Kanta lekap juga digunakan untuk tujuan terapeutik (rawatan) bagi sesetengah masalah mata. Antaranya myopia (rabun jauh), perbezaan tahap ketinggian rabun antara kedua-dua belah mata yang jauh berbeza (anisometropia) atau masalah mata silau yang agak serius.
Penyakit begini lebih sesuai dirawat dengan penggunaan kanta lekap khusus.
Apakah jenis kanta lekap yang ada di pasaran sekarang?
Secara ringkasnya, ada dua jenis kanta lekap iaitu kanta lekap lembut dan keras. Kebanyakan kanta lekap yang ada di pasaran sekarang adalah dari jenis lembut. Kanta lekap keras turut dipanggil RGP (rigid gas-permeable) yang diperbuat daripada plastik keras dan lebih tahan lama.
Kanta lekap jenis ini membenarkan oksigen melalui kanta dan tempoh hayatnya lebih lama. Cuma, ia tidak sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal lasak.
Kanta lekap lembut pula kebanyakannya jenis pakai buang, sama ada harian, mingguan atau bulanan. Kanta lekap begini lebih selesa, boleh mengubah warna mata dan boleh dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal lasak manakala tempoh jam pemakaiannya lebih lama.
Adakah semua orang sesuai memakai kanta lekap?
Kanta lekap memang selamat selagi pengguna mendapat nasihat daripada optometris serta mengamalkan rutin penjagaan yang baik. Bagi yang mempunyai mata yang sihat, tidak ada masalah bagi mereka menggunakan kanta lekap.
Dari segi usia juga, tidak ada had usia untuk seseorang menggunakan kanta lekap. Ini kerana dari segi rawatan perubatan, ada kes di mana bayi diberikan kanta lekap terapeutik untuk merawat masalah pada mata mereka.
Namun, bagi sesetengah individu, misalnya mereka yang mempunyai mata jenis kering, menghidap sebarang jenis penyakit okular (mata), wanita mengandung atau mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius, tidak sesuai menggunakan kanta lekap. Ini kerana dalam keadaan seperti yang dinyatakan, mata mereka biasanya lebih sensitif, mudah berlaku edema dan sebagainya.
Sehubungan itu, pemakaian kanta lekap mungkin boleh menimbulkan komplikasi kepada mata mereka. Penilaian untuk menentukan penggunaan kanta lekap perlu dilakukan menggunakan lampu celah biomikroskop serta pemeriksaan dan nasihat mengenai penjagaan daripada optometris. Ini penting bagi mendapatkan pemasangan kanta lekap yang optimum.
Apakah penyebab masalah mata berpunca daripada pemakaian kanta lekap?
Antara punca yang lazim dilihat ialah amalan penggunaan kanta lekap itu sendiri. Ada individu menggunakan kanta lekap lebih daripada tempoh yang sepatutnya termasuk memakainya ketika tidur malam.
Memang dari segi keadaan fizikal, kanta lekap nampak masih elok tapi dari segi fungsi dan material, ia mungkin tidak lagi selamat digunakan. Ramai yang masih menggunakan kanta lekap biarpun tamat tempoh atas alasan tidak merasai apa-apa perubahan atau masalah.
Mereka seharusnya tahu, kesan masalah ini tidak dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Kesannya akan berlaku dalam jangka panjang. Selain pemakaian yang melebihi tempoh sepatutnya, masalah juga boleh timbul daripada cucian dan simpanan kanta lekap yang tidak sempurna.
Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.
Justeru, bagaimanakah cara penjagaan kanta lekap yang betul?Paling utama dalam penggunaan kanta lekap adalah kebersihan. Ini termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dan apa saja yang terbabit dengan pemakaian kanta lekap.
Kanta perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap. Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan.
Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya dan dari semasa ke semasa, jumpa optometris untuk melakukan pemeriksaan mata walaupun anda pengguna kanta lekap yang tidak mempunyai kuasa untuk pembetulan penglihatan.
Bagaimana jika seseorang memakai kanta lekap ketika berenang?
Sebenarnya, pemakaian kanta lekap ketika berenang tidak digalakkan kerana keadaan air kolam yang tidak begitu bersih boleh menyebabkan jangkitan. Sehubungan itu, mereka disaran memakai kanta lekap berserta dengan gogel.
Jika tidak mahu memakai gogel, mereka boleh memakai kanta lekap dengan syarat ia perlu ditanggalkan sebaik saja keluar dari kolam. Kanta lekap berkenaan perlu dicuci manakala mata pula perlu dibiarkan berehat sebelum memakai kanta semula.
Apakah rawatan yang biasanya diberikan kepada mereka yang mengalami masalah mata akibat penggunaan kanta lekap?
Ini bergantung kepada masalah yang dihadapi pesakit. Apabila berjumpa optometris, mereka harus ceritakan masalah mata yang mereka hadapi dan rutin pemakaian kanta lekap supaya punca boleh dikesan.
Bagi kebanyakan kes, pesakit biasanya akan diberikan ubat titis atau diberikan produk kanta lekap yang bersesuaian.
Akhir sekali, apakah nasihat kepada pengguna atau bakal pengguna kanta lekap?
Mata adalah organ yang penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memeliharanya dengan baik. Jika anda ingin memakai kanta lekap, dapatkan maklumat secukupnya terlebih dulu sebelum membelinya.
Pastikan anda mendapatkan kanta lekap daripada pihak yang bertauliah dan lakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kanta lekap sesuai. Seperkara lagi, amalkan rutin penjagaan yang betul dan berdisiplin untuk mengelak komplikasi yang boleh menimbulkan masalah pada penglihatan anda kemudian hari.
Pihak bertanggungjawab juga diharap dapat memantau dan mengawal penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah.
Tip
# Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.
Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.
# Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
# Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
# Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.
# Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.
p/s: PENGGUNA kanta lekap perlu pasikan aspek kebersihan diutamakan setiap masa.
Sabtu, 8 Oktober 2011
Wanita Insan Istimewa

Lelaki sentiasa pelik, pelik bila melihat wanita menangis...kenapa wanita perlu menangis? Lemah sangat ker diorang nie??? Wahai lelaki2 diluar sana...sila baca sampai habis yer...anda akan tahu kenapa wanita menangis...
Pada suatu hari seorang wanita bertanya pada tuhannya...Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?
Jawabnya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
p/s: so, wanita2 semua...jangan takut untuk menangis k, w/pun Encik Lelaki mengejek anda...peace!!
kredit:Malaysian Community
Khamis, 11 Ogos 2011
Tudung! Tudung! Tudung...Fesyen atau Agama???
Jumaat, 5 Ogos 2011
Indahnya Cinta Selepas Pernikahan
Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.
Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?
Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan Dia yang memberikan rasa cinta itu.
Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!
Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah S.W.T telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah S.W.T berfirman :
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." [Surah Ali 'Imran 3 : 190]
Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah S.W.T dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).
Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.
Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.
Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.
Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.
Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah S.W.T, merupakan jalan hidup yang sia-sia.
Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!
Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilah daripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah S.W.T. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu mati.
Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.
Sentuhlah tangannya, Pahala. Ciumlah pipinya, Pahala. Layani kehendaknya, Pahala. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, Pahala. Berlembut suara bermanja, Pahala! Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah Syurga matlamat kita?
Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!
Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.
"Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah al-Furqaan : 66-69).
Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan Syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di 'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah S.W.T tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!
- Artikel iluvislam.com
Selasa, 2 Ogos 2011
Apa Erti Berpuasa Bagi Anda?? Sebab Upah???
Mungkin soalan Qaseh tanya nie soalan budak tadika pown leh jawab...heheh...itu lah, bila fikir balik betul jugak soalan tu.
Ingat tak kecil2 dulu? Kita berpuasa kerana apa? Kebanyakan budak2 kecik yg baru nk belajar puasa mesti dijanjikan dengan upah...contohnya:-
"Aiman nak puasa tak? Kalau aiman puasa penuh, ibu kasi Aiman seringgit sehari....nak tak?
"Nak...seringgit sehari? Betul ibu?"
"Betul...tapi janji Aiman kena puasa sampai petang tau...!
Herm...tul lah tu cara si ibu nak ajar anak...utk berpuasa...tak salah...tapi kenapa mesti kena upah dahulu baru nak pose?? Mungkin sebab waktu tu kita kecik lagi, x paham sgt apa makna pose tu...
Bila dah besar sikit...kita mula faham apa erti puasa...waktu tu senang dah nak puasa, sebab dah diajar dari kecil lagi...tapi, ada jugak yg masih nak kena sogok dengan upah bila nak pose. contohnya:-
"Ibu! Aiman tak nak pose lah esok...boleh tak ibu?"
"Eh! Kenapa? Aiman kan dah besar...malu lah dengan adik2 yg pose tuh..."
"Penatlah bu...lagipun adik pose dapat upah...Aiman x dapat apa2 pown..."
"Ok! Kalau Aiman pose tak tinggal...ibu bagi RM50 utk duit raya nanti...ok?"
"Betul bu?? Macam tuh Aiman nak pose penuh lah..."
Erk...pose sebab ada upah? Niat si ibu memang baik...sekurang2nya anaknya berjanji akan pose penuh...Tapi si anak dah besar...takkan x paham2 lagi...
Macamana kalau dah masuk remaja...dah berkahwin...xkan isteri @ suami kena bagi upah dulu baru nak berpose...pk lah sendiri yerk...kita pose kerana Allah taala...disamping itu utk beringat dan bersyukur dengan rezeki yg kita ada...x yah nak membazir...kerana masih ramai kat luar sana yg x cukup makan...renungkanlah...
Ahad, 24 Julai 2011
Bersyukur ketika Susah...
Sabtu, 23 Julai 2011
Kurang Follower dan Kunjungan kerana 'BLOG KAU ISLAMIC LAH....'
Kunjungan pagi Qaseh ke blog2 kawan-kawan menarik perhatian Qaseh sedikit pagi nie...
Apa yang Qaseh nampak...kebanyakan kawan2 yang mempunyai blog berunsurkan keagamaan, nasihat, kata2 hikmah kurang mendapat sambutan dari segi follower @ kunjugan...kenapa yerk!
Itu Qaseh tak boleh bagi jawapannya....jawapannya ada pada diri korg sendiri...
Bagi Qaseh..blog2 sebegini memberi manfaat kepada Qaseh...
Ya...! Qaseh juga manusia biasa, kadang2 ada membuat salah...
Apabila membaca blog sebegini Qaseh merasakan tenang da mula muhasabah diri...
Sebenarnya Qaseh bukanlah seorg yg perfect dlm hidup ni, bk juga masalah...tetapi Qaseh tidak menganggap itu semua satu musibah...
Kekadang terfikir juga kenapa diri ini di uji sebegitu rupa...(astargfirullah hal-azim)...
Dengan pembacaan di blog2 tersebut dan bila difahami...
Rupa2nya ujian itu adalah kerana kita nie dekat denganNYa...hamba yang disayangiNYa...
Diuji kerana tidak mahu kita lupa siapa kita sebenarnya...
Insyalllah...
Jadi benarlah kata orang...membaca jambatan ilmu...ilmu penguat iman...INSYALLAH...
Jumaat, 24 Jun 2011
Sanjung atau minat kat Blogger, Artis,Pemimpin.....
Malam nie Qaseh terpikir kenapa kita suka sangat sanjung orang-orang terkenal..,Kononya sebagai sumber inspirasi...tak salah sebenarnya tau...suma kita kene tahu tujuan apa kita sanjung dia...
Blogger menyanjungi blogger popular kerana minatnya dan kekagumannya...


