Sabtu, 31 Mac 2012
Berpura-pura
Jumaat, 30 Mac 2012
SEGMEN : Kenangan Terindah ketika Berblog
Siapa aku dihatinya Siri 12
Rabu, 28 Mac 2012
Si Budak Jalanan
Selasa, 27 Mac 2012
Dapat Bos Baru April Ni!
Ahad, 25 Mac 2012
Sabtu, 24 Mac 2012
Adik...adik...Tak der soalan lain ker?
Siapa aku dihatinya Siri 10 & 11
Korang Nak Kenal Qaseh???
Peluk Islam Lihat Kebesaran Allah
Selain saya, ada seorang lelaki berusia 40-an, keturunan India turut berada di majlis taklim itu. Lelaki India itu sudah lama menjalankan kerja-kerja dakwah dalam jemaah tabligh.
Dia pernah keluar berdakwah selama empat bulan di tiga buah Negara iaitu India, Pakistan dan Bangladesh (IBP), keluar 40 hari, seminggu dan tiga hari. Dia juga menghadiri ijtimak tabligh yang sering diadakan oleh jemaah tersebut di luar Negara.
Selepas majlis taklim, lelaki India itu mengambil kesempatan berbual-bual dengan saya apabila melihat penampilan saya tidak seperti ahli-ahli jemaah tabligh memakai baju kurta dan jubah. Saya pula hanya berpakaian biasa, T-shirt dan seluar slack.
Saya katakan pada lelaki India itu, saya bukan pengikut tabligh tetapi datang ke masjid tersebut untuk berjumpa seorang rakan yang mengikuti kumpulannya. Dalam perbualan itu, lelaki India berkenaan banyak bercerita kelebihan jemaah tabligh yang diikutinya dan bagaimana terlibat dengan jemaah tersebut.
Dari cerita lelaki India ini saya mendapat tahu dia bekas seorang pilot sebelum memeluk agama Islam. Oleh kerana saya baru mengenalinya, saya lebih banyak mendengar ceritanya. Jadi, saya tidak bertanya lanjut sama ada dia bertugas sebagai juruterbang Tentera Undara Diraja Malaysia (TUDM), dengan MAS atau syarikat penerbangan swasta. Saya juga tidak bertanya pekerjaan lelaki India ini setelah berhenti sebagai pilot.
Dalam perbualan itu, lelaki India tersebut bercerita dia bersyukur dapat hidup sebagai seorang Muslim setelah memeluk Islam. Fikirannya lebih tenang dan hidupnya lebih berkat, banyak diberi rezeki oleh Allah dari sumbangan yang tidak diketahuinya.
Perbualan itu tambah menarik apabila lelaki India tersebut bercerita pula bagaimana dia mendapat hidayah. Sebelum itu, lelaki India tersebut berkata dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan agama anutan nenek moyang dan keluarganya.
Tetapi peristiwa yang berlaku empat tahun lalu itu telah mengubah seratus peratus kehidupannya sehinggalah dia menjadi Muslim.
“Ana bersyukur kepada Allah sebab menurunkan asbab untuk ana memeluk Islam. Kalau ana tak diberi asbab ini, belum tentu ana dapat hidayah. Kalau Allah kata kun fayakun, ‘jadi, maka jadilah’, tak ada siapa boleh tahan.”
“Itu sebab ana amat bersyukur dapat melihat keajaiban Allah. Masya-Allah, ana tak boleh nak gambarkan macam mana Allah sayangkan hamba-Nya. Kalau Allah dah sayang hamba-Nya, Allah payungkan kita di dunia lagi.
“Ana dah saksikan, sepanjang penerbangan itu, ana takjub. Ana belum pernah lihat fenomena ajaib begitu. Ana tengok tempat lain panas, tapi pesawat ana dipayungi awan. Sepanjang perjalanan dipayungi awan seolah-olah ada awan megekori kami. Langsung tak kena panas terik.
“Itulah ana paling takjub. Ana Tanya kawan-kawan ana, mereka pun kata tak pernah alami kejadian macam tu, masya-Allah, awan sentiasa payungi pesawat yang bawa almarhum daripada terkena terik matahari.
“Kalau di dunia lagi Allah dah payungi kita, masya-Allah di akhirat kelak, Allah akan payung kita dari panahan cahaya matahari yang berada sejengkal di atas kepala kita. Masya-Allah!” cerita bekas pilot itu kepada saya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Kejadian itu, kata bekas pilot tersebut, bukan sahaja disaksikan olehnya seorang, tetapi lain-lain krew penerbangan yang mengendalikan pesawat.
“Ana tahu, jenazah yang ada dalam pesawat itu seorang ulama. Ulama ini buat kerja-kerja dakwah Islam. Ulama ini suruh orang buat baik, ajak jauhi mungkar. Hati ana tiba-tiba terdetik, ulama ini seorang Islam. Ana lihat ada kebenaran dalam Islam.
“Selepas ana tengok awan yang pelik itu dari mula sampai akhir penerbangan kami, ana beritahu rakan Muslim dalam pesawat, ana nak masuk Islam. Ana betul-betul kagum dengan kebesaran Allah,” cerita bekas pilot itu kepada saya.
Itulah punca lelaki India bekas pilot itu masuk Islam yang diceritakan kepada saya dua tahun lalu.
Kejadian menakjubkan itu berlaku ketika pilot India itu bertugas untuk membawa jenazah seorang ulama terkenal dari Kuala Lumpur untuk disemadikan di sebuah negeri di sebelah utara tanah air.
Oleh kerana pertemuan itu berlangsung selepas Asar dan kami berbual tidak lama, saya tidak sempat bertanya secara terperinci sama ada bekas pilot India itu sendiri yang menerbangkan pesawat atau dia yang menjadi ketua penerbangan ihsan itu.
Bekas pilot itu banyak bercerita tentang keajaiban yang dilihatnya, awan memayungi pesawatnya bermula dari Kuala Lumpur sehinggalah ke lapangan terbang di utara.
Sebenarnya saya turut membantu menguruskan jenazah ulama terkenal tersebut sebelum dibawa menaiki pesawat. Ketika itu saya baru menjadi sukarelawan menguruskan jenazah orang-orang Islam.
Saya ceritakan kepada bekas pilot itu, saya turut menyembahyangkan jenazah almarhum. Ulama itu yang meninggal dunia akibat sakit jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur dimandikan di sebuah hospital sebelum dibawa dengan van jenazah ke Surau al-Mustaqimah, Bandar Tun Razak untuk kami sembahyangkan.
Ketika itu saya beritahu bekas pilot tersebut, saya melihat ribuan orang datang dari segenap pelosok negara untuk bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum.
Saya katakan pada pilot itu juga, saya sendiri berasa takjub apabila melihat bilangan mereka yang datang terlalu ramai untuk menyembahyangkan jenazah almarhum. Kami terpaksa bersesak-sesak berdiri.
Begitu juga saya beritahu bekas pilot itu, saya berasa bangga apabila setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah almarhum sehingga ia meniti dari tangan ke tangan yang lain sampailah jenazah tersebut dibawa keluar daripada surau dan dimasukkan ke dalam van semula.
Saya juga ceritakan kepada bekas pilot itu, paling membanggakan saya, van jenazah itu diiringi pula oleh anggota motosikal peronda polis ke pangkalan Tentera Undara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Mengikut wasiat almarhum, almarhum mahu jasadnya disemadikan di sebuah madrasah yang menempatkan sebuah kolej pengajian Islam di negeri kelahirannya. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana jenazah almarhum selamat disemadikan di madrasah berkenaan seperti mana wasiat beliau.
Apa yang membuat saya terkilan, saya terlupa untuk bertanya bekas pilot itu sama ada beliau sendiri yang menerbangkan pesawat itu atau orang lain. Tetapi mengikut cakap-cakap orang ramai ke telinga saya, jenazah ulama itu diterbangkan dengan pesawat Hercules milik TUDM ke sebuah lapangan terbang di utara tanah air. Kalau beliau yang membawa pesawat tentulah bekas pilot itu seorang anggota tentera.
Sebagai seorang ulama terkenal yang berjuang atas nama agama, saya terharu dengan kematian almarhum. Almarhum banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kematian almarhum dan kejadian awan memayungi pesawat yang membawa jenazah ulama tersebut juga telah membuka pintu hati bekas pilot itu memeluk agama Islam.
Sejak itu saya tidak lagi bertemu dengan bekas pilot berkenaan. Saya tidak tahu di mana dia tinggal. Saya juga jarang ke masjid tabligh lagi kerana sibuk dengan pengajian tahfiz di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Info melalui Google:
Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.
Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah
Khamis, 22 Mac 2012
Kesian Mereka....
Rabu, 21 Mac 2012
Kembali...
Sabtu, 17 Mac 2012
Wayang Lagi...
Assalamualaikum....
Seminggu memeningkan kepala memandang akaun dan nombor..masa utk relakskan kepala pula...
Tapi...
Korang tgk...punya ramai umat manusia...macam biasalah...nasib baik beli online...hihihi...
Qaseh nak masuk dah ni...bye...
Selasa, 13 Mac 2012
Segmen : Mitos Kanak-Kanak
Isnin, 12 Mac 2012
Sayangkah kita pada ibu?
Assalamualaikum...
Jika ibu anda sakit, tidak boleh berjalan, sanggupkah anda mengendong ibu anda seperti di dalam gmbr? Cuba bayangkan saat kita masih baru lahir dan tidak pandai berjalan...ibu sanggup mengendong kita kesana sini...berbagai2 aksi...di tepi dibelakang...ditengah...betulkan...
Jadi, sebagai seorang anak...cuba kita bayangkan...bagaimana kasihnya ibu kita menjaga kita....bolehkah kita menjaga mereka seperti yg telah mereka buat? Tolonglah kawan2....jgn jadikan kata2 'Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, seorg anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu' sebagai sesuatu yg benar...
Tanya hati, pasti kita pun tak sampai hati melihat ibu kita bersusah payah sebenarnya....cuma kekadang hati itu tertutup oleh ego dan sikap pentingkan diri sendiri...
Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.
Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan.
Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan.
Dalam tempoh tiga hari , topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu.
Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.
Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)
Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untuk rawatan susulan.
"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. - DCM
Sumber : Harakah
Ahad, 11 Mac 2012
“Tuhan ni wujud ke?”
seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya
yang agak panjang dan tidak terurus.
Seperti biasa,
si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra
dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.
Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.
Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.
“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.
“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
Sabtu, 10 Mac 2012
Membazir...
Gembira Sampai Nak Loncat!!!
Jumaat, 9 Mac 2012
Muka Tembok!
Assalamualaku,
Selalunya kita suka guna perkataan muka tembok bg orang yg tiada perasaan malukan. So, Qaseh nk tanya pada korang...sesuai atau tak gelaran tersebut diberikan kepada situasi dibawah.
Situasi:-
Korang sedang makan di Restoran KFC beramai-ramai. Waktu tu pelanggan mmg ramai dan tiada meja kosong. Kemudian terdapat dua meja yang disatukan. Namun, mereka bukanlah pelanggan KFC. Mereka makan McD disitu. Sebagai pelanggan KFC korang lebih layak duduk disitu daripada mereka bukan? Dengan 'muka tembok' selamba duduk disitu sambil memerhati pelanggan KFC mencari tempat duduk yang sedang dipenuhi oleh pelanggan KFC lain.
Patut tak mereka berperangai begitu?
Kalau tanya Qaseh, mmg rasa nak halau je. Tapi tak sampai hati. Bukan tak sampai hati halau mereka. Ta sampai hati nak memburukkan nama KFC yg tgh byk kontroversi sgt....dan pelanggan yg bukan pelanggan tu adalah bangsa yg sama...ades...kalau kata kita ni memilih anti bangsa lain marah pula....
So, pendekkan cerita....kitakan satu negara, satu malaysia...jadi, bertolak ansurlah...jgn pentingkan diri...kang bila marah kata bangsa kita kuang ajar...fhm2 sendiri je lah yer....
Ada tangkap gmbr diorg...tapi x nak masuk dlm nie...kang timbul lag kontroversi...cian KFC...