Jumaat, 27 April 2012
SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI
Khamis, 26 April 2012
Hah! Tukar lagi?
Assalamualaikum....
Herm, itulah yang terjadi.. kalau sebelum ni Qaseh kena tukar bahagian dari kewangan ke audit... slepas 3 bulan berkampung di bahagian audit akhirnya Qaseh kembali ke bahagian kewangan.
Kini Qaseh sekali lagi ditukarkan.. eh..eh.. bukan tukar bahagian.. tapi tukar unit.
So, pasni Qaseh bukan unit bayaran dah...Qaseh ditukarkan ke unit emolumen.. bukan buat gaji ye. Tapi, buat TNT. Tuntutan perjalanan anggota...
Takpe².. ada hikmahnya tu.. Qaseh boleh belajar kerja lain pula kan.. makin byk ilmu yg Qaseh dapat. Mungkin sedikit sedih.. tapi, ada juga perasaan gembira.. doakan Qaseh berjaya dlm menjalankan tugas baru pula yer..
Subang Empire Gallery
Sempatlah jugak bergambar ngan PA bos Qaseh nie...heheh...klu korg nak tau dia pun rakan blogger Qaseh gak...hehehe
Lunch Box Motivation
Memula, kami tak tahu jugak nak makan apa. Last² bos kami buat keputusan makan kat sini. Takut jugak nak masuk restoran ni memula sbb nampak macam ekslusif. Kemudian kami teragak-agak jugalah nak buat pesanan. Risau dengan harganya. Hahah...Dan akhirnya Qaseh memesan Serai Pallate dan Ais Lemon Tea. Yang lain dengan menu diorg.
Selasa, 24 April 2012
Manuskrip Siapa Aku Dihatinya
Resepi Rahsia
Assalamualaikum...korang suka tak makan di resepi rahsia? Of coz lah kan...dan gerenti punya bila sebut je nama kedai tu korg ingat bermacam2 jenis kek yang ada kan...memang sedap...kalau taksedap orang tak makan lah...heheh..
Dah lama Qaseh tak makan kat sini, tadi punyalah teringin kek pecon butterscoth yg sedap tu (eh betul ke ejaan tu?)...bila nak bukak makan perasan yg kotak tu ada lain skit...
Apa yang lain?
Kotak ni pakai kertas yang diguna semula. Bukan maksud dia guna kotak yg kotor tu balik. Tapi recycle...tau recycle? Mestilah tahu, kitar semula....Korang faham ke nie?
Mana Qaseh tau? Kan Qaseh kerja dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Mestilah kena ambil tau. Qaseh sokong sgt bila ada orang yang sokong kitar semula ni. Bukan apa, nak buat kotak, kertas kita kena tebang pkok...klu tak der pokok dah...apa jadi kat kita? Mestilah tak bleh bernafaskan...jadi, kita fikir²kanlah...kita hidup kat dunia ni saling memerlukan antara satu sama lain...tapi...kalau kita xmenjaga sesama kita...dunia boleh hancur...mcm yg jadi sekarang. Pencemaran udara, penipisan ozon...sungai yg tercemar...silap² anak cucu kita nnti x kenal pkok, sungai, laut...
Isnin, 23 April 2012
Tudung dan Wanita
Sabtu, 21 April 2012
Tak Sabar!
Pendatang Dengan Izin Ke?
Perkhidmatan Pos Laju Hari Sabtu?
What movie I want waching today?
My Curly Hair Is Owesome!
Untuk sekian kalinya, kerana tiada apa aktiviti petang hari di kampung ini,
Boleh Berjaya ke?
Alhamdulillah, kalau sihat ... Mana yang sakit tu jangan lupa jumpa doktor... Jangan marah2 k ... cool jer.. Sakit tu kan salah satu cara Allah nak hapuskan dosa2 kecil kita...insyallah...
Qaseh dah try hantar manuskrip novel SAD kat sebuah syarikat penerbitan ... Agak-agak kawan2 semua boleh berjaya ker? Just try my luck ... Mana tahu ada rezeki disitu ... SAD yang dihantar tu ada sedikit tambahan dari SAD yang korg baca kat blog Qaseh nie ... Tambah sikit2 untuk lengkapkan 300 muka surat kan ... haha ... but, korang jangan risau ... Qaseh akan postkan lagi SAD untuk bacaan korang ... insyallah ... just tunggu k ...
Jumaat, 20 April 2012
Jenayah Ibu Ayah...Siapa uruskan?
Korang Kategori Apa?
Nak senang, kena susah dulu,...
Nak pandai, kena belajar dulu...
Nak dapat sesuatu, kena buat dulu...
Bukan tanya jer..awak nak makan?
Kalau awak tanya jer..awak dapat tanya harga jer la..
Kenyang ker kalau tanya harga jer?
Korang kategori mana???
Gaji kecik Tapi Bahagia...
Sukan, Makan Malam, Anugerah APC & Mesyuarat
Sampai2 je kat dewan kampung pengantin tu, semua pandang Qaseh...erk? Qaseh lambat ker? Rasanya ini dalam sejarah Qaseh sampai awal waktu dinner. Selalu lambat jer...hahah...Rupa2 bukan da...mmglah diorg pandang Qaseh...sebab sepanjang jalan nak ke meja yang dah di khas kan kena lalu karpet merah...macam jalan atas red karpet uols...hahah...
comel tak? comel tak? susah tau Qaseh korg nk tgk Qaseh...ni dah bagi peluang nie...heheh...itulah baju malam tu...baju batik ekslusif dari terengganu...tapi nak tempah murah jer...RM50.00 heheh...cantik kakak tu jahit...suka hasil tangan dia...ops...sory eh...D300s tu menyibuk je celah ketiak itu...heheh...gambar nie snap pakai hanpon cokia je...sbb x der kawan yang pandai nak snap pakai nikon tu...ades...heheh...
Inilah keadaaan di dalam dewan Kampung Pengantin tu...cantikkan...klu ada pengantin kat depan tu lagi cantik...hehehe...Paling special ada perembahan tarian lilin, dikir puteri dan banyak lagi...tapi sempat tgk 2 persembahan jer sebab tetiba blackout...hampeh tul...cian kawan2 Qaseh kat pejabat negeri tu...hampa tak leh nak buat persembahan...
Sebenarnya, majlis makan malam ini untuk mengenang jasa Mantan KSU kami iaitu Dato' Ahmad Bin
Kabit...sempat juga beliau menghibukan kami dengan berkaraoke...suara dia memang suara org lama lah...best giler...
Dan diikuti dengan cabutan bertuah. Apa yang best pasal cabutan bertuah ni, dan apa yang tak best? Yang bestnya hadiah best2 tau...ada lebih 60 hadiah kesemuanya...dan yang tak best...Qaseh tak bertuah pun untuk tahun nie...macamana nak bertuah kalau Qaseh yang duk kat atas tu angkut hadih utk diberi kepada pemenang..hahaha...jadi AJK hadiah...terus kami tak bertuah...hahah...
Dan akhirnya tiblah masa untuk Mantan KSU pulang...dan mungkin ini adalah kali terakhir kami semua akan berjumpa dengannya...yelah, org besar nie susah nk jumpa...bila dah bersara lagi lah susah nk jumpa ye tak...sedih gak...sbb masing2 nyanyi lagu sayonara...ades...nk nagis plak...huhuh...
Habis je majlis, Qaseh bawak 3 orang kawan untuk balik ke hotel Dynasty kat KL tu. Ya Allah, mengucap panjang Qaseh bila jalan untuk naik ke parking yg bertingkat2 tu kecik jer...muat2 untuk sebuah kereta...kalau bawak keta kancil dgn hati yg senang kot diorg bleh naik...masalahnya Qaseh bawak waja kot!...aduh...lelah jab...tawakal dan doa byk2 je lah kan..harap2 keta tak bergesel kat dinding...dan..akhirnya...YES...berjaya...alahamdulillah...byk betul pengalaman hari tu bwk keta...hari pertama yg penuh dgn cabaran...dengan jem, dgn berdebar...akhirnya berjaya jugak...disebabkan hari penting tu lah...skung Qaseh dah tak gemuruh nak bwk keta...hihih
Sampai je hotel semua tak sempat mandi terus...boom atas katil..masing2 tidur..sbb esok pagi2 nak bgn ada majlis APC dan mesyuarat koperasi...yang itu, Qaseh tak der gambar...al maklumlah..orang kuat...nak snap gambar pun x sempat..cian nikon Qaseh tu..tersadai kat tempat duduk jer...hahaha...
Qaseh makan pun x sempat..tapi mcm Qaseh kata awal2 tadilah ada hikmah Qaseh tak byk mkn...korang nak tau kenapa? Sebab pertama...nampak nasi kat bawah nie? Ini yang catering bagi waktu pagi hari sukan tu...korang nka tau...nasi ni basi...air sirap plak diorg buat dgn air paip jer...ramai bukti dan mata yg melihat...ya allah..mengucap panjang tau bila dgr...
waktu kat majlis makan malam tu diorg kata kambing golek tu tak berapa nak masak. Ye ker? Entahlah wallahualam...tapi yang pastinya 90% dari pekerja jabatan kami semuanya sakit perut, cerry berry disebabkan makanan 2 hari tersebut...ades...aci tak kalau kami tak buat bayaran kat catering yag terlibat tu? acilah..acilah...kan..kan...tak baik tau, berniaga buat macam tu...bukankah 9 dari pintu rezeki berpuncan dari berniaga...jadi janganlah tutup pintu rezeki dgn ketamakan diri sendiri...
So, best tak citer Qaseh? Tak best...korang best kan jer...susah Qaseh nk wat entri nie...asyik x der masa jer...heheh...
Jumaat, 13 April 2012
perjalananku bermula hari ini...
Pagi² bangun, siapkan semua barang² yang patut. Rasa sedih je nak melangkah keluar dari rumah ni...aish...mana tak sedih, 2 mlm x dpt nk tidur ngan bantal busuk...hihihi...Qaseh tgh siap² nak g sukan tahunan jabatan ... kang malam dinner plak ... esok pagi² APC plak...sampai tghari mesyuarat kelab sukan dan kebajikan dan akhir mesyuarat koperasi ... yg itu paluh ng penting utk Qaseh ... nnti Qaseh up gambar byk² k ... ada lah peluang korang nak kenal siapa Qaseh kan ... tggu k ...
Rabu, 11 April 2012
Si Comel Yang Kuat Tidur...
Gempa Bumi!!!
Isnin, 9 April 2012
Hadiah oh Hadiah...
Hah... waktu rehat dah tiba... sempatlah buat hiasan untuk hadiah cabutan bertuah hari APC jabatan Qaseh nnti... nak makan pun x selera sbb tgk banyak lagi hadiah x siap balut...harap² sempatlah...
Bila kerja dah banyak....
Ahad, 8 April 2012
Alhamdulillah... Dah baik dah!
Sabtu, 7 April 2012
Sate! Oh...Sate!!
Saintis Perancis Memeluk Islam
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN ~ Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Sesungguhnya kata2 Allah itu BENAR... Maha Suci Allah!
Cara Lama Lebih Berkesan!
Wahai Lelaki...
Jumaat, 6 April 2012
Bengkaknya!
Tahniah Dato'!
Rezeki lagi...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dgn limpah kurnianya...dpt kita berjumpa lg utk entri kali ini...adus dh mcm ustazah plak...hihihi actually nk kongsi berita gembira dgn korg....
Jeng...jeng..menang lagi...alhamdulillah....tiap kali masuk pertandingan untuk perhimpunan bulanan jabatan Qaseh, pasti ada je rezeki kami di bahagian kewangan untuk menjadi juara...alhamdulillah..
Ramai kwn2 yg berada di jabatan kami kata kewangan susah untuk join apa² aktiviti....but sekali join kami trus jadi juara...hahaha....rezeki....betul kan....kami yg join berikan sepenuh komitmen utk berjaya demi bahagian kami....apa yg kami usahakan semua demi bahagian kami...alhamdulillah, Allah s.w.t murahkan rezeki kami....kpd kwn² Qaseh yg join...korg mmg terbaiklah....