SHout






Isnin, 25 Februari 2013

Zahra dah jadi Warganegara

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Alhamdulillah...
Dengan rasminya Zahra dah jadi warganegara...
Heheh...
Tadi encik hubby pepagi dah g JPN shah alam...
Baru tau sekarang ni buat Sijil kelahiran terus dapat Mykid
Kalau 2 taun lepas masih kena tggu 1 bulan baru siap...
Nampaknya JPN di Malaysia semakin maju...

Kalau anak lahir kat Perak ke Selangor ke Key Ell ke...
Tak yah risau nk g JPN negeri tu...
Sebenarnya kat mana2 JPN dah boleh daftar...
Baguskan...
Mengelakkan dari bayi tidak didaftarkan..
Alasan jauh...hehe...

Dudel Comel dari Alif

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Wah...teruja sangat2...
Heheh...
Yelah Dudel yang Qashe request kat Alif dah dapat...
Kiranya ni hadiah new born lah kan...
Hahah..
TQ Alif...
Comel sangat...


Ahad, 24 Februari 2013

Perlu ke Bedung Bayi?

Assalamualaikum...
Lenanya si Zahra tido bila x de bedung...mungkin dia rasa bebas kot...
Tapi bila bedung rasanya dia lebih lena dan susah nak bangun bila abg2nya bising.
Kenapa org2 tua suruh bedung bayi ye? Pernah ke kita terfikir? Orang tua2 kalau bagi nasihat mungkin ada sebabnya kan. Kita sebagai orang muda yang moden dan berfikiran terbuka kadang2 tak leh terima apa yang org2 tua pesan. Nak bukti kononnya.
Sebenarnya tujuan bedung bayi adalah untuk memudahkan bayi tidur dan tidak terkejut. Kenapa? Yelah, 10 bulan dalam perut ibu yang sempit tiba2 dapat keluar bebas. Mesti bayi rasa tak selesa.
Sekurang2nya bila kita bedung bayi akan rasa selesa seperti dalam perut ibu. Dan orang2 tua juga ada cakap untuk luruskan kaki dia. Supaya jangan jalan kengkang...yang itu Qaseh tak tau betul ke tidak. Wallahualam...
Kita ikut je yang baik...ye tak...

Sabtu, 23 Februari 2013

Memulakan Perahan & Simpanan Susu Ibu

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Artikel ini dari Harian Metro dan Qaseh ingin berkongsi dengan kawan-kawan sambil tu Qaseh nak simpan dalam blog ni supaya kalau Qaseh lupa cara-caranya senang nak rujuk balik...

From : MyMetro

Walaupun kini terdapat pelbagai usaha daripada pihak hospital atau kerajaan, usaha ini tidak akan berhasil sekiranya ibu sendiri tidak berkemampuan memberikan susu kepada bayi mereka. Antara usaha ke arah penyusuan susu ibu adalah menggalakkan ibu memerah susu dan menyimpan stok susu ibu untuk diberikan kepada bayi ketika ibu berpisah sementara (keluar bekerja).

Menurut Kaunselor Laktasi Sarakids.com, Nor Farah Farhan Abdul Fatah, ibu sudah boleh mula memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Sewaktu berpantang, bayi hanya disusukan secara terus dan susu yang diperah (sama ada menggunakan pam atau memerah menggunakan tangan) haruslah disimpan untuk kegunaan apabila ibu kembali bekerja.

Pam susu tiga jam sekali apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, ibu hendaklah mendahulukan bayi terlebih dulu dan menyambung kembali proses memerah selepas bayi disusukan dan kembali tidur. Susu yang sudah dipam perlu disimpan dalam botol atau beg khas untuk penyimpanan susu ibu. Tulis label berdasarkan nama anak dan tarikh penyimpanan susu ibu. 

“Bagi yang bekerja, mulakan mengepam susu pada waktu pagi kemudian simpan di dalam peti sejuk atau beg sejuk beku berisi ais yang tahan 12 jam. Kemudian teruskan mengepam pada waktu tengah hari dan petang. Apabila sampai di rumah pastikan ibu menyimpan sebotol susu di peti sejuk bawah dan selebihnya di tempat sejuk beku. 

“Ini bagi memastikan bayi mendapat susu segar yang masih tinggi nilai antibodinya. Walaupun susu yang sudah dibekukan berkurangan antibodi, khasiatnya jauh lebih baik daripada susu formula,” katanya. 

Jelasnya, susu yang disimpan di dalam peti sejuk bawah (peti sejuk dua pintu) tahan selama lima hari. Selepas hari kelima susu haruslah disimpan di tempat penyimpanan sejuk beku kerana mampu bertahan sehingga tiga bulan. 

“Malamnya ibu harus mengeluarkan susu beku untuk diletakkan di bahagian bawah kerana susu ini akan dibawa ke rumah pengasuh. Isikan stok susu di dalam beg sejuk beku dan berikan kepada pengasuh untuk disimpan di dalam peti sejuk ketika menghantar bayi. Tiba masa bayi menyusu, susu tadi harus dipanaskan di dalam air suam pada suhu 35 sehingga 45 darjah celsius. 

“Sebaiknya ibu membekalkan alat pemanas ke rumah pengasuh kerana cara pemanasan di dapur atau ketuhar akan mematikan antibodi di dalam susu. Susu yang sudah cair haruslah diberi minum satu jam selepas itu manakala susu yang sudah dipanaskan tidak boleh dibekukan semula,” ujarnya. 

Nor Farah yang berpengalaman menyusukan ketiga-tiga anaknya, Puteri Sara Azalea, 4, Puteri Syasya Adalea, 2, dan Putera Shafik Adrian secara eksklusif memberitahu, dia mula memerah susu pada hari keempat kelahiran namun ini bergantung kepada hari ke berapa susu matang keluar. 

“Ketika awal kelahiran oleh kerana susu masih dalam bentuk kolostrum, ibu hendaklah menyusukan bayi sekerap mungkin. Selepas susu matang keluar, ibu bolehlah memerah susu setiap tiga jam sekali dan berhenti memerah jika bayi lapar dan menyambung semula sesi mengepam susu. 

“Saya percaya pada konsep bekalan dan permintaan dan semakin kerap mengosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan,” katanya yang kerap memerah sekitar jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

Bagi memastikan simpanan susu terpelihara, ibu tidak boleh memberikan susu perahan kepada bayi mereka ketika dalam tempoh berpantang. Stok susu hanyalah untuk kegunaan apabila ibu berpisah sementara dengan bayi saja.

“Ini sangat penting kerana sekiranya simpanan susu digunakan dikhuatiri ibu akan kehabisan stok susu yang akan diberikan kepada anak ketika keluar bekerja,” katanya.

Selain itu, cara menguruskan penyusuan juga sangat penting. Sekiranya ibu meninggalkan stok susu sebanyak 12 auns pada waktu siang, ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 auns atau lebih.

“Oleh sebab itu, ibu tidak boleh meninggalkan waktu memerah. Sekiranya ibu terlalu sibuk dan tidak sempat memerah susu, ibu seharusnya mengganti waktu memerah pada waktu malam supaya tiada stok negatif dan dapat mencukupkan keperluan anak,” katanya.

Nor Farah menerima banyak kes mengenai pengasuh, ibu atau ibu mentua yang meminta stok susu dilebihkan kerana khuatir anak tidak cukup susu. Contohnya, ada bayi yang minum susu 18 sehingga 20 auns pada waktu ibu bekerja sedangkan ibu hanya mampu membawa pulang 15 auns saja sekiranya dia memerah secara konsisten.

“Hal ini pastinya memberikan tekanan kepada ibu kerana dia berasa susunya tidak cukup apatah lagi bagi meneruskan penyusuan eksklusif sehingga dua tahun,” katanya. 

Oleh sebab itu, pentingnya ibu memberi penerangan serta latihan berterusan kepada individu yang menjaga bayi mereka seperti pengasuh, pembantu rumah, ibu atau ibu mentua. Beritahu mereka keperluan susu ibu untuk anak daripada usia sebulan sehingga enam bulan adalah sama dan tidak berubah. Malah, selepas umur bayi meningkat enam bulan, keperluan susunya semakin berkurangan kerana bayi sudah belajar makan.

“Ketahuilah, perut bayi yang berusia sebulan sehingga enam bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia akan kenyang dengan hanya minum jumlah yang ditinggalkan ibu iaitu 12 hingga 15 auns sepanjang siang dan tidak lebih daripada itu.

“Saya faham, kadang-kadang sukar untuk memberitahu ibu atau pengasuh mengenai hal ini kerana mereka sering berkata bayi tidak cukup susu atau bayi menangis kerana lapar. Sebagai ibu anda harus bijak memberitahu ibu atau pengasuh, susu yang ditinggalkan mencukupi untuk bayi dan anak akan kenyang. 

“Mungkin bayi menangis kerana mahukan perhatian, ingin bermain, bosan ditinggalkan seorang diri atau mahu didukung. Oleh itu berikan mainan, anak patung atau kad imbasan kepada bayi supaya mereka tidak menangis.

“Sebagai ibu, anda lebih mengenali ibu atau pengasuh anda dan menggunakan cara terbaik untuk memberi penerangan kepada mereka,” katanya. 

Nor Farah juga menerangkan, berpuasa tidak akan memudaratkan ibu yang menyusu dan bayi yang disusukan selagi ibu tidak mengalami dehidrasi.

Ibu menyusu digalakkan minum air yang banyak pada waktu malam (setiap kali terjaga dan selepas menyusu, minum segelas air) dan ketika bersahur (jika boleh, lewatkan sahur) untuk memastikan keperluan cecair dalam badan dipenuhi seterusnya menggantikan air yang hilang ketika menyusu dan berpuasa pada siang hari. Di samping itu, makan makanan berkhasiat seperti kurma dan sayur-sayuran hijau untuk menambah susu. 

“Banyakkan makan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau dan bijiran. Ibu hendaklah bersahur dan melewatkan waktu sahur serta menyegerakan berbuka puasa. 

“Banyakkan sesi penyusuan atau mengepam susu (jika bayi tidur) terutama pada waktu malam dan sahur untuk meningkatkan penghasilan susu. Cuba makan dan minum sedikit-sedikit tetapi kerap pada waktu malam. Paling penting bertenang, berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dia yang memberikan segalanya,” jelasnya.


Tanda dehidrasi:

  • Berasa hendak pitam terutama selepas menyusukan bayi atau memerah susu
  • Sakit kepala dan rasa ingin demam
  • Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat
  • Terasa loya, menggigil dan ingin muntah
  • Berasa lemah dan sakit otot
  • Mudah marah dan emosi tidak stabil

    Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amat penting bagi ibu mengambil makanan mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu yang menyusu, sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

    Namun, minum air yang banyak bukan bermakna akan menghasilkan susu yang banyak. Ia sekadar menggantikan keperluan air yang hilang ketika berpuasa.
  • Si abg yg teruja

    Assalamualaikum. ..
    Qaseh nak cerita pasal anak Qaseh yang sulung ni. Sejak adik barunya balik, xcited terlebih lah plak. Kalau malam2 adiknya nangis dia yang bangun dulu tanya "baby napa ummi? Dia lapar eh?"
    Kalau waktu siang plak...adiknya bunyi skit dia dulu bangun g tgk adik dia...
    Alahai, sweetnyalah anak Qaseh yg sulung ni. Dah nampak sifat seorang abang tu...harap2 boleh jaga adiknya2 nanti...

    Khamis, 21 Februari 2013

    Yey baju pertama!

    Assalamualaikum...
    Semlm ramai juga yg dtg melawat Qaseh...
    Tapi yg paling best Azzahra dpt baju gurl dia yg pertama. Maklumlah, sblm ni Qaseh tak fikir dapat baby gurl...jadi, x beli pown baju...ingatkan klu dia lahir pakai je baju abg2 dia banyak yg baru2 x pakai pown dulu..
    Lepas ni, kiranya ummi dia akan shopping baju gurlz lah...heheh

    Rabu, 20 Februari 2013

    Selamat datang Azzahra

    Alhamdulillah Qaseh selamat melahir seorg puteri sebagai penyeri keluarga...
    Diberi nama Putri Nur Ameera Azzahra...dilahirkan di PPUM pada 20 Feb 2013 jam 5.44pagi tadi dengan berat 3.3kg dan panjang 47.5cm...
    Klu ada kwn2 yg nk melawat Qaseh di PPUM, bolehlah dtg ke Wad Post Natal tgkt 6 katil no 53...

    Sabtu, 16 Februari 2013

    Hafazan Surah Yaasin

    Assalamualaikum,
    Jom kita menghafal surah yaasin di malam yg sunyi ini...heheh ini assigment utk kelas ahad ni...harap2  tak bersalin leh g kelas utk hafaz surah yaasin...

    Jumaat, 15 Februari 2013

    Check Up Pregnant Terakhir

    Assalamualaikum. ..
    Hari ni macam biasa temujanji doktor untuk ibu mengandung di PPUM...dan mungkin hari ini hari terakhir temujanji sebagai ibu mengandung. Kenapa? Sbb dah nak masuk minggu ke 40...klu bby x kluar jugak minggu depan kena paksa bersalin. Sebab Qaseh ada pregnancy diabetis dan low hemoglobin...so, nak tak nak tak boleh lebih dari tarikh due date yg ada...
    Harap2 semuanya selamat. Kawan2 doakan Qaseh yer...

    Terkenang zaman kanak-kanak

    Assalamualaikum,
    Semalam waktu jalan2 di pasar rabu pekan Beruas Qaseh terjumpa gula2  ni...korang mesti pernah makan waktu kecik2 kan...mmg sgt nostalgia...heheh...
    So, malam ni sambil study Qaseh wat  gula2 ni sbg teman...boleh gitu? Tapi tak boleh banyak2...tak baik utk bby dalam perut.

    Jumaat, 1 Februari 2013

    Nak keluar dah...

    Assalamualaikum...
    Alhamdulillah dh bleh balik...encik husb pun dah dtg...sekejap lg nk g UiTM nak ambil baucer buku 1 malaysia....nnti Qaseh citer lain yer...

    Dah boleh discaj..yehh..

    Assalamualaikum...
    Hari ni Qaseh dah leh discaj...tapi tetap kena datang next 3 days selama 5 kali untuk masukkan lagi darah...jawabnya sampai bersalin lah kan...
    Hehe...seronok bila fikir nak deliver dah...tak sabar nak tgk muka bby Qaseh ni. Entah lelaki entah perempuan. Tak kisah, janji sihat walafiat dan selamat kan...

     

    Template blog dihasilkan oleh alif ismail