SHout






Selasa, 20 November 2012

Waktu2 Utk Nasihat Anak2

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Jom Doa Untuk Mereka

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Rahsia surah Yassin

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
✿~✿ RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58✿~✿

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMIN.

Boikot @ Tak?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kata-kata manusia yang 'bijak' pandai.:"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia" kata.
 
Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.
 
"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
 
Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."
 
Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi/cola.
 

Larian Kitar Semula 2012

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Fun giler...walaupun berbadan dua...tak dapat nak lari tapi enjoy giler lah...
Seronok semua rakyat malaysia menyokong kitar semula...
GOOD!!!
MC pada hari tersebut ialh FBI...
Seronok...kelakar giler lah beliau jadi pengacara...
Memang enjoy habis..walaupun anak2 dah penat...kesian...
 
 

Selasa, 6 November 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit

Isu Mas Kahwin

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Hafiz : Saya nak bagi RM6,000 untuk mas kahwin awak.

Putri : RM6, 000??? Semurah itukah saya???

Hafiz : errrmmm...ok...rm10 ribu

Putri : Kalau RM10 ribu....rantai leher saya pom RM10 ribu...kiranya saya ini hanya seperti rantai leher??
         Yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yg lama??
Hafiz : Ok..!!....RM20 ribu

Putri : Kereta VIVA saya berharga RM40 ribu....bermakna saya lebih murah dari kereta VIVA disisi awak

Hafiz : Ok...RM50 ribu!

Putri : Adakah itu harga saya??? Bangunan KLCC tu pun berharga jutaan ringgit...

Hafiz : Ok...baiklah....awak letaklah sendiri berapa harga awak...saya akan bayar!

Putri : ...diri saya TERLALU mahal.....sehingga awak tak dapat nak BELI....cukuplah awak bagi RM100
          ringgit sahaja....bukan kerana harga saya....tapi kerana perintah Agama yg mewajibkan mas kahwin...

Ibu..Oh Ibu..

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Isnin, 5 November 2012

Jom Tutup Aurat!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Iklan Zalora (versi Islamik)
SILA beritahu isteri , girlfriend , adik , kakak , ibu mertua dan lain2 tentang CARA TUTUP AURAT yg BETUL . Tau tak, apa yg perlu dititiberatkan pasal aurat tu ? Kepala , lengan , baju dan kaki. Beratus kelebihan , beribu ganjaran. Dan yg paling gila lagi , pahala yg diberi sebab tutup aurat adalah PERCUMA ! (^_^)

Jom Berlari Utk Diri & Alam Sekitar

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Kawan2...jom join...ada diseluruh malaysia...tak perlu byr apa2 pun...
Hanya bawa barangan kitar semula...klik gambar utk maklumat lanjut tau...
Ada cabutan hadiah...sebiji motor...wow!
Qaseh yg pegnant pun dah daftar...tp x leh nk lari lah...just bg support untuk kitar semula...
Jom..jom...lari utk sihat...sihat sebab xcersice dan sebab kitar semula...

Parents dulu & sekarang

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Inilah bezanya...

Ahad, 4 November 2012

Resepsi - Mushirah - 3 Nov 2012

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
Semalam gi shoot wedding di Sg Besi.
Pengantin perempuan tersebut adalah kawan Qaseh.
So, tak delah kekok sgt nak shoot diorang ni.
Tapi entah macamana ada dua OP pada masa yang sama.
Qaseh tak kisah pun..
Cuma rasa tak selesa lah sedikit..
Heheh...

Pandu Cermat Ingat Orang Tersayang

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
‎"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin Tersenyum Memandang Isterinya. 
"Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut. 
"Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung. 
"Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni." 
Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja. 
"Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?" 
"Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta. 
Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza. 
"Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati. 
Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut. 
Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur. 
"Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya. 
"Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti." 
"Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya. 
"Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was. 
"Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres Tadi. 
"Sudah La Tu Bang." 
"Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan..... BANG!! 
"Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ. 
"Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya. 
Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat. 
"Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis. 
PAANNNGGG!! 
Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu? 
"Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar.... 
...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !! 
Sekian. 
Moral : Pandulah Dengan Berhati-Hati Walaupun Di Dalam Mimpi

Sabtu, 3 November 2012

Farid Kamil & Diana Sah Suami Ister

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Alhamdulillah...
Syukur kerana mereka telah selamat diijabkabulkan pada 3 Nov 2012
dengan sekali lafaz sahaja...
Sangat cantik gambar shoot diorang yang bertemakan TanSri P.Ramlee dan Saloma

Nak letak gambar diorang kat sini rasa cam tak sesuai jer kan...
Sebab x dapat permision dari jurugambarnya...
Tapi korang leh jeguk2 kat FB Annas Easkey
Tak pun korang jenguk kat blog BeautifulNara...

Serius korang akan terpegun..
Pe2 pun tahniah yer Farid & Diana...

Jumaat, 2 November 2012

10 Jenis Props Untuk Photoshoot

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
Penting ke?
Mesti semua tertanya2 kan...
Bagi seorang jurugambar ia sangat penting..
Sekarang ni dah jadi trend bila nak photoshoot mesti ada props...
Props tak semestinya yang mahal..
Yang penting kena dengan tema...
Besok Qaseh ada photoshoot wedding...
Jadi Qaseh ada buat beberapa research mengenai tema dan props yang ingin digunakan...
Korang pun kalau berminat dalam bidang fotografi ini
Bleh gunakan idea ini...
1. Belon



Dengan belon korang boleh buat aksi macam2...nampak sweet je utk pasangan pengantin@bakal pengantin...
2. Basikal
Sesuai sangat untuk tema 'vintage'...
3. Papan hitam
Dengan papan ni korang boleh tulis apa sahaja...heheh...
4. Kertas bercorak @ bertulis
Ok, yang ini korang boleh buat sendiri...print je...byk yg leh dapat free...gambar korg pun jadi menarik...Tapi pastikan kena dengan tema tau!
5. Bingkai gambar

Yang ini korang kena kluarkan duitlah untuk beli bingkai gambar...pastikan pilih yg cantik...sebab korang boleh guna byk kali...
6. Penggunakan Huruf dengan Ayat ROmantik
Yang penting korang kretif...kena berfikir dari luar kotak jgk ok...hehe...beli je letter block utk kanak2 tu...murah jer...kan...kan...
7. Payung
Macam2 jenis payung korang leh guna...apa yang penting??? Macam Qaseh cakap kena ikut tema...
8. Lolipop

Lolipop ni pun korang boleh beli banyak jenis dah sekarang...ada bentuk LOVE...yg ni memang sweet...semanis pengantin baru...
9. Kipas

Qaseh paling suka guna ni...heheh...senang nak carik...
10. Bantal bentuk Heart @ Perkataan ROmantik
Hah...sweet tak?? So, apa lagi...korang gunakan tips ini untuk jadikan gambar korang lebih menarik...tak semestinya untuk phootoshoot perkahwinan je...

Jom Loghat Utara

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Api ayaq 3 bln tk bayaq kena potong..
Kereta 3 bln tk bayaq depa tarik... 
3 bln tak berjalan kena tolak...
Astro 3 bln tk bayaq depa pangkah...
Lelaki 3 kali tak pi jumaat kira kapiaq...
heheeee pakat2 pi no jgn tak pi.

Jus joking...

Diduga lagi...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


Dugaan...

Khamis, 1 November 2012

Rakyat Malaysia - Tiada Tatasusila

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kenapa?
Sebab terkena batang hidung sendiri...
Bila naik Putra LRT x der pown sorang nak bagi tempat duduk kat Qaseh.
Memang betul iklan dalam televisyen tu...
Ingatkan x betul...
Bayangkanlah, dah lah Qaseh bwk beg berat..
Bukan nak mengharap pun..
Tapi boleh tgk dari eksperi wajah yang diorang tak kisah...
Tengok2 Qaseh pastu wat tak tau je...
Agaknya dia ingat dalam perut Qaseh ni bantal agaknya...
Dah lah lelaki...
Kudarat awak tu lebih lagi dari saya ni..
Haish...sedih...
Itu cerita minggu lepas lah...
 
Ini cerita pagi tadi...
Qaseh bila bawa kereta tak pernah tekan hon...
Serius...
Sejak bawak kerata sekali pun tak pernah guna hon..
Wpun sakit hati dgn sikap setengah2 pemandu...
Tapi nampaknya ada yang naik minyak bila Qashe baik...
Kita dah bagi jalan kat orang depan yg nak masuk ke kanan...
Kira oklah sebab orang tu angkap tangan dan bagi signal...
Datang kereta dari belakang kereta tersebut terus himpit2 kereta Qaseh...
Amboi!!
Ini sudah lebih...
Qaseh tak bagi peluang pun dia masuk...
Sebab sakit hati..
Dgn x bagi signal..
Yg terkejutnya...
Dia makin himpit dan himpit Qaseh...
Mak ai...betul2 orang kaya...
Tak takut kereta rosak..
Taulah kereta Qaseh kereta buruk jer...
 
Tapi..
Kedua2 kejadian itu dilakukan oleh bangsa lain...
Nasib baik...
Klu bangsa sendiri tadi..
Memang rasa malu sangat2 lah kan...
Sebab macam tak belajar tatasusila pula...
Sabar je lah...
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail