SHout






Sabtu, 30 Julai 2011

Segmen Ben Ashaari Dan Blogger

Hari nie abg beben kita wat segmen lagi...

Jom join...kalau nak join klik sini. Ok...Qaseh pown nak join jugak...

Selongkar punya selongkar...jumpa gambar nie jer....hehe...apa yg menarik pasal gmbr nie??? Ades...dak kecik nie susah betul nk pandang atas bila panggil...sekali tu, bila Qaseh panggil jer nama dia 'Ramadhan'...terus dia dongak ke atas...heheh

Kelebihan dak kecik nie ialah...dia lahir pada minggu pertama bulan ramadhan...Jadi, kitaorang sepakat bagi nama dia Ameer Ahmad Ramadhan....

So, sempena bulan ramadhan akan datang nie, dia akan berumur 1 tahun...So, Qaseh nak ucapkan selamat hari jadi pada dia...heheh...sweetkan....muaaahhhh untuk Ramadhan....

nota kaki: Ameer Ahmad Ramadhan dilahirkan pada 18 Ogos 2010 bersamaan 8 Ramadhan 1431 
                hijrah....abgnya bernama Amir Ahmad Zahiruddin kerana lahir pada bulan Syawal....

Sejuknya Pagi Nie!!! Erk...kenapa aku BASAH????

Salam pagi...salam ukhwah...

Adeh...hujan pagi2 nie sedapnya kalau dapat tidokan...GULP!!! napa basah nie?? Ades...takkan lah...

Tragedi pagi nie..adakah disebabkan hujan Qaseh basah??? Erk...lupa tutup tingkap bilik malam tadi...habis katil dengan Qaseh sekali basah...patutlah sejuk jerk...Hahahaa...

Nasib baiklah basah sebab kena air hujan...ingatkan basah sebab....(heheeh...malu kalau terjadi)

Sejuk betul pepagi nie...tetapi Qaseh kena bangun jgk...sebab banyak laporan nak siapkan...bulan depan nak closing akaun koperasi plak...adeh...penatnya...tak pa lah...dah 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH' jadi slogan kan...nak wat camner...

Ish2...jangan mengeluh Qaseh...itu semua punca rezeki...erk..betul2..astargfirullah-hal azim...

Takpe2...chayok2x...Qaseh boleh punya..hehe...kengkawan yang masih tido di dalam kesejukan tuh...selamat tido...heheh...tp kalu boleh bangunlah pepagi...sebab bangun pagi2 nie punca pintu rezeki k...

Khamis, 28 Julai 2011

100 follower dlm 3 bulan?

Salam Ukhwah salam rindu sumer...

Baru beberapa minit sampai ke rumah...baru balik dari outstation di kuantan...jari2 dah tak sabar nak menekan blog Qaseh Suci....bila bukak jer...

Biar betul??? 100 follower dah? Siyes ker ni?? Weee....thanks kawan2 yang support Qaseh...Qaseh hargai korg sesgt....

Bebalik pada outstation di kuantan...pergi dan balik naik bus...pergh...best jugak sbb dah lama x naik bus jalan jejauh nie...(nk sedapkan hati sebab x dapat naik flight...heheh)

Yang paling best sebab menginap di Vistana Hotel Kuantan...alhamdulillah...disebabkan Seminar yg Qaseh terlibat dibuat disitu...jadinya dapatlah menginap di hotel yg best tuh...facility dia memang tip top...x heran lah kalau mahal...tapi rasanya berbaloi kot...bilik deluxe suite RM 160++...

cantikkan....memang rasa selesa sangat..ceh...promote hotel plak...heheh

pe2 pun vistana memang terbaek lah!!..

Isnin, 25 Julai 2011

Siapa aku dihatinya Siri 8

Selesai menunaikan solat Asar di surau hospital, Shah kembali semula ke bilik pesakit yang menempatkan Qaseh. Dilihatnya Qaseh sedang lena. Tidak sampai hati ingin mengejutkan Qaseh.

Shah mengambil suratkhabar yang ada di dalam bilik tersebut bagi menghilangkan kebosanan. Tidak sampai lima minit dia memegang suratkhabar tersebut, dia bosan kembali. Entah apa yang tidak kena dihatinya. Jiwanya kacau, runsing mengingatkan bicaranya bersama Qaseh tadi.

"Kenapa dengan aku ni?" Shah bertanya kepada dirinya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Mana tidaknya, belum pun sampai sebulan dia berjumpa semula dengan gadis idamannya itu. Dia telah berani meluahkan rasa cintanya kepada gadis itu. Dia takut Qaseh salah faham dengan niatnya yang sebenar.

"Dia bangun nanti, aku minta maaflah ngan dia." Shah mengingatkan dirinya.

"Shah!" tegur Qaseh. Shah yang sedang berfikir terkejut dengan teguran itu.

Sedari tadi Qaseh telah terjaga dari tidurnya. Dia perasan yang Shah sedang memikirkan sesuatu.

"Shah fikir apa?" tanya Qaseh.

"Boleh Qaseh tahu?" soal Qaseh lagi.

"Eh, tak ada apalah. Saja jer menung" balas Shah sambil mengukirkan senyuman dibirnya.

Ya, Allah! Senyumannya membuatkan sakit kepala aku nie hilang begitu sahaja. Sungguh agung ciptaanmu Ya Allah! bisik hati kecil Qaseh.

"Ada ker orang menung saja-saja? Qaseh tak pernah dengar pun." Qaseh sengaja ingin bergurau.

"Er ... ada ... sayalah! Hehehe ... " tersenyum Shah bila Qaseh melawak begitu.

Tiba-tiba datang seorang jururawat dan seorang doktor menuju ke arah Qaseh.

"Cik Qaseh, saya mahu memeriksa kepala Cik Qaseh yer." kata doktor sambil meminta jururawat membuka balutan di kepala Qaseh.

"Ouch!'" Qaseh terjerit kecil."Ops! Sorry! Sakit ker?" tanya jururawat tersebut.

Ish, jururawat nie. Aku jerit sebab sakit lah. Ingat suka suki jer ker aku nak jerit. Namun, tak terkeluar ayat itu dari mulut Qaseh memandangkan Shah ada disitu. Kalau tidak, lama dah kena marah jururawat tu.

"Awak ok Qaseh? " tanya Shah risau.

"Er ... saya ok! Tak pape. Sikit jer." Qaseh tersenyum kecil.

Doktor melihat dan membelek luka Qaseh, kemudian doktor menyuruh jururawat meletakkan ubat dan membalut semula luka tersebut.

"Alhamdulillah! Luka Cik Qaseh dah bertambah baik. Kesihatan Cik Qaseh pun tak ada masalah. Besok Cik Qaseh dah boleh keluar hospital." doktor itu berkata dengan penuh karisma dan yakin.

Lebar senyuman dibibir Qaseh. Begitu juga Shah.

"Terima kasih doc!" kata Qaseh dengan girang.

*************************************************************************************Qaseh Qaseh bersandar di sofa yang empuk di ruang tamu. Dia melihat sekeliling rumahnya. Rindu rasanya. Macam dah lama sangat tak balik. Fikirnya.

Dia pulang dijemput oleh Liza dengan kereta. Sewaktu itu, Shah masih lagi menemankannya di hospital. Dalam perjalanan pulang, sempat Liza menghantar abangnya, Shah ke stesen bas Shah Alam. Bila mengingati jejaka itu, hati Qaseh tak keruan. Rindukah dia?

Sempat Shah meminta maaf pada dia kerana meluahkan isihatinya terlalu awal. Raut wajah Shah pada waktu itu, penuh dengan perasaan bersalah.

"Shah! Qaseh tak kisah lah pasal tu. Cuma Qaseh minta Shah faham keadaan Qaseh. Qaseh masih tak terbuka hati untuk menerima cinta sesiapa pun lagi." terang Qaseh pada Shah.

"Andainya jodoh kita telah ditetapkan oleh yang Maha Esa, Insyallah kita akan disatukan juga. Shah percaya Qada dan Qadar Alalh s.w.t kan?" soal Qaseh pada Shah.

"Ye, Shah percaya. Shah doakan hati Qaseh terbuka untuk Shah." balas Shah. Ikhlas.

"Insyallah ... Jom! Liza dah sampai kat bawah." ajak Qaseh sambil mengangkat beg berisi bajunya.

Pada masa yang sama Shah juga ingin menolong mengangkat beg itu. Tangan Shah dan Qaseh bersentuhan. Qaseh merasakan getaran di hatinya. Begitu juga Shah.

"Ops, maaf!" Shah cepat-cepat menarik tanganya.

"It's ok dear! Tak sengaja kan ..." sengih Qaseh menutup gugupnya.

Dear? Aku salah dengar ker nie? kata hati Shah.

"Jomlah, Liza dah call banyak kali nie." ajak Qaseh.

"Nanti dia membebel macam mak nenek plak kang!" Qaseh berkata sambil memikir sikap Liza yang memang banyak mulut jika tidak sukakan sesuatu.

*************************************************************************************"Oit! Kau nie kalau tak mengelamun tak sah eh?" Liza mencuit pinggang Qaseh.

"Ah, ah lah kau ni! Sampai aku ada depan mata pun kau tak sedar kan!" Zizi mengiakan kata-kata Liza.

"Zizi! Wei, aku rindu sangat kat kau!" Qaseh terus meluru ke Zizi dan memeluknya.

"Wei! Aku tau lah kau rindu. Sudah-sudahlah. Lemas aku kau peluk aku camni.

" Zizi menolak tubuh Qaseh ke depan dengan perlahan.

"Eleh, tak rindu aku lah tu." Qaseh membuat muka sedih.

"Aik? Merajuk pulak? Yelah, yelah ... aku memang rindu kau pun. Meh sini" Zizi mendepangkan tangan seperti gaya seorang ibu yang ingin memujuk anaknya.

"Hish! Tak kuasa aku. Tak main lah merajuk-merajuk nie. Hehehe ..." Qaseh tertawa kecil melihat gelagat kawannya itu.

Mereka memang rapat macam adik beradik. Kalau seorang sedih yang lain semua juga akan bersedih.

"Zie, Liza ... ada perkara yang aku nak minta pendapat dari korang berdua. Boleh?""Apa?" serentak Zizi dan Liza menjawab.

p/s:maaf lambat keluar siri nie, bz sgt!

Superhero??? Superwomen???

Akhir2 nie kita rajin disajikan dengan cerita kebudak-budakkan yang boleh ditonton oleh orang dewasa juga...

Terbaru dari TV3 adalah 'SUPERMAK'...

Sinopsis cerita:

Supermak seorang ibu yang sangat luar biasa, mempunyai kuasa istimewa seperti kekuatan dan kepantasan dari nenek moyangnya yang bergelar Thani dari kepulauan Riau dan pulau tersebut jugak diterajui oleh nenek moyangnya.

Walaubagaimanapun dia terpaksa menyorokkan keistimewaannya tersebut dari suaminya yang juga seorang anggota polis iaitu Rees, lakonan Azhan Rani, mereka berdua mempunyai 2 cahayamata iaitu dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris)

Macam biasa dalam cerita mesti ada musuh, hehe. Bashar (Zul Yahya) merupakan musuh tradisi dari salah satu suku kaum Thani di Riau, muncul dengan tiba-tiba untuk mengganggu ketenteraman awam dan termasuklah keluarga Amy Salim. Bashar sangat tamak orangnya, kuasa apatah lagi, dan akhirnya Bashar berjaya untuk menguasai seluruh Kuala Lumpur dan kumpulan gengster pun boleh tunduk dan patuh je dengan arahannya. Bashar juga sangat ditakuti ramai kerana mempunyai kuasa api dan hebat.

Yang bestnya ada lagi seorang pewaris dari keturunan Thani iaitu Camelia (Zara Zya) yang mempunyai kuasa Ais, tapi tunduk juga kepada Bashar, Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy untuk mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.

Selain daripada mereka bertiga, Khalil (Syawal) dan Ghazi (Henzy Andalas) mereka juga mempunyai kekuatan telekenetik  yang berupaya untuk menjadi halimunan, mereka juga berasal dari keturunan Thani. Watak mereka sedikit berbeza, mereka suka berjenaka dan suka mengusik Amy.

Bagi Qaseh cerita ni mungkin ada tarikan tersendiri...tapi tgk boleh yer...percaya jangan..kerana satu2nya yang berkuasa adalah Allah SWT...

Ahad, 24 Julai 2011

Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan

Salam ukhwah kawan2...

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan yang dinanti2 dan dirndui iaitu bukan Ramadhan...rindu padanya akan terubat...Namun, sebelum menyambut ramadhan kita perlu buat beberapa perkara dulu...apa erk???

Pertama sekali...

Kawan2 dah ganti puasa?? Heheh...Qaseh tanya pada kawan2 perempuan...ada yang lelaki terasa ker??? Ganti dulu yer sebelum tiba bulan Ramadhan...

Yang kedua...

Sebelum tiba bulan ramadhan...kita kena memohon maaf pada orang2 yang pernah kita sakiti atau kita wat salah tau...kenapa?? Qaseh nie tak lah pandai sangat...tapi, ibu Qaseh ada pesan...sebelum kita wat ibadah puasa...kita kena mohon maaf jika kita ada salah ngan orang tu...

Sebab, dikhuatiri ibadah puasa kita tidak diterima kerana orang2 yg kita wat salah tuh masih tak memaafkan kita...

So...ubah pemikiran yang bila raya baru kita kena minta maaf yerk!! Insyallah...ibadah puasa kita akan diterima...rasanya tidak awal sangat jika Qaseh nak ucap kat kawan2 Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.....


Suami Idaman Wanita

Isteri adalah untuk dikasihi dan disayangi dengan penuh kasih sayang. Isteri bukan tempat untuk si suami melepaskan amarah yang tiada berkesudahan . Isteri adalah makhluk tuhan yang perlu dibelai, dididik dan dihormati setiap masa. 

Setiap hari ada sahaja kisah menyayat hati para isteri yang didera si suami didengari dan tertulis di akhbar. Ada antara mereka yang dilanda trauma yang teruk, didera, dipukul, disepak terajang dan banyak lagi. Sesetengah para suami yang menjadi kaki dera ini beranggapan si isteri layak 'diajar' sedemikian rupa agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ada juga antara para suami yang menjadi kaki dera kerana telah berasa bosan dengan isterinya yang dianggap tidak menarik lagi dan sebagainya. Malah ada juga yang cuba mencari 'syurga' diluar dengan berlaku curang terhadap isterinya.

Apabila banyak kisah sebegini dipaparkan di dada akhbar dan majalah, semakin ramailah wanita takut untuk mendirikan rumah tangga dan berkahwin kerana mereka khuatir sekiranya hubungan mereka itu juga akan berakhir dengan kisah tragis didera suami atau dicurangi suami .

Persoalannya, adakah ini salah lelaki yang bergelar suami yang tidak tahu menghargai para isteri ataupun salah para isteri yang tidak pandai melayan hati suami?

Lebih baik kita usah menunding jari antara satu sama lain. Baik para suami mahupun para isteri masing- masing tidak patut dipersalahkan . Sekiranya para suami dan isteri sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai suami-isteri seperti yang telah digariskan didalam Al-Qur'an dan As-sunnah sudah tentu tidak akan timbul kes-kes penderaan isteri dan kes-kes curang terhadap pasangan masing-masing.
Banyak kisah-kisah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang dapat para suami jadikan contoh dalam melayari kehidupan berumah tangga agar rumahtangga sentiasa harmoni dan diredhai Allah s.w.t

 Kerana Sifat Al-Amin, Siti Khadijah terpikat
Rasulullah s.a.w telah digelar dengan gelaran Al-Amin oleh para penduduk Kota Mekah kerana beliau telah diberi amanah oleh para pemuda Quraisy ketika isu untuk meletakkan Hajar Al-Aswad timbul. Baginda telah diberikan amanah tersebut kerana seluruh Kota Mekah mengenali baginda dengan sikap baginda yang amanah dan boleh dipercayai.

Abu Lahab pernah cuba meminang Siti Khadijah melalui Abu Thalib. Namun, Abu Thalib telah menolaknya dan Abu Thalib berkata :
"Dalam pertemuanku itu, Khadijah mengatakan dia memerlukan seorang lelaki yang dapat dipercayai bagi menjalankan perniagaannya. Dia berpesan supaya mencarikannya seorang lelaki yang jujur dan dapat dipercayai. Ayah tidak nampak orang lain selain kamu, wahai Muhammad."
Agak-agaknya apakah ciri-ciri orang yang boleh dipercayai yang dimaksudkan Siti Khadijah r.a? Antaranya adalah mempunyai tutur kata yang baik, amanah, jujur serta tidak berbohong.
Wahai para suami dan lelaki diluar sana adakah sukar bagi anda semua untuk mempunyai ciri-ciri murni seperti yang diatas? Sekiranya sukar, muhasabahlah kembali diri anda mengapa ianya menjadi sukar sedangkan ia tidak mustahil untuk dipraktikkan.

Keberanian dan ketulusan Saidina Ali r.a
Dua sahabat terkemuka iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah cuba meminang Fatimah, namun pinangan mereka ditolak dengan baik oleh Rasulullah.
Namun yang akhirnya bernikah dengan Saidatina Fatimah adalah Saidina Ali r.a.
Apakah yang menyebabkan Saidina Ali r.a dipilih oleh Rasulullah s.a.w sebagai menantu baginda? Jelas Rasulullah s.a.w memilih Saidina Ali r.a sebagai menantu baginda kerana sifat keberanian yang terselah dalam diri Saidina Ali r.a. Sejauh manakah keberanian Saidina Ali r.a yang telah menyebabkan beliau dipilih oleh baginda Nabi menjadi menantu baginda? Antara keberanian Saidina Ali r.a sebelum perkahwinan beliau dengan Siti Fatimah r.a lagi, Saidina Ali memang sentiasa berdamping dengan Rasulullah s.a.w. Akhirnya, beliau sendiri berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan menyatakan hasrat beliau untuk mengahwini Saidatina Fatimah r.a.

Berlainan dengan para lelaki zaman sekarang yang hanya berani dan rapat dengan keluarga bakal mertua ketika sebelum berkahwin dengan bakal isteri sahaja. Apabila sudah berkahwin, keluarga mertua sering dilupakan dan tidak diziarahi seperti sebelumnya. Malah ada para isteri yang tidak dibenarkan melawat keluarganya apabila sudah berkahwin.

 Keikhlasan cinta Abu Salamah
Abu Salamah merupakan saudara susuan kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. Beliau telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan sepupu Khalid al-Walid, yakni Hindun binti Abu Umayyah atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah.

Ummu Salamah merupakan seorang wanita yang sangat cantik, mulia, terhormat dan bijaksana. Cintanya kepada Abu Salamah terlalu besar. Abu Salamah merupakan seorang pahlawan Islam yang berani dan terbilang, beliau sering tercedera ketika berjuang di medan peperangan. Setiap kali Abu Salamah tercedera, Ummu Salamah akan menumpukan sepenuh perhatiannya untuk merawat suaminya yang tercinta.
Namun, telah ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan. Abu Salamah pergi meninggalkan Ummu Salamah ketika luka lamanya semasa perperangan berdarah kembali. Saat-saat sebelum pemergian Abu Salamah, Ummu Salamah berkata :
"Kandaku sayang! Dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga dan isterinya tidak menikah lagi, maka Allah mengumpul mereka kembali ke alam syurga. Maka berjanjilah wahai kekasihku, kanda tidak akan menikah lagi, seandainya dinda pergi dulu. Dinda juga akan berjanji akan tidak menikah lagi andai kanda pergi dulu.
Abu Salamah memang mencintai isterinya, dan mengharapkan wanita solehah, secantik dan sebijak isterinya dimiliki oleh seorang yang lebih baik darinya. Dalam tenat berbicara, Abu Salamah membuat keputusan yang terbaik buat isterinya.

"Mahukah dinda taat kepada kanda?' kata Abu Salamah.
"Sudah tentu wahai kekasihku," jawab Ummu Salamah.
"Berjanjilah, jika kanda pergi terlebih dahulu, maka menikahlah lagi," pinta Abu Salamah. Ummu Salamah terkedu, air matanya bercucuran hiba.
"Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik daripadaku yang tidak akan membuatnya sedih dan menyakitinya," doa Abu Salamah dalam kepayahan.
Abu Salamah berdoa untuk isterinya sebelum dia meninggal dunia, agar isterinya memperoleh kebaikan yang tak terhingga tatkala dia menutup mata.
Demikianlah keikhlasan cinta seorang suami kepada isterinya, memikirkan yang terbaik untuk isterinya, dan akhirnya, Ummu Salamah bernikah dengan Rasulullah s.a.w

Romantis ala Rasulullah
Sebut perkataan romantis pasti ada antara kalian yang membayangkan romantis jiwang seperti yang selalu dipaparkan didalam drama atau filem-filem cinta. Namun romantik ala Rasulullah berbeza dengan gambaran romantis yang digambar kan didalam drama mahupun filem-filem cinta. Romantik adalah penghubung kemesraan dalam berumahtangga. Pernah suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w keluar menyambut salam dari sahabatnya, dan sahabatnya melihat tangan baginda terdapat tepung. Rupa-rupanya ketika itu baginda sedang membantu isterinya menguli tepung didapur.

Rasulullah s.a.w juga cukup romantik ketika menegur isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika Saidatina Aisyah memasak sesuatu, dan menjemput baginda nabi merasainya. Saidatina Aisyah bertanya tentang masakannya. Lantas, Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyuapkan makanan itu ke dalam mulut Aisyah. Tahulah Aisyah mengenai masakannya itu.

Daripada Aisyah r.a, beliau berkata : "Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya".
"Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur).
******************************

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah hidup bersuami isteri yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda untuk dijadikan contoh dan teladan buat para suami masa kini agar sentiasa berhemah dan berhikmah dalam menguruskan keluarga dan rumah tangga.
Kepada para suami dan para lelaki yang bakal menjadi suami, bangkitlah menjadi lelaki yang berkualiti bukan lelaki yang dibenci oleh wanita dan Allah s.w.t.
Sumber imej : Google Image
-Artikel Iluvislam.com

Indahnya Penciptaan Adam & Hawa

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.
Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.
Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.
- Artikel iluvislam.com

Awak....Kenapa Kahwin Dengan Saya???

"Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai".
Dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Aku tidak pasti mengapa air mataku jatuh sedangkan aku sepatutnya gembira dengan pernikahan ini.
Abdul Rahman bin Abdullah, itu lah nama jejaka yang kini telah sah menjadi suamiku. Dialah yang akan menjadi teraju masjid yang telah kami bina. Orangnya tinggi, kulitnya agak cerah, matanya bersinar, wajahnya seakan-akan bercahaya. Mukanya tidaklah persis Orlando Bloom yang dinobatkan menjadi "hot papa", mahupun Kim Hyun Joong yang menjadi kegilaan ramai gadis. Dia tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap mata memandang. 
Dirinya memang selalu menjadi buah mulut orang. Apakan tidak, sudahlah mukanya manis di pandang, di tambah pula dengan sikapnya yang zuhud. Ya, dia seorang yang taat kepada Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Selepas sahaja dia melafazkan akad, dia terus lakukan sujud syukur. Sungguh. Dia memang menjadi idaman siapa sahaja yang melihatnya. Aku juga aneh kenapa dia memilih aku? Sedangkan dia begitu baik, begitu alim, begitu sempurna..
Hingga detik ini aku masih belum mendapat jawapannya. Kenapa aku yang dipilihnya? Aku bukanlah baik mana. Kalau diikutkan, di luar sana, masih ada berjuta wanita yang boleh dipilihnya. Masih ramai lagi yang lebih baik daripadaku. Tapi, kenapa aku? Pakai tudung pun masih tidak pecus lagi. Kerap kali pemakaian tudung ku masih tidak mengikut saranan agama.
"Alhamdulillah. Sekarang, kita sah menjadi suami isteri. Abang harap, dengan penyatuan kita, dapatlah kita sama-sama berjuang ke jalan Allah", ujar suamiku menghentikan lamunanku sebentar tadi.
Di pandangnya wajahku, kemudian di lapnya benih-benih jernih yang keluar dari kelopak mataku. Selepas disarungkan cincin ke jari manisku, kusalam tangannya. Dia kemudiannya mencium dahiku. Entah kenapa pada waktu itu aku terasa tenang. Aku dapat rasakan keselamatan yang selama ini tidak pernah kurasakan dengan mana-mana lelaki lain. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku tetap laju merembes keluar dari hujung pagar kelopakku.
"Alhamdulillah, anak mak sudah jadi isteri orang sekarang ni. Jadi isteri ni, tak mudah. Tapi, banyak ganjarannya. Lepas ni, kamu kena duduk dengan suami, jaga makan minum suami. Pesan mak jangan lupa, ya nak. Kata suami jangan ingkar", pesan ibuku sebelum aku pergi mengikut suamiku pulang ke rumah baru kami.
***
"Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?" tanya suamiku memecahkan kesunyian yang tercipta di antara kami.
Aku masih tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ku gelengkan sahaja kepalaku menunjukkan kepadanya bahawa aku tidak apa-apa. Namun, dia terus ajukan soalan kepadaku,"Dah tu, kenapa Zahrah diam? Zahrah rindu mak ye?"
 Usikannya langsung tidak mendapat respon daripadaku. Aku masih duduk kaku di sofa ruang tamu rumah kami.
Alhamdulillah. Biarpun, rumah kami tidaklah besar mana tapi cukup dengan kelengkapan rumah. Set sofa, televisyen, peti sejuk, semuanya sudah lengkap tersedia. Suamiku memang benar-benar bijak merancang sebelum berkahwin. Dilengkapi dulu segalanya sebelum dia masuk merisik si gadis sunti.
Perlakuanku yang dari tadi diam membisu ibarat seorang anak kecil yang baru lepas dimarahi menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk mendekatiku justeru terus mengatur langkah ke arahku dan mengambil posisi betul-betul di sebelahku. Di pegangnya pipiku, diusapnya kepalaku. Wajahnya begitu tenang menyebabkan aku turut tenang. Terus terdetik dalam hatiku 'Ah, untungnya badan.
Sudahlah kacak, baik pula tu' Ditenungnya mataku dalam-dalam sebelum dia bertanyakan semula padaku, "Zahrah, kalau awak tak selesa Abang faham. Ni kali pertama awak hidup tanpa parents kan. Abang faham Zahrah. Susah bagi awak nak terima semua ni. Tapi, dari tadi  Abang tak nampak pun Zahrah senyum. Kot ye pun, senyum lah sikit. Zahrah comel tau kalau senyum," dia cuba memujuk agar aku mengukir senyuman.
Entah kenapa, bibirku mula mengukir senyuman. Aneh. Kenapa aku akur dengan kata-kata dia? Ah! Aku tidak mahu lagi berada dalam kekeliruan. Aku perlu tahu kenapa dia beria-ia mahu menikahi aku. Gadis yang begitu banyak kelemahannya. Gadis yang tak pernah pun ambil peduli pasal dia malah aku tak pernah mengenalinya secara dekat sebelum ini. Oleh sebab itu aku perlu tahu. Aku ni sekadar pelengkap hidup dia yang sememangnya lengkap tu ke? Ye lah. Semuanya dia ada. Yang kurang, cuma isteri. Lagi-lagi umur dia yang dah masuk 30-an. Entah-entah aku ni pilihan dia yang terakhir.
"Hmm.... awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" ayat pertama yang keluar dari rongga mulutku setelah bergelar suami isteri.
"Laa.. Sebab tu je ke. Zahrah cuma nak tahu tu je? Tu yang Zahrah diam membisu dari tadi?", ujar sang suami diikuti ketawa kecil.
"Awak, saya tanya kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanyaku dengan nada yang lebih tegas.
"Hmm... Zahrah nak Abang jawab macam mana? Biar Abang jawab asalkan isteri Abang senyum," soalanya kembali dengan lemah lembut.
"Awak, saya tak main-main ni. Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak kahwin dengan saya?" bentakku.
"Okay. Abang akan jawab. Tapi, sebelum tu boleh Abang tahu kenapa Zahrah kahwin dengan Abang?" Soalnya pula seakan ingin menjeratku kembali.
Terkaku kelu lidahku mendengar ungkapan balas darinya. Ya, kenapa aku mengahwininya? Kalau aku tidak mahu, boleh saja aku katakan tidak. Tapi, kenapa aku terima? Kenapa aku tidak membantah di saat ibu dan ayah menjodohkan aku dengan dirinya? Apa yang membuatkan aku tertarik dengan si dia? Sebab wajahnya kah? Atau sebab kebijaksanaan si teruna? Atau mungkin kerana keimanannya? Aku tidak tahu. Aku keliru.
"Kenapa Zahrah membisu?" tanya si suami membuatkan aku tersedar.
"Saya tanya awak dulu kan! Awak jawab je lah! Jangan nak ubah topik boleh tak?" Bentakku sudah hilang sabar kerana terasa seolah      sedang dipermainkan.
Dia agak terkejut dengan nada ku yang tinggi itu. Namun dia tidak marah. Yang menghairankan ku lagi, dia cuma tersenyum.
"Abang kahwin dengan Zahrah sebab Allah," ujarnya ringkas tetapi seakan penuh makna.
"Awak, dari dulu sampai sekarang itu je yang awak kata. I need your explanations! Please, I need to know the truth. Stop fooling around with God's name, boleh tak? Kalau awak nak menarik perhatian saya dengan jawapan awak tu, fine! You've made it! Saya tertarik bila dengar awak cakap macam tu. Tapi, sekarang please lah! Since, kita memang dah sah jadi husband and wife, I need to know why. And by saying that, I mean, explanation. saya tak nak hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam sangkaan yang awak kahwin dengan saya sebab saya ni last choice. I'm tired of being the person who people i'll turn to bila diorang tengah lonely. Bila diorang dah tak ada tempat lain untuk mengadu, untuk berseronok, untuk bergelak tawa, baru diorang nak cari saya. Saya penat diperlakukan sebegitu. Awak faham?" jawabku panjang dan keras.
Ku palingkan mukaku darinya. Entah kenapa aku begitu takut untuk berkata kasar tepat pada wajahnya. Entah kenapa secara automatik aku berkata begitu tanpa ada sedikit pun keberanian memandang mukanya.
Sekali lagi, dia mengalihkan wajahku tepat memandang wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tiada langsung bara kemarahan yang dapat dilihat dalam irisnya.
"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada," balasnya lembut penuh hikmah dengan makna yang amat mendalam.
Kata-katanya lagi sekali membuatkan flood gate ku mula penuh hanya menanti masa untuk dirembeskan. Aku benar-benar kaget mendengar ucapannya. Seketul organ yang aku bawa selama ini, yang aku jaga daripada dipermainkan oleh mana-mana insan yang bergelar lelaki bagaikan ditusuk dan dirobek-robek halus oleh kata-katanya. Sinis sungguh arjuna ini! Mentang-mentang aku sudah sah menjadi isteri, boleh pula dia suka-suka hati cakap macam tu kat aku. Indah khabar dari rupa sungguh! Mahu sahaja aku tampar mukanya. Namun, entah kenapa badanku terus diam kaku. Seakan-akan masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirnya.
"Zahrah nak tahu kenapa Abang kahwin dengan Zahrah? Jawapan Abang memang takkan berubah, sayang. Tidak kiralah macam mana pun Zahrah tanya Abang, jawapan Abang tetap sama. Abang kahwin dengan Zahrah kerana Allah. Allah yang menentukan jodoh kita. Rusuk Abang, ada pada Zahrah. Jadi, siapa yang dapat melindungi hati Abang melainkan Zahrah? Mungkin Zahrah fikir kita tidak secocok. Tapi, ini semua perancangan-Nya, Zahrah. Kecantikan Zahrah, kebijaksanaan Zahrah, kemewahan Zahrah, itu semua tidak menarik Abang kepada Zahrah. Apa yang menarik Abang pada Zahrah adalah Allah. Segalanya telah Allah tentukan. Bila kita lahir, bila kita meninggal, siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki kita, semua itu Allah telah tetapkan, sayang," tutur suamiku ikhlas.
Sekali lagi, kata-katanya menusuk kalbuku. Kali ini, air mataku tidak dapat dibendung lagi. Tersedu sedan aku menangis mendengar kata-katanya. Terus dipeluknya aku erat. Saat ini, aku terasa nyaman. Selamat sungguh aku rasa dalam pelukannya. Biarpun tangisan ku semakin menjadi-jadi, tapi hatiku seolah-olah mendapat satu ketenangan yang tidak dapat aku ungkapkan.
"Apa yang boleh Abang katakan, Abang tidak mungkin akan mengungkapkan kata-kata seperti orang lain. Bermanis mulut mengatakan isterinya begini begitu, menjawab persoalan mengapa dia mencintai isterinya dengan memberikan pelbagai perumpamaan. Abang tidak mampu melakukan semua itu. Tapi, kalau itu yang Zahrah mahu, Abang usahakan. Dengan izin-Nya, insya-Allah, Abang cuba. Tapi, tolong jangan terus menerus mempersoalkan ini dan itu. Ini semua kehendak Yang Maha Esa, sayang. Kita Muslim, kepercayaan kepada Allah adalah asas. Itu tonggak kebahagiaan kita dunia akhirat. Abang harap, Zahrah faham. Kita hidup atas dunia ni sementara," pujuknya tatkala melihat aku mulai menangis.
"Ta....tapi..... Abang tak kenal pun Zahrah... Abang tak pernah tahu pun hati budi Zahrah," aku cuba menduganya dalam sedu-sedan.
"Sekarang pun, kita boleh kenal antara satu sama lain kan? kita dah jadi suami isteri, lebih mudahlah Abang nak kenal isteri Abang, tak gitu?"
"Ta....tapi..... Abang tak tahu siapa Zahrah. Zahrah ni jahat. Abang baik. A..." aku masih ingin menduganya. Aku mahu dia tahu aku bukanlah sebaik dirinya. Aku tidak setaraf dengannya.
Dilekapkan jari telunjuknya ke bibirku. "Tiada siapa yang boleh menentukan kebaikan seseorang melainkan Allah, sayang. Tiada seorang pun. Hanya Allah yang selayaknya untuk memutuskan siapa yang baik, siapa yang tidak."
Kualihkan jari runcingnya dari bibirku, lantas ku pandang wajahnya. Memang benar kata orang, memang sejuk mata memandangnya. Dia masih kelihatan begitu tenang biarpun aku sudah mengasarinya. Hebat sungguh arjuna ini mengawal emosinya. Aku mengerti jika dia marah. Sudahlah baru sahaja selesai resepsi, penat masih belum hilang, tak semena-mena isterinya pula buat hal. Kagum sungguh aku dengan lelaki yang telah selamat menjadi suamiku.
"Abang, Zahrah minta maaf. Zahrah tak bermaksud nak berkasar dengan Abang. Tapi, bila ada yang mempersoalkan sebab kita berkahwin, Zahrah jadi keliru. Sungguh" ujarku terketar-ketar dalam tangisan.
Suamiku hanya mendiamkan diri. Dibelainya aku perlahan dengan harapan dapat menenangkan aku.
"Abang sendiri tahu, Zahrah tidaklah secantik mana, tidaklah sebijak mana. Mahu dibanding dengan gadis yang pernah Abang temui, mungkin Zahrah tidak langsung setaraf dengan mereka. Lagi-lagi kita tidak pernah keluar bersama. Alih-alih, kita nikah. Mestilah timbul curiga dalam hati orang" terangku satu persatu.
"Zahrah, sudahlah tu. Abang faham Zahrah inginkan penjelasan. Memang Zahrah berhak tahu kenapa abang berkahwin dengan Zahrah. Im marrying you because of Allah and the answer will remain the same forever. Zahrah percayakan Abang?" Soalnya ingin tahu isi hatiku.
Aku mengangguk tanda setuju.  Tidak ada lagi kalimah yang bisa kususun melainkan ucapan puji bagi Ilahi. Terima kasih, Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengannya. Terima kasih, Azza wa Jalla kerana kau mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang bisa mendekatkanku dengan-Mu. Terima kasih, Ya Allah!
Sumber imej : Google Image

Bersyukur ketika Susah...

Kadangkala kesusahan merupakan perkara yang terbaik bagi manusia. Kesusahan seringkali menyedarkan seseorang akan kebesaran Allah dan menyedarkannya akan pentingnya tolong menolong dan bersedekah, lebih-lebih dapat mengerat tali persaudaraan antara muslim dan saling hormat dan tolong menolong dalam kebaikan.

Di samping itu kesusahan juga dapat menjadi jalan untuk mendekat kepada Allah SWT. Ketika musibah menimpa, keinginan untuk merasa dekat dan selalu mengingat Allah SWT serta kekhusyu’kan dalam beribadah pun meningkat.
Dalam kesusahaan kita dapat muhasabah diri, berapa besar dosa yang telah kita buat yang berakhir dengan penyesalan yang mungkin tidak pernah kita rasakan ketika kita senang.

Sewaktu kita dilimpahi dengan kemewahan kita sering kali kehilangan usaha untuk bangkit, kehilangan upaya untuk mencari jalan penyelesaian agar terlepas dari sebuah masalah, sehingga tidak tahu apa yang harus dibuat. Justeru, bila berada dalam keadaan yang susah kita akan menjadi seorang tegar dan tidak putus asa dalam menghadapi masalah. Di samping itu, keadaaan tersebut akan melembutkan hati kita agar kembali ke jalan kebenaran iaitu jalan yang diredhai.
 
Pada saat ini, suara azan akan dapat menggerakkan hati kita untuk mendekati dan memasuki masjid untuk ikut solat berjemaah, air wudhu yang membasahi wajah kita akan memberikan kesejukan. Kesejukan tersebut terasa menyelinap sampai ke relung hati melebihi dinginnya, sehingga dapat menjadi penawar kegelisahan, menghilang rasa stress yang menyiksa diri.

Ketika terdengar imam membaca “iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”, kita akan tersadar bahawa harta benda yang hilang bukanlah sesuatu yang perlu ditangisi, dan hanya kepada-Nya lah kita memohon pertolongan. Jiwa akan terasa amat sejuk bila kita mengembalikan dan menyerahkan segala sesuatu hanya kepada Nya. Begitu juga ketika mendengar ayat “ihdina ash-shiratalmustaqiim” kita pun ikut meminta kepadaNya untuk ditunjukkan jalan yang lurus sesuai dengan kehendak Nya, berdasarkan pada keredhaanNya. Setelah solat, kita menadah tangan memohon pada yang ESA sehingga pada saat itu kita benar-benar sedar bahawa Dialah satu-satunya harapan kita.

Setelah itu semua, penyesalan pun dirasai, membuat bibir tak mampu berkata. Yang ada hanya isyarat penyesalan, permohonan dan harapan pengampunan. Titis airmata membasahi wajah ketulusan yang selama ini susah dilihat. Akhirnya kita dapat menikmati kesusahan dengan sentiasa ingat kepada Allah.

Namun, kita hendaklah sentiasa memupuk hubungan kita dengan Allah. Jangan sampai kita mengingat Allah hanya ketika kita dilanda masalah, lalu melupakanNya ketika berada dalam kesenangan. Ingatlah Allah bagaimanapun, dimanapun dan dalam keadaan apa sekalipun. Kerana biasanya kesusahan selalu membuat orang lupa mengingatNya. Padahal susah dan senang adalah ujian dari Nya bagi para hambaNya.
Jika kesusahan membuat kita ingat pada Allah SWT dan kesenangan membuat kita melupakanNya, bukankah kesusahan merupakan hal yang terbaik buat kita?????

Tapi na’udzubillah jika kebahagiaan menjadikan kita jauh dari Allah………bukankah begitu…..

Sabtu, 23 Julai 2011

Kurang Follower dan Kunjungan kerana 'BLOG KAU ISLAMIC LAH....'

Salam ukhwah...selamat pagi...

Kunjungan pagi Qaseh ke blog2 kawan-kawan menarik perhatian Qaseh sedikit pagi nie...

Apa yang Qaseh nampak...kebanyakan kawan2 yang mempunyai blog berunsurkan keagamaan, nasihat, kata2 hikmah kurang mendapat sambutan dari segi follower @ kunjugan...kenapa yerk!

Itu Qaseh tak boleh bagi jawapannya....jawapannya ada pada diri korg sendiri...

Bagi Qaseh..blog2 sebegini memberi manfaat kepada Qaseh...

Ya...! Qaseh juga manusia biasa, kadang2 ada membuat salah...

Apabila membaca blog sebegini Qaseh merasakan tenang da mula muhasabah diri...

Sebenarnya Qaseh bukanlah seorg yg perfect dlm hidup ni, bk juga masalah...tetapi Qaseh tidak menganggap itu semua satu musibah...

Kekadang terfikir juga kenapa diri ini di uji sebegitu rupa...(astargfirullah hal-azim)...
Dengan pembacaan di blog2 tersebut dan bila difahami...

Rupa2nya ujian itu adalah kerana kita nie dekat denganNYa...hamba yang disayangiNYa...
Diuji kerana tidak mahu kita lupa siapa kita sebenarnya...

Insyalllah...

Jadi benarlah kata orang...membaca jambatan ilmu...ilmu penguat iman...INSYALLAH...

Lelaki Pilihan Hati...

♥Lelaki yg Baek -->Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA♥
♥Lelaki yg Comel -->Lelaki yg berpakaian baju Melayu dan menuju ke masjid♥
♥Lelaki yg Sweet -->Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah♥
♥Lelaki yg Romantik-->Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari♥
♥Lelaki yg Charming-->Lelaki yg mengingatkan si dia ttg IBADAT♥
 
 
 
 
 
 
 
 
thank my FB friend...sbb bg kata2 nie...

Khamis, 21 Julai 2011

Naik FLIGHT??? Menggerunkan....!!!

Hye...sumer...

Wa...bestnya dapat balik rumah sendiri....walaupun x sebest duk kat hotel berstar2...hahaha


Citer Qaseh hari ni....baru balik dari kedah (Sg Petani + + Alor Setar)...Wala...heheh...korang mesti kata ades...Qaseh dah tak betul...heheh...

Actually nak berterima kasih sangat ngan negeri kedah...kenapa? Hehe...sebabnya, kerana Kedah lah Qaseh dapat naik flight...bukan KEDAH budak yang dalam cerita JUVANA tuh eh...

Untuk makluman korang suma, inilah pertama kali dalam hidup Qaseh sepanjang 26 tahun 1 bulan dan 9 hari dapat naik flight...Qaseh naik Firefly...best siot...

Ades...memula tuh gerun gak...mula2 dia nak naik...kapalterbang tuh sengget...pastu bergegar langgar awan hujan...nak tercabut jantung den...eh bukan...nak tercabut jantung chek ni<<<<<<<ikut gaya loghat org kedah!! haha tak bleh blah...

Tapi pastu seronok plak jadinya...bila nak turun tuh...diorg padam sume lampu dlm flight...jd bila tgk kat bwh...lawa kot!!! kalau waktu tu ada kamera akan ku rakam keindahan ciptaan Allah s.w.t itu...berwarna warni...lebih kurang mcm gmbr bwh nie...

Saat paling menggerunkan tiba...bila tayar flight tuh jejak je kat muka bumi...korg akan rasa jantung korg nk tercabut...hahaha....rasalah...korg mesti sukanya pastu...

So...next outstation Qaseh rasa nk naik flight lagi..nak merayu kat bos...boleh lah bos eh..eh...hehehe....

Next week Qaseh g kuantan plak...so...klu ada rezeki leh naik fght lagi...korg doa2kan ok...

Jumaat, 15 Julai 2011

Siapa aku dihatinya Siri 7

          Qaseh menjerit kesakitan, dia tidak sanggup diperlakukan sebegitu rupa. Wajah Saiful Azri, bekas kekasihnya menjadi mimpi ngeri di dalam tidurnya. Sakit yang tidak terhingga apabila ditindih, di ragut maruahnya. Apa yang mampu dia buat, hanyalah menangis dan merayu minta dilepaskan. Namun, lelaki yang menodainya itu semakin rakus dan menyeksa batinnya. Qaseh tidak tertahan lagi, dia ingin menjerit tetapi suaranya tersekat. Dia mecuba sekali lagi dan akhirnya suaranya keluar juga. "Tidak!!!"

          "Qaseh! Qaseh! Bangun Qaseh. Aku ni, Liza!" Liza memanggil nama Qaseh sambil menggenggam tangannya.

          Terkejut Liza apabila mendengar Nur Qaseh Elena menjerit sebegitu rupa. Hari ini adalah masuk hari ketujuh Qaseh tidak sedarkan diri sejak dia ditimpa kemalangan di hadapan kompleks membeli-belah PKNS. Liza menyalahkan dirinya ketika Qaseh ditimpa malapetaka itu. Baginya, dialah penyebab terjadinya perkara itu. Kalaulah dia tidak mengajak Qaseh kesitu dan mencipta pertemuan yang dirancang olehnya bersama abangnya Shah. Namun, nasi telah menjadi bubur. Dia bersyukur kerana Qaseh telah sedar.

          "Aku kat mana ni?" tanya Qaseh sambil memegang kepalanya yang sakit. Kepalanya terasa berat. Dia cuba bangun namun dihalang oleh Liza.
          "Kau kat hospital. Aku minta maaf Qaseh. Aku yang menyebabkan kau ada kat sini. Aku minta maaf Qaseh!" Liza bersungguh-sungguh meminta maaf kepada Qaseh.

          "Apa kau cakap ni Liza? Macamana aku boleh ada kat sini?" tanya Qaseh apabila melihat Liza meminta maaf sebegitu rupa sehingga mengalirkan airmata.

          "Kau tak ingat ke Qaseh? Kau kan dilanggar motor sewaktu melintas jalan selepas berjumpa dengan abang aku Shah. Kau tak ingat ker?" tanya Liza kehairanan sambil menyapu airmatanya. Mungkin Qaseh masih bingung tentang apa yang telah berlaku padanya 6 hari yang lepas.

          Qaseh mula mengingati saat Liza mengajaknya keluar untuk bershopping, berjumpa secara tidak sengaja dengan Shah iaitu abang Liza. Shah meluahkan perasaannya pada Qaseh dan akhirnya dia terdampar disini.

          Shah! Ingatan Qaseh terus kepada Shah. Entah kenapa dia rindu wajah itu. Senyuman jejaka itu yang manis. Dia akui yang dia selesa dengan jejaka itu. Wajah Shah yang manis memancarkan ketenangan dijiwanya.

          Namun, saat jejaka itu meluahkan hati padanya...Qaseh resah, bimbang jika jejaka yang dipujanya di dalam diam itu tidak dapat menerima dirinya seadanya. Qaseh sedar kekurangan dirinya.

          "Assalamualaikum..." Qaseh tersedar dari lamunan apabila terdengar orang memberi salam. Dia menoleh ke arah suara itu dan dia terdiam tidak membalas salam tersebut. Dia menjadi malu sendiri.

          "Kenapa dia hadir setiap kali aku memikirkan dirinya?" tanya Qaseh kepada dirinya sendiri.
          "Qaseh...alhamdulillah! Qaseh dah sedar. Adik! Bila Qaseh sedar? Kenapa tak bagitahu abang?" Shah bersyukur melihat gadis yang disayanginya itu telah sedar dari lenanya yang panjang. Dia bertalu-talu menyoal Liza.

          "Baru je bang...Qaseh menjerit waktu tersedar tadi. Tapi, alhamdulillah dia dah sedar." balas Liza kepada Shah, abangnya.

          "Syukur...macamana rasa sekarang Qaseh? Sebelum Qaseh jawab soalan Shah, Shah nak minta maaf pada Qaseh. Disebabkan Shah, Qaseh ada kat sini." Shah menyesal dengan perbuatannya. Dia tidak patut meluahkan perasaannya pada Qaseh.

          "Saya ok je...cuma kepala ni berat sikit. Terima kasih sebab ambil berat. Awak tak salah pun...saya yang tak berhati-hati. Saya pun nak minta maaf sebab tinggalkan awak macam tu je semalam..." Qaseh membalas sambil menundukkan kepalanya. Dia telah melukakan hati jejaka itu. Dia tahu.

          "Semalam?" Liza pasti yang Qaseh tidak menyedari yang dia telah tidak sedarkan diri selama 7 hari.
          "Qaseh....kau tak sedarkan diri dah hampir seminggu. Kemalangan tu enam hari yang lepas....kau tak tak?" terang Liza bersungguh.

          "Hah! Seminggu? Kau biar betul...jadi...aku dah seminggulah kat hospital ni?" Qaseh bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
          "Kenapa lama sangat? Doktor kata apa? Aku ok ker?"soal Qaseh yang masih tidak puas hati. Sambil menahan sakit di kepala Qaseh menyoal Liza bertalu-talu.

          "Ye, dah seminggu! Doktor kata kau ok. Cuma kepala kau terhantuk sedikit. Ada pendarahan kecil kat kepala kau. Namun, disebabkan kepala adalah kawasan sensitif...jadi doktor tak dapat pastikan bila kau boleh sedarkan diri." terang Liza kepada Qaseh.

          "Liza....dah lah tu, bagi Qaseh rehat." Shah mengarah Liza untuk berhenti berborak dengan Qaseh bagi membenarkan Qaseh berehat.

          "Eh....tak pelah awak....saya rindu nak borak ngan Liza ni! Seminggu saya tak sedar kan...!" Qaseh menjawab bagi pihak Liza.

          "Qaseh, awak kena rehat. Awak baru je sedar." Shah membalas kata-kata Qaseh dengan lembut.
          "Adik...adik boleh balik rehat kat rumah. Biar abang pulak yang jaga Qaseh ok!" Shah menyuruh Liza sambil mengambil tempat disisi Qaseh.

          Qaseh menjadi tak keruan. Mamat ni nak jaga aku kat sini? Biar betul? Liza....janganlah kau pergi. Kesianlah kat aku. Qaseh memohon pada Liza didalam hatinya. Dengan harapan, Liza faham isi hatinya.

          Qaseh sebenarnya masih malu dengan perbuatannya meninggalkan Shah seminggu yang lalu. Tidak sopan fikirnya. Dia juga risau jika Shah mengulangi semula luahan perasaannya. Dia serba salah. Hendak disuruh Liza tunggu, tetapi kasihan dengan kawannya itu. Pasti penat menjaganya sepanjang seminggu. Biarlah...lagipun mamat ni bukan makan orang. Fikir Qaseh.

          "Qaseh...aku balik dulu ye! Abang...jangan nakal-nakal. Jaga kawan orang baik-baik tau...!" Liza meninggalkan pesan pada abangnya sambil berlalu pergi.

          Kini, hanya tinggal Qaseh dan Shah didalam bilik pesakit itu. Qaseh tidak tahu apa yang hendak diborakkan dengan jejaka itu. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk memulakan bicara.

          "Awak...boleh saya tanya sesuatu?" Qaseh menyoal Shah dengan nada yang rendah.

          Shah yang tersentak kerana dengan tiba-tiba Qaseh menyoalnya menjawab "Ye...ye...tanya jelah."

          "Pasal kejadian kat PKNS tu....awak serius ker?" soal Qaseh.

          "Kenapa awak tanya macam tuh? Awak tak percaya apa yang saya bagitau awak hari tu?" Shah menyoal Qaseh pula.

          "Bukan macam tu, cuma saya nak tahu satu perkara. Mana awak tahu pasal saya? Kisah silam saya?" Qaseh masih menyoal Shah.

          "Liza....liza yang bagitahu semua pada saya. Saya yang paksa dia bagitahu. Maafkan saya!" terang Shah kepada Qaseh.

          "Kenapa awak nak ambil tahu pasal saya? Penting sangat ke awak nak tahu semua tu?" Qaseh masih mahu menyoal Shah. Airmatanya mula bertakung dimata. "Atau awak sengaja mencari kelemahan saya agar boleh bersimpati pada saya?" soal Qaseh lagi.

          "Qaseh..."panggil Shah perlahan.
          "Shah tidak terniat langsung seperti yang Qaseh fikirkan. Shah menyayangi Qaseh seadanya. Shah tidak kisah siapa Qaseh yang dulu. Bagi Shah, yang penting adalah Qaseh yang sekarang. Shah menyintai Qaseh kerana Qaseh adalah Qaseh. Bukan orang lain. Shah menyintai segala-galanya yang ada pada Qaseh. Shah tak perlu mengubah Qaseh seperti yang diinginkan oleh Shah. Kerana bagi Shah, tidak semua orang sempurna termasuk Shah. Setiap manusia ciptaan Allah s.w.t ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Siapa Shah untuk mempertikaikan ciptaanNya...."terang Shah dengan panjang lebar.

          Airmata Qaseh tidak dapat ditahan lagi. Dia terharu dengan kata-kata Shah yang kedengaran ikhlas di telinganya. Baginya, Shah adalah jejaka yang pertama berkata sebegitu rupa kepadanya. Tapi, Qaseh masih tidak mahu merendahkan egonya bahawa dia juga menyintai jejaka itu. Dia takut...takut untuk mengharap.

          "Tapi Shah...awak tahu siapa saya! Saya tak layak untuk awak. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik juga. Tapi saya....bukan wanita yang baik!" Qaseh masih mahu merendahkan dirinya.

          "Baiklah kalau Qaseh kata begitu...jadi, wanita yang tidak baik itu hanya akan dipilih lelaki yang tak baik juga ke? Kalau macam tu, sampai bila-bila wanita itu takkan jadi baik lah. Siapa nak bimbing dia? " balas Shah penuh berhikmah.

          Qaseh terkedu dengan jawapan Shah itu. Ada kebenaran kata-kata Shah itu. Qaseh mendiamkan diri. Dia malu untuk menyoal Shah lagi.

          "Qaseh rehat dulu ye!" kata Shah dengan tiba-tiba.
          "Shah nak pergi ke surau. Nak solat Asar." kata Shah lagi.

          Qaseh hanya diam, dia berpura-pura menutup mata agar Shah tidak dapat melihat matanya yang merah kerana menangis tadi. Namun dalam hatinya berkata "Lekas ye Shah!" walaupun tidak didengari oleh Shah.

Selasa, 12 Julai 2011

Banyak Betul Tangga!!!

Salam kengkawan...

Ades...sory sebab lama tak update...bz ngan kursus kat INTAN...ble cakap pasal INTAN per yang korang pk??? Hahah...betul....dewan makan nun diatas bukit....ades...huhuhu...tapi yang paling korang terkenang sekali mesti sebab bila turun banyaklah tangga korang kena tempuh...

Hehehe...waktu nak naik, diorg bagi bas...tapi bila turun kena lah turun sendiri k....banyak cantik korang...lepas makan axcersise lah cikit kan...turun tangga jer kot..bukan kena naik tangga....

Agak-agak korang lah kan...bleh ker INTAN nie masuk malaysia book of record...tangga terbanyak...mengalahkan tangga batu caves...heheh...

Neway....kursus tetap kursus...lama2 Qaseh pun leh kurus...heheh...



Sabtu, 9 Julai 2011

Tuntutan Ambiga Melalui IFC

Ini Qaseh dapat dari kawan-kawan di FB...

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

By: Abdul Shukur Mohamad

Benarkah apa yang disampaikan ini?? Adakah BERSIH satu lagi mainan Politik??? Atau ada yang menggunakan nama BERSIH untuk kepentingan sendiri....
Tolong kawan-kawan...jangan tersalah pilih...

BERSIH sebenarnya TAK BERSIH!

Banyak rancangan tergendala gara-gara BERSIH nie...ades...ramai kengkawan merungut jalan sesak....sampai ke luar ibu kota...gara-gara jalan ke Ibu Kota ditutup dan dilencongkan...

Kawan Qaseh yang hanya kerja sebagai kerani pentadbiran di Bukit Aman kata dia kena kerja hari nie....
Oklah tue...kerajaan bayar OT apa...free-free dapat OT kot...Qaseh pown nak...heheh...

Tapi.....sedih bila tgk gambar2 kawan2 photographer di FB...kebanyakannya menunjukkan gara-gara BERSIH nie..keadaan jadi TAK BERSIH...Qaseh tak tau kat mana salahnya....

Ini gambar dari one of photographer malaysia...abg Zainal Halim...(pinjam tau abg ZH...heheh.)

sampai bedarah dipukul polis
Tak payah lah tendang dari belakang...
8 tuntutan BERSIH
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Yang ini pulak dari Aji one of Fotomedia Malaysia Photographer...
BERSIH yang dikatakan media tidak mendapat sambutan

orang ramai mula berkumpul untuk berarak...

Kumpulan baju merah (PATRIOT) yang melanggar pertahan FRU...lakonan ker???

Dari gambar-gambar diatas...korang boleh buat keputusan sendiri kan...ini bukan gambar dari media...tetapi gambar yang ditangkap oleh photographer persendirian...

Korang pk lah sendiri...yang mana patut korg ikut???

Geramnya Tgk Citer Nie!!!

Wanita nisbah lelaki didunia adalah 37:1.....betul ker??

Betullah tuh....di Malaysia sendiri wanita nisbah lelaki adalah 12:1....heheh..

Patutlah ramai yang berpoligami ye tak...sebab wanita2 kat luar tu desperate sangat nak kahwin...lelaki kurang...

Hahaha...tak da lah desparate sangat....itulah namanya jodoh yang ditakdirkan Allah s.w.t....kita hanya merancang...tetapi Allah s.w.t adalah perancang yang lebih baik kan....

Tapi geram sangat bila tgk cerita 3,2,1 Cinta nie...adeh...ingatkan dia couple ngan si Nazril...rupanya ngan si Ayam...hehehe...pe2 pown...comei citer nie...


Jumaat, 8 Julai 2011

Nyampah nya Ngan Belog Ni!!!

Herm...tu lah komen yang ada sesetengah pembaca bagi kat Qaseh??

Diorang kata..."Kenapa tak buat belog lain untuk Novel2 awak tu?? Semak kat sini..."

Apa Qaseh nak jawab?? Jawab sopan ke...atau kureng punya jawapan...kalau kureng nya jawapan nanti roang kata Qaseh x cukup ajar plak...Ish..ish...mak ayah dan bagi ajaran yang cukup kat Qaseh tau! Tu yang Qaseh leh tahan marah lagi nie...

kredit: Google


Nak tanya skit kat orang yang komplen tu...Ni belog sapa?? Sapa owner dia?? QasehSuci kan...

Jadi...ske hati Qaseh lah nak tulis apa yer tak...mengarang novel tuh salah satu bakat yang Qaseh ada...kalau Qaseh sia-siakan bakat yang Allah taala bagi...nampak sangat Qaseh nie tak reti bersyukur...

Lagipun...kalau nak baca...bcalah...tak nak baca...tak yah baca...senangkan...tak yah susah-susah...
Entah-entah yang komplen tuh memang suka baca novel Qaseh tak??? Hehehe...

Korang saja jerk kan...harap2 macam tuh lah...Qaseh nak berfikiran positif...
Anggaplah itu sebagai satu pembakar semangat Qaseh...ramai lagi kengkawan kat luar sana yang nak baca novel Qaseh...Betul tak??? Sapa setuju gigit jari kaki...heheh

Oklah...repulang pada korg...Qaseh tak paksa korg baca...tapi kalu korg tak baca rugi woo...heheh...selamat membaca...

Tomok!!! Kenapa kau tinggalkan aku???

Pergh!! Tajuk...leh wat Qaseh kena saman ngan Tomok beb...

Alahai...dulu pernah lah minat kat Tomok ni...Waktu zaman-zaman mude remaje...zaman lagu 'Sejarah Mungkin Berulang'...ades...nostalgia lagu tuh...minat sangat dulu...sanggup simpan duit nak beli CD ngan Kaset dia lah sebeb ada Poster free...heh!

Skung tak lagi...minat cenggitu jerk...actually sebenarnya ada satu rahsia pasal Qaseh ngan Tomok...korang nak tau per?? Kami satu sekolah lah...Sekolah Menengah Cheras...kat mana?? Kalau korang pernah gi Downtown kat Cheras mesti kroang perasan kat situ ada sekolah...

Hah!! kat situ lah sekolah kitaorang...and then...kita orang sesama amik kelas musik...tapi rasanya Tomok ni tak perasan pun kat Qaseh....ye tak abang Shah??? Abang?? Uwekk....heheh...dia tua skit dari Qaseh tu yang panggil abang tuh...

kredit:google


Adeh...adeh...dah lari topik dah nie...actually abnrnya nak citer pasal Tomok dah sah jadi suami orang...
Comei kot isteri dia...ades...kalahlah Qaseh camni...hehehe...

Tahniah abang Shah (Tomok) sebab dah jadi suami orang...Eh..eh...korang tak percaya ker Qaseh kenal si Shah ni?? Ni malas nie...tak baik tau bohong2...dosa...

Qaseh ada gambar abang Shah sewaktu tengah wat latihan kat kelas musik kat SMK Cheras...nanti Qaseh upload...bukan tipu tau...ni betul-betulnya gambar...waktu hari anugerah cemerlang pun ada...maulidur rasul pun ada...tapi...abang shah mesti tak ingat Qaseh punya...

Sebab tingkatan 3 Qaseh dah tukar sekolah dah...alamak...dah panjang dah entri nie...klu korang tak percaya...nnti Qaseh upload gmbr k...tapi tak leh byk2 nanti kena saman plak...(minta kebenaran yer Tomok) jangan saman Qaseh sudah...bebudak nie tak percaya...

Adlin Aman Ramli Dan Emelda Romantik???

Salam korang...

Malam tadi tgk tak rancangan Semanis Kurma? Tak tengok...rugilah korang...sebab ada Adlin Aman Ramli ngan Emelda isterinya...sweet sangat muka Emelda...ske tgk...

Bestmya kalau dapat suami macam Adlin kan...ada sense of humor...pandai berlawak...mesti pandai jgk ambil hati Emelda...

Tgk cara dia cakap pun dah tau yang Adlin seorang yang tegas tetapi penyayang...alahai...tak per abang Adlin...muka tak hensem...tapi hati mau baik jugak!!!

Tahniah kak Emelda sebab dapat suami macam abang Adlin...semoga berbahagia selalu...

Siapa aku dihatinya Siri 6

          "Maafkan saya sebab marahkan awak tadi!" ucap Qaseh sambil menundukkan mukanya dan  memandang air minuman didepannya. Rasanya tak tertelan air Pepsi yang di ordernya itu. Merah padam mukanya apabila mengingat peristiwa tadi.

          "Eh, tak per...saya yang patut minta maaf! Dah lah saya langgar awak, lepas tu nak berebut telefon dengan awak pulak." kata Shah memandang Qaseh yang sedang tertunduk malu.

          "Awak buat apa kat sini?" tanya mereka berdua serentak. Sebentar kemudian kedua-duanya tertawa kecil.

          "Oklah...ok, awak tanya dulu." Shah menyuruh Qaseh memulakan bicara.
          "Tak pe lah, lagipun awak dah tahu saya nak tanya apa." Qaseh tersenyum menampakkan giginya yang putih. Shah hanya tersenyum manis. Senang dia melihat gadis idamannya itu tersenyum girang. Senyap.

          "Qaseh sihat? Kaki dah baik dah?" Shah memulakan bicara.

          "Dah! Alhamdulillah. Saya nak terima kasih kat awak sebab sambut saya kat tangga hari tu. Kalau tak, mesti lagi teruk saya sakit. Entah patah ke, berdarah ke...ye tak?"

          "Kasihmu diterima! Tak yah lah cakap macam tu. Untuk awak saya sanggup buat apa pun!" Shah menjawab selamba.

          Qaseh yang mendengar Shah berkata begitu terdiam tak terkata. Qaseh hairan dengan kata-kata Shah dan nada yang berubah tiba-tiba. Peliklah. Nak berlawak pun biarlah bertempat. Nanti aku terperasankan siapa susah? Dia jugak yang susah. Haish...

          "Awak! Kenapa tenung saya macam tu? Releks ok...saya memain je. Janganlah serius sangat...." Shah ketawa kecil melihat muka Qaseh yang serius.

          "Nasib baik main-main je. Boleh gugur jantung saya bila dengar awak cakap macam tuh!" kali ni giliran Qaseh melawak pulak.
          "Kalau gugur, saya sambut ok!" Shah membalas kata-kata Qaseh. Qaseh kembali  tersentak.

          Kenapa dengan dia ni? Qaseh tertanya-tanya dalam hati. Kata-kata dia penuh makna yang mendalam. Atau hanya perasaan aku sahaja. Qaseh melihat muka ceria Shah sambil kehairanan.

          "Awak tak jawab lagi soalan saya. Kenapa awak ada kat sini?" Qaseh teringatkan kewujudan Shah disitu yang seperti dirancang. Mungkin ini kerja Liza. Teka Qaseh.

          "Adik saya yang ajak datang sini, kebetulan saya datang temuduga kat Shah Alam ni. Bila dia tahu je saya nak datang, terus dia ajak saya datang sini. Tapi, sampai sekarang tak nampak-nampak batang hidung dia." Shah membebel sorang-sorang.

          Dah agak dah! Ini semua kerja Liza. Jaga kau Liza. Balik nanti. Aku geletek kau sampai sakit perut. Qaseh menyimpan perasaan geramnya terhadap Liza. Jangkaannya memang tepat. Jika tidak, bagaimana Shah boleh datang kesitu tanpa diduga.

          "Qaseh!" lembut Shah memanggil nama Qaseh.

          Pada waktu itu, Shah teringin membelai rambut Qaseh yang cantik itu. Ingin mengenggam jari jemari Qaseh yang runcing itu. Ingin mencium dahinya yang luas itu. Tetapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Dia tidak tahu bila dia dapat memiliki Qaseh. Menjadikan gadis itu,  kekasih yang halal disentuh, dibelai, dicium dan dimanja olehnya.

          "Kenapa awak?" tanya Qaseh bila mendengar Shah memanggilnya. Seperti sudah biasa sahaja menyebut namanya. Fikir Qaseh. Padahal baru kenal tak sampai sebulan.

          "Jangan marah Liza yer!" Shah meminta pada Qaseh.

          "Kenapa? Kenapa nak marah Liza pulak?" Qaseh sebenarnya tersentak dengan permintaan Shah itu. Shah seperti tahu yang Qaseh sedang marah kepada Liza. Pelik.

          "Sebenarnya, saya yang minta Liza bawa awak kesini. Kebetulan saya datang ke sini. Jadi saya teringin nak berjumpa dengan awak. Bukan salah dia. Saya yang salah. Dia hanya mendengar cakap saya je." Shah berkata dengan berhati-hati agar tidak tersalah cakap.

          "Awak nak jumpa saya? Kenapa? Ada apa-apa keperluan ker?" Qaseh membalas kata-kata Shah dengan soalan yang bertalu-talu. Gila agaknya mamat ni. Tiba-tiba teringin nak jumpa aku. Qaseh sedikit merasa runsing.

          "Maaf Qaseh...saya tak patut cakap perkara ni. Sebab saya tahu yang awak baru sahaja kenal dengan saya. Tetapi percayalah, saya dah lama kenal awak. Saya tahu siapa awak...kisah awak...masa silam awak..." Shah menundukkan mukanya selepas berkata-kata. Dia tahu yang dia telah terlepas cakap.

          " Kisah saya? Masa silam saya? Siapa beritahu awak semua ni? Apa yang awak tahu pasal saya? Kisah saya?" Qaseh menjadi marah apabila Shah menyebut mengenai masa silamnnya.

          "Awak! Tolong jangan cakap bukan-bukan ok! Jangan cakap benda yang awak tak tahu. Awak siapa nak ambil tahu pasal saya?" Qaseh betul-betul marah. Dia betul-betul tidak suka apa yang baru sahaja Shah bagitahu padanya. Baginya, kisah dia adalah hak peribadi yang tidak perlu diketahui oleh sesiapa.

          "Qaseh....Shah minta maaf! Shah langsung tak berniat untuk menyibuk hal orang lain" Shah memujuk Qaseh.

          "Tetapi, kalau pasal Qaseh...Shah tetap nak ambil tahu. Maafkan Shah...Shah dah lama pendam perasaan ni. Sejak kita masih bersekolah dahulu tahu tak!" Shah memulakan bicara apabila Qaseh masih diam seribu bahasa.

          "Tapi, Shah sedar siapa diri Shah. Tak layak untuk bergandingan dengan Qaseh. Lagipun, pada masa tu Qaseh hak orang lain. Shah bukan jenis yang suka mengambil hak orang lain." Shah mula meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya. Dia kaget. Risau jika Qaseh terusan memarahinya.

          "Apa yang awak cuba nak sampaikan ni? Saya tak fahamlah..."sedaya upaya Qaseh merendahkan suaranya apabila dia menyedari yang dia telah meninggikan suaranya terhadap Shah. Hatinya sayu. Ingin dia menangis semahunya. Tetapi dia malu. Pelbagai soalan timbul dibenak fikirannya.

          "Qaseh..."panggil Shah lembut.
          "Shah dah lama menyayangi Qaseh. Sejak dulu lagi. Shah tak kisah siapa pun Qaseh. Kisah silam Qaseh. Yang penting adalah Qaseh yang sekarang. Shah benar-benar menyayangi Qaseh. Shah akan terima Qaseh seadanya. Kalau boleh...ingin Shah jadikan Qaseh permaisuri hati Shah...yang halal untuk Shah sayangi...." Shah menyusun kata-kata agar tidak menyinggung perasaan Qaseh lagi.

          Apabila mendengar Shah berkata begitu, Qaseh terus bangun dari kerusinya dan berlalu pergi. Laju langkahnya. Dia menyusun langkah kemana sahaja kemahuan kakinya. Dia tidak boleh berfikir lagi. Kata-kata Shah benar-benar menyentuh hatinya. Dia melangkah tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memandangnya.

          Terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya. Tidak dihiraukan panggilan itu. Dia melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Hampir-hampir Qaseh dilanggar kereta. Tetapi, pemandu tersebut sempat menekan brek.

          Namun, nasib tidak menyebelahi Qaseh. Sebuah motosikal Honda yang melalui sebelah kereta tersebut tidak dapat mengelak dan melanggar Qaseh. Qaseh terjatuh dan kepalanya terasa seperti terhentak sesuatu. Qaseh merasakan kepalanya berpusing dan menjadi kelam perlahan-lahan.

          Dalam pada masa yang sama, dia dapat melihat wajah Shah yang risau sambil memangkunya. Sebelum Qaseh menutup mata dia sempat menyebut nama 'Shah'.

Siapa Aku Dihatinya Siri 5

          "Hoi...makcik! Mengelamun pulak dia. Kita duk membebel kat dia, boleh plak dia bantai termenung. Kau ingat kat siapa hah?" tegur Qaseh apabila melihat Liza tidak menjawab pertanyaannya sambil mencuit di pinggang Liza.

          "Oh mak kau...mak kau kat kebun! Eh...eh.."Liza yang sememangnya seorang yang kuat melatah terkejut apabila Qaseh mencuit pinggangnya. "Aduh...kau nie kenapa? Aku pantang betullah orang cucuk pinggang aku. Nasib baik kat rumah, kalau kat public tak tau lah aku bersilat ke apa..." bebel Liza kerana terkejut dengan cuitan Qaseh itu.

          "Marah orang pulak! Dah kau duk mengelamun sengsorang. Buat habis air liur aku je membebel dekat kau. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan." marah Qaseh bersungguh.

          "Beb...jangan lah marah kot! Yelah...yelah aku salah...sorry okeh...! Dah...dah, jangan nak muncung macam platipus tuh...tak comel dah kawan aku nie." pujuk Liza apabila melihat Qaseh muncung. Boleh buat penyangkut baju dah.

          "Tapikan Qaseh...apa kena mengena Zack sepupu aku dengan kau? Takkan dia yang buat kau sampai jadi macam ni? Tak lalu makan minum...mandi pun agaknya tak basah" Liza mula bergurau dengan Qaseh. Liza sememangnya begitu. Pandai memujuk. Kerana itulah Qaseh senang berkawan dengannya.

          "Banyaklah kau punya tak basah kan...Siapa yang tak suka mandi kat sini? Tengok sekarang nie...bangun pagi tak gosok gigi dengan tak basuh muka dah tercongok kat bilik aku kan. Ee...busuk!" Qaseh berpura-pura menutup hidungnya.

          "Yelah, aku pergi mandi. Lepas ni kita keluar nak?" ajak Liza. Tujuannya agar Qaseh tidak lagi termenung. Naik risau dia memikirkan hal kawannya itu.

          "Eh! nak pergi mana?" tanya Qaseh tidak sabar. "Kita pergi...shopping nak? Dah lama kita tak pergi shopping sama-sama kan. Jom! aku belanja kau." balas Liza dengan bersungguh.

          "Kau nak belanja aku? Biar betul? dah dapat gaji ke?" tanya Qaseh kegembiraan.
          "Ah..ah...kan hujung bulan ni. Lagipun aku dapat tips dari klien aku." Liza membalas dengan senyuman yang lebar.

          "Tips? Apa tuh?" tanya Qaseh sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
          "Minggu lepaskan aku flight ke Korea. Klien kitaorang ambil aku jadi pemandu pelancong kat sana. Tu yang aku dapat lebih ni." terang Liza kepada Qaseh. 

          Qaseh sememangnya tidak tahu istilah-istilah yang diguna pakai oleh Flight Attandance ni. Liza yang bekerja sebagai pramugari atau Flight Attandance sememangnya sudah biasa dengan istilah-istilah yang digunapakai oleh mereka apabila menjalankan tugas. Dan kebanayakan istilah tersebut lebih kepada perkataan dari bahasa inggeris.

          "Oh...mana aku tau. Yang aku tahu pita tape jer!" balas Qaseh sambil tergelak kecil. "Dah lah, aku nak mandi. Kau siap cepat tau! Cantik-cantik sikit." kata Liza sambil mengenyit mata pada Qaseh. Liza sebenarnya ada agenda tersendiri mengajak Qaseh keluar bersamanya.

***

          "Kau nak bawak aku gi mana?" tanya Qaseh kehairanan kerana melihat arah tujuan mereka berlainan dari tujuan sebenar. "Ini bukan jalan nak ke KLCC kan? Kenapa? Tak jadi pergi KLCC ker?" tanya Qaseh masih tak puas hati.

         "Kau ni...kenapa? Kau ingat aku nak jual kau ker? Ee..please lah ok...baper sen sangat aku dapat kalau jual kau nie? Heheh..." Liza menyakat Qaseh dan tersenyum hingga ke telinga.

           Dia gembira mengingatkan agendanya sebentar nanti. Mesti Qaseh terkejut fikirnya. Dia ingin sangat menolong kawannya itu. Dia tahu yang Qaseh akan berterima kasih padanya suatu hari nanti. Dia juga tahu yang Qaseh akan marah padanya. Baginya kebahagiaannya kawan karibnya itu lebih penting. Dia tidak kisah lagi jika dimarah oleh Qaseh. Baginya juga kemarahan Qaseh hanya sekejap sahaja. Tidak berpanjangan.

          Liza meletakkan kereta di perkarangan tempat letak kereta di Taman Tasik Shah Alam yang berada berdekatan dengan kompleks membeli belah PKNS. Qaseh hanya mengikut sahaja di belakang Liza. Malas dia nak bertanya lagi. Bila ditanya, macam-macam alasan yang diberi oleh Liza kepadanya.

          Lagipun, Liza yang mengajaknya ber'shopping'. Qaseh tidak kisah dimana pun. Janji Liza belanja fikir Qaseh.

          Tiba-tiba, Qaseh kehilangan Liza dari pandangan matanya. "Haish...mana pulak Liza ni? Tetiba je hilang." Qaseh bercakap sendirian. "Alamak! Aku lupa cas handphone plak. Macamana nak call Liza nie? Hah! Public phone!" Liza berlari anak apabila ternampak pondok telefon di dalam kompleks membeli belah itu.

          Dalam kekocohannya berlari ke arah telefon awam itu, Qaseh terlanggar seorang pemuda yang bertubuh sasa. Qaseh yang memang tengah kerunsingan kerana kehilangan Liza, menjadi marah kerana pemuda itu hanya berlalu pergi tanpa meminta maaf. Langsung tidak menoleh ke arah Qaseh. Pemuda itu juga nampaknya seperti mencari sesuatu. Qaseh yang memang seorang pemaaf tidak mempedulikan perasaan marahnya saat itu. Baginya, kehilangan Liza lebih penting!

          "Maafkan saya!" tiba-tiba Qaseh terdengar suara seorang lelaki dibelakangnya ketika dia sampai di pondok telefon itu. "Boleh saya guna telefon ini dulu?" lelaki itu bertanya kepada Qaseh.

          Namun, Qaseh yang sibuk mencari duit syiling di dalam tas tangannya hanya diam seribu bahasa.

          "Maaf cik! Boleh ke?" lelaki itu masih tidak putus asa bertanya pada Qaseh. Qaseh yang memang tengah kalut kerana kehilangan Liza dan perasaan marah kerana dilanggar tadi menjadikan Qaseh tidak sabar. Dengan segera Qaseh menoleh.

          " Awak ni kenapa? Tak nampak ke saya tengah sibuk ni? Kan kat sana tu ada lagi telefon!" marah sungguh Qaseh kepada pemuda itu.

          Apabila dia mendongak ingin memandang pemuda yang lebih tinggi daripadanya itu, Qaseh menjengilkan matanya. Qaseh terkejut. Jantungnya laju tak tertahan. Matanya bertentang mata pemuda itu. Semakin lama semakin kecil mata Qaseh yang terjengil tadi. Kali ini, airmatanya ingin menitis. Tetapi ditahannya. Mulutnya yang terbuka sikit dikatup kembali. Qaseh tersipu-sipu malu. Hah! itulah. ibu dah pesan banyak kali supaya bersabar. Dah jadi macam ni malu sendiri. Qaseh bermonolog sendirian.

          "Nur Qaseh Elena!" lembut suara itu menyebut nama penuh Qaseh. Qaseh termangu mendengar suara pemuda itu. "Shah!" balas Qaseh. Kedua-duanya diam seribu bahasa. Macamana dia boleh ada kat sini? Malunya aku! Qaseh masih lagi malu dengan sikapnya tadi.

***
        

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail