SHout






Sabtu, 31 Mac 2012

Berpura-pura

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kadang-kadang, kita cuba untuk menjadi diri sendiri...
Tapi, kadang-kadang kita terpaksa berpura-pura...
Namun, jika sikap yang sedia ada memang buruk...
Kita perlulah berubah kepada yang lebih baik..
 
Dan tak semestinya berpura-pura itu sesuatu perkara yang buruk...
Jika ianya dapat menjaga hati seseorg...
Apa salahnya berpura-pura sebentar...

Jumaat, 30 Mac 2012

SEGMEN : Kenangan Terindah ketika Berblog

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Kalau nak cerita kenangan terindah waktu berblog taklah banyak sangat. Tapi, kalau korang nak tahu, mestilah kenangan terindah ketika berblog apabila ramai kawan-kawan blog dtg melawat blog Qaseh dan memberikan C&C..(comen & critic)

Sebagai seorang newbies dalam dunia berblog ni pasti Qaseh alu-alukan C&C dari semua...
Belajar dari kesalah..yang baik buat panduan yer tak?
 
Dan yang paling manis bila Abg Ben Ashaari follow blogQaseh yang tak seberapa nie...
Sonok kan bila Otai-otai lawat blog kita...
Cik Lulu pun pernah lawat blog Qaseh jugak...

Sebelum akhir kata (cewah..)
Qaseh nak jugak tau apa kenangan manis kawan-kawan Qaseh nie...
Ezza
&
Dya

Siapa aku dihatinya Siri 12

Qaseh termenung di atas katilnya. Buku pelajaran dihadapannya tidak langsung menarik perhatian. Dia masih terfikirkan peristiwa petang tadi di kampus. Bila teringatkan peristiwa itu, darahnya menyerbu naik ke muka. Macam-macam perasaan timbul. Marah, geram dan rindu. Rindu? Betulkah dia pun rindukan lelaki itu? Qaseh bertanya dengan hatinya sendiri. Kalau aku tak rindu, kenapa aku masih terbayang-bayang wajahnya dalam setiap mimpiku. Aish, sakit jiwa macam ni.

Seketika kemudian, telefon bimbit yang ada di sisinya mengeluarkan nada lagu 'The Chosen One' dari Maher Zain. Nombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu membuatkan dahinya berkerut.

Siapa pula telefon malam-malam ni?” Qaseh melarikan jarinya di atas papan pemuka telefon bimbit miliknya.

Assalamualaikum...” suara yang keluar dicorong telefon bimbitnya menambahkankan lagi kekerutan didahinya. Lelaki?

Selepas puas berfikir Qaseh menjawab salam tersebut. “Waalaikumsalam...”.

Aik, lambat jawab salam. Tak baik tau lambat-lambat jawab salam. Dalam Islam, bagi salam tu sunat, tapi menjawab salam tu wajib kan...” lelaki tersebut memulakan bicara.

Siapa ni? Saya kenal awak ke?” soal Qaseh. Geram pula. Dah lah tak kenal. Nak sekolahkan orang pula.

Awak dah lupakan saya? Takkan tak kenal saya langsung?”

Qaseh menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adeh, siapa pula lelaki tersebut. Jarang ada lelaki yang telefon dia malam-malam buta begini. Kalau ada pun, mungkin adikknya atau ayahnya. Tak mungkinlah...

Sayalah...Shah!” ujar lelaki tersebut sambil ketawa kecil.

Shah? Shah mana?” seingat Qaseh dia tiada kawan kampus yang bernama Shah. Qaseh betul-betul lupa.

Qaseh, betul awak tak cam suara saya? Saya Shah, abang Liza...” Shah menjawab perlahan.

Ya Allah, Shah! Maaflah saya memang tak cam suara awak. Sorry tau!” Qaseh girang apabila dia betul-betul pasti suara di corong telefon itu adalah Shah. Salah seorang lelaki yang sedang dirinduinya. Mak aih...ramai betul lelaki yang dirindu.

Ye lah, siapalah saya ni awak nak ingatkan saya.” ada nada rajuk di dalam ayat yang dilafaz Shah.

Eh, awak...janganlah macam tu. Seriously saya memang tak cam suara awak. Lagipun, awak dan saya mana pernah cakap dalam telefon.” buat seketika Qaseh dan Shah terdiam. Betul juga. Mereka mana pernah bercakap dalam telefon. Terakhir mereka jumpa lebih kurang setahun lepas sebelum Qaseh menyambung pelajaran. Waktu itu, Qaseh kemalangan di Shah Alam.

Er...awak sihat?” soal Shah memecah kesunyian di antara mereka.

Alhamdulillah...awak?” soal Qaseh kembali.

Alhamdulillah, sihat juga. Qaseh dah makan ke ni?” Shah kebuntuan idea untuk berbicara dengan Qaseh. Sedangkan dirinya yang beria-ia untuk menelefon Qaseh tadi.

Hihihi...awak ni Shah. Mestilah saya dah makan. Awak nak tanya apa lagi? Kalau nak tanya saya dah mandi...of course saya dah mandi, dah solat dan tinggal nak tidur je ni.” balas Qaseh panjang lebar. Dia berseloroh.

Dia tahu Shah kebuntuan idea dan hilang kata-kata untuk berbicara dengannya. Sebenarnya dia juga begitu. Namun, hakikatnya, jauh disudut hati, dia memang teringin untuk berbicara dengan lelaki itu. Kenapa? Dia sendiri kurang jelas dengan apa yang ada difikirannya.

Saya cuma nak ucap selamat ulangtahun kelahiran yang ke 26. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan semoga Allah memberkati Qaseh. Insya-Allah...” ucap Shah tiba-tiba.

Terkedu Qaseh seketika. Airmatanya mengalir tanpa dipinta. Esakan kecil mula kedengaran. Namun, Qaseh menahan agar dia tidak meraung ketika itu. Tiba-tiba dia teringatkan ibunya. Hanya tuhan sahaja tahu betapa dia rindukan ibunya ketika itu. Kalau dahulu, sewaktu remaja, ibunyalah orang pertama yang akan memberi ucapan hari lahir kepadanya. Dan diiringi ayahnya yang membawa kek yang mempunyai lilin bernyala. Oh! Rindu sungguh saat itu. Tapi malam ini...orang lain yang mengucapkan kepadanya.

Awak...hei, awak janganlah nangis! Hari ni kan hari jadi awak. Awak mestilah kena gembira. Janganlah menangis eh...” pujuk Shah.

Terima kasih awak atas ucapan tu. Saya terharu sangat. Terima kasih sekali lagi...” ujar Qaseh sambil menahan esakan.

Eh, tak da apa lah. Saya okey je. Nasib baik tadi saya telefon Liza. Dia yang cakap esok hari jadi awak. Itu yang saya telefon malam-malam ni. Saya nak jadi orang pertama yang ucap selamat hari jadi kat awak. Boleh kan?” soal Shah.

Tapi kan awak...saya dah 27 tahun, bukan 26 tahun” terang Qaseh pada Shah. Dia mahu tergelak sebenarnya. Hilang semua resahnya bila dapat berbicara dengan lelaki itu. Ajaib.

Eh! 27 eh...bukan 26?” Shah mengajukan soalan pula pada Qaseh. Saat itu, dia sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Bukan...dah tua dah!” serentak itu Qaseh dan Shah ketawa kecil. Lucu.

Itu je ke yang awak nak cakap dengan saya?” soal Qaseh apabila kesunyian kembali menguasai mereka.

Erm, tu je kot! Kenapa? Awak tak suka saya telefon? Kalau tak suka tak pe. Saya boleh letak telefon sekarang!” soalan Qaseh itu membuatkan Shah sedikit tidak berpuas hati. Dia seakan-akan ingin berbicara dengan lebih lama lagi dengan gadis itu. Suara gadis itu seperti menyembunyikan beribu masalah yang membuatkan dia teringin sangat mengetahuinya.

La...taklah...saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa dengan awak” ujar Qaseh jujur.

Qaseh membetulkan bantal kepalanya dan dia membaringkan dirinya. Sambil membetulkan rambutnya dia berdehem untuk menyedarkan Shah yang diam sahaja dicorong telefon.

Aa..Qaseh! Boleh tak esok saya nak jumpa dengan awak? Dah lama kita tak jumpa kan. Bolehlah kita berborak-borak.” Shah teragak-agak untuk mengajak Qaseh berjumpa. Dia tidak mahu apa yang berlaku setahun lepas berulang kembali. Kali ini dia berjanji dengan dirinya untuk menjaga percakapannya dan kelakuannya. Tidak sanggup rasanya melihat orang yang dicintai terlantar sakit.

Hah? Nak jumpa? Awak nak jumpa saya kat mana? Kat sini ke?” soal Qaseh bertalu-talu kerana tidak percaya dengan ajakan Shah. Jauh tu, Kedah dan Selangor.

Ye lah, saya nak jemput awak kat asrama awak. Boleh?”

Ya Allah, Shah...jauh tu. Saya kat Kedah. Awak kat Selangor. Beratus kilometer tau tak.” Qaseh masih tidak percaya. Takkanlah semata-mata ingin berjumpa dengannya Shah sanggup datang sejauh itu.

Yup! Saya tak kisah lah awak. Untuk awak. Insya-Allah saya sanggup buat apa je asalkan boleh berjumpa dengan awak. Dan untuk pengetahuan awak, saya memang dah ada kat Kedah ni. Mungkin dalam setengah jam lagi saya akan sampai Sintok. Saya akan cari mana-mana hotel untuk saya menginap malam ni. Esok pagi-pagi saya jemput awak ye. Esok awak takde kelas kan?”

Sekali lagi Qaseh terkedu dengan penjelasan Shah. Tak mungkin. Kenapa dia sanggup buat macam tu semata-mata untuk dirinya. Sebenarnya siapa dia dihati lelaki itu? Qaseh keliru. Adakah Shah masih menyimpan perasaan terhadapnya?

Qaseh? Awak ada lagi ke?”

Ada...ada...sorry. Okeylah awak. Esok saya tunggu awak depan pintu asrama ye!” jawapan Qaseh itu membuatkan Shah tersenyum girang. Rasanya kalau dia tak memandu waktu itu, mahu je dia melompat kesukaan.

Terima kasih, Qaseh. Esok saya tunggu kat depan pagar pukul 10 pagi ye. Okaylah, bye! Assalamualaikum!” Shah mematikan talian telefon sambil tersenyum. Esok adalah hari yang paling bahagia untuk dirinya.

Waalaikumsalam!” jawab Qaseh perlahan walaupun waktu itu talian sudah dimatikan.

Dia terkedu. Pakaian apa yang perlu dia pakai pada hari esok? Seluar atau skirt labuh? Baju kurung? Yup! Baju kurung yang baru aku tempah untuk raya akan datang ni. Hai baju! Nasib kaulah...tak sempat nak jadi baju raya aku. Aku dah rasmi dulu. Hihihi...
 

Rabu, 28 Mac 2012

Si Budak Jalanan

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 






Kita akan mengalir airmata apabila mendengar suara budak lelaki ini...
Sewaktu beliau membuat keputusan untuk menyertai Talent Show iaitu 'Korea's Got Talent' beliau tidak sangka akan dapat menawan hati berjuta-juta penonton di seluruh dunia.

Cerita zaman kanak-kanaknya sangat sedih,
Sewaktu berusia 3 tahun, beliau dimasukkan ke rumah anak-anak yatim
Namun kemudian, beliau melarikan diri sewaktu berumur 5 tahun kerana dipukul oleh seseorang di rumah anak-anak yatim itu.

Pada mulanya dia memberitahu juri bahawa dia tidak boleh menyanyi dengan baik,
Dia hanya menyanyi kerana menyanyi itu membuatkannya gembira
selepas menjalani hidup seharian.
Namun, selepas dia menyanyi suaranya emmukau ramai penonton termasuk juri sendiri.

Sejak melarikan diri dari rumah anak-anak yatim,
Sung-bong Choi menjual 'gums' (tak pasti chewing gum ke apa)
untuk menyara diri...dia hiudp seperti itu selama sepuluh tahun...
Tidur di tempat awam...

Pada suatu hari dia ternampak seorang penyanyi kelab malam
menyanyi dengan penuh perasaaan (ikhlas)
semenjak itu dia mula menyanyi

Dia tidak pernah menjalani mana-mana kelas vocal...
Dia selalu akan pergi melihat orang menjalani kelas vocal
dan kemudian dia akan mencubanya sendiri...
Menarik kan?

Semangat yang ada padanya memang patut kita puji


 

Selasa, 27 Mac 2012

Dapat Bos Baru April Ni!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Alhamdulillah...
Itu yang kami semua boleh lafazkan...
Ini adalah kali pertama sejak 5 tahun yang lepas big bos jabatan kami adalah perempuan...
Insyallah, semua ada kelebihan masing-masing kan...
Lepas ni, kena buat cop nama KSU yang baru,
Nama kat memo kena tukar...
 
Sumber:
Berita Harian Online | Datuk Arpah Abdul Razak dilantik Ketua Setiausaha KPKT


Ahad, 25 Mac 2012

Bahana Tinggalkan Solat!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
kredit : Imam Muda Nazrul

Sabtu, 24 Mac 2012

Adik...adik...Tak der soalan lain ker?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kelakar adik sorang nie...tanya soalan kat Ustaz Azhar Idrus...
Takper...sebab kalau tak jawan nanti dia fikir bukan-bukan pula...
Nasib baik ustaz rajin melayan...
 
 

Siapa aku dihatinya Siri 10 & 11

Qaseh ! Nur Qaseh Elena...!”

Qaseh memalingkan wajahnya kebelakang. Qaseh seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Seorang lelaki yang segak berkaca mata berdiri tepat dibelakangnya. Sejak bila dia ada di Semenanjung? Setahu dia, lelaki itu kini berada di Sabah untuk memperluaskan perniagaan keluarganya disana. Itupun, dia tahu daripada Liza. Tapi, dia tidak tahu pula perniagaan yang macamana. Dia malas nak ambil tahu. Alamak, macamana ni. Dahlah dia keseorangan kerana Tini tak sihat.

Oit! U tengok I macam ternampak hantu je...tutuplah mulut tu. Macamlah I ni pemangsa yang sedang nak baham mangsanya sampai U terlopong macam tu” kata-kata dari Zakri atau Zack membuatkan Qaseh malu sendiri.

Tak sangka boleh jumpa U kat sini kan. U buat apa kat Universiti ni? Don't say u nak belajar lagi” Qaseh merenung Zack meminta jawapan.

Yup! Seratus markah untuk U. Pandailah U teka. I akan ambil Master disini dalam jurusan MBA. So, what r u doing here? U pun student ke kat sini? What a pleasant suprise!”

Zack membuat riak terkejut. Sedangkan memang dia sengaja memilih universiti tempatan tersebut kerana dia dapat tahu gadis pujaannya belajar disitu. Thanks to Liza sebab terbocorkan rahsia Qaseh sedang belajar disitu. Kalau dia mahu, banyak lagi IPTS yang dia boleh pilih di Malaysia. Tetapi dia tetap memilih universiti tempat Qaseh belajar. Bila ditanya oleh Daddynya, dia hanya berkata belajar dimana-mana pun sama. Kononnyalah, tapi ada agenda lain yang menjadi misi Zack. Iaitu mendapatkan gadis pujaannya itu. Dia pasti. Sekeras-keras kerak nasi, kalau letak air lembut juga.

Bukan U kat Sabah ke? I dengar cerita U nak luaskan bisnes daddy U kat sana.” soalan yang diberikan oleh Qaseh membuatkan Zack mula mengerutkan dahinya.

Macamana U tau? U memang take care pasal I eh, tapi U buat-buat tak tau kan.” Zack menyerkap jarang sambil terangkat-angkat keningnya. Nak muntah pula Qaseh mendengar ayat tersebut.

Gatal...banyaklah U punya take care...So, bila U mula kuliah?” Qaseh sengaja menukar topik perbualan. Malas ingin dilayan kata-kata Zack itu.

Wow! U macam tak sabar-sabar nak study ngan I je. Ok jugak tuh kan...ada jugak kawan I nak study nanti, dan mungkin kita akan masuk kuliah yang sama jugakkan...U dan I kan sama-sama amik jurusan bisnes. So, mesti kita akan bertembung dalam mana-mana kuliah nanti kan...” semakin menjadi-jadi miang si Zack.

Cop! Apa U cakap? Kuliah yang sama? Macamana U tau I ambil jurusan apa kat sini? Sapa bagitau U ni? Explain to me!” menyinga Qaseh bila Zack tau apa yang dia buat di Universiti tersebut. Dah tak aman rasanya dia nak belajar disini selepas ini. Dia pasti. Bukan dia tak kenal Zack. Pasti mengekori kemana sahaja dia pergi. Siapalah yang bagitau dia. Ada penyiasat ikut aku ke?

Alamak! Terlepas cakap pula.” Zack berbisik perlahan. Excited punya pasal. Zack tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal. Kemudian dia berdehem sebelum meneruskan “Eh, I bukan sorang belajar kat sini, I ajak kawan I sekali. Meh I kenalkan U dengan kawan I.” Zack ingin mengubah topik perbualan. Dia tau yang Qaseh pasti menyoal dia bermacam-macam nanti. Bukan dia tak kenal dengan Qaseh.

Zack berjalan kearah kereta Mitsubishi Lancer berwarna putih yang berada beberapa meter sahaja dari mereka. Dia mengetuk cermin kereta bahagian pemandu dan berkata sesuatu. Kemudian pintu kereta dibuka dan kelihatan seorang lelaki yang segak dengan suit hitam keluar dari kereta tersebut. Macam nak pergi ofis pula, fikir Qaseh.

Namun, Qaseh tergamam buat kali kedua. Tak mungkin. Kali ini seluruh badannya menggigil, diikuti kepalanya yang semakin berdenyut. Namun, entah kenapa dia tak berupaya untuk melarikan diri dari situ. Kakinya kaku. Dia hanya boleh memerhati dan menanti lelaki bersuit hitam itu berjalan kearahnya diiringi oleh Zack.

Ni I kenalkan kawan baik I, Saiful Azri.” Zack menepuk bahu lelaki tersebut.

Seperti Qaseh, Azri juga terkejut dengan pertemuan itu. Namun, dia hanya berlagak biasa. Azri menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun, Qaseh hanya kaku. Dia ligat berfikir. Sambut atau tidak salam itu. Dia berkira-kira mahu pergi dari situ. Dia mengambil keputusan untuk berlagak biasa. Kerana dia tidak mahu Zack mengesyaki sesuatu. Akhirnya Qaseh menyambut huluran salam itu dan memperkenalkan diri.

Hye, my name Qaseh” sambil tersenyum Qaseh bersalam.

I'm Saiful...Saiful Azri. U can call me Rie”

Tersentap hati Qaseh mendengar kata-kata itu. Sama seperti pertama kali dia mengenali lelaki itu di sekolah 12 tahun yang lalu. Tak mungkin Qaseh lupa kepada lelaki yang pernah dicintainya. Lelaki yang pernah mencuri perhatiannya. Satu-satunya lelaki yang bertahkta dihatinya sehingga kini.

Ya! Lelaki inilah penyebab mengapa Qaseh menolak setiap pelawaan cinta daripada mana-mana lelaki. Dia masih mengharap suatu hari nanti lelaki itu datang kembali kepadanya. Entah mengapa dia sendiri tidak tahu. Dia cukup marah pada satu ketika dahulu dimana Azri sanggup meminta hubungan mereka diputuskan hanya di dalam telefon.

Kewujudan orang ketiga punca segala-galanya. Dia tidak dapat menerima bukan sahaja kerana dia amat menyayangi lelaki itu, tetapi juga kerana dia takut. Takut tiada lelaki lain yang akan mahu padanya yang sudah tidak suci lagi.

Qaseh tidak mungkin lupa peristiwa itu. Manakan tidak, dihari mereka bergaduh sakan di dalam telefon adalah hari Qaseh akan mengambil paper terakhir untuk pengajian diplomanya. Sewaktu Azri menelefon, Qaseh sedang menelaah pelajaran untuk peperiksaan tersebut.

Paling tidak akan Qaseh lupa ialah hari tersebut adalah hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Seperti orang gila, Qaseh menjerit, memekik, memaki Azri di talian telefon. Seluruh isi asrama gegar dengan suara Qaseh yang terjerit terlolong itu. Tiada siapa yang dapat menghalang Qaseh. Kawan-kawan seasrama semua tidak berani ikut campur. Mereka hanya dapat meluahkan simpati dan hanya jadi pemerhati dan pendengar setia. Kerana mereka kenal siapa Qaseh. Dia tidak akan bertindak begitu, jika tiada yang menyakiti hatinya.

Dari mula waktu berbuka puasa sehinggalah tiba waktu bersahur barulah segala-galanya berakhir. Qaseh pasrah. Dia tersedar yang dia telah bertindak keterlaluan. Dia mengakhiri segala-galanya dengan membersihkan badan dan mengambil wuduk serta berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar dikuatkan hatinya menghadapi dugaan tersebut.

Kini, dia berjumpa kembali lelaki yang sama menghancurkan hatinya. Rasa ingin sahaja dia menumbuk muka Azri kerana geram. Apa guna belajar seni pertahankan diri jika tidak dipraktikkan. Nasib baiklah si Zack ni ada. Kalau tidak mahu jadi roti jala si Azri ni Qaseh kerjakan.

Eh! Alamak...Zack, I pergi dulu eh...I dah lambat nak masuk kelas ni. See u later ok. Bye!”

Terus kaki Qaseh melangkah laju. Bukan sengaja dia ingin melarikan diri daripada mereka. Tapi dia memang dah terlambat. Lagipun, dia memang tak sanggup nak berlama-lama disitu. Boleh sakit jiwa dia sebab berpura-pura tak mengenali Azri. Zack dan Azri hanya memandang sepi Qaseh yang semakin hilang dari pandangan mereka.

Beb! Jom kita pergi lunch. Aku laparlah...” rengek Zack kepada sahabatnya itu apabila dia melihat Azri tidak berganjak hampir 2 minit dari tempatnya berdiri kerana melihat pemergian Qaseh. Dia dapat melihat cara Azri memandang Qaseh seperti ada sesuatu diantara mereka. Mungkinkah? Ataupun dia yang cemburu berlebihan.

Ha..ah...! Jomlah...” Azri yang terkejut dengan ajakan itu menjawab dengan terpinga-pinga.

Aik! Lain macam jer aku tengok kau bro. Apesal? Kau pun minat jugak dengan minah tu? Kau jangan...aku yang kejar dia dari waktu diploma dulu pun tak dapat-dapat. Kau nak masuk jarum plak? Macam ni, melepaslah aku...sebab aku tau aku tak leh nak bersaing dengan kau. Kau lebih hebat dari aku bab perempuan ni kan...hihihi!” Zack menepuk-nepuk bahu Azri sambil tersengih.

Ada kebenaran pada kata-katanya. Sejak menyambung pelajaran ke universiti, Azri memang digilai ramai pelajar perempuan di universitinya. Pergi kemana sahaja, pasti ada perempuan yang menegur. Mungkin juga kerana raut wajahnya yang macho, bergaya, stylo ala-ala hero hindustan Shah Rukh Khan.

Kerana itu juga Azri mula hanyut, lupa diri dan lupa tentang Qaseh yang sentiasa menunggunya. Kerana itu juga dia sanggup memutuskan hubungan yang terjalin hampir 6 tahun begitu sahaja. Sedangkan dia tahu, Qaseh telah banyak berkorban untuknya termasuk kesucian gadis itu sendiri.

Kesalahannya memang tidak boleh dimaafkan. Hanya Qaseh yang boleh memaafkan dirinya. Dia tekad untuk memohon maaf dari gadis itu, walau apa pun terjadi. Akan dia cuba menagih kasih dari gadis itu semula. Dia mesti cuba.

****

Resah sungguh Azri. Sudah hampir sebulan Azri belajar di universiti yang sama dengan Qaseh dan Zack dan juga telah beberapa kali Azri cuba untuk bercakap dengan Qaseh, namun sentiasa tidak kesampaian. Dia tahu Qaseh sengaja mengelak dari bertembung dengannya. Kali ini, dia perlu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Itupun, kerana dia terpaksa menipu pensyarah kononnya yang dia tidak faham apa yang diajar oleh pensyarah hari ini. Jadi, dia meminta kebenaran dari pensyarah agar membenarkan Qaseh mengajar dia.

Sudah pastilah pensyarah akan setuju dengan permintaannya. Ini kerana, Qaseh adalah 'best student' dalam jurusan yang mereka ambil. Dan Qaseh pula, tak mungkin akan membantah arahan pensyarah. Itu Azri tahu. Dia sudah masak dengan perangai Qaseh yang satu itu. Jika diberi arahan, pasti tugasan itu akan dibuat sebaik mungkin oleh Qaseh.

Excuse me, kalau U nak termenung dari study baik I balik je!” marah Qaseh.

Eh, ops...sorry! I tengah fikir tadi. Sorry eh...”Azri kaget.

Dia risau jika Qaseh benar-benar balik dan meninggalkan dia disitu. Jika Qaseh pergi, habislah peluang dia untuk berbicara dengan Qaseh berduaan sahaja. Apakan tidak, balik-balik Si Tini tu pasti ada dengan Qaseh kemana sahaja. Yang dia pula, kalau tak sibuk melayan pelajar-pelajar perempuan di universiti tersebut pasti Zack pula ada bersamanya. Jadi, bila masa dia akan ada peluang untuk berbicara dengan Qaseh. Gadis yang pernah dia cintai satu ketika dulu. Dan dia rasakan, cintanya itu seperti mekar kembali.

So, U faham lagi ke tak apa yang I ajar ni?” soal Qaseh. Geram pula bila Azri seperti buat-buat tidak faham. Tak mungkin tidak faham langsung.

Er...kurang faham” Azri menipu lagi. Hari ini sahaja sudah berapa kali dah dia menipu. Semata-mata untuk bersama dengan Qaseh. Menipu Zack kononnya ada discussion dengan pensyarah. Menipu mamanya, dengan alasan yang sama. Dan kini, dia menipu Qaseh pula.

Susahlah kalau U tak faham. I memang boleh ajar apa yang I faham je.” Qaseh mula menggigit kuku. Satu tabiat yang Qaseh suka buat apabila sedang runsing atau memikirkan sesuatu.

Azri memandang muka Qaseh. Kasihan. Pasti Qaseh sedang risaukan mengenai dia. Itulah Qaseh. Seorang yang sangat bertanggungjawab. Kenapalah aku buta sangat nak menilai dia dahulu. Sedangkan dia adalah yang terbaik diantara gadis-gadis yang sering berdamping dengan aku. Fikir Azmi.

Sorrylah saya susahkan awak.” Azri mula mengubah panggilan I dan U kepada saya dan awak. Dia lebih selesa begitu.

Qaseh memandang Azmi pelik. Pelik dengan perubahan kata ganti nama yang digunakan Azri. Namun, dia buat tidak tahu. Malas mahu layan.

Awak...”panggil Azmi.

Erm...”jawab Qaseh pendek sambil buat-buat memandang buku yang ada didepannya.

Saya rindu awak. Serius saya rindu giler kat awak sebab tak jumpa awak dah hampir 10 tahun.” Azmi meluahkan rasa rindu pada Qaseh. Memang dia rindukan gadis itu sepanjang 10 tahun yang lalu. Dahulu, kemana sahaja dia pergi Qaseh akan menemaninya. Tetapi, sejak dia mula mengenali dunia luar. Qaseh dilupakan. Walaupun ingatannya tetap pada Qaseh, namun egonya lebih tinggi. Dia memandang rendah pada Qaseh kerana hanya mempunyai SPM sahaja pada waktu itu, sedangkan dia dapat menyambung pelajaran keperingkat Diploma dan kemudian lebih tinggi lagi. Kini dia tidak menyangka, Qaseh adalah rakan sekuliah dan boleh dikatakan sama taraf dengan dia di dalam pelajaran dan Qaseh lebih bagus darinya.

Apa maksud awak rindu?” Qaseh juga sudah menggunakan kata ganti nama yang digunakan oleh Azri.

Awak tahu ke apa maksud rindu tu?” Qaseh menyoal lagi.

Kalau awak tak faham apa maksud rindu tu, awak tak payah cerita dengan saya pasal rindu-rindu ni ok!” sengaja Qaseh tekankan perkataan 'rindu-rindu' sewaktu bercakap.

Awak...please...saya tahu saya salah. But, tolong bagi saya satu peluang untuk saya tebus balik kesalahan saya pada awak. Saya janji kali ini saya akan bahagiakan awak. Tolong percaya kata-kata saya. Please awak...” rayu Azri.

No!” Qaseh sudah berdiri dari tempat duduknya. Qaseh mula mengemas buku-buku pelajarannya. Dia mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Dia tidak mahu meneruskan perbualan dia dan Azri.

Azri yang melihat keadaan itu turut bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan ketempat duduk Qaseh dihadapannya. Dia berdiri memandang Qaseh. Dia tahu, Qaseh seorang yang keras kepala. Bukannya sehari dua dia bersama gadis itu. Hampir 6 tahun hubungan mereka. Masakan dia masih tidak kenal dengan Qaseh. Walaupun begitu, Qaseh seorang yang pemaaf. Dia memang senang memaafkan orang lain.

Qaseh, please...jangan buat Mie macam ni. Tolong maafkan Rie.” Azri merayu lagi.

Tolong ketepi, saya nak lalu.” arah Qaseh. Nampaknya sangkaan Azri ternyata salah. Qaseh dah berubah. Dia terkejut dengan sikap Qaseh itu.

No! I Will never let u go...sampai awak kata awak maafkan saya.” Azri menghalang Qaseh keluar dari tempat duduknya.

Encik Saiful Azri! Tolong benarkan saya pergi sebelum saya menjerit kat sini. Awak nak ke saya buat kecoh kat sini? Awak tak malu ker?” ugut Qaseh.

Qaseh! Sayang, please....” Azri memegang lengan Qaseh yang ingin berlalu dari situ.

Qaseh yang terkejut dengan panggilan yang Azri gunakan dan sikap Azri yang dengan selamba memegang lengannya menambahkan lagi bara dihatinya. Nasib baik berlapik. Fikirnya.

Hei! Awak ni memang tak faham bahasa ke? Saya kata saya nak pergi, saya nak pergilah. Awak siapa nak halang saya? And one more thing I'm not your lover okey! Please remember that!” marah Qaseh. Panas betul hatinya melihatkan perangai kebudak-budakan Azri.

You are my lover and still my lover!” balas Azri lagi.

Since when? Don't forget yang awak pernah cakap dengan saya yang saya bukan 'taste' awak. Tak ingat? Atau awak nak saya ingatkan awak?” Qaseh betul-betul marah. Mahu je dia penampar muka lelaki tersebut. Geram.

Awak dah berubah. Dulu awak seorang pemaaf. Senang memaafkan orang lain. Tapi, kenapa sekarang awak susah nak maafkan saya. Saya betul-betul menyesal dengan tindakan saya. Awak...please. Bagi saya peluang untuk tebus semua kesalahan saya pada awak. Saya akan baiki semuanya. Saya tahu saya banyak salah dengan awak. But, now I can change that. Just for u sayang...” Azri memandang tepat ke dalam mata Qaseh. Mencari sinar kemaafan disitu. Dia masih dapat melihat ada cinta dimata gadis itu yang masih untuknya. Sama seperti dulu. Dia tak mungkin salah.

Untuk apa? Awak ingat hati saya ni apa? Bila awak suka awak datang, bila tak suka awak campak macam tu je! Awak ingat saya ni sampah ke?” Qaseh menengking Azri. Semua pelajar di dalam perpustaan tersebut terkejut dengan suara Qaseh. Habislah, reputasi Qaseh sebagai pelajar bersopan santun. Lepas ini mereka akan menggelar dia pelajar miang, gatal dan garang.

Dari jauh kelihatan Zack sedang berjalan ke arah mereka dengan seribu satu persoalan. Kata Azmi ada discussion dengan penyarah. Kenapa ada disini pula. Fikir Zack sambil berjalan lebih laju.

Bro! What up?” soal Zack apabila sampai. Pelik. Azri memegang lengan Qaseh. Mereka seperti sedang berkelahi. Tapi pasal apa?

Lepaslah!” Qaseh merentap tangannya sehingga terlepas dari pegangan Azri apabila sedar dengan kedatangan Zack. Dia menjeling Azri dengan beribu sesalan. Pasti selepas ini Zack akan banyak soal dengannya. Aduh!

Hah! Bagus betul U datang Zack! Tolong bawa kawan baik U ni jauh dari I. Meluat tengok muka mamat ni tahu tak? Rasa nak bagi je sebijik penumbuk kat muka dia yang macho sangat tu!” Qaseh akhirnya melangkah meninggalkan Azmi bersama-sama dengan Zack. Puas hatinya dapat memerli Azri di hadapan Zack.

Qaseh! Qaseh...!” laung Azri. Azri kembali kemeja dan mengemas kesemua buku-bukunya dengan terkocoh-kocoh dan berlari ingin mendapatkan Qaseh. Namun, sepantas kilat Zack menyambar lengannya.

Bro, kau ni kenapa? Kau cakap apa kat Qaseh sampai dia marah macam tu sekali? Aku tak pernah tengok dia marah macam tu tau!” soal Zack sambil memandang tajam kepada Azri.

Zack perasan dari hari pertama dia kenalkan Qaseh kepada Azri seperti ada sesuatu diantara mereka berdua. Sejak itu, dia sedar tingkah laku sahabat nya itu kebelakangan ini lain sangat. Azri seringkali cuba ingin merapatkan dirinya dengan Qaseh. Kadang-kadang Azri akan menyoal mengenai Qaseh padanya. Pelik.

Aku tak cakap apa-apa pun. Just aku tak faham dengan apa yang dia ajar aku. Tu yang dia marah kot!” Azri menipu lagi.

Hah! Pasal study dia marah kau macam tu sekali? Tak logik langsung.” Zack masih tidak percaya dengan alasan yang diberi Azri.

Entah! Dia period kot! Tu yang hangin semacam tu kot!” balas Azri acuh tak acuh. Kalau boleh janganlah Zack bertanya lebih lagi.

Zack mula memandang muka Azri. Mungkin juga apa yang Azri katakan itu. Mungkin Qaseh sedang naik 'bendera jepun'. Itu yang menyebabkan mood dia tak elok. Dia pun selalu dengar kalau perempuan sedang naikkan bendera memang perkara kecil pun boleh jadi perang dunia kedua. Lantas selepas itu mereka berdua berjalan seiring untuk pulang.

Korang Nak Kenal Qaseh???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pagi semua?
Dah celik mata atau belum nie?
Qaseh pagi2 celik study dulu...
Hihih...hari nie tak der kelas...
Just online jerlah kerjanya.
 
Dalam masa Qaseh BW kat blog kawan-kawan tiba-tiba terfikir,
Kalau dapat jumpa kawan-kawan blog
pastu hang out sesama...
Tengok wayang sama-sama best jugak kan...
Asyik keluar sengsorg je..
 
Sebenarnya keluar sengsorang sebab nak release tension tempat kerja..
Rehat-rehatkan badan...
Kadang-kadang gi spa...
yelah nak rehat dan rawat badan nie kan...
 
kadang-kadang gi pedicure & manicure..
Pe benda tu??? Penjagaan kuku kaki dan tangan..
Korang pernah buat?
Seronok kan...
 
Gi wat facial muka..
 
Hihihi..Qaseh memang kuat berjalan...
 Lagi2 dah dapat lesen ni kan..
Lagi senang nak gi jalan-jalan...
Heheh...sila jangan jeles...

Tapi, bila fikir2 kalau ada kawan-kawan lagi bestkan...
Bila hang out sesama mesti ada jer cerita tul tak??
Saper kat sini rasa-rasa nak kenal ngan Qaseh?
Angkat ibu jari tangan kanan...^_^

hihihi...

Peluk Islam Lihat Kebesaran Allah

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Selepas sembahyang Asar, di Masjid Tabligh Sri Petaling, Kuala Lumpur diadakan pula majlis taklim yakni kami duduk dalam satu bulatan dan seorang demi seorang diminta membaca fadilat tertentu yang telah dihafal seperti fadilat zikir dan sembahyang.
Selain saya, ada seorang lelaki berusia 40-an, keturunan India turut berada di majlis taklim itu. Lelaki India itu sudah lama menjalankan kerja-kerja dakwah dalam jemaah tabligh.

Dia pernah keluar berdakwah selama empat bulan di tiga buah Negara iaitu India, Pakistan dan Bangladesh (IBP), keluar 40 hari, seminggu dan tiga hari. Dia juga menghadiri ijtimak tabligh yang sering diadakan oleh jemaah tersebut di luar Negara.

Selepas majlis taklim, lelaki India itu mengambil kesempatan berbual-bual dengan saya apabila melihat penampilan saya tidak seperti ahli-ahli jemaah tabligh memakai baju kurta dan jubah. Saya pula hanya berpakaian biasa, T-shirt dan seluar slack.

Saya katakan pada lelaki India itu, saya bukan pengikut tabligh tetapi datang ke masjid tersebut untuk berjumpa seorang rakan yang mengikuti kumpulannya. Dalam perbualan itu, lelaki India berkenaan banyak bercerita kelebihan jemaah tabligh yang diikutinya dan bagaimana terlibat dengan jemaah tersebut.

Dari cerita lelaki India ini saya mendapat tahu dia bekas seorang pilot sebelum memeluk agama Islam. Oleh kerana saya baru mengenalinya, saya lebih banyak mendengar ceritanya. Jadi, saya tidak bertanya lanjut sama ada dia bertugas sebagai juruterbang Tentera Undara Diraja Malaysia (TUDM), dengan MAS atau syarikat penerbangan swasta. Saya juga tidak bertanya pekerjaan lelaki India ini setelah berhenti sebagai pilot.

Dalam perbualan itu, lelaki India tersebut bercerita dia bersyukur dapat hidup sebagai seorang Muslim setelah memeluk Islam. Fikirannya lebih tenang dan hidupnya lebih berkat, banyak diberi rezeki oleh Allah dari sumbangan yang tidak diketahuinya.

Perbualan itu tambah menarik apabila lelaki India tersebut bercerita pula bagaimana dia mendapat hidayah. Sebelum itu, lelaki India tersebut berkata dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan agama anutan nenek moyang dan keluarganya.

Tetapi peristiwa yang berlaku empat tahun lalu itu telah mengubah seratus peratus kehidupannya sehinggalah dia menjadi Muslim.

“Ana bersyukur kepada Allah sebab menurunkan asbab untuk ana memeluk Islam. Kalau ana tak diberi asbab ini, belum tentu ana dapat hidayah. Kalau Allah kata kun fayakun, ‘jadi, maka jadilah’, tak ada siapa boleh tahan.”

“Itu sebab ana amat bersyukur dapat melihat keajaiban Allah. Masya-Allah, ana tak boleh nak gambarkan macam mana Allah sayangkan hamba-Nya. Kalau Allah dah sayang hamba-Nya, Allah payungkan kita di dunia lagi.

“Ana dah saksikan, sepanjang penerbangan itu, ana takjub. Ana belum pernah lihat fenomena ajaib begitu. Ana tengok tempat lain panas, tapi pesawat ana dipayungi awan. Sepanjang perjalanan dipayungi awan seolah-olah ada awan megekori kami. Langsung tak kena panas terik.

“Itulah ana paling takjub. Ana Tanya kawan-kawan ana, mereka pun kata tak pernah alami kejadian macam tu, masya-Allah, awan sentiasa payungi pesawat yang bawa almarhum daripada terkena terik matahari.

“Kalau di dunia lagi Allah dah payungi kita, masya-Allah di akhirat kelak, Allah akan payung kita dari panahan cahaya matahari yang berada sejengkal di atas kepala kita. Masya-Allah!” cerita bekas pilot itu kepada saya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Kejadian itu, kata bekas pilot tersebut, bukan sahaja disaksikan olehnya seorang, tetapi lain-lain krew penerbangan yang mengendalikan pesawat.

“Ana tahu, jenazah yang ada dalam pesawat itu seorang ulama. Ulama ini buat kerja-kerja dakwah Islam. Ulama ini suruh orang buat baik, ajak jauhi mungkar. Hati ana tiba-tiba terdetik, ulama ini seorang Islam. Ana lihat ada kebenaran dalam Islam.

“Selepas ana tengok awan yang pelik itu dari mula sampai akhir penerbangan kami, ana beritahu rakan Muslim dalam pesawat, ana nak masuk Islam. Ana betul-betul kagum dengan kebesaran Allah,” cerita bekas pilot itu kepada saya.

Itulah punca lelaki India bekas pilot itu masuk Islam yang diceritakan kepada saya dua tahun lalu.

Kejadian menakjubkan itu berlaku ketika pilot India itu bertugas untuk membawa jenazah seorang ulama terkenal dari Kuala Lumpur untuk disemadikan di sebuah negeri di sebelah utara tanah air.

Oleh kerana pertemuan itu berlangsung selepas Asar dan kami berbual tidak lama, saya tidak sempat bertanya secara terperinci sama ada bekas pilot India itu sendiri yang menerbangkan pesawat atau dia yang menjadi ketua penerbangan ihsan itu.

Bekas pilot itu banyak bercerita tentang keajaiban yang dilihatnya, awan memayungi pesawatnya bermula dari Kuala Lumpur sehinggalah ke lapangan terbang di utara.

Sebenarnya saya turut membantu menguruskan jenazah ulama terkenal tersebut sebelum dibawa menaiki pesawat. Ketika itu saya baru menjadi sukarelawan menguruskan jenazah orang-orang Islam.

Saya ceritakan kepada bekas pilot itu, saya turut menyembahyangkan jenazah almarhum. Ulama itu yang meninggal dunia akibat sakit jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur dimandikan di sebuah hospital sebelum dibawa dengan van jenazah ke Surau al-Mustaqimah, Bandar Tun Razak untuk kami sembahyangkan.

Ketika itu saya beritahu bekas pilot tersebut, saya melihat ribuan orang datang dari segenap pelosok negara untuk bersama-sama memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum.

Saya katakan pada pilot itu juga, saya sendiri berasa takjub apabila melihat bilangan mereka yang datang terlalu ramai untuk menyembahyangkan jenazah almarhum. Kami terpaksa bersesak-sesak berdiri.

Begitu juga saya beritahu bekas pilot itu, saya berasa bangga apabila setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah almarhum sehingga ia meniti dari tangan ke tangan yang lain sampailah jenazah tersebut dibawa keluar daripada surau dan dimasukkan ke dalam van semula.

Saya juga ceritakan kepada bekas pilot itu, paling membanggakan saya, van jenazah itu diiringi pula oleh anggota motosikal peronda polis ke pangkalan Tentera Undara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Mengikut wasiat almarhum, almarhum mahu jasadnya disemadikan di sebuah madrasah yang menempatkan sebuah kolej pengajian Islam di negeri kelahirannya. Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana jenazah almarhum selamat disemadikan di madrasah berkenaan seperti mana wasiat beliau.

Apa yang membuat saya terkilan, saya terlupa untuk bertanya bekas pilot itu sama ada beliau sendiri yang menerbangkan pesawat itu atau orang lain. Tetapi mengikut cakap-cakap orang ramai ke telinga saya, jenazah ulama itu diterbangkan dengan pesawat Hercules milik TUDM ke sebuah lapangan terbang di utara tanah air. Kalau beliau yang membawa pesawat tentulah bekas pilot itu seorang anggota tentera.

Sebagai seorang ulama terkenal yang berjuang atas nama agama, saya terharu dengan kematian almarhum. Almarhum banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kematian almarhum dan kejadian awan memayungi pesawat yang membawa jenazah ulama tersebut juga telah membuka pintu hati bekas pilot itu memeluk agama Islam.

Sejak itu saya tidak lagi bertemu dengan bekas pilot berkenaan. Saya tidak tahu di mana dia tinggal. Saya juga jarang ke masjid tabligh lagi kerana sibuk dengan pengajian tahfiz di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor.


Info melalui Google:

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah
 
kredit to : google

SEGMEN : Saya Suka Doodle

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Berikan Nama ringkas : Qaseh
Warna feveret : Pink Hitam @ Pink Putih

Tag : Hanna & Einz

Thanks Apit...hihihi

Khamis, 22 Mac 2012

Kesian Mereka....

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Fenomena Keputusan peperiksaan SPM di malaysia ... kita hanya melihat, memeluk, menagis, gembira dan ceria bila muncul pelajar yg success dalam SPM .. 10A...17A +++ .... bagaimana dengan yg GAGAL .... yg tidak cemerlang di dalam SPM ... yg bersedih ..... yg pulang berseorangan sambil memegang sehelai kertas yg di katakan tidak bermakna ... bersendirian di kawasan sunyi .... menitik air mata ..... takut takut di marahi keluarga .... ayah ibu ... di cemur kawan2 ... jiran-jiran ... yg rasa gelap masa depan mereka ... yg merasakan dirinya tidak berguna ... yg bersedih ... biarpun mereka telah bersungguh dan berusaha ... namun nasib tidak menyebelahi mereka ..
 
pada ketika kawan kawan sibuk melambung lambung kertas keputusan yg berjaya .... pada saat insan yg berjaya di cium .... di beri bunga ... di beri pelbagai penghargaan ... di beri pelbagai hadiah .... dimanakah mereka mereka yg gagal ... dimana???? .... kesian mereka .... 
 
mari kita sama sama, ayah atau ibu ... atau abg... atau kakak ... serta guru atau sesiapa sahaja ..... berilah sokongan kepada mereka2 ini..... mungkin mereka nakal ... mungkin mereka malas ... mungkin mereka pernah tidak mendengar kata kata anda .... namun ... jgn keji mereka .... jgn pukul mereka .... jgn "PADANKAN MUKA" mereka ... maafkan mereka ... ampun kan dosa mereka ..... doakan kebaikan mereka .... biar mereka rasa dan biar mereka jadikan KEGAGALAN kali ini untuk mereka lebih berjaya di masa depan ..... dan jika mereka mereka ini bersedih .... berilah semangat .... katakan ... PERJUANGAN MEREKA BUKAN SETAKAT DISINI SAHAJA .......
 

Rabu, 21 Mac 2012

Kembali...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Rindukan Qaseh?
sape rindu angkat kaki..
Hihih...sory korang...sory sesgt...
Bukan sengaja x nak post entri...
Tapi nk pandang komputer & android pun x der masa...
sedih kan...penat rupanya jadi akauntan ni...
Ingat senang...gaji besar...
Herm...gaji besar tggungjawab pun besar...
  Insyallah Qaseh akan cuba buat yang terbaik 
Agar boleh bersama-sama dengan korang kembali...

Sabtu, 17 Mac 2012

Wayang Lagi...

Assalamualaikum....

Seminggu memeningkan kepala memandang akaun dan nombor..masa utk relakskan kepala pula...

Tapi...

Korang tgk...punya ramai umat manusia...macam biasalah...nasib baik beli online...hihihi...

Qaseh nak masuk dah ni...bye...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 13 Mac 2012

Segmen : Mitos Kanak-Kanak

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Selamat petang semua...
Rindukan Qaseh...?? wot..wot...
Alamak! perah santannya saya...kui..kui..
 
 Korang biasa tak di omok2 dengan sesuatu waktu kecil?
Tak faham?
Contohnya macam ni..

Kalau main diluar rumah waktu maghrib,
Nanti hantu kopek sorokkan korak kat tut*** dia...

Tak pun...yang ini...
Kalau makan ikan...
Tulang ikan yang seekor tu jangan buang merata-rata
Nanti tulang tu leh tukar jadi lipan...

Ataupun...
Nenek akan marah..."anak dara tak baik duduk kat tangga, nanti kahwin dengan orang tua"...
atau tak der orang nak meminang...
atau...nanti orang nak meminang tak jadi...diorang patah balik...

So, pe yang korang fikirkan mengenai teguran-teguran dari orang-orang tua?
Adakah sengaja nak menakut-nakutkan kita?

Qaseh nak korang kongsi cerita mitos yg korang dgr waktu kecil-kecil..
 
Sebelum tu korang buat entri dan letak tajuk "Segmen : Mitos Kanak-Kanak"
Kemudian korang linkkan ke entri ni...
 
Sambil bercerita kisah kanak-kanak
Kita semua boleh berkenalan...
Kalau boleh tag lah kawan2 korang...
Lagi meriah...
Leh tahu banyak cerita..

Nanti Qaseh akan update link peserta yang join k...
Gud Luck!

Isnin, 12 Mac 2012

Sayangkah kita pada ibu?

Assalamualaikum...

Jika ibu anda sakit, tidak boleh berjalan, sanggupkah anda mengendong ibu anda seperti di dalam gmbr? Cuba bayangkan saat kita masih baru lahir dan tidak pandai berjalan...ibu sanggup mengendong kita kesana sini...berbagai2 aksi...di tepi dibelakang...ditengah...betulkan...

Jadi, sebagai seorang anak...cuba kita bayangkan...bagaimana kasihnya ibu kita menjaga kita....bolehkah kita menjaga mereka seperti yg telah mereka buat? Tolonglah kawan2....jgn jadikan kata2 'Seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, seorg anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu' sebagai sesuatu yg benar...

Tanya hati, pasti kita pun tak sampai hati melihat ibu kita bersusah payah sebenarnya....cuma kekadang hati itu tertutup oleh ego dan sikap pentingkan diri sendiri...

Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.


Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan.

Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan.


Dalam tempoh tiga hari , topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu.


Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.


Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)


Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untuk rawatan susulan.


"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. - DCM


Sumber : Harakah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 11 Mac 2012

“Tuhan ni wujud ke?”

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pada suatu petang,
seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya
yang agak panjang dan tidak terurus.
Seperti biasa,
si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra
dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.
Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Sabtu, 10 Mac 2012

Membazir...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Nak dijadikan cerita, Qaseh teringin nak tengok cerita Ghost Rider
So, Qaseh pun beli lah tiket online bayar pakai Maybank2u...
 Bukan apa, hari ini kan hari sabtu malam minggu...
Jadi, malas lah nak beratur panjang2..

Yang kelakarnya,
Bila nak collect tiket kat kaunter...
Budak kaunter tu cakap...
"Kak, ini tiket akak beli untuk GSC Sunway Carnival, sini GSC Sunway Piramid!"
 
Ya Allah,
Mesti sebab terlalu excited nak tonton cerita tu
Sampai tak perasan yang Qaseh pilih Sunway Carnival bukan Sunway Piramid...
Dah lah pilih nak tengok 3D...
Korang tau...kalau 3D kan mahal sikit...
Gila r membazir...

Sebab nak tgk jgk punya pasal Qaseh pun terpaksa beratur panjang
Sanggup lah pula tadi gatal beli online...padan muka :P
Last2 tak dapat tgk pun yang 3D...abis dah...tgk yg biasanyer jer...
 
Hihihi...sebenarnya malu kot...
Malu ngan budak tu...
Tau kenapa? Sebab Sunway Carnival tu kat SJ...
Bukan Subang Jaya okey...tapi Seberang Jaya...Pulau Pinang tu....

Ya Allah, macam mana lah Qaseh boleh silap kan...
Adui...heheh...so, korang kalau beli online pun berhati2 k...
Takut tersalah tekan plak...
Membazir lah jawabnya...

Tapi, cerita tu memang best sangat...
Korang g lah tgk..kalau suh Qaseh bg markah dari 10...
Qaseh bagi 7/10...tau kenapa?
Sebab permulaan dia lembab sikit...
Tapi tgh2 dah best...korang tak menyesal lah tgk...

Ok...korang g lah serbu wayang ramai2 k...hihhi

Gembira Sampai Nak Loncat!!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Hah...ni cheq nak habaq mai nie....huhuh...
Ya Allah...terujanya...Alhamdulillah...
Tak sangka akan dapat doodle free yang comel lote ni dari tuan punya belog 
untuk segmen yang Qaseh join baru-baru ni.
Terima kasih yer Apit...
Best sangat...hihihi...
Terlalu kesukaan ni
Suka bangat!
Amik kau semua bahasa udah kluar...
Ngee...syukron yazilan...
Arigato...
Toce..toce...kikiki...

Jumaat, 9 Mac 2012

Muka Tembok!

Assalamualaku,

Selalunya kita suka guna perkataan muka tembok bg orang yg tiada perasaan malukan. So, Qaseh nk tanya pada korang...sesuai atau tak gelaran tersebut diberikan kepada situasi dibawah.

Situasi:-

Korang sedang makan di Restoran KFC beramai-ramai. Waktu tu pelanggan mmg ramai dan tiada meja kosong. Kemudian terdapat dua meja yang disatukan. Namun, mereka bukanlah pelanggan KFC. Mereka makan McD disitu. Sebagai pelanggan KFC korang lebih layak duduk disitu daripada mereka bukan? Dengan 'muka tembok' selamba duduk disitu sambil memerhati pelanggan KFC mencari tempat duduk yang sedang dipenuhi oleh pelanggan KFC lain.

Patut tak mereka berperangai begitu?

Kalau tanya Qaseh, mmg rasa nak halau je. Tapi tak sampai hati. Bukan tak sampai hati halau mereka. Ta sampai hati nak memburukkan nama KFC yg tgh byk kontroversi sgt....dan pelanggan yg bukan pelanggan tu adalah bangsa yg sama...ades...kalau kata kita ni memilih anti bangsa lain marah pula....

So, pendekkan cerita....kitakan satu negara, satu malaysia...jadi, bertolak ansurlah...jgn pentingkan diri...kang bila marah kata bangsa kita kuang ajar...fhm2 sendiri je lah yer....

Ada tangkap gmbr diorg...tapi x nak masuk dlm nie...kang timbul lag kontroversi...cian KFC...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 8 Mac 2012

Suri Rumah untuk Wanita Tidak Bekerja

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

Fikir2kan dan renung2kanlah.......
 
 

Saya Join, Pasti Dapat Doodle Part 2

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Ok, nak join jugak segmen ini...tak kira walaupun busy...nak jugak doodle Fiz...hihi
 
Nama Doodle : Qaseh
Warna : Pink cam banner kat atas...hii
 
 
Qaseh ajak
 
einz & masz


SBPA Dibatalkan SSM Ditambah Baik

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Antara Isi penting perhimpunan khas penjawat awam bersama Perdana Menteri
 
#Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
 
#Datuk Najib sempat menceritakan & menyentuh pula isu-isu yang berkaitan dengan muflis termasuklah perkembangan situasi di Greec 
 
#Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA telah dibatalkan. Akhirnya……
 
#Tetapi SSM akan ditambahbaik
 
#Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
 
#Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
 
#Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C
 (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
 
#SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan adalah mengikut gred masing-masing
 
#Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
 
#COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250) 
 
#Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
 

Test Lagi...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Minggu lepas untuk kereta Qaseh dah ambil test JPJ...
Untuk hari nie Qaseh nk test motor pula...
Korang doakan Qaseh yer...
Amin...
 
 gambar : google

Rabu, 7 Mac 2012

Tenanglah Sayang...Kami Doakan...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pemergian adik Faris Nur Daniel baru-baru ini mesti menyentuh ramai hati semua ibubapa diluar sana.
Masakan tidak, 
Adik Faris yang comel, yang lincah, yang manja....
Pemergiannya pada pagi 23 Februari benar-benar menyentuh naluri ibunya...
 
Jika kita sedih mendengar pemergian adik Faris...
Inikan ibu yang melahirkan dan bapa yang memanjakan...
 
Pemergian adik Faris adalah disebabkan oleh penyakitnya
HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) iaitu sejenis Kanser Darah...
 
Selama adik Faris dirawat di Pusat Perubatan Sime Darby...
Bil rawatan hampir mencecah RM 100,000.00
 
Al-Fatihah buat adik Faris
Ternyata Allah s.w.t lebih menyayangi dia...
Pemergiannya diharap janganlah ditangisi
Berakhirlah penderitaan adik Faris 
dan pastinya dia akan tersenyum menanti saat bertemu kembali dengan orang2 tersayang di syurga.
 
Takziah juga kepada keluarga Adik Faris,
Semoga menghadapi ujian Allah s.w.t ini dengan dengan tabah...
Insyallah...Amin..
 
Tenanglah kamu disana sayang...

comel tak?

Comel tak? Inilah tema baru utk tablet Qaseh..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 6 Mac 2012

Memartabatkan Bahasa Melayu

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 






Menarik...Ketika orang Melayu berbangga menggunakan nama barat, 
Orang barat menyanjung nama Melayu,
Ketika remaja Melayu sibuk "Bershuffle",
Remaja barat asyik mempelajari lenggok tarian Zapin,
Ketika kita ingin menjadi "Orang Putih",
"Orang Putih" ingin menjadi kita kerana mereka tahu KEHEBATAN MELAYU !!

Dokumentari khas untuk semua rakyat Malaysia agar cintakan Malaysia dan Bahasa Melayu bersama Ustaz Amin, anjuran ALC Training & Consultancy Sdn Bhd
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail