SHout






Jumaat, 27 Mac 2015

Tips Selesaikan Masalah Rumahtangga

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Hye semua,
 
Sebenarnya Qaseh nak bagi komen kat kwn2 semua mengenai cerita TV3 minggu lepas bertajuk 'TALAK' .. siapa tengok cerita tu? Best sangat2 kan .. mesti yang perempuan mengalir airmata, yang lelaki tersenyum2 dan ada juga yang terasa ..

Bagi Qaseh sendiri, Qaseh sangat2 terkesan sebenarnya dengan cerita tu. Lebih2 lagi lagu Dato CT tu yang bertajuk 'Terbaik Bagimu' mmg sesuai sangat dengan cerita tu. 

Berbalik pada kisah cerita tadi tu, sesungguh hati seorang perempuan memang sukar untuk diubati apabila sekali kecewa. Memang payah sebenarnya. Kalau dia maafkan pun, dia takkan lupakan macam tu sahaja.
 
Bayangkan hati perempuan ni macam kaca, sekali pecah berderai walaupun disambung semula, kesan tetap ada. So, Qaseh ingatkan kaum adam diluar sana tu, sebelum bertindak atau berkata sesuatu minta sangat2 korang fikir dulu ye .. sebab org tua2 kata, 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna' .. terutama suami. Qaseh tahu, korang mungkin dah hidup bersama pasangan korang bertahun2 lamanya, and once jadi benda yang mcm ni mesti korang tak dapat terima. 

Kenapa?
 
Kenapa kita tidak boleh terima? Why?? Kerana kita dah terbiasa dengan kehadiran kita disisi, bermanja dengan pasangan kita, bergurau, marah, geram, sakit hati .. and sudddenly mereka dah takde .. kita akan rasa kehilangan. Yes .. kehilangan .. sebab rutin harian kita dah tak sama lagi. Kita akan rindu belai manja dia, kasih sayang dia .. 
 
Masa kita marah, of couse kita akan luahkan segalanya2 yang kita nak. Kita sebut bukan-bukan, but lastly kita yang menyesal buat apa??
 
so why not kita rendahkan ego kita, mengalah sahaja tiap kali pasangan kita buat hal. Bukan maksud biarkan je apa yang pasangan kita buat. Bukan .. But at least kita bagi peluang dan ruang dulu untuk masing-masing berfikir.

Kita boleh selesaikan masalah dengan berbincang, soft talk then baru bagitahu kesalahan dia ke (kalau dia buat salah) minta maaf ke (kalau kita buat salah), terangkan keadaan sebenar. Kan bagus ..

Qaseh ni bukan nak memandai2, tapi Qaseh suka menyelami sesebuah cerita tu. Ada sebab cerita ni dibuat. Kalau tak, mana penulis nak dapat cerita kan ..? Mesti perkara ni adalah pengalaman dari beliau sendiri, siapa tahu .. so itu je lah tips dari Qaseh ni. Kalau siapa nak terima silakan .. siapa yang tak boleh terima pendapat Qaseh terpulang .. but Qaseh just luahkan apa yang Qaseh rasa je ..


 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail