SHout






Rabu, 22 Januari 2014

Tips Orang berjaya

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Nak berjaya?

Senang ke nak berjaya?
Seringkali soalan tu berlegar-legar di benak fikiran kita kan ..
Bagi Qaseh nak berjaya tak susah .. tapi cara nak berjaya yang susah ..
Kenapa Qaseh cakap macam ni?
Ok, biar Qaseh bagi contoh pada korang ye ..

Situasi : Nak jadi Blogger Berjaya

So, macamana nak jadi blogger berjaya ni?
 
Pertamanya,
Kenalah fokus apa yang kita nak buat.
Janganlah harini kita nak buat blog pasal kek .. esok2 ubah fikiran nak blog pasal kereta pulak.
Sebab apa? Sebab ada orang kata kat kita .. 
"Eh, kenapa engkau buat blog pasal kek? Ada ke orang nak baca?
Dah lapuk lah cerita pasal kek .. orang sekarang cerita pasal kereta .."
Contoh .. itu contoh je Qaseh bagi ..

So, cuba fikir .. macamana nak berjaya kalau macam tu?
Sebab kita sendiri tak tetap pendirian, tak fokus pada matlamat dan tujuan utama kenapa kita berblog.
Hanya kerana orang kritik sikit dah takut, dah gentar.

Nak jadi orang berjaya, jangan biarkan keadaan keliling kita atau diri kita sendiri jadi tembok penghalangnya. Kita kena KUAT!

Kedua,
Buang sifat tak elok dalam diri tu?
Macamana tu? Apa sifat tu?

Ok, klu Qaseh tanya korang ..
pernah tak korang dengki tgk kejayaan orang lain?
Iri hati?
Tengok kawan blogger yang lain dapat BF .. kita jadi dengki ..

Mesti ada kan ..

Nasihat Qaseh, kalau ada ..
Tolonglah buang sifat2 negetif tu ..
Walaupun sekelumit kuman yang wujud dalam hati tu ..

Memang susah .. Qaseh tak nafikan ..
Tapi .. untuk berjaya korbankanlah sifat tak elok tu ..
Kita tak rugi pun ..
Malah kita akan semakin berjaya dan dihormati ..

Ketiga,
Kuatkan hati .. cekalkan diri .. kuatkan semangat ..

Nak berjaya? Kena ada semua tu ..
Tersinggung? Sedih? Merajuk? Bila ada yang komen?
Anggap itu satu cabaran .. satu nasihat ..
Kena KUAT!
 
Nak berjaya kan ..
Abaikan mana yang kutuk2 tu ..
Kita ni pejuang .. PEJUANG IMPIAN kita sendiri .
 
 Keempat,
Beriman .. tetapkan iman ..
Memang susah kalau kita ni tak dekatkan diri kita dengan Allah s.w.t

Sebab?
Rezeki adalah dari Allah s.w.t ..
Tak guna usaha kuat .. tapi kita lupa nak beribadah ..
Kalau kita dekatkan diri dengan Maha Kuasa ..
In Syaa Allah kita akan dilindungi .. dirahmati ..
Akhirnya .. rezeki Allah s.w.t untuk kita pun terbuka seluas-luasnya ..

Jangan asyik fikir nak update blog .. fikir SEO .. nak berjaya ..
Tapi solat kemana .. zikir kemana ..
Nak cepat update blog punya pasal ..

Kelima,
Tuntut ILMU ..
Yang ini penting .. jangan kita fikir kita dah berjaya bermakna ilmu dah penuh didada ..
Jangan sesekali berhenti menuntut ilmu ..
Jangan dabik dada bila dah berjaya ..
Rajin2lah menuntut ilmu .. tak kira ilmu dunia atau akhirat ..

Bila menuntut ilmu .. jadilah Tin yang kosong .. tak perlu tunjuk pandai ..
Lain orang lain caranya untuk berjaya .. lain pengalamannya ..
Jadi BELAJAR lah dengan ikhlas .. In Syaa Allah ilmu tersebut mudah diterima ..


Your Lovely Friend,
QasehSuci

 
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail