SHout






Selasa, 28 Jun 2011

Nak Nangis...

Sebenarnya Qaseh sedih sangat...Qaseh dah kehilangan...
Tapi...kalau dah tak der jodoh nak wat camner kan...
Huhuhu....MySpace
sedih sesangat nie...
Tapi....kalau ada nak ganti...tak der hal punya...Qaseh nak macam nie....Boleh??? ada saper2 nak bagi ker??

Hahaha...sebenarnya Qaseh kehilangan cincin Qaseh...tak lah mahal sangat pown...tapi beli hasil titik peluh sendiri...sedih kot!

Mungkin tak semahal cincin idaman kat sebelah nie...tapi cincin tu amat bermakna buat Qaseh. Mungkin dah tak der rezeki kan...nak buat macam mana....

Kisah Mata, Hati, Jiwa & Perasaan

"Mata oh mata"...tanya seorang wanita kepada matanya.
Kenapakah airmataku tak mahu berhenti mengalir??
Jawab mata "kerana hatimu terluka!"

"Hati oh hati....kenapa kau terluka?"tanya wanita itu lagi.
"Kerana perasaanmu terguris!"balas hati.

"Perasaan oh perasaan...kenapa kau terguris?"
"Kerana jiwamu sedang sengsara!"

"Jiwa oh jiwa...kenapa engkau sengsara?"
"Kerana engkau merasakan begitu...."

Kenapa aku rasa begitu?
Kerana hatiku terluka, perasaanku terguris, jiwaku sengsara....
Kenapa? Kenapa?

Kerana engkau ingin merasa begitu...
Jauhkanlah dirimu dari merasa semua itu...
Insyallah airmatamu akan berhenti mengalir...



Isnin, 27 Jun 2011

KARAK...LEBUHRAYA BERHANTU!!!

Salam kengkawan...haish..sekarang nie memacam cerita orang keluarkan untuk buat filem kan...

Semalam Qaseh ada tgk cerita mengenai KARAK terbitan KRU Production. Nak kata seram...entah lah...korang tgklah sendiri...

Namun, pendapat Qaseh cerita ini tidaklah seseram cerita JUON dari Jepun tuh. Qaseh mmg minat tgk2 cerita mcm nie. But 1st time tgk JUON dulu memula dah kecut perut...sebab suspend...heheh...

Tak salah kalau kita nak tgk cerita-cerita macam nie ye kengkawn...tapi pastikan ketakutan kita tuh tidak melebihi ketakutan kita kepada Maha Pencipta. Kita semua adalah mahkluk Allah...sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini, kita diberi akal dan fikiran untuk memikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Mereka juga adalah mahkluk Allah SWT. Cuma mereka tidak dapat dilihat mata dan dirasa dengan tangan. Ada yang dijadikan dari cahaya iaitu malaikat yang sentiasa taat kepada Allah dan ada yang dijadikan dari api iaitu Iblis, Syaitan dan Jin.

Sebagai seorang mukmin, mempercayai benda-benda ghaib dan mahkuls-mahluk halus adalah tanda ketakwaan kepada Allah.

Allah SWT ada berfirman dalam Surah al-Baqarah dari ayat 2 hingga 4 yang membawa maksud:

AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
 
Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:
i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan
   llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta
   makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia.
   Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan
    berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Menguji keimanan manusia dengan menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana
     dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Dugaan dapat menguatan iman seseorang.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa
   yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta
   rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

Seperti dalam cerita ini, kita boleh tgk yang tanpa kekuatan iman syaitan mudah mempengaruhi dan kita untuk mengikuti ke jalan yang tidak diredhai Allah. Bukankah syaitan telah berjanji didepan Allah SWT bahawa mereka akan menyesatkan umat manusia sejauh yang boleh. 

 Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berwaspada dan memahami bahawa makhluk-makhluk ini adalah musuh utama manusia, yang telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk membawa mereka semua ke neraka bersamasamanya, seperti yang tersebut dalam Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169.

Tahniah kepada KRU PRODUCTION kerana telah menerbitkan cerita ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada kita semua... 

Dollydoll Muslimah...

Lalala...

Fuh..!!! penat jari jerami...eh bukan jemari...heheh...Qaseh nak tunjuk kat korg somthing...

comei tak??? comei tak?? mula2 tak pandai nk letak warna apa baju dia...main letak jer warna ungu kegemaran Qaseh...tetgk sesuai lah plak ngan tema blog Qaseh...heheh...

Amacam? Tak comei...x per..asalkan Qaseh dapat ilmu baru hari nie...kan..kan...ilmu tu kan penting...
Korang pun kena cuba...jgn putus asa...insyallah korg mesti boleh...

Doodle...Dolly...Dollydoll

Salam semua...herm..hari nie tak tau nak buat apa...semalam dah buat roti canai...satu pengalaman baru..hari nie plak nak buat apa yer???

Doodle...herm...tak reti nak buat...belek punya belek youtube akhirnya try-try jugak lah buat...tgk orgnya suma best2 dan comei...sekali bila Qaseh buat...pergh...comot..keras tgn bila gne 'pentool' kat CS5...jenuh jgk lah...nk melukis pastu colour...adeh...
Akhirnya...tada...inilah hasilnya...  

cantik tak?? comei tak?? agak2 korg duplicate dari mana kartun nie?? hah cari..cari...nanti Qaseh belanja roti canai 1...ok...heheh..boleh lah kan...hasilnya...

1st kot buat nie...selama nie CS5 nie asyik wat custom album edit gambar jer...balik2 photography...so..pasni leh wat dollydoll Qaseh sendiri...best2...




Lulu??? Tak Percayanya...

Mula2 rasa pelik je dengan nama LULU nie??? macam pernah dengar...OH!!! TIDAK...sungguh tak percaya...tak kan korang tak kenal LULU?? Ish...cuber korang tgk kat bawah nie...

Hah!! Korang tak kenal lagi?? Inilah LULU CALDINA...Lulu datang kat blog Qaseh...betul2 terharu kot...dia salah satu blogger yang Qaseh kagum lah...thanks LULU kerana sudi jenguk blog Qaseh yang tak seberapa nie..

Ahad, 26 Jun 2011

Alhamdulillah....Seronoknya...

Salam kengkawan semua...hari nie Qaseh seharian jadi penebar roti canai...satu pengalaman baru....fuhh...seronok tau...tak sangka tangan Qaseh ni boleh tebar roti canai..hehehe...

Memula tu rasa kekok lah...lelama tuh bila cuba and cuba lagi...akhirnya....berjaya!!!

Qaseh jadi tukang buat air jugak...jenuh lah jugak nak mengingat berapa sudu milo, nescafe, teh....susu...gula...aduh...bila dan biasa tuh...senang je buat..siap dapat pujian lagi air yang Qaseh buat sedap...Alhamdulillah...nasib baik orang suka...

Dan perkara yang paling Qaseh bersyukur sangat apabila bukak je blog Qaseh nie...kotak follower Qaseh, dah ada balik...dan....korang dah boleh komen dah...ok...jgn majuk2 dah...heheh...

Akhir kata selamat menjadi follower Qaseh ngan mengomen okeh...hehehe

Siapa aku dihatinya Siri 4

          "Kau ni kenapa? Kenapa suka sangat ganggu kawan aku?" marah Liza kepada Saiful Azri. Liza tidak tahu kenapa budak lelaki itu suka sangat menggangu Qaseh. Hantar bunga dan coklat pada hari guru la...tulis nota dalam buku latihan dan macam-macam lagi.

          Saiful Azri atau lebih mesra dipanggil Rie adalah seorang pengawas di sekolah SMK Tunku Abdul Rahman Putra sebuah sekolah yang berada di Sbak Bernam iaitu sekolah baru Qaseh. Sebelum itu, Qaseh bersekolah di SMK Cheras. Dia bertukar sekolah kerana ayahnya yang merupakan seorang anggota polis mendapat arahan berpindah ke Sabak Bernam. Oleh itu, Qaseh terpaksa menukar sekolah bagi memudahkannya ulang-alik ke sekolah. Waktu itu Qaseh sudahpun berada di tingkatan 5 dan akan mengambil peperiksaan SPM.

          Heliza adalah orang pertama yang menegur Qaseh sewaktu di dalam kelas. Qaseh yang seorang pemalu gembira kerana ada orang yang sudi berkawan dengannya. Sejak itu, Qaseh dan Liza menjadi kawan baik. Dimana ada Qaseh disitu adanya Heliza. Kawan-kawan kata mereka macam belangkas. Tak boleh dipisahkan.

          "Wei Liza...relaks r...aku nak kawan ngan si Qaseh tu je. Yang kau sibuk-sibuk kenapa? Kan...Qaseh kan..." balas Azri yang sememangnya tidak puas hati dengan Liza yang sentiasa menyibuk setiap kali dia ingin meng'ayat' Qaseh.

          "Liza, dah lah tu. Tak baik lah kau layan dia macam tu. Tak pe lah, aku memang nak jumpa dia pun. Boleh kau tinggalkan kitaorang kejap? Please...tolong yer Liza." arah Qaseh kepada Liza agar pertengkaran antara Liza dan Azmi tidak berlanjutan.

          "Oke...tapi jangan lelama tau...dia ni miang! Kang ulat bulu naik daun susah kau nanti" kata Liza sambil menunjuk-nunjuk jari telunjuknya ke muka Azri. Geram si Azri melihatnya. Nasib baik lah ada si Qaseh fikir Azri, kalau tidak dah lama jari Liza kena gigit dengan si Azri. Liza berlalu pergi tetapi tidak jauh. Hanya memberi peluang pada Azri dan Qaseh berbicara

          "Awak nak apa yer? Kenapa suka sangat kacau saya? Awak ada hutang ngan saya ker? Kalau ada bayarlah sekarang. Pasni tak yah nak ikut-ikut saya lagi. Rimaslah." perli Qaseh kepada Azri sambil menjeling.

          "Awak...kenapa marah sangat ni? Saya ni nak berkenalan dengan awak jer...awak tuh yang tak nak layan saya. Terpaksalah saya buat macam tuh. Kalau tak, awak tak nak pun bercakap dengan saya macam ni kan. Takpe...tak kisah awak marah pun...awak lagi comel kalau marah. Lagi satu, janganlah jeling-jeling saya macam tuh. Nanti cair saya tau!" Azri membalas dengan memandang tepat ke dalam mata Qaseh.

          Entah kenapa, gadis itu amat memikat hatinya. Pertama kali melihat gadis itu diperkenalkan sewaktu di perhimpunan sekolah membuat dia memberontak untuk kenal dengan lebih rapat lagi. Ada aura dari gadis itu yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.

          Bagi Azri, Qaseh bukanlah taste dia. Dia lebih suka pada gadis yang lebih moden dan bersolek. Namun, dia sendiri pelik bila hatinya terpikat pada Qaseh, gadis yang sederhana berkulit sawo matang dan agak kolot baginya.

          Mana taknya, pergi sekolah berbaju kurung dan bertudung. Sedangkan murid perempuan lain dan Liza sendiri tidak bertudung. Sekolah tidak mewajibkan pun. Tetapi, wajah ayu gadis itu dan sikapnya memang memikat hatinya.

          "O...awak nak berkenalan ye. Okey lah...kita mulakan semula okey. Hai! saya Qaseh, awak?" kata Qaseh sambil menghulur tanganya kepada Azri.

          "Saya Saiful Azri, boleh panggil Rie saja." Azri membalas huluran Qaseh dan mengenggam tangan Qaseh yang lembut sambil tersenyum lebar. Sewaktu tangannya menyentuh tangan Qaseh hatinya bergetar kencang. Dia dapat rasanya getaran itu. Liza hanya melihat dari jauh dengan muka yang masam mencuka.

***

          "Awak..."Qaseh memanggil Azri dengan lembut. Kini Azri adalah kekasih hatinya. Sejak peristiwa di belakang sekolah 6 tahun lalu mereka telah menjadi rapat dan menjadi pasangan kekasih yang paling setia dan bahagia pada pandangan kawan-kawan mereka.

          "Ye, awak...kenapa? tanya Azri pada Qaseh. Dia senang bila Qaseh memanggilnya begitu.

          "Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak ada memohon SPA? Kenapa tak ajak saya sekali?" soal Qaseh yang berkecil hati kerana mengetahui bahawa kekasihnya itu memohon pekerjaan di SPA tanpa pengetahuannya.

          Qaseh mengetahui perkara tersebut dari ibu Azri. Azri telah pun mendapat tawaran pekerjaan dan dia kena melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang tersebut sebelum dia diterima bekerja. Azri akan dihantar ke Sabah, negeri di bawah bayu.

          Tidak pernah Qaseh terfikir yang dia akan berpisah dengan Azri sebegitu jauh. Baginya, Azri adalah segala-galanya. Dia sanggup buat apa sahaja untuk menjaga hati Azri, agar Azri sentiasa dekat dengannya. Qaseh juga telah mengubah penampilannya dari kolot ke pakaian moden. Dari bertudung, dia membuka tudungnya. Semunya kerana Azri suka melihat rambutnya yang lurus semulajadi itu.

          Dia juga tidak sanggup ditinggalkan lelaki itu, kerana segala-galanya telah diserahkan kepada lelaki itu. Termasuk maruahnya sekali.

          "Awak, janganlah risau okey. Saya akan selalu call dan sms awak. Senang-senang nanti kita boleh YM kan..."pujuk Azri. Baginya, tidak mungkin dia akan melupakan kekasihnya itu yang telah banyak berkorban untuknya. Baginya, sepanjang menjadi kekasihnya Qaseh adalah seorang yang mendengar kata dan sentiasa menjaga hatinya.

          Azri teringat malam kejadian hitam yang meragut maruah Qaseh. Ya! Dialah yang telah mencalit kesan hitam di dalam hidup Qaseh. Pada malam menyambut Hari Kemerdekaan tersebut, Azri telah mengajak Qaseh ke Disco di Ibu Negara bersama kawan-kawannya.

          Penangan air 'syaitan' yang di minumnya ditambah dengan gurauan rakan yang mengatakan aweknya amat seksi malam itu membuatkan nafsunya mengelodak di jiwa. Pulang dari disco tersebut Qaseh menghantar Azri pulang ke rumah.

          Oleh kerana cuti Merdeka tersebut jatuh pada hari Ahad, bermakna hari Isnin berikutnya adalah hari cuti bagi menggantikan hari cuti umum yang jatuh pada hari Ahad. Ibunya tiada dirumah kerana pulang ke kampung. Di kesempatan itu, Azri yang telah mabuk mengajak Qaseh bermalam dirumahnya. Qaseh yang pada awalnya menolak ajakan Azri menurut juga kerana risau melihat keadaan Azri tanpa mengetahui agenda Azri.

          Pada awalnya, Qaseh tidur di bilik Azri. Namun setelah mendengar erangan Azri, Qaseh keluar untuk menjenguk keadaan Azri. Melihat Azri yang tidak lena tidur, Qaseh mengambil keputusan untuk tidur di atas Karpet manakala Azri di atas sofa.

          Azri yang melihat Qaseh lena di atas karpet, datang dan baring disebelah Qaseh. Dengan perlahan-lahan dia memeluk pinggang Qaseh. Qaseh yang merasa sesuatu merayap di pinggangnya bangun dengan keadaan terkejut.

          "Apa ni awak?" marah Qaseh pada Azri. "Alah sayang nie, saya peluk je! Bukan luak pun...."balas Azri dengan pandangan yang penuh bermakna.

          "Saya tak sukalah awak. Awak tu mabuk. Dah lah, saya tidur dalam bilik je!" Qaseh bangun sambil menolak tubuh Azri ke tepi.

         Namun, sepantas kilat Azri menarik tangan Qaseh dan Qaseh jatuh terduduk di dalam pelukan Azri. Azri rakus merayap di leher dan dada Qaseh. Qaseh yang terkejut dengan perbuatan Azri menolak Azri sambil merayu.

          Tetapi, tenaga lelaki Azmi tidak dapat dikalahkan oleh Qaseh. Azmi semakin rakus dan menolak Qaseh hingga Qaseh terlentang di karpet. Qaseh cuba berpusing tetapi Azmi sekali lagi dengan pantas menekan badan Qaseh.

          Qaseh meraung ketakutan dan kesakitan. Tidak pernah Azri melayannya sebegitu rupa. Dia tidak lagi kenal siapa dihadapannya. Baju nya yang ketat dan menampakkan susuk tubuhnya direntap oleh Azri dengan kasar.

          Kini, Qaseh tidak dapat berbuat apa-apa. Dia hanya menangis, merayu dan meraung kesakitan. Maruah yang dijaga hanya untuk seseorang yang halal menyentuhnya kini telah hilang dalam sekelip mata.

          Lamunan Azri terhenti dengan pertanyaan Qaseh. "Awak? Awk? Awk dengar tak apa yang saya cakap ni?"

          "Hah! ye...ye...awak tanya apa tadi?"Azri berpura-pura lupa. "Awak ni kenapa? Saya tanya awak bila awak nak pergi daftar kat Sabah tuh? Bila flight awak kesana?"

          "O...minggu depan hari Rabu." jawab Azri dengan selamba. "Rabu minggu depan? Kenapa cepat sangat? Dahlah tak bagitau saya awak dapat tawaran tu. Ni pulak dah nak berangkat...herm..."nada yang keluar dari mulut Qaseh amat menyentuh hati Azri.

          Namun, Azri tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu kehendak ibunya yang menginginkannya bekerja dengan jabatan kerajaan. Bagi ibunya, bekerja di sektor awam lebih terjamin berbanding bekerja di sektor swasta.

Ya Allah!!! Sedihnya...

Menitis air mata Qaseh bila tgk cerita 'TAKDIR AFINA'...

Kita mmg tak boleh menyoal Qada dan Qadar tuhan...kerana setiap yang berlaku ada sebab musababnya..dan semestinya ada hikmah...

Ujian yg diberi oleh Alah SWT bukan untuk menyeksa hambanya...

Itu tanda Dia amat menyayangi kita...dan tanda ia dekat dengan kita...

Kerana Dia tidak akan memberi ujian melebihi kemampuan kita...

Hanya kita dah 'mind set' kan yang kita x boleh...jadinya x bolehlah...

Seperti Qaseh sekarang...cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik...walaupun kebaikan Qaseh tidak dihargai...tetapi Qaseh tetap sabar...insyallah...ada hikmahnya...

Kita buat yang terbaik....kalau pada pandangan seseorg kita bukan yg terbaik..mungkin pada pandangan orang lain kita adalah yang terbaik...

So...jangan mengalah dan menyerah sahaja...kerana tanpa usaha...kejayaan x bermakna...

Sabtu, 25 Jun 2011

Maaf Yer Kengkawan...Tak boleh Komen dan Follow...

Qaseh minta maaf byk-byk pada kengkawan blogger kerana x boleh nk komen dan folow kerana kedua2 kotak tersebut hilang...korg leh komen kt shoutbox dan tggalkan url...nnti Qaseh akan take note k...minta maaf bebyk...



Kenapa Dengan Blog Qaseh?

Aduhai...pe masalah kat belog Qaseh nie???
Kotak follower hilang..kotak komen pun hilang...der sesiapa boleh tolong tak???
Jgn lah mcm nie...semangat tuk ber'blog' tgh kobar2 nie...

Tak Boleh Nak Komen??? Biar Betul...

Ada kwn2 yg blogwalking kt belog Qaseh kata tak leh nak komen kat ulasan...aduh..tuh yg jenuh tuh...x terer HTML nie sumer...biasa tanya kawan jerk...HELP...HELP...sesiapa yang terer...huhu....camner nie???

Blogwalking Di Waktu Senja....

Fuh..penat2...tak tau dah berapa ramai Qaseh ziarah hari nie...ramai jugak kwn2 baru...belog diorg sumer comei...hehehe....weee....penat sgt nieh...baru blogwalking...



Tada..heheh...mlm nie lagi penet kot...nk gi tgk wayang citer KL GANGSTER....pe yg menarik?? entahlah...org nak belanja kiter g jer...nak tgk betul ker semua gosip psl cerita nie...dan juga nk tahu apa sbnrnya tu KL GANGSTER...

Pada kwn2 kt luar sana...tgk boleh ok...ikut jgn tau....

Segmen : Bang , jom g jalan jalan

Segmen dari Ben Ashaari lagi...sesiapa nak join segmen nie leh tgk kat sini tau!!! Jom kita memeriahkan lagi belog abg ben...

Jumaat, 24 Jun 2011

Kawan atau Lawan???

Salam sumer...

Selamat malam...sesiapa yang masih tak tidur...?? Alah...esok kan hari cuti...mesti ramai yang sedang meng 'update' belog masing-masing...

Sebenarnya nak cerita satu kisah...bukan nak meng'aib'kan sesiapa cuma nak berkongsi agar kita tidak lupa...

Baru2 ni Qaseh ada masalah...Qaseh pun memerlukan teman untuk bercerita...tak lain x bukan adalahlah sorang kawan nie...bila citer punya citer...dia bagilah pendapat dia kat Qaseh...dan kebanyakan negatif...but its ok...sebab kita perlu dengar pendapat orang...

But baru2 nie...ada orang tanya Qaseh..."eh...betul ker apa yg aku dengar?" alahai...orang dah tau ker? Mungkin tujuan nya hanya untuk menolong untuk mendapatkan pandangan orang lain...tapi salah orang lah plak...orang yg diberitahu tu mmg ske sangat cari salah org dan keburukan org lain...nauzubillah...mintak di jauhkan dari diri Qaseh...

Bila dah tahu pasal cerita Qaseh pe lagi...duk citer sana..duk citer sini...herm...x per..Qaseh dah maafkan pun...mungkin yg terjadi ada hikmahnya...supaya Qaseh berhati2 dalam hal2 macam nie...

Harap kwn2 suma pun dapat pengajaran dari citer ni k...

Surah Yassin Ada Gambar Lucah?

Salam semua...

Mengucap panjang Qaseh bila dengar berita tersebut....apa lah motif orang yang buat macam tuh??
Sanggup tampal gambar lucah dalam Surah Yassin....kenapalah nak menghina macam tuh sekali??



Apapun Qaseh doakan semoga Allah memberi petunjuk & hidayah pada si pelaku perbuatan tersebut supaya dia bertaubat & menyesali apa yang dia buat tu...

Sanjung atau minat kat Blogger, Artis,Pemimpin.....

Salam suma...

Malam nie Qaseh terpikir kenapa kita suka sangat sanjung orang-orang terkenal..,Kononya sebagai sumber inspirasi...tak salah sebenarnya tau...suma kita kene tahu tujuan apa kita sanjung dia...
Contohnya si isteri menyanjungi suami kerana sikap tanggungjawabnya...peranannya...si pekerja sanjung bos kerana sikap pandai berkomunikasi dan menghargai pekerja bawahan...

Blogger menyanjungi blogger popular kerana minatnya dan kekagumannya...
Walaubagaimanapun...jangan lah berlebih2...kerana kita lebih patut mengikuti idola kita (bagi yg beragama islam) iaitu Nabi Muhammad S.A.W...kenapa???
Korang sumer sendiri tahu sifat mulia rasulullah...baik hati, sopan santun...berbudi bahasa...adil..dan semua sifat2 baginda ada diceritakan oleh Ustaz atau Ustazah sejak kita di sekolah tadika lagi...jadi...kita patut pandai memilih siapa yang perlu menjadi sebenar2nya Idola kita...
Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan......
 Maaf kepada sesiapa yang terasa...hanya untuk ingatan semata-mata...agar kita tidak leka dengan kehidupan di dunia...wassalam...

Pakar buat template Belog Diperlukan....

Tada....Ish..ish..tak sopan sungguh Qaseh nie...tetiba main sergah jerk...nasib baik korang x der sakit jantung tul tak??? Ader?? alamak...minta ampun penunggu gua...minta ampun penunggu gua...heheh...

Sebenarnya nak suprisekan korang....adeh...penat kot...nak edit HTML utk jadi belog nie...herm...tak tau lah baper kali nak tukar...sumer x berkenan di hati...ada tak kengkawan kt sana yang terer pasal wat template belog nie...

Qaseh sbnrnya nak belog Qaseh nie nampak comei dan muslimah gitu...tapi...aish...x jejumpa pun yang menarik di hati...jenuh duk edit sana edit sini...nak gne CS5??? jenuh lagi...x der masa...

So...sesapa yang terer leh bg komen korg...kalu boleh jgn ler memahal...sebab cik ni pokai ble ujung2 bulan nie...heheh fhm2 lah..tanggungjawa byk...so...x yah nak byk citer...korang tinggalkan jerk link korang kalu korang rasa korang pembuat belog yg best...weee....nak blik dah nie....penat duk pejabat satu hari...time to enjoy...wif my family...cuti2 malaysia....

The Rest Of My Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you
my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love
was wrong
But everything was changed when you
came along O...
And theres a couple words I want
to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you... loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and
my strength
And I pray we`re together in Jannah

Now I find myself so strong
Everything changed when you came
along O...
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that
you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you
eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

hODoHnYA kAU......





Pe kabar sumer??? Sihat?? Alhamdulilah...

Hari ini ada orang memuji Qaseh...cantiklah awak hari nie?? Cantik ke?? cantik.....selama ni Qaseh tak cantik lah? Orang tersebut diam...

Yang peliknya, selama ni mati-mati dia kata Qaseh tak pandai make-up lah...pakaian tak sesuai lah....Ish...ish...ish....astagrfirullahalazim...kan..kan...senang2 jer dah dapat dosa free...

Herm...tapi tetap nak bagi tau jugak kat kengkawan...kita nie mahluk ciptaan Allah ada kelebihan ada kekurangan...Oleh itu, kekurangan jangan dicaci, kelebihan jangan dibangga...

Jadi...pesan Qaseh pada kawan-kawan sumer....
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.....

Khamis, 23 Jun 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Nak hack belog orang lain??? mampu ker....??? ingat jack sparrow ker??? hehehe..tapi kali ni nak hack belog orang bukan sebab dengki okeh...ni sumer gara2 abg ben lah nie...suh kami sumer jadik nakal nak hack belog orang lain...

Hack sebab ske ta...bukan sebab dengki...Herm..kalau pk2 balik nak hack belog saper...mestilah nak hack belog abg ben...bleh tak? Tak bleh?? alah...bleh lah abg ben...ske sangat baca entry2 abg ben...walaupun bersahaja tapi menarik kot...dah baca tajuk...baca plak ayat pertama gerenti nak baca sampai habis hingga menjilat laptop...hehehe...

Pe2 pun..nak jugak hack belog abg ben...jangan marah....!!!

Rabu, 22 Jun 2011

Aku Promosi Kau Promosi Aku

Hahaha...best tajuk Segmen kali ni...kalu korang rasa korang best join lah...heheh....

Selasa, 21 Jun 2011

Siapa aku dihatinya Siri 3

     Qaseh mengelamun sendirian di dalam biliknya. Dia teringatkan kisah dua hari lepas. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, wajah Shah sentiasa menjadi mimpi indahnya. Kakinya yang terseliuh semakin sembuh hasil dari memakan ubat doktor dan mendengar nasihat makcik Salmah.

     Dia terbayangkan raut wajah Shah yang muram sewaktu kepulanganya dari rumah makcik Salmah. Dia perasan reaksi wajah Shah berubah apabila dia menyatakan hasrat untuk pulang ke KL kepada makcik Salmah.

     Dia bukan tidak suka tinggal di rumah makcik Salmah. Cuma, dia tidak mahu berlama-lama dirumah orang. Lagipun, mereka tiada pertalian dengannya. Mungkin akan mengundang umpatan orang jika tahu adanya anak dara dirumah tersebut. Maklumlah, rumah itu ada seorang anak teruna.

     Qaseh tidak senang duduk, nak makan pun tiada selera. "Kenapa dengan aku ni?" Qaseh bertanya pada dirinya. "Nak kata tak sihat, aku sihat! Tapi...tak lalu makan...resah...kenapa aku nie???" Qaseh masih memikirkan keadaannya itu.

     Sikap Qaseh itu juga merisaukan Liza, adik Shah yang menyewa satu rumah dengannya. Zizi juga menyewa bersama mereka. "Kau ni kenapa Qaseh? Aku tengok dua tiga hari ni...kau semcam jer...kenapa? Kaki kau sakit lagi ker? Nak aku bawa kau pergi jumpa doktor lagi ker? tanya Liza bertalu-talu.

     "Eh...tak lah, aku ok je kot! Kenapa kau tanya? Eh...kau tak kerja ke hari ni?"tanya Qaseh kepada Liza bagi mengelakkan Liza bertanya dengan lebih lanjut mengenai perubahan sikapnya.

     Namun, Liza yang merupakan teman karib Qaseh sejak sekolah amat memahami sikap kawanya itu. Dia tahu. Qaseh cuba mengelak dari dia bertanya dengan lebih lanjut. Qaseh memang tidak suka jika ada sesiapa bertanya mengenai hal peribadinya.

     "Hah...! Mulalah tu nak tukar topik. Banyak cantik muka kau...Wei! bagilah tahu kat aku. Kau kenapa? Aku risau lah kau macam ni!" Liza masih tidak puas hati.

     Dengan berat hati Qaseh menjawab, "Herm...aku jumpa Zack lah kat rumah kau hari tu!" Qaseh cuba cerita mengenai Zack pula, sedangkan bukan itu sebenarnya yang merisaukan dia.

     "Zack? Zack mana pulak kau ni....tu lah, siapa suruh kau ni cantik sangat. Silap-silap, abang aku pun boleh jatuh cinta kat kau tau tak!" balas Liza bersungguh.

     Tersentap jantung Qaseh apabila Liza menyebut perkataan 'abang'. "Ya, allah...kenapalah engkau menguji aku dengan keadaan ini..." adu Qaseh kepada tuhan yang maha esa.

     "Zack, sepupu kau lah...siapa lagi! Hah! lagi satu, tak ada maknanya abang kau tu nak jatuh cinta dengan aku. Kau pun tahu siapa aku. Kisah hidup aku.....tak kan abang kau boleh suka aku" Qaseh menyatakakan kekesalannya.

     Hanya Liza yang tahu siapa Qaseh yang sebenarnya. Walaupun Zizi juga adalah sahabat karibnya, namun kisah Qaseh hanya Liza yang tahu.

     "Sepupu aku? Zack? O....Zakri. Ceh! Sejak bila pulak dia tukar nama? Mak ayah elok-elok letak nama Zakri, tetiba sekarang jadi Zack pulak?" kata Liza yang penuh kehairanan.

     "Jab...jab...sejak bila kau kenal sepupu aku Zakri? Eh! bukan....apa....Zack? Ah! Lantaklah apa pun nama dia. Hah! Macamana?" tanya Liza bertalu-talu kepada Qaseh.

     "Kitaorang satu kolej...malas lah layan dia tu. Mengada-ngada sangat! Suka sangat kacau aku waktu kat kolej. Aku tak suka sangat kat dia...'playboy' kot! Ee...bukan 'taste' aku lah nak rampas-rampas hak orang. Bukan prinsip aku ok!" balas Qaseh.

     "Oi...cik kak, yang orang lain rampas hak kau tak pe pulak! Kau ni...baik hati sangat tau tak? Orang buat apa kat kau pun...kau diam je! Kalau aku kat tempat kau, dah lama dah aku balas dendam balik kat diorang." Liza melepaskan geramnya kerana tidak puas hati dengan sikap aku yang sentiasa mengalah dan membiarkan dibuli oleh orang sekeliling.

     "Liza!!! aku tak suka lah cara kau bercakap. Kita ni makhluh Allah swt tau tak? Tugas menghukum bukan ditangan kita, faham? Lagi satu, sikap berdendam tu tak elok tau...kalau kita berdendam lama-lama boleh memakan diri. Kita kena sedar, segala yang terjadi adalah Qada dan Qadar Allah swt. Yang baik datang dari Dia, yang buruk dari kita sendiri hambanya yang serba kekurangan." ceramah Qaseh pada Liza membuatkan Liza terdiam seribu bahasa.

     Liza serba salah dengan kata-katanya. Bak kata pepatah 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Dia tahu benar perangai sahabatnya itu, bukan seorang pendendam walaupun dirinya dipermainkan. Qaseh tidak mudah melatah jika ada yang mengata mengenainya. Liza tahu itu. Jika dibandingkan dirinya dengan Qaseh, memang jauh panggang dari api. Liza jenis yang pantang di kacau atau di permainkan. Liza teringat zaman persekolahannya bersama Qaseh.

Rabu, 15 Jun 2011

Siapa aku dihatinya Siri 2

Kedengaran sayup-sayup suara azan subuh. Terkebil-kebil Qaseh membuka matanya. Dia mendengar kembali suara azan itu. Dia tahu suara itu bukan datang dari Masjid, kerana setahu dia sewaktu dalam perjalanan ke rumah Liza, hanya sawah bendang sahaja sekeliling. Tiada Masjid yang kelihatan. 

Qaseh kembali menghayati suara yang mengalunkan kebesaran Allah s.w.t itu. Merdu. Bagi Qaseh, itu adalah kali pertama dia mendengar azan yang dialunkan sebegitu merdu. Bukan ayahnya tidak merdu mengalunkan azan. Namun, sepanjang 26 tahun ia bernafas di bumi Allah ini...tidak sekalipun dia mendengar ayahnya mengalunkan azan. Qaseh menjadi pilu apabila teringatkan ayahnya itu. DIa mendoakan ayahnya mendapat hidayah dari Allah yang Maha Esa.

Berhentinya alunan azan itu menyedarkan Qaseh dari lamunan. Dia tahu yang dia telah terlambat untuk menunaikan solat subuh. Dia mengambil tuala di dalam begnya yang berada di sebelah Zizi yang sedang nyenyak tidur. 

Niat dihati ingin dia mengejutkan Zizi tetapi teringat pesan kawannya itu bahawa dirinya uzur. Dengan keadaan kelam kabut Qaseh turun kebelakang rumah tersebut dimana terletaknya bilik air. Sewaktu tergesa-gesa turun entah dimana silapnya, kaki Qaseh tersadung. 

Mujur Shah berada berhampiran dengan tangga tersebut dan sempat menyambut Qaseh daripada terjatuh. Disebabkan keadaan yang berlaku secara spontan itu, Qaseh menghempap badan Shah yang sasa itu. Dan sekarang Qaseh berada didalam pelukan Shah. Rambut Qaseh yang panjangnya separas pinggang itu menutup muka Shah. Aroma rambut Qaseh yang lurus dan dijaga rapi itu dihidu oleh Shah. Sungguh nyaman bau itu.

Makcik Salmah yang juga berada berhampiran menjerit apabila melihat Qaseh terjatuh dari tangga. "Qaseh, Shah! Kamu berdua tidak apa-apa?" tanya makcik Salmah. 

Menyedari keadaan itu, Shah segera bangun dan melepaskan pelukannya dari pinggang Qaseh. Qaseh juga tergesa-gesa bangun dari badan Shah. Sewaktu ingin berdiri, Qaseh menjerit kesakitan. 

"Aduh! Ya, Allah! Sakitnya...." jerit Qaseh. Shah segera memegang Qaseh yang hampir terjatuh semula. "Awak tak apa-apa ke? Kat mana sakit?" tanya Shah dengan perasaan yang risau.

Makcik Salmah menyuruh Shah memapah Qaseh naik ke atas rumah untuk melihat bahagian yang sakit. Namun, Shah memandang Qaseh dengan was-was. Takut-takut Qaseh tidak sudi. 

Tetapi pandangan mata Shah dibalas dengan lirikan mata Qaseh yang memohon simpati sekaligus lirikan tersebut seperti membenarkan Shah membuat apa sahaja kerana keadaan tidak mengizinkan Qaseh berfikir lagi.

Sewaktu memimpin Qaseh naik ke atas rumah, sekali lagi Shah terhidu aroma rambut Qaseh yang lurus dan cantik itu. Namun, dengan segera dia mengucap panjang. Dia sedar yang dia tidak patut merasa begitu kerana Qaseh bukanlah muhrimnya. 

Makcik Salmah melihat kaki Qaseh yang kelihatan kebiruan. "Astargfirullahalazim...dah bengkak kaki kamu ni. Terseliuh agaknya." kata makcik Salmah kepada Qaseh.

"Macamana ni makcik? Saya belum solat subuh lagi ni..."beritahu Qaseh kepada makcik Salmah. 

"Ish, kamu ni. Kamu tu sakit. Macamana nak ambil wuduk? Bilik air kat bawah tu. Macamana kamu nak turun tangga dengan kaki kamu macam ni?" marah makcik Salmah.

"Tapi...solat tu kan wajib makcik. Tak kira kita sakit macamana pun...kita perlu bersolat."balas Qaseh.

Shah yang berada di tepi ibunya memandang Qaseh dengan pandangan simpati. Dia juga kagum dengan Qaseh. Gadis itu, walaupun tidak bertudung litup masih mengetahui tentang hukum hakam agama. Bermakna, dia tidaklah buta agama. Cuma. mungkin hatinya belum terbuka untuk menyarung tudung di kepalanya bagi menutup rambutnya yang cantik itu.

Tiba-tiba Shah mencelah "Ibu, Shah bawa air sebesen ke sini lah....ibu boleh tolong Qaseh ambil wuduk ya ibu." kata Shah sambil berlalu pergi.

Qaseh terkedu apabila Shah berkata begitu kepada ibunya. Dia berterima kasih kepada Shah di dalam hatinya kerana Shah memahami isi hatinya.

***

Qaseh melihat jauh ke bendang sawah dihadapan rumah makcik Salmah. Dia teringatkan peristiwa subuh tadi. Betapa dia malu terjatuh sebegitu rupa. Namun, bukan itu yang difikirkan oleh Qaseh tetapi perasaan halus yang wujud dihatinya apabila dipeluk oleh Shah sewaktu jatuh dan sewaktu Shah memimpinnya naik ke atas rumah.

Walaupun Qaseh jenis gadis yang kuat bersosial, tetapi bukan mudah bagi dia untuk menyerahkan tubuhnya kepada sebarang lelaki. Hanya sekali sahaja dia pernah tersungkur di dalam pelukan lelaki dan lelaki itu adalah kekasih pertamanya. 

Perkara itu juga berlaku bukan kehendaknya. Dia masih ingat bahawa dia dipaksa oleh kekasihnya itu. Sewaktu itu, dia masih di tingkatan lima dan waktu itu dia masih belum mengerti tentang seks dan sebagainya. 

Betapa sakitnya hati dia diperlakukan begitu. Mahkota yang dijaga olehnya selama ini diragut oleh orang yang paling dia sayang dan dia harapkan. Tetapi, kerana dia amat mencintai lelaki itu dia melupakan apa yang dilakukan oleh kekasihnya itu. Juga, kerana dia takut tiada lelaki lain yang mahukan gadis yang sudah rosak sepertinya.

Namun, percintaan yang dibina sejak tingkatan tiga itu berakhir apabila masing-masing menjejakkan kaki ke Pusat Pengajian Tinggi. Percintaan yang dibina dan dijaga selama enam tahun musnah begitu sahaja. Begitu juga dengan maruahnya....

***

"Hoi!!! apa ni, anak dara mengelamun kat tingkap ni...tak elok lah." tegur Zizi kepada Qaseh. 

"Banyaklah kau punya mengelamun. Aku jatuh gedebuk kat tangga macam nangka busuk, engkau sedap-sedap tidur kat dalam bilik." marah Qaseh.

"Hahaha...siapa yang suruh engkau mengelamun. Turun tangga pun nak mengelamun, sebab itu lah jatuh. Kalau nangka jatuh boleh makan. Ni, cik Qaseh kita jatuh cik abang Shah yang dapat habuan!" gelak Zizi.

"Wei, kau ni. Jaga lah sikit ayat tu. Dia tolong aku tau. Bukan ambil kesempatan. Aku tau lah kau jeles. Hehehe..." sindir Qaseh pada Zizi.

"Dah...dah...janganlah marah beb! Aku gurau je kot!!! Sejak bila ko sensitif ni?"tanya Zizi.

"Sejak..sejak kaki aku sakit. Hehehe..."jawab Qaseh sambil tersenyum.

Secara tiba-tiba ada orang memberi salam di bawah rumah. Qaseh dan Zizi menjawab salam dengan serentak sambil Zizi menjenguk ke bawah melihat tetamu yang datang.

Muncul Shah yang entah dari mana menyambut tetamu tersebut sebelum sempat Zizi menyapa tetamu yang datang itu.

***

"Jemput naik...lama aku tak nampak kau Zack? Mana kau menghilang?" tanya Shah kepada Zack sambil mempelawanya naik ke rumah.

Semasa Shah dan Zack sampai di ruang tamu, Zack ternampak Qaseh bersama Zizi yang sedang bersembang. Pada awalnya Zizi ingin ke dapur menolong makcik Salmah menyediakan hidangan untuk tetamu Shah itu. Namun, Qaseh menarik tangannya meminta menemaninya disitu. Zizi yang kasihan dengan keadaannya yang boleh dikatakan OKU sementara itu menurut sahaja.

Sewaktu Zack ternampak Qaseh, dia terus mengenalinya gadis itu. Gadis yang dipuja sewaktu zaman kolejnya. Qaseh yang memang terkenal dengan sikap anti lelaki memang sangat popular. Walaupun dia anti lelaki tetapi ramai lelaki di kolej tergila-gilakannya.

Sikap Qaseh yang tidak layan mana-mana lelaki di kolejnya membuatkan lelaki-lelaki di kolejnya terasa tercabar sehinggakan ada yang  berani bertaruh jika ada sesiapa memiliki dirinya adalah lelaki sejati.

Jinak-jinak burung merpati, itulah yang boleh Zack katakan mengenai sifat Qaseh. Zack juga adalah salah seorang lelaki yang diminati di kolejnya. Perwatakan Zack yang nampak 'macho' dan 'gentleman' memikat hati ramai anak gadis di kolejnya. Namun, Zack yang dikatakan 'playboy' itu sentiasa terkejar-kejarkan Qaseh. Gadis yang anti lelaki.

Pernah sekali Zack dapat memujuk Qaseh untuk makan bersama-sama di kafeteria kolej mereka. Qaseh yang tidak mahu di katakan sombong menurut sahaja. Lagipun, fikirnya hanya makan-makan sahaja. Bukannya, ber'dating'.

Namun, itulah kali pertama dan terakhir Qaseh makan bersama Zack. Kerana pada waktu itu, hadir seorang perempuan yang muncul entah dari mana menyimbah air ke muka Qaseh dan memarahinya kerana makan bersama Zack yang dikononya 'boyfriend'nya itu.

Oleh kerana terlampau marah, Qaseh menampar Zack dan menyuruh dia menjaga 'girlfriend'nya itu dengan baik. Sejak itu, Zack tidak lagi melihat kelibat Qaseh di Kolej atau di mana-mana.

***

"Qaseh!!" tegur Zack. "Apa U buat kat sini? Kecik dunia ni kan...U lari dari I macamana pun I dapat cari U jugak. What a pleasent suprise!!!"jerit Zack dengan gembira.

Qaseh yang sedang berborak dengan Zizi terkejut mendengar suara Zack. "Macamana dia ada kat sini...benci betullah aku..."kata hati Qaseh.

"I datang sini ada hal. U buat apa kat sini?" tanya Qaseh kembali dengan harapan dapat menutup kegugupannya. Qaseh perasan yang Shah sedang melihatnya dengan tanda tanya.

"I datang melawat makcik I. Ini sepupu I Shah." kata Zack sambil memperkenalkan Shah.

"Kami memang dah kenal...kan I dekat rumah dia ni. Tak pelah, korang berboraklah dulu. I nak masuk ke bilik. Zie tolong angkat aku." kata Qaseh sambil memeluk pinggang Zizie yang menolongnya bangun dari kerusi.

"Hei...! Kenapa dengan kaki U?" Zack terus meluru ke arah Qaseh dan memegang kakinya. Qaseh sedikit kaget dengan tindakan zack itu.

"Ish...suka hati je nak pegang kaki orang" Qaseh berkata dalam hatinya. Qaseh tidak mahu Shah berfikir yang bukan-bukan mengenai dirinya. Sejak kejadian pagi tadi dia mula menjaga kelakuannya dihadapan Shah.

Entah kenapa hatinya tidak mahu Shah melihat keburukannya. Kalau boleh ingin sahaja dia memarahi Zack yang sedang membelek-belek kakinya. Baginya, keadaan sekarang tak perlu berterusan. Lalu dia berkata "Zack, saya tak ada apa-apa lah. Terseliuh sikit je."

"Sikit U kata! Dah bengkak kaki U ni...lebam pulak tuh" balas Zack tak puas hati.
"Jom saya hantar awak ke klinik. Nanti kalau melarat siapa yang susah? Awak sendiri tau..."marah Zack.

"Betul tu Qaseh......patutnya dari tadi saya dah bawa awak ke klinik. Tapi saya ni ada motor je. Elok juga si Zack ni ada, boleh dia tolong hantarkan awak. Kami ni boleh sapu minyak urut je. Kalau jumpa doktor saya rasa lebih baik!" kata Shah dengan lembut kepada Qaseh.

Sayu hati Qaseh mendengar kata-kata Shah tu. "Awak...kalaulah awak boleh mendengar suara hati saya. Betapa saya tidak kisah melalui semua ini. Asalkan awak sentiasa di depan mata saya." kata Qaseh di dalam hatinya.

***

Shah resah menunggu kepulangan Zack yang menghantar Qaseh ke klinik. Bukan Zack yang dirisaukannya tetapi Qaseh, gadis pujaannya. Kerisauannya bertambah apabila dia tahu yang Qaseh bersama Zack. Sepupunya itu. Dia sudah masak dengan perangai Zack yang pantang melihat wanita berdahi licin. Semua dia nak cuba masuk 'line'.

Deruman kereta di hadapan rumah menjadi perhatian Shah. Dia melihat Zack membuka pintu kereta untuk Qaseh. Zack cuba ingin membantu Qaseh bangun, tetapi Qaseh keberatan. Sebentar kemudian datang Zizie untuk membantu Qaseh.

Setelah Zizie memimpin Qaseh masuk ke bilik, Shah bertanya pada Zack dengan nada cemburu "Macamana kau boleh kenal Qaseh?"

"Oh! Dia tu satu kolej ngan aku. Awek pujaan ramai kot...budak lelaki satu kolej tergila-gilakan dia. Tapi dia tu tak layan kitaorang. Anti lelaki katanya." terang Zack panjang lebar.

"Apsal kau tanya? Macamana dia leh ada kat sini? Siap kaki terseliuh bagai..."tanya Zack tanpa henti.

"Kau ni macam tren keretapi lah...soalan tak henti-henti. Bagilah aku jawab satu-satu. Ini tidak! Aku belum jawab, ko dah tanya soalan kedua. Ades..." Shah mengeluh kepada sepupunya itu.

"Ok..ok...sorry lah! Aku teruja dapat jumpa dia kat sini. Dulu aku minat kat dia...tapi, dia tak layan aku. Jadi, macam-macam lah aku nak tanya. Heheh...sorry brader.."kata Zack lagi.

"Dia datang sini melawat ibu bagi pihak adik aku. Katanya Liza sibuk fly sana sini. Outstation. Jadi, dia hantar budak tu untuk jenguk keadaan ibu..."balas Shah.

"Oh...! Nasib baik..."kata Zack sambil tersenyum-senyum.

"Kenapa nasib baik?"tanya Shah kehairanan.

"Tak lah....aku ingat isteri kau ker, tunang kau ker...awek kau ke. Heheh...rupanya-rupanya kawan Heliza. So...aku ada peluanglah untuk tackle dia lagi" Zack tersengih macam kerang busuk.

Tersentap hati Shah bila Zack berkata begitu. "Tidak!!!" jerit Shah dalam hati. "Tak mungkin Zack. Aku takkan lepaskan dia dengan mudah ke tangan kau. Aku amat menyayangi dia. Dan dia hanya akan jadi milik aku." Shah berkata-kata di dalam hati.

"Kita tengok siapa yang dapat dulu...." gurau Shah kepada Zack.

Tergamam Zack mendengar cabaran Shah itu. Ini bermakna Shah juga ada hati terhadap Qaseh, gadis pujaannya.

"BMW!" balas Zack. "Apa tuh??" tanya Shah kembali. "Best man win...ok!" jawab Zack.

"Oh...ok...aku paham. Kita tengok siapa yang menang." Shah senyum sambil menepuk-nepuk bahu sepupunya itu.


Selasa, 14 Jun 2011

Siapa aku dihatinya Siri 1

Suasana di desa memang mendamaikan. Kalau bukan kerana Liza, Qaseh tidak akan sampai ke desa ini. Walaupun masih di dalam negeri selangor, Kuala Selangor ini bukanlah seperti bandar-bandar yang sesak dengan kenderaan bila waktu kemuncak pagi dan petang. Tetapi di sini adalah sebuah desa separuh bandar yang hijau dengan sawah-sawah padinya dan pokok-pokok tanaman penduduknya. Amat nyaman sekali.



Sewaktu sampai disini Nur Qaseh Elena merasakan tenteram. Homestay Sg. Haji Dorani menjadi tempat tujuannya dan penemannya adalah Zizi sahabat baiknya dari zaman sekolah. Mereka kesitu dengan tujuan menghantar duit belanja untuk ibu kepada kawan mereka, Heliza. "Terima kasih Liza, kalau tak kerana engkau...aku takkan sampai ke sini lagi!" bisik hati Qaseh sambil tersenyum.



***



"Assalamualaikum....assalamualaikum....makcik! Assala...." Qaseh terhenti memberi salam. Terpandang seorang lelaki yang muncul di pintu dengan senyuman manis sambil menjawab salamnya.



"Waalaikumsalam...ye, saudari cari siapa?" soal jejaka tersebut.



Zizi mencubit lengan Qaseh bagi menyedarkannya dari mengelamun kerana mendengar suara jejaka tersebut. Merdu.



"Ouch...sakitlah wei!! Kau ni kenapa? Suka-suka je nak cubit aku!" soal Qaseh dengan nada marah.



"Dah kau yang mengelamun...aku nak sedarkan kau je. Kau kenapa? Tuan rumah tengah tanya kau la. Yang kau sengih-sengih, senyum-senyum macam kerang busuk kenapa? Itu yang aku cubit tuh..." Zizi memberikan penjelasan yang panjang lebar. Qaseh hanya menjeling manja pada Zizi meminta kawannya itu memahami.



"Maaf saudara, saya mencari makcik Salmah. Dia ada di rumah? Kami datang dengan hajat." Qaseh mejawab soalan lelaki itu dengan malu-malu kerana di cubit oleh Zizi. Buat malu jer fikirnya.



"Oh...ibu tak der kat rumah. Dia ke pasar tani. Ada hajat apa tuh? Kat rumah ni tak ada anak dara untuk disunting. Kalau ada pun nun jauh tinggal di bandar KL tuh." jejaka tersebut berseloroh dengan nada yang sungguh lembut sekali.



Nur Qaseh Elena tergamam bila jejaka tersebut berseloroh begitu. Dalam hatinya berbisik "alahai, sopannya dia nie. Untung kalau jadi suami".



"Kami ni kawan Heliza. Dia suruh kami kesini menghantar wang belanja dan barangan dapur untuk ibunya. Katanya dah lama dia tak balik kerana sibuk outstation sana sini. Jadi dia menghantar kami sebagai wakil untuk menjenguk keadaan ibunya. Risau katanya!" Qaseh memberitahu tujuan mereka kesitu. Tiba-tiba wajah lelaki itu berubah apabila mendengar penerangan Qaseh . Nada suaranya juga mula berubah.



"Sibuk sangat ker? Sampai nak balik Kuala Selangor ni pun tak ada masa? Bukannya lama pun dari bandar KL tu. Lebih kurang 2 jam je....alasan!!!" tengking lelaki tersebut. Qaseh dan Zizi tergaman. Hilang semua angan-angan Qaseh.



"Maaf saudara, kami cuma menyampaikan apa yang perlu je...maaf ye kalau mengganggu!" Sambil menelan air liur Qaseh menjawab dengan berhati-hati kerana takut dimarahi.



Sebenarnya Qaseh amat terasa dengan nada suara dan kata-kata jejaka itu yang kasar. Entah kenapa hatinya yang ganas selama ini sungguh tersentuh dan berkecil hati dengan kata-kata jejaka itu.



***



Shahrul Azmi memandang Qaseh dengan pandangan simpati. "Kesian budak ni, penat-penat datang kesini aku marah dia pulak. Bukan dia yang patut aku marah. Sepatutnya aku menjemput dia naik kerumah dan menghormati tetamu seperti yang ibu ajarkan padaku. Aku tak mahu menjadi orang yang tak reti nak hormat tetamu" katanya didalam hati.



Dia memandang Qaseh semula. Dia sedar yang riak muka Qaseh berubah apabila dia bercakap kasar tadi. Wajah Qaseh diamati. Dia seperti kenal wajah manis gadis itu. Wajah yang dirinduinya selama ini. Ya! tak salah lagi. Dia adalah Nur Qaseh Elena! Kawan sekelas adiknya Heliza. Dahulu dia selalu bertanyakan khabar gadis comel itu melalui adiknya. Gadis comel yang berjaya memikat hatinya. Dia hanya berani memandang dari jauh kerana tidak mahu mencampur adukkan kehidupan peribadi dengan persekolahan.



Dia sedar pada waktu itu, bukan masa untuk bercinta kerana tujuan utama mereka adalah untuk mencari ilmu agar masa depan mereka terjamin. Namun, dia yang hanya mampu belajar sehingga tingkatan 5 akur bahawa dia tidak sebijak adikknya Heliza. Sejak Qaseh berpindah dan bersekolah di bandar, dia tidak lagi bertanya khabar dari adiknya mengenai Qaseh. Kerana anggapannya Heliza susah untuk mengetahui khabar berita mengenai Qaseh kerana perbezaan jarak. Sedangkan dia lupa bahawa zaman sekarang adalah zaman IT. Bila-bila, dimana sahaja kita masih boleh berhubung melalui dunia maya.



"Sungguh bertuah aku dapat melihat bunga yang aku idam-idamkan selama ini. Kau semakin cantik Qasehku sayang...." bisik Shah didalam hatinya. Dia memberikan senyuman yang paling manis buat Qaseh.



***



"Buang tabiat apa mamat ni. Tetiba je senyum ngan kita.Tadi marah, sekarang senyum pulak" nada Zizi seperti orang yang tidak puas hati.



"Maafkan saya!" kata Shah apabila menyedari ketelanjurannya terhadap dua orang agdis itu.



"Eh! Siapa ni Shah? Kenapa tak jemput tetamu naik ke atas rumah? Kan panas ni. Kalau ia pun nak marahkan adik kamu tu, janganlah tetamu yang jadi mangsa!" sindir makcik Salmah kepada anaknya Shah. Shah hanya tersenyum-senyum malu kerana dia tidak menyedari kehadiran ibunya di situ.



Rupa-rupanya makcik Salmah sudah lama berada di halaman rumah dan memerhatikan gelagat tiga orang anak muda itu. Sambil berjalan ke arah tangga rumahnya, makcik Salmah menjemput Qaseh dan Zizi naik ke rumahnya.



"Rumah kampung je nak, sudilah singgah ye! kata makcik Salmah dengan malu kerana mengagak bahawa dua gadis itu adalah kawan Heliza dari bandar yang mungkin tidak biasa dengan keadaan rumah kampung.



"Ish, makcik. Tak adalah, saya dah biasa duduk rumah macam ni. Dulu saya kecik kecik duduk kampung jugak" balas Qaseh dengan lembut.



"Makcik tak kenal saya ke?” soal Qaseh kepada makcik Salmah. Dia pasti makcik Salmah sudah lupa padanya. Ialah, sudah lama dia tidak pulang ke kampung itu.



Makcik Salmah mengamati wajah Qaseh yang berbentuk bujur sirih itu. Ditenungnya dalam-dalam mata Qaseh sehingga Qaseh merasa malu dengan pandangan Makcik Salmah itu.



"Qaseh! Ya, allah Qaseh!. Lamanya makcik tak jumpa kamu. Kamu apa khabar? Sihat? Mak ayah macam mana?" jerit makcik Salmah dengan gembira sehingga suaranya didengari oleh Shah yang berada di dapur. Belum sempat Qaseh menjawab, Shah datang dengan sedulang minuman.



"Mak! Ini airnya." kata Shah sambil melirikkan matanya ke wajah Qaseh. Kau benar-benar hadir seperti yang ku pinta. Terima kasih Ya. Allah! Shah bersyukur ditemukan lagi dengan gadis yang dicintainya.



"Shah! shah!" panggil makcik Salmah.



"Shah dengar tak cakap ibu ni? Kan...ibu suruh jemput tetamu kita minum." tegur makcik Salmah yang perasan bahawa mata anaknya itu tak berkelip memandang Qaseh.



"Oh, ya! Jemput minum ya saudari. Maaf air bujang sahaja." kata Shah kepada kedua gadis itu dengan malu-malu. Lagaknya seperti anak dara sunti pula.



"Terima kasih!" kata Qaseh dengan lembut kepada Shah. Bagai hampir gugur jantung Shah bila mendengar suara Qaseh yang amat lembut itu.



"Ya, Allah! Sungguh agung ciptaanmu ini. Andainya ini jodoh yang kau ciptakan dari tulang rusukku, aku mohon agar kau memelihara dirinya sehingga aku memilikinya secara sah." doa Shah didalam hatinya.



Dia berlalu pergi kerana tidak mahu berlama-lama disitu kerana di tahu bahawa ibunya perasan tentang perubahan sikapnya apabila berhadapan dengan gadis yang dicintainya itu, Qaseh!



***



"Penatnya badan!" adu Qaseh kepada Zizi sambilnya memicit-micit tengkuknya.



"Penat konon...tadi, makcik tuh suruh kita bermalam je kat sini kau tak nak kan. Nasib baiklah aku dok sibuk-sibuk ajak kau bermalam kat sini. Kalau tidak lagi penat tau. Entah pukul berapa nak sampai rumah kalau drive malam-malam ni." bebel Zizi kepada Qaseh. Dia mula membentang toto yang diberi oleh makcik Salmah kepadanya tadi.



"Kau ni bukan mak nenek dah ni..macam mak lampir kau tau tak?! Bebel je dari tadi. Kau tak kesian kat aku ke?" rayu Qaseh minta simpati.



"Dah lah penat aku bercakap ngan ibu si Liza tuh siang tadi. Penat tau aku terangkan kat ibu dia tu siapa aku ni, mana aku pindah..sekarang duduk kat mana....mak aku sihat ke tak....sekarang ni kau pulak ajak aku bercakap. Esok-esok je lah kau sambung eh...aku dah letih sangat ni. Aku nak tidur....lagi satu ni, kau solat Isyak dulu sebelum tidur. Aku tak nampak pun kau solat tadi." bebel Qaseh pula kepada Zizi.



"Aku uzurlah, tadi waktu mandi baru aku perasan. So, esok kau tak yah penat-penat kejut aku solat subuh ok. Aku nak tidur puas-puas...aku pun penat jugak layan ibu si Liza tu...." balas Zizi sambil mengambil tempat disebelah Qaseh.



Entah bila waktunya, Qaseh dan Zizi telah pun lena beralaskan toto dan bantal kekabu di bilik tetamu di rumah Liza, kawan baik mereka. Walaupun tidur dalam keadaan begitu, mereka tetap selesa, mungkin kerana terlampau letih.

Ahad, 12 Jun 2011

Syurga Bagi Yang Sabar

Assalamualaikum...

Camane korg hari nie? Sihat ker?? Hah..!!! tak cukup tidur?? Tulah, siapa suruh tgk bola sampai pagi. Cewah...mengata dulang paku serpih...Qaseh pun tidur lewat gara-gara tgk kelantan vs terengganu.

Cerita mengenai bola nie ada satu sikap di mana kita akan buat tanpa kita tidak sedar.
Iaitu 'Sabar'...apa kene mengena sabar dengan bola ye tak?
Heheh..oklah yer...sebenarnya klu korang baca entri pun dah tau yang Qaseh nak cerita pasal sabar hari nie. Jom kita layan...

Pernah tak korang dengar bila ada seseorang marah akan datang seorang yang dikenali mengatakan 'Sabar....'
Dan korang akan perasan orang yang tengah marah tue akan cakap macam nie...
"Apa sabar-sabar? Sabar aku pun ada hadnya tau tak!!!"
Betul tak? korang akan dengar macam tuh...
Itu sebenarnya adalah ayat-ayat dari orang yag tak paham apa itu erti sabar yang sebenar.
Maaflah kalau ada yang terasa bila Qaseh kata korang tak faham erti sebenar sifat sabar tuh...tak per...kalau tak pandai kita bertanya...baru tak sesat jalan..bukan jalan kat Chow Kit tau...kalau kat situ, Qaseh pun sesat!! hahah...

Kita akan terpikir...boleh ke kita sabar? Jawapannya boleh...Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud : "Sabar itu separuh dari iman" (Riwayat al-Baihaqi)...
Bila kita dengar jer sabda rasulullah tersebut pasti ada yang tanya..."habis tuh lagi separuh tuh apa? mestilah marahkan..." Adus...orang yang cakap macam ni tidak berfikir sebelum bercakap...Maksud ayat diatas ialah Tanpa iman tidak akan ada kesabaran. Apa itu iman?

Iman itu bukan sekadar ilmu yang ada pada kita dan ucapan mulut semata-mata...tetapi ia soal keyakinan dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan....(macamana tu???)

Apabila seseorang berpesan supaya bersabar...ia sekaligus merupakan pesanan yang berkaitan dengan keimanan kepada Allah dan hari kiamat seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa" (Surah al-Baqarah 2:177)

Sifat sabar itu amat penting dalam kehidupan kita kerana apa yg kita hendakkan dalam hidup ini tak semuanya akan dapat dengan mudah kan.... Byk yg berlaku dalam hidup kita adalah sesuatu yg bukan kehendak kita atau kadang-kadang diluar jangkaan. Kita akan menangis, kesal, bimbang, kecewa dan macam-macam lagi perasaan negetif yg timbul. Jadi, utk elakkan kan semua perasaan tu apa yg perlu kita buat? Jawapannya adalah 'bersabar'...

KOrang tau tak yang Allah s.w.t menciptakan bumi ini dengan kesabaran...kalau ikutkan logik akal korang mestilah seseorg yg berkuasa boleh mencipta bumi nie dengan sekelip mata...betul tak?? Tapi...Allah s.w.t menciptakan langit dan bumi dgn penuh kesabaran yakni mengambil tempoh enam masa...

Matahari pula diterbitkan dari timur ke barat sedikit demi sedikit...begitu juga tumbuh-tumbuhan membesar sedikit demi sedikit...dari anak benih ke batang..hingga berdahan dan berdaun...semuanya berlaku dengan penuh sabar....

Malulah kita sebagai hamba....kerana Allah s.w.t sebagai Pencipta yang Maha Kuasa juga ada sifat kesabaran. Allah s.w.t bersabar atas kerenah dan perbuatan hambanya dimana Dia tidak segera menjatuhkan hukum bagi hamba-hambaNya yang berdosa. Diberi masa untuk bertaubat sesudah membuat kesalahan...

Jadi...jika kita diduga dengan pelbagai dugaan dan cabaran...kita jangan mudah melatah tau...!!! Orang yang beriman akan mendapat kekuatan dari sifat sabar....kalu korang tak percaya korang cuba...bila kita bersabar kita mampu berfikir apa yg berlaku telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan kita akan dapat menerima dan menghadapi musibah dengan baik kerana menerima hakikat berikut:-

1. Yakin akan mendapat pahala tanpa batas daripada Allah s.w.t
2. Mendapat berita gembira denga Rahmat dan petunjuk dari Allah
3. Diampunkan segala dosa
4. Mendapat balasan syurga di akhirat kelak seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud "Dan para malaikat masuk ke tempat mnereka dari semua pintu (sambil mengucapkannya) keselamatan atas kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Surah al-Ra'd 13:23-24)

Oklah...Qaseh berhenti dulu disini...Qaseh akan sambung entri ini utk bg korg lebih paham apa itu sabar dalam Islam....ok...tunggu sambungannya ok...


 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail