SHout






Selasa, 31 Januari 2012

Madah Cinta #4

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, 
kelak ada insan yang bakal dilukai, 
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri. 
 
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi, 
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, 
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali 
dan Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup mencintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan 
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan 
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan 
Ku serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya 
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya 
 
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar Bin Khattab ra)

Madah Cinta #3

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Cukuplah mencintai dalam diam 
Bukan kerana membenci hadirnya 
Tetapi menjaga kesuciannya 
Bukan kerana menghindari dunia 
Tetapi meraih syurga-NYA 
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya 
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup mencintai dari kejauhan...
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan diri dari ujian 
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan 
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup mencintai dengan kesederhanaan 
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan, 
dan hanya akan menambahkan kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..? 

Madah Cinta #2

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, 
Ketahuilah bahawah Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya 
dan 
Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. 
 
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas..
Ketahui bahawa Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu 
dan
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Madah Cinta #1

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. 
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
 
Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan 
 
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
 
 

Apa Itu Cinta?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
cinta...
apakah tangan anda tidak dapat berhenti memegang atau menyentuhnya?
hal itu bukan cinta tetapi berahi!
 
apakah anda bangga dan selalu ingin menunjukkannya pada semua orang?
hal itu bukanlah cinta tetapi anda senang mununjuk!
 
apakah anda menginginkannya kerana anda tahu dia selalu berada di samping anda?
hal itu bukan cinta tetapi kesepian!
 
apakah anda masih bersama dia kerana semua orang inginkannya?
hal itu bukannya cinta tapi kesetiaan!
 
adakah anda menerima cintanya kerana tidak mahu menyakiti hatinya?
hal itu bukanlah cinta tetapi kasihan dan simpati!
 
adakah anda bersedia untuk memberikan semua yang anda suka kepada dia?
hal itu bukanlah cinta tetepi kemurahan hati!
 
adakah anda cemburu bila dia berbual dengan lelaki atau wanita lain?
hal itu bukanlah cinta tetapi takut kehilangannya!
 
adakah anda masih bersamanya kerana kegembiraan yang tak dapat di gambarkan?
itulah cinta!
 
adakah anda masih menerima kesalahannya?
itulah cinta!
 
adakah anda tertarik pada orang lain tetapi masih bersamanya dengan setia?
itulah cinta!
 
adakah anda rela memberi hati anda kehidupan anda?
itulah cinta!
 
adakah hati anda tersentuh apabila dia sedang sedih?'
Itulah cinta!
 
adakah anda menangis untuk kepedihannya biarpun dia cukup kuat menanggungnya?
itulah cinta!
 
adakah anda ikut terluka bila dia sedang sakit?
itulah cinta!
 
cinta memang sesuatu yang abstrak...
cintailah dia kerana itu adalah suatu anugerah tuhan....
terimalah pasangan anda dengan segala kekurangan dan kelebihannya..... 
cinta itu harus saling memberi dan menerima dengan penuh keikhlasan hati....
 

Jom Belajar Matematik

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.
 
Murid² : Baik cikgu.
 
Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula², di tambah lagi dgn 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??
 
Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK". 
 
Guru : ........ = . ="
 

Isnin, 30 Januari 2012

Lindungi Diri Dari Gangguan Syaitan #1

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Khas untuk wanita dan lelaki...
Diri kita serta keluarga kita wajib kita lindungi daripada gangguan syaitan dan Iblis laknatullah.
 
1. Tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis ‘bisnes’ keluar la..
 
2. Ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban!
 
3. Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror.
 
4. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.
 
5. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan banyak di taman-taman, halaman rumah, padang . So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib.
 
6. Kita suka buang sampah waktu maghrib. Time to change!
 
7. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah. Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.
 
8. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.
 
9. Jika rasa diri terkena sihir, sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar. 
 
10. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.
 

Ahad, 29 Januari 2012

Jangan Jadi Bodoh Sombong

Assalamualaikum semua...


Ada yg rindukan Qaseh? Hehe...

Maaf ye, Qaseh sekarang di pusat memandu...sedang belajar memandu motor...

Semalam Qaseh memandu kereta...

Korang doakan Qaseh senang belajar eh. Takut jugak sebenarnya. Maklumlah, Qaseh x pandai memandu kereta. Sentuh stereng pun x pernah. Motor tu biasalah...


Srbenarnya Qaseh nak bercerita dgn kawan2 semua mengenai seorg pelajar ni.

Bukan nak mengaibkan beliau, cuma nk memberi nasihat dan iktibar kepada kita semua.


Sedang kami belajar memandu motor, jurulatih dah bg arahan. Sesiapa yg tidak pandai memandu motor jgn pandu lagi..

Maksud cikgu tersebut jelas mengatakan

''kalau x pandai, duduk diam2 tgk org buat dulu''

ada seorg pelajar nie, yg mungkin terlebih xcited nk bawa motor terus ambil kunci dan start motor...

Bila dia start moto, tanpa naikkan tongkat dan tanpa masukkan gear budak tu terus press motor...

Waktu tu cikgu dh menjerit dah...

Dia pulas lagi...korg bygkan eh motor yg x masuk gear macamana mengaumnnya motor tu..

Ya, allah, nasib baik dia x pandai masuk gear...

Kalau tidak, tentu dia dah langgar divider dan kereta kat depan..


Herm, korg yg mana x reti bw moto tu...dgr ckp cikgu tau...jgn berani2 nk buat sendiri...bkn org lain jer susah...korg pun susah jgk...sakit ker...berdarah ke mcmana?


p/s: tgh gemuruh jgk wpun dh pernah bwk moto (skuter jer)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 28 Januari 2012

Kenali Watak dalam U & I - Mei Mei

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Mei Mei merupakan seorang budak perempuan comel yang baik hati dan rajin. 
Disebalik rupa yang comel, Mei Mei sebenarnya seorang yang lantang bersuara. 
Inilah yang menyebabkan Mei Mei nampak garang dan suka mengarah kawan-kawannya.

Kenali Watak dalam U & I - Opah

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Mak Uda ialah nenek dan selalunya dipanggil dengan gelaran Opah oleh Upin, Ipin dan Kak Ros. Opah seorang yang berhati murni dan lebih berlemah-lembut. 
Opah biasanya banyak memberi nasihat dan membimbing cucu-cucunya di dalam apa juga perkara.

Jumaat, 27 Januari 2012

Rindu...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pelik? Pelik sebab Qaseh meluahkan rindu?
Ini memang kenyataan...bukan Qaseh sengaja...
Rindu pada si dia...kerana lama menyepi...
Susah nak tengok dia update blog sekarang..
Sebab dia sibuk ngan study...
Rindu pada senyuman dan kecomelannya...
hua..ini dah tahap tenat nie..huhuhu
 
Kami bukan pasangan kekasih yer..
dan tak mungkin akan menjadi pasangan kekasih...
kerana...kami saling tidak mengenali
Apatah lagi bertegur sapa...
Qaseh hanya suka terjah belog dia...
Suka dengan penulisan bersahaja dia...
Kadang2 dia dtg jgk blog Qaseh...
Dulu dia rajin komen..
Sekarang? Tak lagi..
Mungkin dia sibuk..

Korang rasa dia sedar tak Qaseh suka pergi belog dia?
Heheh...ades...mula lah Qaseh nie...
Hahah...inilah jadinya kalau tetiba ada taman dalam hati...
tapi apa yg boleh Qaseh katakan..
Qaseh betul2 rindu dia..

Nama Pemenang Special GA Qaseh Suci

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Ok, semua tak sabar2 nak tahu pemenang yer...
Sebelum tu Qaseh beritahu bagaimana Qaseh memilih pemenang

Markah diberi berdasarkan
#1 Tajuk dan Banner yang betul (link kepada blog Qaseh)
#2 Menepati syarat-syarat penyertaan :
*LIKEFanPage QasehSuci
*Tag 5 Orang Rakan
#3 Berdasarkan kenangan manis korang
#4 Berapa ramai yang join dan lawat blog Qaseh melalui link entri GA korang

So, setelah diberi markah dan memilih penyertaan terbaik
Qaseh dengan ini mengumumkan 
pemenang QasehSuci Special Giveaway ialah
 
EINZ

Tahniah!!!
 
Walaupun begitu..Qaseh masih rasa tak puas hati sebab markah masing2 tak banyak beza pun...
Jadinya, untuk berlaku adil Qaseh dengan ini mengumumkan pemenang kedua dan ketiga iaitu
 
EZABOOMBOOM
&
MAK USU

Pemenang kedua dan ketiga akan mendapat wang tunai RM 10.00 seorang...
Kepada pemenang2...sila tinggalkan alamat, nama penuh, nombor tel dan nombor akaun maybank korang yer...(sila komen kat entri nie, komen tersebut takkan diterbitkan)

TAHNIAH!!!

Kenali Watak dalam U & I - Kak Ros

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Kakak kepada Upin & Ipin memang terkenal dengan sifat garang yang menakutkan. 
Kak Ros yang bersikap tegas terhadap adik-adiknya yang nakal ini sebenarnya seorang yang penyayang dan suka bergurau.

Pemenang Special GA Qaseh Suci

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Pemenang akan diumumkan tepat jam 9 mlm nie..
Sesiapa yang join tu...sila bersedia yer...
Qaseh pula yang berdebar...

Kenali Watak dalam U & I - Mail

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 
 Mail ialah seorang budak lelaki yang suka berniaga, 
dan menjual apa sahaja dengan laungan harga “Dua seringgit!”. 
Berbanding dengan kawan-kawan yang lain, Mail kebiasaannya lebih bersifat bersahaja dan suka mengusik kawan-kawannya.

Buat Sahabat Blogger

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
sumber : pakcik gugel

Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. 
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. 
Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga. 
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera. 
Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah. 
Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa. 
Berjanjilah sahabat, ukhuwwah kita untuk selamanya. 
 
..:::Syukran:::..
 
 

Koleksi Chinese New Year U & I

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


  
Promosi Istimewa sempena Tahun Baru Cina 2012 untuk semua peminat Upin & Ipin. 
Promosi sah dari 21 Januari 2012 - 31 Januari 2012. 
Macam mana  korang nak dapatkan tawaran hebat ini? 
Kenalah  berkunjung ke U & I Boutique di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor 
atau 
layari laman web Les Copaque di http://www.lescopaque.com/v2/store/
 
p/s: Qaseh nak beli lagi untuk 2 budak comel tu...

Buat Kamu Si Muslimah

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Dirimu terhias sebagai sebaik ciptaanNYA..
Maka Jadikanlah dirimu nisa' yg boleh menjadi Mujahidah, Jihad di jln ALLAH... 
Jadikanlah dirimu fatayat yg dijulang cantik di pandang tetapi susah utk di pegang.... 
Jadikanlah dirimu wanita manis yg pernah kalah dgn redup panahan mata Adam... 
Biar nafsumu hidup dlm Tarbiyah di Jln Dakwah bertintakan Darah&airmata Perjuangan,
Dititip atas warkah penuh kemuliaan & di kirimkan utk Mujahadah Menuju Tuhan...
 
♥ JADI LAH KAMU MAWAR YG TERPELIHARA INDAH KRN YG MAHA ESA.. 
 
insyaALLAH..ameenn ♥ ukhuwah fillah ♥ ;)
 
sumber :Raudhatul Jannah (Taman Syurga)
 

Aktivi Hujung MInggu Nie

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 
Aktiviti di hujung minggu...tak sabar nak pergi jumpa Upin Ipin..
Hahaha...Qaseh nie minat sangat ngan kartun nie...
Actually admires sebab kartun animasi 100% buatan Malaysia yang pertama dibeli oleh Disney...(erk..betul ker?)
Tak sangka anak-anak Malaysia berbakat...
Kita boleh dikatakan seiring dengan kartun dari luar negara
Rakyat mana tak bangga kan...
 
So, ada saper2 bloggers nak pergi ker?
Bleh berjumpa dengan Qaseh disana...
Heheh...tapi jangan terkejut tau...
Sebab disamping Qaseh akan ramai anak-anak kecil (heheh..anak-anak buah)

Khamis, 26 Januari 2012

Indahnya Bermula Dari Hati

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia.
Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia.
Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. 
Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. 
Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
 
Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , 
Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja 
dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian.
Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati 
 
Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. 
Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. 
Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. 
Sebab pasti, kita yang akan rugi.
 

Rabu, 25 Januari 2012

Qaseh Suci Special GA Tamat Dengan Rasminya

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Selamat tengahmalam semua kawan-kawan.
Qaseh baru sampai dari kampung...
Fuh, penat...(hehe...bukan Qaseh yg memandu pun...)
Penat ngan jem...keluar dari rumah kat kampung lepas Asar..
Aleh..aleh..sampai tengahmlm..
Letih tau..hehe...letih temankan pemandu...
Anak-anak buah...dari berapa kali bangun tidur...tidur balik..heheh
 

Ok, itu bukan tajuk utama,
Sila abaikan..
 
Ok, dengan ini Qaseh dengan rasminya
Menutup Special GA Qaseh Suci
Pemenangnya akan diumumkan Jumaat nie..
Sila bersabar..
Siapalah yang bertuah tu..

Isnin, 23 Januari 2012

Khasiat Sweet Potato

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Korang biasa makan tak?? kecik2 dulu balik kampung nenek suka makan nie..nenek rebuskan...
menurut Dr. Hamid Arshat,  
Keledek atau sweet potato sejenis makanan asli yang semakin kurang dimakan anak-anak generasi muda zaman sekarang. 
Dipercayai ia adalah sumber hormon progesterone yang banyak gunanya pada wanita, jika dibuat sayur bersama daun turi atau cekor manis, ia boleh menambah susu ibu, meningkat kesuburan dan menjauhkan berbagai tumbuhan saperti fibroid, endometriosis...
 
Hah...kepada yang dah jadi ibu tu...apa lagi?? makan lah banyak2...
Tapi, arwah nenek kata ubi ni berangin? Waktu ibu bersalin tengah berpantangkan tak boleh makan benda-benda berangin...camana eh??

10 Fakta Mengenai Rakan Blogger Qaseh

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
1. Kamu sedang membaca ini sekarang
 
2.  Kamu sedar FAKTA ini
 
4. Kamu tak sedar Qaseh dah skip no 3
 
5. Kamu mula checking sekarang
 
6. Kamu mula tersenyum
 
7. Kamu tetap terus baca walaupon kamu tau FAKTA ini entah apa-apa
 
9. Kamu tak sedar saya skip no 8 pulak
 
10. Kamu check semula,pastu tersengih-sengih
 
11. Kamu rase cam enjoy pulak kan baca benda ini 
 
12. Kamu tak sedar sepatutnya FAKTA ini ada sepuluh je
 
p/s : heheh...jangan marah...salam sayang dari Qaseh...

Rahsia Pandai Memasak

Assalamualaikum...


Korang nak rahsia pandai memasak?

Tak payah pergi kelas mahal-mahal...

Tak payah nak susah2 minta mak ajar...

Asalkan korang dah tau basic...korang dah boleh masak..


Basic disini bermaksud, korang kenal bawang, sayur, rempah, ikan, daging....

Jangan nanti nk masak korang x kenal mana ketumbar mana jintan manis

Jangan nanti ikan kembong korang kata ikan selar...

Bawang putih korang kata bawang merah...

Haru nanti....hahaha


So, mesti korang tertanya2 apa rahsianya kan...

Hah...tgk gmbr kat atas tu puas...puas...heheh

Sory lah...x bleh nak susun gmbr tu ikut apa yg Qaseh tulis...

Maklumlah pakai tablet nie...susah tul...huhu


Qaseh terjumpa ni kat rumah mak Qaseh...

Patutlah mak Qaseh pandai masak...cakap jer nak makan apa...

Rupa2nya buku resepi berkurun nie mak simpan...

Dari sinilah mak Qaseh belajar dulu...

Skung semua dah dlm otak...

Buku ni mak Qaseh bagi Qaseh pinjam...

Pasni leh lah kongsi apa yg Qaseh masak ngan korang..


Korang tgk lah tu mcm2 masakan ada...

Tebal kot...leh ker Qaseh khatam nie???


p/s: Qaseh sampai di kampung dgn selamatnya...


Published with Blogger-droid v2.0.3

TAHUKAH KAMU.....???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

QasehSuci : Special Giveaway Disambung Lagi...

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua....


Bila Qaseh fikir balik...ramai yg minta agar SPECIAL GIVEAWAY ni dilanjutkan....


Jadi Qaseh ambil keputusan untuk sambung give away nie sehingga esok....jadi giveaway nie akan tamat pada


SELASA

24 JAN 2011

JAM 11.59 MLM


sesiapa nak join klik QASEHSUCI : SPECIAL GIVEAWAY


Kepada yg dah join tu minta bersabar yer...


Kita bagi juga peluang pada kawan2 kita yg lain...


Sesiapa nk join lg...dialu2kan...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Ahad, 22 Januari 2012

QasehSuci Special Giveaway

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Ini adalah Sticky Post. 
Sila lihat pada 'KISAH SILAM' untuk melihat entri terbaru Qaseh.
 




 Ok, kawan-kawan blogger kesayangan Qaseh...
Disebabkan hujung minggu Qaseh sibuk dengan ujian memandu
dan latihan memandu (kereta)
Qaseh tak nak lah korang rindu ngan Qaseh kan...
Heheh...<---perasan
Jadi, Qaseh akan buat satu SPECIAL GIVEAWAY untuk korang.
Ok, contest nie hanya memerlukan korg cerita pengalaman manis korang waktu bergelar kanak-kanak..
Sweet kan...heheheh
dan korang juga kena LIKE FANPAGE Qaseh
Bertujuan untuk menyenangkan kengkawan link ke entri korg mengenai Giveaway nie
Bagi yang tiada FB tu, korang linkkan jer ker entri nie ok..
Kalau dah faham, jom kita mula...


SPECIAL GIVEAWAY Qaseh nie akan tamat pada
22hb Jan 2012
Syarat-syaratnya:-

1. Letak gambar SPECIAL GIVEAWAY kat atas tu. 
 
2. LIKE FANPAGE QASEHSUCI (Penting)

3. Sediakan satu entri khas yang bertajuk : 
QASEHSUCI : SPECIAL GIVEAWAY dan linkkan ke FANPAGE QASEHSUCI

4. Cerita jugak apakah kenangan manis korang waktu kanak-kanak. 
 
5.Tinggalkan link lengkap entri korang di FACEBOOK PAGE QASEHSUCI atau ruangan komen ini kalau korang tak ada FB.

6. Tag 5 kawan korang (pastikan diorang tahu)
 
7. Terbuka kepada lelaki mahupun perempuan
 
 
HADIAH-HADIAHNYA:-

1. Free Header Blog korang yang dibuat khas oleh Qaseh
2. RM 30.00 Tunai
3. Kasut Sandal Wanita Jenama NOSE 
(kasut ni saiz 38, kalau korg lelaki leh bagi hadiah kat mak ker, isteri ker, kakak ker)



 





ini gambaran jer...kasut tu lebih kurang macam nie..
Nanti Qaseh tangkap gambar dan tukar ngan gambar diatas nie k..
Bukan kasut terpaakai tau..masih dalam kotak...

Fadhilat Membaca Surah Yassin

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan, iaitu :

Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi “kenyang”.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat “pakaian”.
Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika “terpenjara” akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al- Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al- Quran sebanyak 10 kali.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang – orang yang munafik.

special giveaway nak berakhir...

Assalamualaikum...


Qaseh masih menanti penyertaan yang lain...sekarang baru 1 org je join...

cepat2 yer...tutup mlm ni kan...promote kt kwn2....

jika penyertaan x melebihi 5 org...

Qaseh akan lanjutkan lagi tempoh giveaway nie...


Published with Blogger-droid v2.0.3
♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put your hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita ♥
 
sumber:Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
 

Sabtu, 21 Januari 2012

Bayi Dilahirkan Tanpa Tempurung dan Otak

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥ 
 
 
Bayi ini cacat tanpa tempurong otak, anencephaly, bolih dikesan awal mungkin dari 12 minggu kandungan. Tapi banyak yg dikesan lebih lambat lagi mungkin 5 bulan kandungan. 
Memang bayi ini tidak boleh hidup lama lepas lahir kerana tiada otak. 
Persoalan bolehkah kita gugurkan bila disahkan. 
Bila capai umur 4-5 bulan kandungan, roh sudah ditiupkan kedalam jasadnya dan ia berhak utk hidup. Tapi ibu menanggung mental tauma mengandungkannya.
 
 Sumber: Dr. Hamid Bin Arshat
 

4 Perkara Yg Dilakukan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara”

1. Sebelum khatam Al Qur’an, 
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat, 
3. Sebelum para muslim meredhai kamu, 
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah..

 
Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam waktu yg singkat?” 
 
Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda : 
“Jika engkau hendak tidur bacalah,

1. Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. 
2. Membacalah Selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. 
4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah

Jumaat, 20 Januari 2012

Isteri @ Suami Lebih Penat?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Benarkah anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah?

Situasi #1
Isteri sedang memasak, si suami jerit...
"yunk, tgk anak nie, kacau abg..abg penatlah baru balik kerja"

Situasi #2
Isteri sedang membasuh baju, si suami jerit...
"yunk, tgk anak nie, abang nak tengok berita...dia kacau lah"

Situasi #3
Isteri sedang tgk tv, si suami jerit...
"Sayang, ambillah anak nie...abang nak melayari internet...terganggu lah!"

Situasi #4
Isteri sedang menidurkan anak, si suami bisik...
"Yunk, letaklah anak tu kat bilik dia...ganggulah..."

Situasi #5
Isteri sedang memujuk anak yang demam, si suami kata...
"Sayang, janganlah bg budak tu merengek...abg nak tidurlah...penat...

Situasi #6
Si Suami sedang bermalas-malasan di hari minggu...anak datang mengacau, si suami jerit...
"Sayang, tgklah anak-anak nie...abang nak rehat hujung-hujung minggu pun x boleh..."
 


 
Berdasarkan situasi diatas...
Siapa sebenarnya yang lagi penat? Suami @ Isteri?
Benarlah kata-kata orang bahawa isteri bekerja 24 sehari seminggu...
dan si suami hanya penat bekerja 8 jam sehari dalam 5 hari...
Jadi, jangan salahkan anak jika tidak mahu rapat dengan ayahnya berbanding ibunya...
 
Kalau boleh toleransilah sedikit...si isteri juga penat bekerja...
Jika anda bekerja 8 jam sehari...bayangkan si isteri yang bekerja 24 jam sehari...
Fikir2kan yer...

Khamis, 19 Januari 2012

JOM TAMBAH FOLLOWER!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
 nak join jugak...jom lah jadi follower Qaseh...hahah...<---sambil buat mata comel cam kucing...
 
 

HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 


 
 Ok...ok...rasa nak sangat join contest nie...teringin sangat but, terpikir...Qaseh nie kurang nak bergambar...ada ker gmbar Qaseh tengah senyum dengan senyuman mahal???
Ades...entah apa2 kan...nak join contest, tapi tak da gambar..
Lastly, my brother sarankan letak jer gambar yg jadi picture profile blog Qaseh tu..
Heh...betul jgk kan! Gambar tgh senyum tu. Tapi mahal ker? kita tgk jer lah...
 So, kalau korang rasa senyuman korang mahal jom lah klik banner kat atas tu utk join...
 
Tapi, ada syarat okey. Sebelum korang nak join korang kenalah 
 
follow my blog and "like" my fanpage 
itulah kata2 encik hafiz kita...no big deal pun kan...kalau korg follow korang leh ikuti perkembangan contest nie..korang pun boleh follow twitter beliau Hafizza1nal
 
 Okey, ni gambar Qaseh...rasanya korang dah biasa pun tengok gmbr nie kan..hehehe
 

Dan...Kena jawab soalan-soalan nie...
 

i- Ceritakan kenapa anda rasa gamba senyuman 
anda ini adalah senyuman mahal ?

Mahal kenapa erk?? Hahaha...mahal lah...susah nak senyum tau bila orang ambil gambar Qaseh...entah macamana waktu nie leh plak tersenyum...sebab tu Qaseh suka sangat dgn gambar nie...

ii- Kenapa anda berminat utk join contest nie ?

Berminat sangat-sangat sebab rasa tercabar...tercabar untuk memilih gambar yang mempunyai senyjman yang mahal...gambar lain??? Jangan harap ada senyuman macam nie...huhuhu

iii- Apa 1st impression korang terhadap org yg pakai braces ?

 Braces? Apa masalahnya? Qaseh pun pernah pakai dulu...ok jer...lagi ramai kawan nak kenal adalah. Sebab diorang kagum, Qaseh berani mencuba sebab diorang tak berani.


 Dan...Akhir sekali, Qaseh nak tag 3 orang rakan Qaseh yang dirasakan senyuman diorg mahal sangat...

Iffah Afeefah
Hanna
Eza

Kaitan $$ dengan Blog Qaseh?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Bila kita nampak $$ jer, kita akan mula terfikirkan duit, wang, money, paisa, euro, dollar dan yang sewaktu dengannya. Betul tak?
Qaseh percaya 100% bila tengok kawan-kawan semua tengok tanda $$ tu mesti teringat duitkan...

Bagi Qaseh antara $$ dan blog Qaseh jika ia berkaitan dengan wang, jauh sekali.
Walaupun mungkin kawa-kawan semua perasan yang Qaseh ada meletakkan iklan untuk menjana pendapatan. Sebenarnya Qaseh tidak harapkan pun pendapatan dari iklan tersebut.

$$ bagi Qaseh diperlukan untuk membayar duit internet dan elektrik yang Qaseh guna. Jadi, iklan yang boleh menjana $$ bagi Qaseh tu bukan Qaseh gunakan untuk enjoy atau sebagainya.
Tapi, untuk meneruskan aktiviti berblogging yang Qaseh sayang sgt ini.

Terpulanglah apa pendapat kawan-kawan semua mengenai $$ ni.
Dengannya mungkin kita akan gembira,
Dengannya mungkin kita dapat apa yang kita impikan.
 
Tapi, jangan kita lupa...dengan $$ nie juga kita boleh mendapatkan saham dunia dan akhirat.
Dengannya juga, Insyallah kita boleh mencari ilmu dunia dan akhirat.

Walaupun ada yang kata $$ macam makan nasi.
Bila sedikit tak cukup...
Bila dah banyak membazir pula.
 
Namun,
Janganlah kerana $$ kita lupa asal usul kita,
Kita lupa ibadah kita.
Sedangkan dengan $$ lah kita lahir kedunia...

Kenapa?
Tanpa $$ mak ayah kita tak boleh nak menikah..
Sapa yang bayar sekurang2nya mas kahwin
Tanpa $$ juga mak ayah tak boleh nak lahirkan kita...
sapa nak bayar duit bil hospital?
sapa nak beli lampin?
sapa nak bagi kita makan pakai?
 
 So, masih fikir apa kaitan $$ dgn belog korg?
Tak ada $$, tak adalah korang..
Jadi belog korang pun takkan wujudkan...
Begitu juga dengan Qaseh...

Nak Suami Macam Ni..Boleh???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
  
Sewaktu Rasulullah SAW dinikahkan dengan Siti Aishah, 
umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. 
 
Semasa melayan Siti Aishah, 
ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan.
Siti Aishah diajak berlumba lari. 
Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang. 
Bermakna sewaktu bersama isteri, adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. 
Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri.
 

Aku Beribadah Sebab Terpaksa?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Yup, Qaseh mengaku..
Dulu Qaseh bertudung sebab terpaksa.
Terpaksa kerana malu kawan-kawan lain semua bertudung.

Qaseh mengaku dulu susahnya nak bersolat,
Tapi sebab dipaksa keluarga,
Qaseh pun mula bersolat.

Bagi Qaseh biarlah...
Biarlah bertudung walaupun terpaksa.
Biarlah solat walaupun terpaksa.
Biarlah berpuasa walau keadaan terpaksa. 
 
Kerana bagi Qaseh, 
kewajiban itu kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah & pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas utk beribadah kepadaNya.
 
Jika harus menunggu keikhlasan sampai bila nak menunggu?
Hidayah bkn utk ditunggu tp utk dicari. InsyaAllah. 
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, masakan ia masuk ke mulut.
 

Lelaki & Wanita Naik Motor Berdua HALAL??

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
TERBAIK!!!

Buruknya Marah!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
  
Apabila kita bercerita tentang keburukan manusia... 
Nanti orng lain akan menceritakan keburukan kita. 
Adalah lebih baik berdoa agar manusia yg buruk sikap nya berubah manjadi lebih baik, 
agar orang lain juga berdoa untuk kita.
Inilah pengajaran yg harus kita letak dlm diri apabila marah pada seseorang.
 

Rabu, 18 Januari 2012

Jom Dating!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Si A : Wah.. cerianya kamu ! selalu tersenyum. Apa yang membuatkan kau gembira?
 
Si B : (malu..) Saya sudah ada kekasih ! 
 
Si A : Wah ! siapa kekasih mu ? Patut lah gembira saja. Siapakah dia ? Boleh saya tahu?
 
Si B : Petang tadi, saya pergi dating. Sekejap lagi, saya nak pergi dating lagi.
 
Si A : Amboi ! berapa kali kamu dating ni ? tak elok dating2 ni... bukankah bercouple itu haram ?
 
Si B : 5 kali dalam sehari saya akan pergi dating ! saya tak pernah rasa jemu. Malah bertambah bahagia. Hati saya hanya utk dia.
 
Si A : Siapa ?? Siapa??
 
Si B : ALLAH :)
 

Korang Pernah Buat Perkara Ni Waktu Kecil

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
  
Korang mesti pernah buat salah satunya masa kecil:
 
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
 
Betul tak? Betul tak?
 
sumber:facebook

Ahad, 15 Januari 2012

Pictures Of The Year 2011 Contest

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Ok, join lagi segmen...
Korang tolong jangan bosan yer...
Heheh...Qaseh di tag oleh Miss Hearty..

So, untuk tak menghampakan beliau
Qaseh pun join yer...

Apa picture nak letak nie yer?
Sebab Qaseh nie kurang nak bergambar...
Herm..camana yer?
 
Oklah, Qaseh rasa gambar nie sesuai kot!
Kalau korang ingat gambar nie ada kat entri nie




Gambar ini bermakna buat Qaseh kerana ini adalah gambar terakhir bersama kengkawan Bahagian Kewangan sebelum dipindahkan ke Bahagian Audit.
Kawan-kawan, korang memang terbaik! Rindu korang semua.

Oleh itu, Qaseh tag kawan sejiran Qaseh
Eza Boom Boom 
Cerita Biasa
Dya




Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 Ok, petang nie Qaseh meringan tangan untuk menaip entri untuk join segmen dari
Mr. E'raz Fadli. (Klik banner untuk join)
Terima kasih kepada Eza kerana tag Qaseh yer..
 
1st time masuk blog beliau.
Menarik jgk entrinya.
Jom join ramai-ramai.
Kita beri support pada kawan kita yer.
Ada hadiah misteri tau!

Oleh itu Qaseh tag

Iffah Afeefah
Hanna
Nadh


Misi Membersihkan Rumah

Assalamualaikum...


Semalam dan hari nie tak tahu nak buat apa selepas kelas memandu,jadinya Qaseh mengambil keputusan untuk membersihkan rumah.


Susah juga nak membersihkan rumah ni jika dah lama x membersihkan yer. Membersih disini bukanlah maksud Qaseh tak pernah bersihkan rumah.


Cuma misi kali ini adalah untuk menyimpan baju2 yang rasa dah tak pakai dan simpan semua buku2 pelajaran dalam kotak.


Qaseh tak buang tau buku2 pelajaran. Ibu Qaseh kata tak elok. Sebab dalam tu ada ilmu. Qaseh pun keberatan jgk nak buang, sebab leh tgk2 balik nota dulu2 sambil2 bandingkan tulisan zaman sekolah, zaman kolej dan zaman universiti. Mmg berbeza kan...


Baju2 terpakai tu pun Qaseh tak buang, masih elok sebenanrnya. Cuma almari dah penuh sgt. Pening plak nak susun. Insyallah akan Qaaeh bawa ke Rumah Titian Kasih nanti. Bolehlah budak2 disana pakai jika sesuai. Betul tak?


Cuba tgk buku2 kat atas tu...herm sayangnya...jadi Qaseh simpan jer dalam kotak elok2.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Cinta Kasih Suci #2

#Berpisah

Cabaran hidup Intan bermula sejak ayah Intan memberitahu bahawa mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Kerana pekerjaan ayah Intan memerlukan mereka berpindah. Intan mula berasa berat hati. Berkali-kali Intan memujuk ibunya, agar dirinya dibenarkan tinggal di asrama sekolah. 
Sememangnya sekolah Intan adalah sebuah sekolah berasrama penuh. Namun, hanya kerana jarak sekolah Intan dan rumah hanya beberapa kilometer, Intan dibenarkan untuk tidak tinggal di asrama. Itupun, hasil dari rayuan bapanya yang juga seorang AJK PIBG di sekolah Intan.
Sebenarnya, Intan berat hati untuk meninggalkan kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan sejiran. Hati mana yang tidak sedih jika terpaksa berpisah dengan kawan-kawan sepermainan dari kecil. Sedih Intan bukan kepalang. Seharian Intan menangis sejak diberitahu ibunya bahawa Intan akan bertukar sekolah. 

Akhirnya, Intan akur. Dia tidak berani untuk mengatakan tidak kepada ayah dan ibunya. Intan juga terfikirkan adiknya Fatihah. Jika dia tiada, siapa yang akan bermain dengan adiknya itu. Hanya dia satu-satunya kakak yang adiknya ada. 

#Berkhayal
Hari pertama Intan di sekolah barunya agak membosankan. Mungkin kerana Intan masih tidak mempunyai teman untuk berbicara. Sewaktu pelajar lain sibuk mengisi perut mereka dengan makanan yang dijual di kantin sekolah, Intan hanya termenung sahaja.

Intan rindukan teman di sekolah lamanya. Jika mereka ada, tidaklah dia sunyi begini. Tiba-tiba bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Intan yang masih lagi termenung tidak sedar dirinya diperhatikan oleh seorang pengawas sekolah dengan muka yang garang.

"Awak! Hei, awak!" Pengawas itu memanggil Intan dan kemudiannya meninggikan nada kerana Intan tidak memberi tindakbalas terhadap panggilannya. Pengawas itu menghampiri Intan dan kemudian menepuk meja dihadapan Intan sehinggakan Intan terjaga dari lamunannya.

"Astaghfirullahalazim.." ucap Intan kerana dia sungguh terkejut dengan tindakan pengawas itu. Intan memandang pengawas itu dengan mimik wajah terkejut. Hilang segala lamunan Intan. Hilang semua wajah-wajah teman-teman sekolah Intan. Semuanya hilang sekelip mata kerana terkejut dengan hentakan meja yang dibuat oleh pengawas dihadapannya.

"Kenapa biadap sangat ni? Tak boleh ke panggil orang elok-elok? Kalau saya sakit jantung macamana? Awak nak bertanggungjawab ke kalau saya pengsan kat sini?" Intan memarahi pengawas itu dengan panjang lebar. Sambil itu, Intan memerhatikan sekeliling kantin yang telah kosong. Intan menjadi pelik.

"Hei, cik adik! Saya dah panggil awak dengan baik, awak tak menyahut. Bila saya panggil awak dengan kuat pun awak tak menyahut. Jadi, saya tepuklah meja ni supaya awak sedar. Yang awak nak marah-marah saya kenapa? Saya yang sepatutnya marah kat awak! Kenapa awak masih duduk kat sini? Tak nak masuk kelas? Nak ponteng kelas ker?" Pengawas itu memarahi Intan kembali .

Intan menjadi gugup kerana dia telah tersedar yang dia bersalah. Dia hanya mendiamkan diri dan bersedia untuk melangkah pergi dari situ. Merah mukanya kerana malu. Malu kerana memarahi pengawas itu, sedangkan sudah terang lagi nyata bahawa dia yang bersalah. Tanpa sepatah kata, Intan berlalu dari situ. Malu. Sungguh malu.

#Cinta Pandang Pertama
Keesokkan harinya di sekolah, Intan diminta berjumpa dengan Guru Disiplin. Gugup Intan tiada siapa yang tahu. Adakah kerana kisah semalam? Mungkinkah pengawas tersebut telah melaporkan kepada Guru Disiplin berkenaan dirinya yang lewat masuk ke kelas selepas rehat. Resah Intan tidak terkata.

Sebaik sahaja Intan memasuki bilik Guru Displin tersebut, Intan terpandang seorang pengawas lelaki yang sedang bercakap dengan Guru Disiplinnya. Semakin dekat Intan dengan meja gurunya itu, semakin jelas kedengaran suara pengawas itu. Oh, tidak! Intan kenal suara itu. Suara pengawas yang memarahinya semalam. Habislah! Fikir Intan.

"Awak Intan?" tanya guru itu. Intan hanya mengangguk sambil melangkah ke meja Guru disiplin tersebut. 
"Mari, duduk disini. Ada perkara yang ingin saya bincang dengan awak." Puan Normah iaitu Guru Disiplin tersebut menyuruh Intan duduk. Namun, nadanya tidaklah kedengaran seperti ingin memarahi Intan. Intan pelik. Dia tertanya-tanya dalam hati. Apa yang ingin dibincangkan oleh gurunya itu.

Pada waktu yang sama, pengawas lelaki itu berpaling dan pandangan mereka bersatu. Jantung Intan berdebar hebat. Tidak pasti adakah kerana takut akan pengawas itu atau kerana sesuatu yang lain. Pengawas itu tersenyum apabila melihat Intan. Intan tidak membalasnya, kerana dia masih malu dengan kejadian semalam. 
Dia pasti, itulah pengawas semalam yang dimarahi olehnya. Walaupun Intan tidak mengecam wajah pengawas itu kerana pada waktu itu, Intan hanya menunduk sahaja. Sempat Intan mengerling tanda nama di baju pengawas itu. Seakan berbisik, Intan menyebut "Haris Safwan". Kini, Intan telah mengetahui nama pengawas itu. Dan Intan juga yakin pengawas itu telah mengetahui namanya.

#Terkejut

"Intan, sila duduk" Puan Normah mempelawa Intan duduk apabila dia melihat Intan seakan gugup dan takut. 
"Awak tahu kenapa saya panggil awak?" soal Puan Normah sambil mengambil sesuatu di dalam meja kerjanya. 
"Tak tahu puan. Saya ada buat salah ke puan?" soal Intan pula kepada guru tersebut. Puan Normah hanya tersenyum. Dia sudah biasa dengan soalan itu. Soalan yang sering ditanya setiap pelajar yang dipanggil masuk ke biliknya. 
Dengan lembut Puan Normah menjawab "Tidak, awak tidak buat apa-apa salah pun. Cuma saya ingin menawarkan kepada awak jawatan pengawas di sekolah ini. Saya ada membaca rekod pelajar awak dari sekolah lama. Dan saya dapati awak layak untuk memikul tanggungjawab ini dengan baik. Awak mahu?" 

"Er...boleh tak saya beri jawapannya esok puan? Saya perlu bertanya pada ibu dan ayah saya terlebih dahulu sebelum saya memberi jawapan." balas Intan dengan nada yang sangat terkejut. Dia hanya menunduk ke lantai bagi mengelakkan perasaannya itu diketahui gurunya.

"Oh, baiklah. Tetapi, kalau boleh saya ingin kamu menjadi pengawas. Kerana sekolah kita sekarang kekurangan pengawas dan lagipun saya percaya kamu adalah calon yang layak dan saya yakin kamu pasti boleh." Puan Normah menerangkan kedudukan sebenar sambil menandatangani sehelai surat. Lalu surat itu diserahkan kepada Intan.

Intan mengambil surat tersebut dan membacanya. 'SURAT TAWARAN PERLANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH'. Surat itu ditujukan kepada ayah Intan. Nampaknya, Puan Normah bersungguh-sungguh ingin Intan menjadi pengawas sekolah. Cuma, Intan tidak pasti apakah jawapan ayah dan ibunya nanti.

#Gembira dan Geram
Hari ini adalah hari perlantikan pengawas baru bagi sekolah Intan. Intan adalah salah seorang pengawas baru yang akan dilantik. Intan gembira bukan kepalang apabila ayahnya membenarkan dirinya menjadi pengawas sekolah asalkan dirinya tidak mengabaikan pelajaran. Lebih-lebih lagi tahun tersebut Intan bakal menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah.

Intan bersiap sedia untuk menerima sijil yang akan disampaikan oleh Pengetua sekolah. Kini tibalah giliran Intan. Apabila Intan hadir kehadapan untuk menerima sijil, satu tepukan gemuruh diberikan. Bangga sungguh Intan waktu itu, kerana dia satu-satunya pengawas perempuan yang dilantik pada tahun tersebut.

Setelah majlis tamat, Intan membantu rakan-rakan pengawas lain untuk mengemas tapak perhimpunan. Sedang Intan menyusun semula kerusi, Intan secara tidak sengaja terlanggar seorang pengawas lain yang juga sedang menyusun kerusi. Terkejut bukan kepalang Intan apabila mendapati pengawas yang dilanggar secara tidak sengaja itu adalah Haris Safwan. Pengawas yang dimarahi olehnya tempoh hari. 

Intan mengeluh kecil. Kenapalah aku asyik bertembung dengan dia ni. Tak ada orang lain ke aku nak cari fasal. Balik-balik dengan mamat ni. Intan bermonolog sendirian.

"Awak ni memang suka termenung ye? Awak tahu tak, kalau awak asyik termenung macam tu, awak boleh jadi 'ikan termenung' tau tak?" sindir Haris Safwan apabila Intan tidak meminta maaf setelah terlanggarnya. Yang menambahkan geram dihati Haris Safwan apabila dilihatnya Intan berlagak seperti tidak bersalah.

"Eh, awak cakap baik sikit tau! Suka-suka hati nak panggil orang 'ikan termenung'. Kalau saya ikan, awak tu kucing! Asyik nak terkam ikan saja kerjanya." Intan membalas balik kata-kata Haris Safwan. Dia geram dengan perangai Haris Safwan yang suka menyindir dirinya. "Macam bagus sangat!" sindir Intan pula.

"Sebab saya baguslah, saya jadi pengawas. Kalau saya tak bagus, mana layak saya nak jadi pengawas." Haris Safwan menjawab sambil menegakkan badan. Berlagak seperti seorang yang memang bagus.

"Kalau macam tu, saya pun baguslah sebab saya pun jadi pengawas!" Intan masih tidak mahu mengalah dengan Haris Safwan. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Haris Safwan. Intan berlalu dari situ. Malas dia ingin melayan orang macam Haris Safwan tu. Kalau dilayan, mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk. Sebaiknya Intan mengalah dari terus berbalah seperti anjing dan kucing.

 
 

Sabtu, 14 Januari 2012

Cinta Kasih Suci

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
AMARAN!!! Ini kisah benar perjalanan hidup seorang gadis. Nama tempat dan jalan cerita ditukar mengikut kesesuaian agar tidak menyakiti dan menyinggungkan sesiapa. Jika anda rasa menyampah nak membaca ... sila jangan baca yer. Tujuan untuk berkongsi pengalaman hidup beliau yang boleh memberi pengajaran kepada anda. Teruskan membaca. 

p/s: Cerita ini akan di update setiap masa dan akan menjadi cerita panjang. Sila BULATKAN mata anda. Dan jangan jemu membaca okies!

#Pertama kali melihat dunia

Intan Nur Laila, dilahirkan pada tahun 1985 di Hospital Taiping. Satu-satunya anak perempuan tunggal milik Puan Nurafifah Ismail dan suaminya Faizal Ahmad. Anaknya yang lain adalah lelaki. Tiga orang kesemuanya. Puan Ifah dan Encik Faizal bersyukur kerana setelah menunggu hampir sepuluh tahun mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sihat dan comel.



Menjaga Intan tidaklah sesukar mana kerana si kecil yang comel itu, tidak banyak meragam dan hanya menangis apabila lapar sahaja. Berbanding dengan tiga orang abangnya yang sentiasa menangis siang dan malam kerana susu badan puan Ifah tidak banyak. Lalu mereka terpaksa diberi susu formula.

Setelah Intan berusia 6 tahun, dia dimasukkan ke sekolah Tabika Insaniah di Taiping. Berdekatan dengan rumahnya. Waktu itulah pertama kali dia sedar akan keadaan dunia. Bagaikan baru terjaga dari mimpi, Intan melihat sekelilingnya. Dia memandang ibunya yang memimpinnya untuk ke sekolah. Dia menyentuh baju sekolah petak-petak hitam putih yang dipakainya. Dia memandang pula seorang kakak yang sedang melambai-lambainya dari pintu kelas. Kakak itu bakal menjadi gurunya nanti.

Disekolah, Intan seorang pelajar yang pintar. Setiap kali ujian dia akan mendapat tempat pertama. Dia menjadi kesayangan guru-guru dan ibubapanya. Dirumah pula, dia adik yang baik dan anak yang mendengar kata. Tidak pernah dia bergaduh dengan abang-abangnya dan tidak pernah pula dia ingkar kata-kata ibubapanya. Buktinya, acapkali pulang dari sekolah Intan akan terus membuat kerja sekolah tanpa membuka baju sekolahnya. Dia seringkali ditegur ibunya kerana risaukan dirinya yang tidak endah dengan waktu makan.

#Perangai Berubah

Namun, lama kelamaannya perangai Intan berubah menjadi kasar. Mungkin kerana pengaruh abang-abangnya yang sememangnya lelaki.

Intan pandai memanjat pokok dari abang-abangnya. Dia lebih kerap mengikut kanak-kanak lelaki bermain dari teman-teman perempuannya. Perubahan sikapnya itu tidak disenangi oleh ibunya Puan Iffah. Oleh kerana itu, apabila umurnya menginjak 12 tahun ibunya menghantar dia untuk tinggal bersama neneknya di Johor. 

Disana, Intan diajar cara-cara percakapan, pemakaian dan sikap seorang perempuan yang sebenar. Bukan itu sahaja, Intan juga telah pandai memasak, membasuh, menjahit, mengemas rumah dan menghias dirinya walaupun umurnya baru menjangkau 13 tahun. Setelah dirinya dilihat berubah, barulah ibunya mengambilnya semula.

Mungkin kerana sifat nalurinya sebagai seorang perempuan mula terbit, Intan menginginkan seorang adik perempuan untuk menjadi penemannya. Hasrat itu disampaikan Intan kepada ibunya. Terkejut ibunya bukan kepalang. Begitu juga ayahnya. Intan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh jika diberi seorang adik perempuan kepadanya.

Akhirnya setelah 2 tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Allah s.w.t mengurniakan anak perempuan kedua kepada Puan Iffah dan Encik Faizal. Gembira Intan bukan kepalang. Dengan gembira Intan memberi nama kepada adiknya itu iaitu 'NUR FATIHAH' yang bermaksud 'cahaya kesyukuran'.

#Menjadi Dewasa

Intan bersekolah menengah yang hanya jarak 2 km dari rumahnya. Dia rela berjalan kaki ke sekolah dari menyusahkan ayahnya menghantarnya pergi dan balik. Bukan tidak dipelawa untuknya sebuah basikal. Namun, Intan tidak mahu menyusahkan kedua ibu-bapanya yang sememangnya susah. Baginya, tujuannya ke sekolah adalah untuk berjaya agar dapat membantu keluarganya. Bukan menyusahkan lagi.

Pada suatu hari, Intan merasa tidak sedap badan. Perutnya sakit dari pagi lagi. Disebabkan tidak lagi dapat menahan sakit, Intan meminta gurunya menelefon ayahnya untuk menjemputnya. Kerana dia rasa tidak larat untuk meneruskan berjalan kaki hingga ke rumah.

Apabila sampai di rumah, Intan terus menuju ke bilik air. Sakitnya tidak tertahan-tahan lagi. Tiba-tiba ibunya mendengar suara Intan menjerit. Ibu Intan kelam kabut melihat Intan menangis di dalam tandas. Intan dengan tangan menggigil menunjukkan seluar dalamnya yang penuh dengan darah. Intan memang takutkan darah. 

Tidak semena-mena ibunya tergelak besar. Intan menjadi pelik. Apabila ibu Intan keluar dari bilik air, ibunya terus memanggil ayahnya. Ibunya berkata "anak awak dah besar dah!". 

Rupanya-rupanya barulah Intan tahu bahawa itu adalah perkara biasa bagi seorang wanita apabila cukup dewasa. Walaupun Intan seorang yang takutkan darah, namun jika tiba waktu 'Bulan Mengambang' dia tidak takut. Kerana sudah terbiasa. 

p/s: tunggu sambungannya yer!!!
 
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail