SHout






Jumaat, 30 Disember 2011

Jadikan Chat Anda di Facebook Lebih Menarik...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Dapat dari kawan FB....
Cuba try kat chat di FB...
Cute sesangat...
Angry Bird--> [[166456416741199]]
Shin Chan --> [[196431117116365]]
Doraemon --> [[155393057897143]]
Spongebob --> [[334954663181745]]
Domo --> [[250128751720149]]
Sonic --> [[120219704713360]]
Pooh --> [[123363421035031]]
Piglet --> [[132045620187428]]
Ultraman --> [[147290738648754]]
Bleach --> [[40134995667]]
... Justin Bieber --> [[199705483893]]
Adidas --> [[111751548879681]]
BoBoiBoy --> [[110056482412380]]
Mickey Mouse --> [[297035248728]]
Greyson Chance --> [[239842169376590]]
[[171108522930776]] -------> Trollface
[[164413893600463]] -------> Me Gusta
[[218595638164996]] -------> Yaoming
[[189637151067601]] -------> LOL
[[129627277060203]] -------> Poker Face
[[227644903931785]] -------> Forever Alone
[[100002752520227]] -------> Okay Guy
[[100002727365206]] -------> Challange Accepted
[[208551699231052]] -------> (d)
[[100003281387902]] -------> (smirk)
[[149615398444588]] -------> (wary)
[[147753965332916]] -------> (dhat)
[[211804458902220]] -------> (cd)
[[333708903307152]] smirk
[[131741810275104]] xp
[[300983063279872]] mario8
[[119793161471522]] cool
[[144264815683239]] maniac
[[164288477004432]] Cd
[[157618067676266]] xD
[[134695813311979]] Hmm
[[138413752938532]] chew
[[138413752938532]] ksmirk
 
 
 

Korang nak gelak tak?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kalau nak...korang cuba buat mcm nie...
Pergi buka Google Translate :

1) Pilih Malay to English
2) Taip, perodua kelisa dan perodua kancil
3) Sesiapa yang gelak, sila like =)
 

Khamis, 29 Disember 2011

Lawak Malam

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Cikgu : Siapa dpt jawab soalan saye,dia boleh balik dulu..

Tetiba mirul baling sampah kat kepale cikgu tersebut.

Cikgu : Siapa baling sampah kat kepala saya ni??cepat jawab..(dgn marah)

mirul : Saye cikgu..(dgn banggenye)..ok cikgu,saya balik dulu..tata semua,aku dh jwb soalan cikgu,kamu semua gudluck ok..

P/S: Like dan share kalau tersenyum :D
 

Cinta Sejati Wujud Ke?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Sedihnya cerita Tentang Dhia malam ni,
Kalaulah mati boleh menenangkan hati...
boleh membahagiakan org yg kita sayang....
Mesti kita dah pilih mati untuk kesudahannya kan...

But, janganlah pulak kita buat perkara bodoh...
Pergi bunuh diri plak untuk hindar dari masalah...

Bila fikir semula cerita tadi tu...
Ada ker cinta sesama insan sejati mcm tu?
''Cintailah Allah lebih dari segala2nya''

Kata2 Dhia...
''Hanya mati akan pisahkan kita...''
 
Erk, tragiknya cerita nie...


Rabu, 28 Disember 2011

Sunnah Mencicah Garam Dgn Jari Kelingking

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingkingnya, lalu Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
 
Mengapa? 
 
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. 
 
Mengapa menghisap garam? 
 
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. 
 
Kenapa garam? 
 
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan,mengikut doktor, di hospital-hospital , ” the first line of treatment for poisoning” adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusi.
 

Buat baik berpada-pada

Ramai yg marah Qaseh sbb Qaseh terlalu baik...


Ayat2 diorg macam nie...

"Kau nie baik sangatlah...sebab tu org pijak pala ko!"


Erk, betul ker eh...


Betullah kot...bila Qaseh buat baik mesti ada yg mula nak ambil kesempatan...


Tak kurang jg yg kata..."alah, baik menunjuk jer tu"


Oh...ok, saya buat baik mmg bersebab...

Sebab saya buat baik kerana Allah s.w.t...

Saya berharap mendapat balasan yang baik jgk...


Insyallah...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Selasa, 27 Disember 2011

Siapa Lebih Baik??? Wanita Solehah @ Bidadari....

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga? 
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
 Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya
“ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab
“anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung

“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.
Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)



Keaiban Seseorg Harus Ditutup

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kita makhluk yg bsifat lemah & hamba yg bergantung kpd Allah. Sepanjang kita hidup, kita x mungkin terlepas drpd melakukan dosa. Dosa yg kita lakukan itu boleh jd scr terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Namun, kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tdk diceritakannya kpd orang lain, hanya kepada kita. Perbuatan itu mencari nahas namanya. Ingatlah akan sebuah hadith:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “…dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)

Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bg kita. Allah sentiasa membuka peluang & ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tak mengambil peluang dan tak menghargai tutupan-tutupan aib kita oleh Allah tersebut.
 

Isnin, 26 Disember 2011

Animated Picture Untuk Qaseh....

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

 Wee...Alhamdulillah, Qaseh tersangatlah suka sekarang...
Kerana...
Animated Picture Untuk Qaseh dah siap...
Thanks Alif..
Walaupun ada kawan2 Alif yang mengatakan...
Qaseh macam kena elektrik...
Qaseh tak kisah...
Ada orang sudi nak buatkan pun dah syukurkan...
Nak buat sendiri??
Tunggu sampai kucing bertanduk belum tentu Qaseh leh buat..
Thanks yer Alif...
Qaseh suka sangat!!!
 

Sabtu, 24 Disember 2011

Berat Badan Unggul...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
alhamdulilah,
Itu yang mampu Qaseh ucapkan
Berat badan unggul?
Biar betul?
Selama ini...kawan2 sering mengata dan menegur Qaseh,
Macam-macam gelaran diberi,
Orang Lidi, Kurus Kering,
Tengkorak Hidup,
Aish..macam2 lagilah...

Memang Qaseh akui,
Sejak kecil Qaseh kurang nak makan,
Sebabnya, dari zaman sekolah rendah lagi...
Apabila pulang dari sekolah...
Terus Qaseh buat kerja sekolah...
Tanpa salin baju, tanpa makan...
Sampai ibu ayah risau dengan Qaseh..

Keadaan Qaseh akan lebih teruk apabila nak dekat ngan waktu exam...
Memang akan lupa makan punyalah...
Sibuk study group..tiada masa mahu menjamah makanan..

Apabila masuk Kolej,
Lain pula yang jadi...
Sambil Qaseh study Qaseh akan makan...
Kalau makanan berkhasiat tak per lah jugak..
.Ini, makanan ringan...
Roti krim, keropok, burger, french fries...
Selalu tempat yang Qaseh kunjungi ialah
KFC, McD, Pizza Hut...

Herm, disebabkan itu..
Gelaran yang dahulu diberikan telah bertukar...
Dari Kurus Kering..Tembam Giler..
Dari Orang Lidi..Dah jadi Doraemon..
Dari Tengkorak Hidup dah jadi Epal Gemuk

Ades...macam-macam perangai manusia sekarang kan...
 
Lag satu...Qaseh memang tak boleh demam..
Kalau Qaseh kena demam..
Jawabnya berat Qaseh turun berganda2...
Qaseh kalau demam memang teruk..
Berpanjangan seminggu...
Sehingga doktor suspek denggi...
Tapi sebenarnya tidak...

Oleh kerana Qaseh penakut ubat,
Tak suka bila jatuh sakit..
Akhirnya Qaseh jaga pemakanan...
dan inilah hasilnya...
Syukur alhamdulillah...




Alif Ismail Buatkan Free Animated Picture!!!!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Di pagi yang sejuk ni, tangan Qaseh gatal untuk menjengah belog Encik Alif Ismail ni...
Dah lama rasanya tidak menjengah belog Alif yang penuh dengan Dodol2 nya yang comel2 belaka
Al-maklumlah, Qaseh sedang bertugas di tempat baru...
Jadi banyak perkara yang perlu Qaseh belajar dan..
Qaseh berdoa agar Qaseh dapat pengalaman yang banyak ditempat baru nie...

Ok, disebabkan Encik Alif yang comel dan cute dengan senyuman berlesung pipit tu...
bermurah hati utk 
membuatkan Animated Pictures untuk kita...
So, pe lagi gi lah terjah ke belog beliau yer...

Senang jer, letak 3 gambar berlainan di entry kawan2...
Pastu komenlah kat belog beliau (klik nama beliau diatas tu)..
senangkan...oklah, ini adalah gambar2 Qaseh untuk beliau..
Eh, bukan utk beliau buat simpanan yer...
Tetapi untuk beliau buatkan Qaseh Animated Pictures tu...
Heheh...


Tada...maaf yer Encik Alif, Qaseh tak banyak gambar...
Jadi ini jer yang ada..
Walauapapun terima kasih sebab Encik ALif sudi nak buatkan
''Animated Pictures'' untuk kami semua...

Janin 15 Minggu masih hidup???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Subhanallah..Janin 15 Minggu Itu Masih Hidup


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.






Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.

Hebatnya Kuasamu Ya Allah...
Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa,
Allah Maha Penyayang, Segala Pujian Bagimu Ya Allah...

Sumber : Akak dibalik Pintu

Jumaat, 23 Disember 2011

Hadiah Untuk Mereka

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Cute kan...Upin & Ipin collection for them..semoga hepy...

Khamis, 22 Disember 2011

Jom! Kita Perbaiki diri

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
"ANAK AKHIRAT DAN ANAK DUNIA. ANDA YANG MANA?"

Ibu Bapa.

kelemahan IbuBapa dalam memahami Islam telah menghasilkan juga anak yg jahil tentang Islam, tak ambil berat soal Dosa Pahala, Halal Haram.

Rasulullah Bersabda : "Tiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah islam)
ayah dan ibunya kelak yang menjadikan anaknya Yahudi dan Nasrani atau Majusi (penyembah api dan berhala) -Riwayat Bukhari-

Anak-anak.

Kasihanilah ibubapa kita, kita sebgai anak melambangkan imej ibubapa kita sendiri. Hadiahkanlah mereka dengan sikap soleh dan soleha kita dengan berdoa mereka ke syurga. Janganlah oleh sebab sikap jahil kita, ibu bapa kita turut mendapat saham-saham dosa (dosa free)
 

Tak dapat apa yang Di idam?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
✿ ܓ KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

✿ ܓ KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah:129)
 

Rabu, 21 Disember 2011

Pelancaran Mata Wang Siri Baharu Malaysia

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011. Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.

Wang kertas siri baharu Malaysia ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.
Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:

  • Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
  • Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
  • Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.
Keterangan lanjut mengenai wang kertas terkandung dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Wang Kertas

  • Bahagian Hadapan Wang Kertas
Semua denominasi wang kertas siri baharu ini mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan), nilai muka pada wang kertas, perkataan 'Bank Negara Malaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan wang kertas dan corak tenunan tradisional iaitu songket sebagai latar belakang dan pada hujung wang kertas bagi menggambarkan tradisi kraf tangan dan tenunan di Malaysia. Ciri-ciri lain termasuklah pengenalpastian secara sentuhan bagi mereka yang kurang upaya penglihatan, dan potret tera air dengan piksel dan angka.
  • Bahagian Belakang Wang Kertas
Bahagian belakang setiap wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi, yang khusus bagi Malaysia. Wang kertas baharu ini juga mengekalkan logo Bank Negara Malaysia, nombor siri, tulisan Jawi dan corak tenunan songket pada bahagian belakang wang kertas.
  • Motif untuk setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi Ikon
RM100 Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
RM50 Kelapa Sawit dan Bioteknologi
RM20 Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10 Rafflesia
RM5 Burung Enggang Badak
RM1 Wau Bulan
Wang kertas baharu siri keempat ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan wang kertas siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, entiti perniagaan dan vendor yang mengendalikan mesin wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar kepada mata wang siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan wang kertas siri baharu ini mudah digunakan.

Lokasi Jualan

Wang kertas peringatan ini akan mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Lampiran 1

Spesifikasi Wang Kertas Baharu Siri Keempat
Denominasi Bahan Asas Dimensi Warna
RM100 Kertas 150mm X 69mm Ungu
RM50 Kertas 145mm X 69mm Hijau-biru
RM20 Kertas 145mm X 65mm Jingga
RM10 Kertas 140mm X 65mm Merah
RM5 Polimer 135mm X 65mm Hijau
RM1 Polimer 120mm X 65mm Biru
Lihat juga:

Sumber:
Bank Negara Malaysia
2011-12-21 18:00:00 2011-12-21 18:00:00

© Bank Negara Malaysia, 2011. All rights reserved.


Tips : Atasi Tabiat Melambatkan Solat Fardhu

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
-Sembahyang sebaik sahaja masuk waktu.
-Tetapkan jam waktu solat aka. alarm clock pada handphone anda.
-Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
-Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
-Ingatlah bahawa syaitan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
-Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu.. tiba-tiba mati...

..Pesanan buat diri dan sahabat2 semua... Moga ada manfaat... ^^,
 

Bank Negara Keluarkan Duit Kertas dan Syiling Baru...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Mesti kawan-kawan semua masih ingat entri Qaseh mengenai Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga ketika Qaseh melawat Muzium Bank Negara 2 bulan lepas kan... So, berita yang Qaseh beritahu pada kawan-kawan mengenai akan muncul semula wang kertas RM20 juga telah terbukti. Tidak sabar rasanya ingin melihat semula wang kertas RM20 tu...



Jika...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI

♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU
...
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA

★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★
 

Cerita Masyitah

。★"。☆ "Seharum Pusara Masyitah" 。★"。☆

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Masih ingat kisah Masyitah? Salah seorang serikandi Islam yang dijanjikan syurga oleh Allah kerana tekadnya beliau memegang tauhid Allah hingga ke hujung nafasnya. InsyaAllah, mari kita susuri kisah tokoh Islam yang sangat berani ini, lalu mengambil kekuatan daripada beliau, betapa kukuh pegangannya memegang tali Allah.

Di antara mereka yang beriman dengan dakwah dan seruan Nabi Musa a.s ialah keluarga Masyitah dan suaminya Hazaqil. Hazaqil ialah seorang yang amat dipercayai oleh Fir’aun, manakala Masyitah pula adalah penyisir rambut anak Fir’aun. Mereka amat taat dan beriman kepada Allah SWT namun, mereka berjaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Fir’aun.

Disebabkan Hazaqil menentang Fir’aun kerana menjatuhkan hukuman mati kepada seorang ahli sihir yang menyatakan keimanannya terhadap Allah, maka beliau turut dijatuhkan hukuman mati. Hazaqil menemui ajalnya dengan tangan terikat pada pohon kurma dan tubuhnya penuh dengan ditembusi anak panah. Isterinya, Masyitah sangat bersedih atas kematian suaminya itu.

Pada suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyisir rambut puteri Fir’aun, tanpa sengaja sisir tersebut terjatuh ke lantai, lalu Masyitah pun berkata tanpa disangka-sangka:

“Dengan nama Allah, binasalah Fir’aun.”

Disebabkan marah, anak Fir’aun telah mengadukan perkara tersebut kepada ayahnya. Lalu, Masyitah pun dipanggil oleh Fir’aun untuk disoal siasat.

Ketika disoal sama ada benar atau tidak dia menghina Fir’aun, Masyitah mengiyakan tanpa rasa takut atau gentar. Lalu, Fir’aun menjadi murka. Dua pilihan diberi kepada Masyitah, samada dia mengatakan Fir’aun adalah Tuhan yang patut disembah atau jika dia ingkar, dia dan anak-anaknya akan dimasukkan ke dalam kuali yang sedang mendidih minyaknya.

Masyitah tetap dengan keimanannya. Namun, dia merasa sedikit ragu apabila melihat wajah kedua anaknya. Namun, dengan kekuasaan Allah SWT, anak yang masih menyusu itu berkata;

“Jangan bimbang wahai ibuku. Ini kerana kita semua akan memperolehi ganjaran yang hebat daripada Allah SWT. Pintu syurgaNya akan terbuka luas menunggu kedatangan kita.”

Lantas, tanpa sedikit pun rasa takut, Masyitah terus terjun ke dalam kuali berisikan minyak panas yang sedang menggelegak itu bersama kedua anaknya. Tiada sebarang tangisan ataupun jeritan yang kedengaran. Malahan keajaiban telah terjadi dengan kehendak Allah. Minyak yang sedang menggelegak itu tiba-tiba mengeluarkan haruman yang semerbak.

Demikianlah kisah Masyitah. InsyaAllah, semoga kita semua akan dapat mengambil hikmah dan mengikuti jejak langkahnya, meninggal di dalam keadaan yang teguh menggenggam Kalimah Tauhid yang agung.

--------------------------------------------

Letakkanlah diri kita sekarang di dalam situasi yang dialami oleh Masyitah. Adakah kita akan tetap memegang Tauhid Allah, atau sanggup kita melepaskan Islam & Allah kerana takut dengan minyak yang mendidih & menggelegak itu?

Sesungguhnya, tetaplah berpegang teguh kepada Allah. Berpeganglah pada hukum Allah, dari Dia kita datang, maka, kepada Dia jugalah kita kembali..

Bila mana hati terasa lemah, & iman terasa rapuh, sabar terasa ingin berderai, harapan terasa sudah berkecai... renungilah kembali sirah-sirah lepas yang melakarkan kehebatan insan-insan yang meletakkan tawakal & menyerahkan seluruhnya kepada Allah, sesungguhnya kekuatan & kehebatan mereka-mereka ini datangnya adalah daripada Allah.

Allah telah memberikan kekuatan, keyakinan & keberanian kepada mereka untuk tetap berpegang kepadaNya kerana mereka sentiasa yakin & percaya dengan kekuasaan & pertolongan Allah. Pengajaran inilah yang paling penting untuk kita semua agar iman kita akan terus dikukuhkan oleh Allah. insyaAllah..

Mudah-mudahan, kembalinya kita kelak, walau tidak seharum pusara serikandi agung Masyitah, sekurang-kurangnya, dapatlah kita meraih keredhaan Allah.. amiin ya rabbal 'alamin..

Allahumma inni as aluka ridhoka wal jannah, ya Allah....
wallahu 'alam...
#raudhatul jannah (taman syurga)

Cinta

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
•.♥• Cintakan Allah RedhaNya terpelihara..•.♥•
•.♥• Cintakan Rasulullah syafaatnya bakal diterima..•.♥•
•.♥• Cintakan IbuBapa Kasih sayang terjaga..•.♥•
•.♥• Cintakan Suami pintu syurga dibuka..•.♥•
•.♥• Cintakan manusia kerna Allah ukhwah selamanya..•.♥•
•.♥• Cintakan Agama bahagia dunia dan di akhirat..•.♥ •
 #raudhatul jannah (taman syurga)

Rupanya...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Aku SUSAH tapi ada LAGI SUSAH dari aku,
Aku DERITA tapi ada LAGI DERITA dari aku,
Aku SEDIH tapi ada LAGI SEDIH dari aku,
Aku SAKIT tapi ada LAGI SAKIT dari aku,

Rupanya aku lagi BAHAGIA dari MEREKA,
Rupanya aku lagi KAYA dari MEREKA,
Rupannya aku lagi SENANG dari MEREKA,

♥ DAN AKU BERSYUKUR DENGAN APA YANG AKU ADA ♥
 

Selasa, 20 Disember 2011

Harapan Baru

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
  Buat teman yang sudi menasihati, Qaseh sangat-sangat menghargai. Terasa diri ini dihargai, walaupun korang jauh dimata namun terasa dekat dihati. Biarlah segalanya yang berlaku Qaseh jadikan pengalaman hidup yang paling berguna dalam melangkah menuju kejayaan yang amat payah likunya.

  Qaseh akan fikirkan semula keputusan untuk meletakkan jawatan. Kerana, terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira. Bukan mengikut hati yang marah. Bak kata orang tua-tua, ikut hati mati.. Ikut rasa binasa.. betulkan?

  Hari ini, keadaan makin teruk sebenarnya. Tapi, Qaseh tabahkan hati dan buat je kerja. Selagi kesabaran ini masih penuh didada, akan Qaseh hadapi segalanya. Dalam hadis ada mengatakan yang doa orang teraniaya senang dimakbulkan bukan? Jadi, Qaseh tak ingin melepaskan kata-kata yang bukan-bukan dan tak elok di dengari kerana ia mungkin menjadi doa. 

  Akan Qaseh simpan doa itu, untuk diri Qaseh...dan untuk keluarga Qaseh. Jika orang memberi kita kaca, biarlah kita memberi intan. Kerana, kaca dan intan banyak perbezaanya. Harapan Qaseh.. orang tersebut diberikan hidayah, pedoman dan kesabaran yang tinggi dalam kepimpinannya... Amin...


Isnin, 19 Disember 2011

Salah Aku Ker?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
   Hari nie tersangatlah moddy, maaf pada yang terasa nanti ye. Rasa nak menangis, tapi tidak tahu lagu apakah yang akan menjadi iramanya. Mungkin lagu romantik? Tidak sesuai dengan keadaan sekarang...ataupun lagu rock bagi melepaskan segala geram yang terbuku didada?
  Bukan mudah ingin menjadi seorang pekerja yang berdedikasi rupanya. Terlalu banyak dugaan yang menunggu di depan mata. Ah! hati mendongkol geram. Arghhh! Jika diikutkan hati yang marah, mahu rasanya menulis surat perletakan jawatan. Puas hati!
  Namun, hati Qaseh menjerit kecil. Qaseh sayangkan Jabatan ini. Qaseh sayangkan kawan-kawan  sejawatan. Qaseh sayangkan bos lama Qaseh. Apakah Qaseh akan membuat pilihan yang betul jika mengikut hati yang marah ini?
  Ramai yang akan menjadi mangsa akibat perbuatan Qaseh nanti. Adik-adik perlukan wang untuk belajar. Qaseh perlukan wang untuk menampung perbelanjaan seharian. Mahu memberi sedikit kepada orang tua Qaseh. Argggh!!! Kenapa dengan Qaseh hari ini?
  Ingin menangis, namun tiada siapa yang akan mendengar. Ingin mengadu, tiada siapa yang akan menasihati. Ingin marah, namun tiada guna. Mungkin hanya dengan cara ini, Qaseh dapat melepaskan apa yang terbuku didada.
  Masih bernasib baik kerana ada belog tempat meluah, tempat melepas segala rasa. Biarlah Qaseh bersabar dengan keadaan ini. Selagi terdaya.  
.
#mood: herm...#


Maafkan Aku Ibu

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Ibu,
Kelahiranku membawa seribu erti padamu,
Anak perempuan pertama bagimu,
Tentu dikau susah menjagaku,
Namun...kau katakan tidak susah menjagaku
 
Ibu,
Ketika aku sudah memahami apa itu kesusahan,
Aku berusaha agar kita tidak hidup dalam kepayahan,
Pulang dari sekolah ku terus belajar dan makanan semua ku tidah endahkan,
Hanya itu mampu ku lakukan,
Agar diriku belajar apa itu kesusahan.

Ibu,
Diriku makin dewasa,
Aku terleka dengan arus pemodenan dan perubahan masa,
Leka dengan kawan2 sebaya,
Leka dengan keindahan yang hanya sekejab cuma...
Leka dengan semua...leka dengan segala2nya,
Maafkan aku ibu, hanya itu yang kupinta...

Ibu,
Sampai waktunya ku diijabkabulkan,
Dengan jejaka yang amat kuharapkan,
Walaupun tiada cinta sebelum ku di ijabkabulkan,
Ilmu agamanya ku jadikan sebagai cagaran,
Agar diriku yang tersasar dibawa kepangkal jalan.

Ibu,
Ku berterima kasih kepadanya,
Kerana menerima diriku seadanya,
Kini aku redha dan ikhlas menerimanya,
Kini syurgaku titelapak kakinya.

Ibu,
Saatku ingin melahirkan warismu,
Ku terbayang kesakitan yg sama dilalui oleh mu,
Menahan sakit melahirkan puteraku,
Yang kuharapkan tidak mengikuti perangaiku,
Memadankan semua dosa2 laluku,
Itulah hikmah melahirkan dan menjadi seorang ibu.

Ibu,
Kini ku sambung cita2ku,
Untuk membahagiakan dan memberi kesenangan kpdmu,
Alhamdulillah, jodoh yang dicari sesuai untukku,
Menjadi pembimbing dan pendorong kpdku,
Agar membela nasibmu dan keluarga kita, ibu....

Ibu,
Maafkan aku,
Kerna ku seorang yang tidak mendengar kata
dan selalu membelakangkan pendapatmu,
Kini, aku sedar semua katamu untuk menyedarkanku,
Untuk kebaikan masa depanku,
Dan kini aku sedar semua itu...
Terima kasih ibu...
Doakan aku menjadi ibu yang Mithali sepertimu...

#bila nak jadi seorang ibu nie???#
 

Perjalanan Bermula...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Sebelum Larian Bermula
Kumpulan Roadtour 1 Malaysia bersama RTM ini telah disertai oleh 46 orang yang teerdiri daripada 33 orang PPSPPA, 4 orang RTM,9 orang dari syarikat konsesi (2 orang Alam Flora, 4 orang E-Idaman dan 3 orang SWM).
 
MC Untuk LArian Kitar Semula dan Pelepasan Roadtour PPSPPA bersama RTM
Hari pertama roadtour PPSPPA bersama RTM; 
Bertolak dari putrajaya jam 9.00am, pelepasan oleh Menteri dari Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. 
Kumpulan Roadtour disambut oleh kumpulan penguatkuasa bermotor di 4 lokasi iaitu di Tol Nilai, Tol Seremban, Tol Senawang dan Tol Mambau. Destinasi pertama ialah R&R Nilai dan diikuti dgn R&R Seremban. 
Seterusnya kumpulan Roadtour berpecah di mana Kump 1 pergi ke Nilai 3, Kump 2 ke Terminal Seremban, Kump 3 ke Giant Senawang dan Kump 4 ke Port Dickson. Sambutan dari masyarakat setempat amat menggalakkan terutama di 3 tempat tumpuan utama yg mana bilangan pengunjung sgt ramai iaitu di Nilai 3, Terminal Seremban dan Teluk Kemang, Port Dickson. 
Semua cenderamata telah diagihkan kpd penduduk dan pengunjung di tempat2 berkenaan mengikut kuota yg telah ditetapkan.
Tepat jam 4 petang, semua peserta berkumpul semula di Tol Senawang utk Majlis Pelepasan oleh Pengarah Negeri Sembilan tepat pada jam 4,15 pm.

Team Roadtour meneruskan perjalanan ke Melaka dan disambut oleh warga kerja PPSPPA Melaka beserta dgn lebih kurang 40 superbiker di Hotel Sri Malaysia, Ayer Keroh. 
Selepas taklimat diberikan oleh pengarah Negeri Melaka, Kumpulan 1,2 dan 3 telah bergerak ke Pantai Klebang manakala Kumpulan 4 ke Mydin Ayer Keroh. Dalam suasana hujan yg agak lebat, Kumpulan 1,2,3 meneruskan perjalanan ke Pantai Klebang yg menyaksikan beribu-ribu org yg sedang bersiar-siar di pantai tersebut menyaksikan persembahan program Gegaria Harian Metro.

Tepat jam 7 malam, kami pergi ke hotel utk urusan check in dan pada jam 7.45 mlm kami berkumpul di Restoran Sri Melaka untuk makan malam.
Pada jam 830 mlm, kami meneruskan program penyerahan cenderamata di 4 tpt yg menjadi tumpuan utama di Negeri Melaka di Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Jonker Walk dan River Cuise sehingga jam 1045 mlm.

Pada keseluruhannya , program roadtour pada hari pertama sambutan sgt menggalakkan dari penduduk setempat dan pengunjung di setiap destinasi yang telah dirancang.

Terima kasih kepada PPSPPA Negeri Sembilan dan Melaka kerana telah bertungkus lumus dalam mempromosikan PPSPPA , Kempen Kitar Semula, Tol Free dan Aduan Sisa melalui pemberian cenderamata.
Sebelum bergerak ke Melaka

#Ikuti laporan seterusnya perjalanan program Roadtour pada keesokan hari#


Ahad, 18 Disember 2011

Mereka Dah Besar

Assalamualaikum...


Dh beberapa hari tk update blog nie kerana busy ngan Larian Kitar Semula dan berbagai program yang dianjurkan Kementerian Perumahan dan Jabatan Qaseh... juga busy ngan tugas sebagai juruaudit....                                                                                                                                                 Bila pikir balik seronok sebenarnya jadi juruaudit...but ramai yang akan membenci kita... that im right?                                                                                                                                                Ok, lupakan pasal kerja... kita g pulak cerita personal... banyak 2 cerita...Qaseh kurang nak bercerita mngenai personal kan...kalau korang perasan lah...                                                                                  But today Qaseh nak kongsi ngan korang mengenai adik-adik perempuan Qaseh yang semakin membesar...                                                                                                                                     Herm,  semakin membesar dengan keadaan yang baik...semakin comel...semakin ayu...semakin sukar untuk ditegur...Semakin risau hati nie... macamana nak jaga mereka dengan keadaan fenomena sekarang... Kan....                                                                                                                         Korang kalau ada adik perempuan pun akan risau cam Qaseh jugak...Herm...                                    #semakin risau#


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sabtu, 17 Disember 2011

Orang Lain...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
INGATLAH...
yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA~
 

Kata-Kata Hikmah...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kata-kata ini dipetik dari Ketua Pegawai Eksekutif jabatan Qaseh....

Kita kalau tak boleh menjayakan sesuatu (pekerjaan/program)...
Janganlah kita mengagalkannya....

Renungkan...

Khamis, 15 Disember 2011

Tulisan tangan...

Inilah jadinya kalau dah boring xda keje...heheh...selama ni taip kat komputer pastu print...bila sesekali nak menulis jadi kaku jari jemari ni...rindu zaman sekolah masa kena tulis karangan panjang2...2


Published with Blogger-droid v2.0.2

Selasa, 13 Disember 2011

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
.:|:. Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, jangan takut..~ .:|:.

Sabda Nabi s.a.w

"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA"

-Riwayat al-Bukhari-

✿ Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..

✿ Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ?? ✿

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”
 

Ibu...Mak...Ummi...Mama...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥` SAYANG IBU , UMMI , MAK , MAMA ♥~

Adakah anda sayang Ibu anda
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


AKU ADA PASANGAN AKU SENDIRI....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". ♥~

Rahsia Lelaki

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
"Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab."

Tahukah hati budi lelaki?

✿ Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik..~

✿ Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki..~

LAWAK BINATANG BERSAHABAT

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi 2 orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing! pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu..

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

jom sama2 fikirkan sejenak dn selamat beramal..(dtujukan khas pada saudaraku seISLAM)

~Hadits Rasulullah SAW~
~* Lebih Baik Ditusuk Jarum Besi Dari Pada Menyentuh Wanita *~

" Dari Ma`qil bin Yasar dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang diantara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya."

(HR. Thabrani dan Baihaqi)

Isnin, 12 Disember 2011

Elakkan Berkata ”KALAU”

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
¸.•´✿◕ Elakkan Berkata ”KALAU” ~♥✿.¸¸

✿ Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:

”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

✿ Huraian :

1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa berwaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤ 

Sabtu, 10 Disember 2011

Gerhana Tanda Kiamat...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 
Apabila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah SAW dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. 
 Tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. 
Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah S.A.W akan cepat2 mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat2 berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...
Itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah SAW melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat2 berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya. 
Jika org yg meninggal pd hari lain ada org talqinkan atau org bimbing kita tetapi tidak pd hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...
So jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dgn cepat. Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jgn sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini...SUBHANALLAH
 

Pendapat | Segmen ok tak?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 

Selamat pagi semua...mesti masing2 penat bekerja sepanjang minggu kan...sebenarnya Qaseh ada hasrat dan niat nak wat Segmen...Rasa2 ada tak orang nak join??? 
Sebab tujuannya bukan nak cari trafik...atau follower...cuma Qaseh dengan bermurah hati nak bagi hadiah kat korang...banyak sangat hadiah2...baucer2...yang Qaseh dapat tahun nie...so, Qaseh tak tau nak wat per ngan hadiah2 tu...terlalu banyak...

Nak kata banyak tak jugak...cuma macam terlalu byk untuk Qaseh...kadang2 dapat benda yg serupa plak...heheh...

Cuba korang bg pendapat...ikhlas tau...


Kekadang...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kadang kita tak mampu nak jadi yang sempurna dalam hidup seseorang, tapi kita cuba buat yang terbaik untuk orang yang kita sayang.

Kadang kita benci perangai orang yang kita sayang, tapi kita cuba menutup segalanya supaya kita dapat menyayanginya sepenuh hati.

Kadang kita benci dengan pertengkaran, tapi kita perlu untuk belajar memahami satu sama lain.

Kadang tiada penyelesaian dalam perbincangan, tapi kita perlu kekuatan untuk berkekalan.

Tiada yang terindah dalam sesebuah perhubungan, melainkan kebahagiaan dalam sebuah persefahaman.
 

Mata Anda Power Tak???

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Cer korang carik kucing dalam gambar di bawah nie...kalau korg jumpa...diam2 jer...eheh

Jumaat, 9 Disember 2011

Jom Mengumpat!!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Takmo ngumpat...takmo...takmo...
 
 
p/s: ada org mengumpat Qaseh di tempat kerja...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih".
 Subhanallah...
 

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail