SHout






Isnin, 31 Oktober 2011

It's All About Money...

Money can buy a house, but not a home.
Money can buy a bed, but not sleep.
Money can buy a clock, but not time.
Money can buy a book, but not knowledge.
Money can buy food, but not an appetite.
Money can buy position, but not respect.
Money can buy blood, but not life.
Money can buy medicine, but not health.
Money can buy sex, but not love.
Money can buy insurance, but not safety.

Wajah Baru

Alhamdulillah...

Sambil2 menunggu tren untuk balik kerumah dapat jugak Qaseh menyiapkan header blog Qaseh dan menukar background yang baru...terima kasih kepada My Love Lappy...kebetulan jer bawak laptop ke pejabat hari nie...slalu malas nak bawak...sebab ada Galaxy tab kan...the reason is kat pejabat tak boleh nak online...

Tada...


So...apa pendapat korg??? Ok ker tidak??? Sebelum nie malas nak wat header...walaupun Qaseh tahu guna photoshop...PS5 tu Qaseh wat edit gambar jer...gambar customer...Oh, korang mesti tak tau kan...mana nak tau yer tak kalau Qaseh tak cerita.

Actually Qaseh nie part time OP untuk wedding...korang faham tak apa Qaseh sebut tadi tu? OP adalah singkatan untuk Official Photographer. Kadang2 ambil jugak untuk majlis selain wedding...but...dis year kurang skit ambil job tu...sangat busy with my carrier kalah pengarah ngan CEO....hikhik...

Erk..melalut pulak dah...cantik ker header Qaseh tu? malas nak wat yg heavy2...Qaseh tak suka serabut sangat...comel kan doodle muslimah tu...thanks kepada Apit atas doodle yang comei lote tu...

Kenapa unggu? Of coz lah...warna kegemaran Qaseh tu...heheh...

APABILA SANGKAKALA DITIUP....

Qaseh kongsikan dengan kawan2 blogger yer...Ini yang Qaseh dapat dari kawan-kawan di FB...Sharing is Caring

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Kena Tag Lagi!!!

Ditag lagi? Alololo....saperlah nyer idea wat kerja nie kan...huhu...heheh...gurau jer...suka sangat kena tag sebab menunjukkan yang jiran kita tuh ingat kat kita....sedang2 busy nie layan jugak lah kan...heheh

So, sperti biasa...rulesnya ialah...

THE RULES

1. Post this rules

2. Write 11 things about yourself

3. Answer the Questions the tagger set for you

4. Create 11 NEW Question for the people who you tagged to answer

5. Choose 11 blogger to tag and link them on the post

6. NO TAG back yeah

11 PERKARA MENGENAI QASEH KORANG PATUT TAHU (^_^)

1. Anak kedua dari 10 orang adik beradik

2. Merupakan anak perempuan dan cucu perempuan pertama dalam keluarga

3. Merupakan org pertama yang dapat masuk Universiti dalam keluarga (yg lain iaitu adik

beradik dan sepupu-sepupu belajar sampai SPM jer)

4. Waktu sekolah menengah belajar Sains tapi masuk Universiti belajar Akaun (pelik tak?)hehe...

5. Reti bawak motor skuter jer...motor ada gear tak reti....Wakakak

6. Sentiasa memberikan yang terbaik untuk orang yang Qaseh sayang.

7. Anak manja ayah...(dulu)...skung anak manja ibu

8. Bekerja di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam...(sape buang sampah siap yerk!!)

9. Masih belajar (Degree Business in Accounting) - part time jer

10. Senang marah dan senang memaafkan

11. Suka warna pink, unggu, putih dan itam

JAWAPAN UNTUK SOALAN YG DIBERIKAN OLEH KIM

1. korang comel tak ?

Agak2 korang comei tak??? heheh...

2. suka keluar dengan sape ?

kengkawan...sebab tak terganggu keseronokan...wah..wah...boleh ker gitu??

3. selalunya kalau korang nak pergi mana2 , ape yg mesti dibawa ?

Duit, Handphone, Android dan Kad Pengenalan jer!

4. sape yang korang paling sayang lepas Allah & Rasul

Ibu, Ibu, Ibu & Ayah (Kalau dah ada suami mestilah suamikan...)

5. sekarang tengah buat ape ?

Menaip, sambil menggaru kepala sebab nak jawan soklan Kim ni hah...(actually tgh bekerja)

6. free tak nak jawab soalan ini ?

Tak jugak...tgh busy...but i dun care!!!

7. cinta kerana wang . ape pendapat korang ?

Hipokrik...ada wang abg sayang...x da wang abang melayang...

8. cemburu . best x ? jd orang yang dicemburu n orang yg cmburu ?

Tak best...sakit hati jer...


9. kalau cuti minggu selalunya buat ape ?

Wayang!!! Jejalan menenagkan pikiran...

10. suka kawan yang mcm mne ?

Ambil berat, suka bagi nasihat and yang sentiasa membawa ke jalan Allah S.W.T

11. suka tak ditagged ?

Sukerrr...suke sangatttt!!!

SOALAN UNTUK KAWAN-KAWAN YG QASEH TAG...SEDIA...

1. Apakah yg anda lakukan jika anda punya wang yg banyak?

2. Apakah hobi anda?

3. Berikan 3 tempat peranginan yang anda teringin sgt nak pergi.

4. Siapakah kawan baik anda? Berikan nama...

5. Blogger idola korang.

6. Berapa lama korang dah berblogging?

7. Sayangkah anda pada ibubapa anda?

8. Jika sayang...apakah perkara terbaik yg pernah anda lakukan untuk mereka?

9. Ada akaun FB? kalau ada leh lah add Qaseh...

10. Suka tengok wayang?

11. Suka main Sudoku?

QASEH TAG KAWAN2 NIE YERK...SUDI2 LAH JAWAB...

1. Cik Azizah

2. Cik Ayu

3. Feyqa

4. Siti Hidayah

5. Salwa Ismail

6. Farahin Nasir

7. Maya Lisa

8. Nabila Medan

9. Nadzirah K

10. Cheq Sue

11. Frame & Lenses

Ahad, 30 Oktober 2011

The Cave of The Golden Rose

Assalamualaikum semua...

Masing2 penat berjalan dihujung minggu ya!. Qaseh dua hari nie, duduk rumah saja. Malas nak keluar kemana-mana. Simpan duit untuk balik kampung hujung minggu nanti. Maklumlah, nak sambut Aidiladha disana. Kalau berjalan jawabnya kena keluar duit...bila keluar duit...duit pun habis...bila duit habis...tak boleh balik kampung...bila tak boleh balik kampung...Qaseh nangis...heheh...(panjang lebar plak)


Oklah, straight to the point...untuk menenangkan otak yang serabut nie...bila mana memikirkan esok nak kerja dan akaun koperasi tak siap2 lagi...Qaseh nak ngadap cerita lagenda 'THE CAVE OF THE GOLDEN ROSE'...

Hah!! Korang semua mesti tau cerita nie kan...

Cerita ni memang kegemaran Qaseh sejak dulu lagi. Tak salah Qaseh waktu tu Qaseh masih bersekolah...tapi tak ingat rendah ker menengah....tapi yang paling Qaseh ingat...Qaseh sanggup tunggu depan tv tak makan sebab nak tengok cerita nie, takut terlepas...

Cerita nie memang sweet sangat...

ASAL USUL

Cerita Fantaghiro (dikenali sbg The Cave of The Golden Rose ) ini adalah siri filem fantasi dari Itali yang dibuat berdasarkan cerita Italo Calvino's Fanta-Ghiro the Beautiful.

Siri ini terdiri daripada lima filem televisyen yang dikeluarkan antara tahun 1991 dan 1996. Ia dihasilkan oleh Reteitalia Productions dan diarahkan oleh Lamberto Bava, dan difilemkan di Republik Czech dan Republik Slovak. Musiknya pula ditulis oleh Amedeo Minghi. Siri ini adalah berkenaan kisah dongeng dan fantasi, puteri, putera, ahli-ahli sihir, ahli sihir dan haiwan bercakap. Lagu tema siri 'Mio Nemico (Musuh saya) pula dikarang oleh komposer Amedeo Minghi.

Siri ini telah dialih ke banyak bahasa iaitu bahasa Czech, Slovak, Bahasa Inggeris, Perancis, Poland, Jerman, Sepanyol, Hungary, Ukraine, Bulgaria, Sinhala, Georgia dan Rusia. 


SINOPSIS CERITA 1

Fantaghirò adalah anak bongsu daripada tiga puteri yang dilahirkan oleh Raja pahlawan. Walaupun cantik dan bijak, dia membawa banyak masalah kpd keluarganya kerana dia bertentangan dengan semua yang dijangka bagi seorang wanita di dalam kerajaan beliau, bijak, sukakan cabaran dan derhaka, yang menyebabkan bapanya meradang. Satu hari, Raja pahlawan menerima jemputan dari musuhnya iaitu Raja Romualdo untuk perang tanding yang berpotensi boleh menamatkan peperangan berabad lama yang telah berlaku di antara kedua-dua kerajaan. Raja pahlawan kemudian mengetahui bahawa seorang daripada anak-anak perempuannya boleh memenangi pertandingan tersebut. Fantaghirò melihat ini sebagai peluang untuk beliau untuk membuktikan dirinya.


SINOPSIS CERITA 2

Fantaghirò dan Romualdo ingin berkahwin, tetapi perkahwinan mereka ditangguhkan apabila menerima berita bahawa bapa Fantaghirò telah diculik oleh Ratu Hitam. Rayu Hitam menuntut bahawa Fantaghirò dan Romualdo tunduk kepada pemerintahan beliau, tetapi mereka enggan dan Romualdo mengisytiharkan perang. Beliau dan tenteranya, meninggalkan Fantaghirò, yang telah bersumpah tidak mengangkat senjata lagi seumur hidupnya. Walau bagaimanapun, Fantaghirò telah memungkiri janji.

SINOPSIS CERITA 3

Ahli sihir jahat Tarabas mendapat tahu bahawa kerajaannya yang berkuasa akan dikalahkan oleh seorang kanak2 iaitu anak raja tidak lebih daripada 10 tahun. Dia akhirnya memerintah pahlawan tanah liat untuk menculik anak-anak raja di dunia. Apabila anak saudara Fantaghirò menjadi sasaran, Fantaghirò dan Romualdo melindungi mereka daripada askar tanah liat yang menyerang. Walau bagaimanapun, semasa perjuangan Romualdo terjatuh ke dalam sungai yang disihir dan bertukar menjadi batu. Fantaghirò kemudian mendapat tahu bahawa dia perlu mencari Tarabas jika dia mahu menyelamatkan Romualdo kekasihnya. 


SINOPSIS CERITA 4

Awan hitam bergerak di muka bumi untuk memusnahkan segala-galanya yang ia sentuh. Apabila awan hitam hampir samapai ke istana Fantaghirò, dia dan pasukan dengan Putera Parsel berniat untuk menjejaki asal usul  awan hitam menghentikannya. Sepanjang perjalanan, Fantaghirò berjumpa semula dengan Ahli Sihir Tarabas dan kekasihnya Puteri Anjelica, yang bersetuju untuk membantu mereka di dalam usaha mereka.


Raja Romualdo


So...sekurang2nya korg dah tau serba sedikit cerita ni kan...skung ni kita sedang tgk cerita yang ketiga...actually cerita ni ada 5 siri..tapi sinopsis yg kelima Qaseh tak ingat sangat....Per lagi...jom layan...


p/s: suka tgk hero dia...hehehe (dah tua agaknya)
 

Maghrib dulu yer...

Jab lagi nak layan Boboiboy...tapi sebelum tu nak menunaikan solat Maghrib dulu...jom kawan2 kita solat...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Ikan bakar, air asam dan Telur Asin...

Pergh...terliur tgk lauk yg Qaseh wat nie. Walaupun x semewah mana, tetap boleh menaikkan selera. Inilah lauk bila dah muak makan ayam segala...makanan kampung juga yg menjadi pilihan. Ada sapa2 nak menu nie? Heheh...selamat menjamu selera...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Bahaya Menggunakan Komputer Riba Di Katil Anda...

Assalamualaikum...Qaseh ingin kongsikan maklumat daripada kawan2 di FB Qaseh...

Sepasang suami isteri kehilangan anaknya yang berumur 25 tahun didalam kebakaran yang berlaku dirumah mereka pada 4 Jun yang lalu. Anak mereka iaitu graduan MBA dari University of Wisconsin-Madison pulang kerumah awal dua minggu untuk sementara waktu. Dia telah makan tengahari bersama bapanya dan kemudian membuat keputusan untuk pulang ke asrama agar dapat membersihkan bilil hostelnya. Namun, bapanya menyuruhnya menunggu sebentar sementara ibunya pulang. Lalu, dia membuat keputusan untuk berehat sebentar di atas katil sambil menunggu ibunya pulang dari kerja. Namun. beberapa ketika kemudian jiran mereka telah menelefon 911 apabila melihat asap hitam dari rumah mereka.

Malangnya, anak mereka yang berusia 25 tahun tersebut meninggal dunia di dalam rumah mereka yg berusia 3 tahun itu. Siasatan yang dilakukan mengambil masa beberapa hari untuk menemukan punca kebakaran tersebut. Akhirnya, punca kebakaran dikenal pasti adalah disebabkan komputer riba yang diletakkan di atas katil. Dikatakan apabila komputer riba diletakkan diatas katil, udara panas yg dihasilkan oleh komputer riba tersebut terperap dan tidak dapat disejukkan oleh kipas penyejuk dan perkara tersebutlah yg telah menyebabkan kebakaran. Anak mereka juga tidak dapat bangun untuk menyelamatkan diri kerana dia telah mati akibat dari menghidu karbon monoksida.

So, kawan2...kalau nak berblogging guna Lappy korang...tolong jgn guna diatas katil jer...kita tak tau sejauh mana kebenarannya. Tapi, lebih baik mencegah dari mengubatikan...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Berbaloi penat nie....

Assalamualaikum...selamat pagi...kalai vanakam...saper peminat k-pop tu...joh-eun achim ! Hahaha...

Salam 1 Malaysia...

Semalam adalah hari terpenting kepada kami semua (Bahagian Kewangan)...hari penentu samada semua usaha kami berbaloi atau tidak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami juga mendapat pujian dari Ketua Pegawai Eksekutif kami. Syukur sangat-sangat.

Dikesempatan ini, Qaseh mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan Qaseh yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang bagus untuk menjalankan semua aktiviti yang telah dirancangkan. Tahniah juga kepada pengarah kami iaitu Pn Ummi Kalthum kerana menjadi co-ordinater yg sgt bagus.

Sesungguhnya Qaseh amat bangga dengan korang semua....sangat berbangga kerana mendapat pengarah seperti Pn Ummi, Penolong2 Akauntan yg berdedikasi...kawan-kawan yang komited...

So, after this Qaseh leh tukar bahagian dengan gembira sekali. Walaupun bahagian telah bertukar. Korang tetap dalam hati Qaseh...

Layan gambar2 sepanjang aktiviti Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2011 pejabat Qaseh...Our Department with Imam Muda Asyraf
Our CEO - Datuk Hj Zaini Bin Md Nor

Jumaat, 28 Oktober 2011

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Kawan-kawan masih ingat entri Qaseh yang ini dan ini?

Yup...waktu Qaseh disan memang sangat seronok. Teruja. Gembira. Semua adalah. Yang paling best, sebelum Qaseh balik dari Muzium tu Qaseh ada beli sedikit cenderahati. Nak tau apa?

Jeng...jeng...jeng....Pen dari muzium...korang cuba perhatikan betul2...pen ini special sebab kat belah yang jenih tu ada duit RM50 yg telah dipotong dan dijadikan hiasa untuk pen tu...unik tak??? Unikkan...ada byk lagi pilihan...RM5, RM 10, RM 50 dan RM 100...mesti korg rasa best jer nk guna pen tu nanti...sebab terbayang duit dalam pen tu...hahahah

Sebenarnya Qaseh juga ada beli satu lagi cenderahati dari sana iaitu....tadaaa...duit syiling Malaysia Siri Ketiga...cantik tau korang...Duit syiling ini kita akan gunakan tahun depan...untung Qaseh orang pertama dapat duit syiling nie kan...hehehe...


Jangan jeles tau...kalau korg jeles...korg kenalah pergi sana...nanti korg leh beli cenderahati byk2...leh bagi kat Qaseh...erk...heheh...

Byk lagi pilihan sebenarnya...tapi waktu tu Qaseh tak bwk duit yg byk...nak guna kredit kad...cam tak berbaloi plak...sebab harganya dalam puluh2 ringgit jer...

Dan untuk pengetahuan korang...tahun depan Duit Kertas Edisi Keempat akan keluar....dan yang mengejutkan kita akan menggunakan duit RM 20 kertas semula...dah lama x nampak duit RM 20 kan...

Tak sabar rasanya...korg pown tak sabar kan...

Tag

Erk...terkedu jab...thanks eira sebab ingat kat Qaseh...heheh...suka sangat...Tak pernah lagi Qaseh join tag mengetag nie...1st time sejak berblogging...

Qaseh tak tau dari idea saper nak wat kerja tag-tag nie...tapi Fun jugak kan...so saper nk join ini syarat2nya key...jom kiter baca...

THE RULES
1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the Questions the tagger set for you
4. Create 11 NEW Question for the people who you tagged to answer
5. Choose 11 blogger to tag and link them on the post
6. NO TAG back yeah


11 PERKARA MENGENAI QASEH (^_^)

1. Anak kedua dari 10 orang adik beradik

2. Merupakan anak perempuan dan cucu perempuan pertama dalam keluarga

3. Merupakan org pertama yang dapat masuk Universiti dalam keluarga (yg lain iaitu adik
beradik dan sepupu-sepupu belajar sampai SPM jer)

4. Waktu sekolah menengah belajar Sains tapi masuk Universiti belajar Akaun (pelik tak?)
hehe...

5. Reti bawak motor skuter jer...motor ada gear tak reti....Wakakak

6. Sentiasa memberikan yang terbaik untuk orang yang Qaseh sayang.

7. Anak manja ayah...(dulu)...skung anak manja ibu

8. Bekerja di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam...(sape buang
sampah siap yerk!!)

9. Masih belajar (Degree Business in Accounting) - part time jer

10. Senang marah dan senang memaafkan

11. Suka warna pink, unggu, putih dan itam

JAWAPAN UNTUK SOALAN YG DIBERIKAN OLEH EIRA

1. korg ni ank yang manja ke x ea?
Dulu manja ngan ayah...skung ibu...
2.ape yg korang sering lakukan bler korg bosan?
Menyanyi, main sudoku, menulis novel, berblogging
3. setia ke x agknye korg ni? cer cter sikit..heheh
Insyallah...jodoh pertemuan ajal maut tgn tuhan...klu x der jodoh setia pown x guna...
4. kalau korg ade masalah korg suka cter dkt spe?
Tak citer kat saper2...simpan dalam ati jer...takut nanti jadi fitnah lak...
5. ape makanan dan minuman kesukaan korg?
Kuew Teow (tak kira apa jenis masakan) , Air bali
6. korg suka x law ade org ke 3 dlm perhubungan korg?
Erk...mestilah tak suka...mana ada perempuan suka. Tapi klu itu dah jodoh mereka pasrah jer lah...
7. agak2 ape yg korg hajati dh tercapai blom?
Nak jadi orang kaya agar leh bantu org susah lain...heheh leh tak?
kalau dh ape yg korg dh capai?
Tak tercapai lagi...tengah usaha nie...
9. dalam family korg paling rapat ngn spe?
Ibu
10. cita2 korang nk jd ape?
Dulu memula kenal dunia nak jadi doktor...tapi sekarang nak jadi akauntan lah...
11. ape kenangan paling manis or lawak yg pernah terjadi dlm hdup korg?..sampai skrg korg msih ingt...
Ayah hantar gi sekolah...

SOALAN UNTUK KAWAN-KAWAN YG QASEH TAG...SEDIA...

1. Apakah yg anda lakukan jika anda punya wang yg banyak?

2. Apakah hobi anda?

3. Berikan 3 tempat peranginan yang anda teringin sgt nak pergi.

4. Siapakah kawan baik anda? Berikan nama...

5. Blogger idola korang.

6. Berapa lama korang dah berblogging?

7. Sayangkah anda pada ibubapa anda?

8. Jika sayang...apakah perkara terbaik yg pernah anda lakukan untuk mereka?

9. Ada akaun FB? kalau ada leh lah add Qaseh...

10. Suka tengok wayang?

11. Suka main Sudoku?

Oklah...Qaseh tag kawan2 Qaseh nie....

1. fiQ'ra

2. Eza Boom Boom

3. Iffah Afeefah

4. Genk

5. Sunah Sakura

6. Semanis Epal

7. El-Jannah

8. Yuyu Zulaikha

9. Fay

10. Alif Ismail

11. Mama Najla

Khamis, 27 Oktober 2011

Jom Menderma Darah...

Assalamaualaikum, dah makan semua? Alhamdulillah...kenyang tak? Sihat? Bagus...

Hari ini Qaseh mencipta sejarah dalam hidup Qaseh. Selama hidup di muka bumi Allah S.W.T nie, belum pernah sekali pun Qaseh dapat menderma darah. Bukan tak sudi, tapi kesihatan tidak membenarkan. Kriteria2 yang diperlukan diorang tiada pada Qaseh. Sedih kan...

Kenapa? Ye lah...sesiapa yg nak menderma darah mestilah mempunyai berat 45kg keatas, sihat tubuh badan...Tapi...dalam 25 tahun yg lepas...Qaseh tak cukup berat badan...heheh...kecik jer.

Entah kenapa, tahun ini berat badan Qaseh mendadak naik. Nak kata gemuk tu tak lah. Kiranya dah dapat lah berat badan ideal tu. Dulu, kengkawan selalu ejek Qaseh kurus kering. Ades...waktu tu berapi jer telinga ni mendengarnya. Hehehe....

Niat menderma darah ini dah lama ada. Cuma keadaan jer tak mengizinkan. Akhirnya, awal tahun 2011 hari tu...Qaseh mencubalah nasib. Tak sangka, Qaseh dibernarkan menderma darah. Alhamdulillah. Waktu tu berat badan dah 52kg. Oklah kan...

Sejak itu, Qaseh sentiasa tunggu jika ada program derma darah lagi. Alhamdulillah, hari ini dah masuk kali ketiga Qaseh menderma darah. Sekali leh derma...banyak plak nak derma erk...heheh...nak tau Qaseh darah jenis apa??? Cer teka...tet!!!

So, kengkawan yang masih belum menderma tu...pergilah menderma kay...Ramai diluar sana yang memerlukan bantuan dari kita. Tak sakit pown...siap dapat makan dan sijil lagi...ahaks...

Rabu, 26 Oktober 2011

Ben Ashaari??? Biar betul...


Erk terkedu jab...nak lompat pown ada...gelak2..guling....Weee....

Huhuhu...thanks Abg Ben Ashaari sebab sudi follow belog saya yang tak seberapa ini. Terharu sesangat nih. Fulamak. Tak sangka! Seriously, i dont believe it...

Disebabkan terlalu bz ngan BW ke belog kawan2...tak perasan yg follower Qaseh dah bertambah. Dan yg paling tak sangka bakal bapak budak tu join jugak. Thanks tau abg ben ashaari.

Thanks jugak pada kengkawan yg sudi follow blog Qaseh yg tak seberapa ini. Keep in touch k.

Annoying Belog....Anda punya kah?


Assalamualaikum...

Masih ada yg belum tidur? Fuhh...penat2...dari tadi berblogwalking ke belog kawan2 yg join Segmen Abg Ben bersama Blogger....Alhamdulillah, selesai sudah jelajah semua belog kawan2 yg join itu. Penat?? Penat tangan menaip jer lah.

Dalam pada Qaseh menjelajah tu...ada beberapa perkara yg Qaseh jumpa dan perlu diambil berat oleh para blogger sekalian. Lagi2 kebanyakan belog yg Qaseh jelajah tu adalah belog yg masih baru lagi...

Yup, tahniah kepada mereka kerana berjaya mencipta belog sendiri...tapi, sampai bilakah belog anda akan bertahan? Itu soalan yg sering mucul dalam fikiran Qaseh ini. Kenapa? Ada sebabnya...takkan nak harapkan follower yg ramai jer kan...pengunjung juga penting....

Minta maaflah jika ada yg bangkang apa yg Qaseh cuba sampaikan ini. Tapi itu hakikatnya. Contohnya Qaseh senaraikan dibawah ini.

Contoh2 tersebut akan membuatkan blogger2 otai yg rajin nak berblogwalking kat belog korang terus tekan tanda 'X' kat page korg tu...bukan sahaja otai...petai2 pown malas nak jengah...

Perkara2 yg membuatkan belog korang jadi annoying:-

1. Pasang lagu 'AUTO' yang ganas2 (boleh membuatkan telinga pekak wei...)
2. Terlalu banyak widget yg korang pasang... (ades...lembab betul nk bukak belog nie)
3. Tulisan terlalu kecil...(alamak...nak kena pakai kanta pembesar nie...)
4. Warna tulisan lebih kurang sama dgn warna background....(kena ada mata superman camni...baru leh baca)
5. Tulisan senget benget...(memang cantik, tapi klu cantik kat mata awk je wat pe kan...kan...)
6. Ruang komen ada pengesahan perkataan (malas nak komen camnie!!)
7. Tiada widget follower (korang x suka ada follower eh....)

Herm...so korang...jangan marah klu tiada bloggers nak masuk blog korg okeh...jangan salahkan bogger kononnya tak support korg key...Tgk diri dulu...eh bukan tgk blog korg dulu...heheh...

Maaf key pada yg terasa...

p/s: ramai yg Qaseh folow ari ni...keep in touch k...

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER


Morning...Selamat Pagi...Kālai vaṇakkam kepada kawan2 yg menyambut Deepavali hari nie...

Dah agak lama x menjoinkan diri lam segmen abg ben...so, pepagi yg suci murni nie...Qaseh merajinkan diri men'join' abg ben nyer segmen..korg nak join??? Klik jer banner kat atas ok...

Tujuan berblog:-

1. Berkongsi pengalaman, ilmu, pengajaran yg berguna dgn rakan2
2. Mengisi masa dengan perkara2 yg bermanfaat seperti mencari kenalan baru.
3. Mempelajari cara hidup bersosial yang betul
4. Menulis novel (bakat terpendam @ x da bakat...wakaka)
5. Menunjukkan pada dunia berblogging juga ada faedahnya....

Idola dalam berblogging:-

1. Ben Ashaari
2. Yuyu Zulaika
3. Lulu Pages
4. Alif Ismail
5. Cikgu Iffah Afeefah

Genk! Saya Blogger Gila

Pautan
Assalamualaikum...heheh..


Pagi2 dah join segmen dari Genk...korang nak join jugak? Klik jer kat banner atas tu...
Genk nak ajak blogger kongsi minat (gila) atau hobi korang...so per lagi...gi lah join k..
Sebenarnya Qaseh memang minat ngan animasi dari jepun macam kat bawah nie...

doraemon

sailormoon

dragon ball

Erk...hehehe, tapi tu zaman dulu lah. Yelah kan...dulu sanggup simpan duit belanja sekolah gara2 nak beli buku2 komik tersebut...Qaseh masih simpan lagi...Dalam kotak...Kat rumah mak Qaseh...Adik2 Qaseh semua tak berani nak usik..heheheh (sbb kakak dia garang...wkakak<---gelak jahat)

So, skung semua tu Qaseh dah tak layan...tapi...Qaseh ader minat baru...iaitu...jeng..jeng...jeng..
.
Detektif Conan!!!

Hehehe....Best tak??? Wah...suka2 Qaseh jer kata best kan...korg x kata pown...kikikih...Kat atas tu semua koleksi Qaseh...sebenarnya byk lagi...tapi x muat frame kamera....heheh...

Dan hobi Qaseh yg paling baru ialah...DSLR....baru x baru sgt la...tapi...AMARAN KERAS kerana hobi terakhir nie hanya utk org yg MAMPU shj k....adik2 yg masih sekolah tu...jgnlah plak nk abiskan duit mak ayah semata2 hobi ni...sebab body kamera DSLR shj dah cecah ribuan ringgit...

Kalau hobi mengumpul komik tu leh terima lagi k...sbb korg mampu mengumpul duit belanja A.K.A duit sekolah utk membeli...INGAT...jimat cermat tau...(ececehhh...pndai plak bg nasihat)

So....pe hobi korg???

Jumaat, 21 Oktober 2011

Imam Muda Asyraf Di PPSPPA



Assalamualaikum...

Wee...hye kengkawan...selamat petang...安全なAnzen'na yoru! ...pergh cakap jepun laah plak...hahah...

Sebenarnya sesangat teruja hari nie...korang baca tajuk pown korg dah tau kan...Tak sangka...betul2 tak sangka dapat berjumpa dengan Ustaz Asyraf iaitu Juara rancangan Realiti Imam Muda di Astro Oasis tu....Tersangatlah gembira sehingga apa yg disampaikan menusuk kekalbu...masyaallah...dengan rupanya yg kelihatan bersih dan tenang jer bila tgk...Bawah ni gambar kenkawan satu bahagian...cer korg teka mana Qaseh??? Tak ada?? Memanglah...klu tak...sapa nk tgkp gambar nie..hehehTerima kasih Ustaz, sebab sudi datang ke tempat kami dan menyampaikan ilmu yg sangat berguna untuk kami didunia dan akhirat...Insyallah...

Dan Qaseh juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Asyraf kerana bakal menjadi bapa nanti...

Muzium Bank Negara 2

Sambungan Entri Ini...

Sewaktu melihat Galeri seni di Sasana Kijang tu, Qaseh dapat menangkap beberapa gambar yang menarik minat Qaseh di galeri tersebut...sangat menarik...so Qaseh nk kongsikan dgn korang semua...

cuba korg tgk gambar nie...(tlg tgk sebelum besarkan) Qaseh ubah WhiteBalance gambar ini agar menjadi biru...
So...Apa yang korg nampak??? Sebelum gambar dibesarkan korg nmpk sebuah pulau kan di tengah lautan kan...selepas dibesarkan korg nampak yg pulau itu sebenarnya adalah susunan dari tulisan jawi. Betul tak....??? Tak nampak? Tgk kembali...Menarik kan...

Seterusnya gambar ini...korang nampak tak wajah disebalik susunan kabus yg diwarnakan ini...??
Kemudian gambar ini...

Pe yang korg nampak?? Gambar ni macam bergerak2 kan...unik sungguh galeri nie...Pe lagi korg...gi lah terjah Sasana Kijang nie...klu x tau, gi jumpa encik Google...heheh

Khamis, 20 Oktober 2011

Muzium Bank Negara 1

Assalamualaikum...

Semua sihat ker hari nie??? Seharian Qaseh tak update belog kan...huhhu...bukan tak nak update...but busy sangat hari nie...
untuk pengetahuan korg...hari nie Qaseh ada lawatan di Muzium Bank Negara atau dikenali sebagai Sasana Kijang. Apa yer ada kat sana?? Menarik ker?? Sangat menarik...korang mesti teruja sangat2...yang lebih menariknya...bangunan tersebut dibina berasaskan kaca dan titanium...dan ia adalah bangunan pertama di Malaysia yang menggunakan titanium.

Yang lebih membuatkannya menarik ialah, warna Titanium nie berubah mengikut suhu...jadi korg leh tgk sendiri gambar2 bangunan nie sewaktu pagi, tengahari, petang dan senja...sangat cantik dan menakjubkan...

Tambah menarik lagi ialah bangunan ini diilhamkan dari sejenis siput...yg dahulunya juga mempunyai nilai seperti matawang...siyes...Qaseh masuk bangunan nie dgn keadaan teruja sangat...korg mesti tgk sendiri...sbb muzium nie dah dibuka untuk org ramai bermula Oktober 2011.
Hah...ini juga salah satu keunikan di Muzium ini...tangga ini diilhamkan dari sejenis siput jugak...apa yg menarik...setiap darjah tangga ini adalah berbeza bagi menampungnya kerana dan ia tidak disokong oleh mana2 besi.

Korang nak tau lebih lanjut??? Qaseh sambung entri selepas ini...

Rabu, 19 Oktober 2011

Entri Versi Jepun


Assalamualaikum semua,

Entri kali ini khas untuk kawan2 Qaseh yang dari Jepun. Kerana, tanpa Qaseh sedar ada juga pelawat Qaseh dari negeri Matahari Terbit itu. Tak sangka kan...Ok jugak tu...Qaseh mmg peminat sushi pown...

Selain itu, hidup Qaseh mmg sedikit sebanyak ada kaitan dgn Jepun nie iaitu:

1. peminat cerita jepun (dulu-dulu lah hehe)
2. peminat komik Detektif Conan & Sailormoon...tak lupa Doraemon (lagu & makna dia pun tau)
3. Hafal lagu (Mirae ost Final Fantasy)
4. Pernah bekerja dengan Syarikat Jepun
5. Ambil kelas bahasa Jepun di IPT
6. Tahu cakap jepun (skit-skit jer!)


平和
私のブログで停止しても構わないと思って日本の市民のおかげ私はとても感謝しています少ないもののはまだそれを感謝しています。どうもありがとうございました

Heiwa. Watashi no burogu de teishi shite mo kamawanai to omotte Nippon no shimin no okage. Watashi wa totemo kansha shite imasu. Kazu no sukunai mono no, watashi wa mada sore o kansha shite imasu. Dōmo arigatōgozaimashita.

p/s: kalau shinichi kudo tu wujud, leh jadi boypren nie...heheh

Akhirnya Menitis Jua Airmataku...

Aku hanya mampu melihat..
Menatap dengan hiba,
Setitik Air Mataku jatuh jua,
Selama ini aku menghindari untuk melihatnya,
Kerna aku pasti,
Diriku yang tidak kuat ini akan mengalirkan airmata.

Aku hanya mampu melihat,
Tanpa kata-kata,
Terdiam seribu bahasa,
Kerna hatiku meronta hiba...

Apakah salah sikecil itu,
Diperlakukan sebegitu rupa,
Tiadakah lagi perasaan dihati mereka?
Hanya melihat begitu sahaja?

Kemanakah sikap perikemanusiaan mereka?
Kenapa sebegitu rupa?
Aku hanya mampu melihat...tanpa kata2...

Maaf kawan semua...Qaseh amat sedih sekali. Puisi diatas dibuat setelah Qaseh melihat video si kecil yg dilanggar oleh dan dilenyek tanpa belas di China dan gambar bayi yang dikelar oleh ibunya sendiri sehingga terburai isi perut.

Qaseh admit memula mmg Qaseh takut nk tgk..takut sgt2. Tetapi, beberapa minit yg lepas..tergerak hati Qaseh utk melihatnya. Ya Allah! Hanya itu yg mampu Qaseh ucapkan. Menitis airmata melihat kanak2 secomel mereka diperlakukan sebegitu rupa.

Sehinggakan terdetik dihati Qaseh, 'Dunia Telah Dekat Dengan Kiamat'...
Kerna tiada lagi belas kasihan dihati mereka. Tidak terpikirkah jika anak sendiri dilenyek sebegitu rupa? Tidak sakitkah bersalin sehingga sanggup mengelar anak sendiri? Ya allah, kau berilah hidayah kepada mereka...

mood: menangis...sedih!

Selasa, 18 Oktober 2011

Dari Kewangan ke Audit

Erk...tetiba makan x lalu, minum rasa pahit... mood bekerja hilang...kenapa?

Khabar yg diterima sebentar tadi menyebabkan Qaseh mengalami semua keadaan itu. Berita itu gembira @ duka?

Korang bagilah pendapat korg pd Qaseh. Selama 3 tahun berada di Bahagian Kewangan...tetiba hari ini Bos 'BESAR' iaitu CEO membuat keputusan menukarkan Qaseh ke Bahagian Audit..

Biar betul! Sbnrnya bukan big issue pown...tp, Qaseh ada perasaan Fobia skit ngan Audit ni...Sbb, sewaktu Qaseh di Bahagian Kewangan we all satu bahagian x suka ngan Audit. Siyes...sbb kerja Audit nie cari salah org...

So, klu Qaseh jadi budak Audit...korg dpt bygkan x apa akan jd pd Qaseh...kawan2 Qaseh akan membenci Qaseh!!!

Takmo...takmo...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tutorial : Membuat Komen Menjadi Pop Up Window

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...tajuk diatas bukan sengaja ingin membuat tips...tetapi Qaseh sekadar ingin menolong jiran Qaseh yang sorang nie...namanya FaraManess...

Qaseh baru jer berkawan ngan dak comei nie...waktu berblogwalking di belog beliau...Qaseh x boleh nak komen...kenapa erk???

Kalau kawan2 perasan entri Qaseh yang ini...Qaseh pernah alami masalah yang serupa satu ketika dulu...Jadi, Qaseh terpanggil untuk menolong beliau yg comei tersebut...heheh

So, Fara...jgn nanis ok...Qaseh buat tutorial nie khas untuk Fara yg manis...(blog ini menggunakan bahasa melayu)

Pertama sekali pergi ke Rekabentuk yg berada halaman belog anda (sebelah kanan atas sekali)

Kemudian klik Tetapan


Pilih tab Ulasan di menu Tetapan anda


Tandakan di pilihan 'Perletakan Berbentuk Ulasan' sebagai Tetingkap Pop-Up seperti diatas.

Dan akhirnya jangan lupa tekan butang simpan...

Setelah anda menyimpan tetapan anda, cuba komen dimana2 entri bagi memastikan tetapan tadi menjadi. OK!! So, Fara...cuba yer...

Seriuskah Bila Lelaki Bercinta???


Benarkah bila lelaki jatuh cinta ia benar2 serius dengan percintaan itu? Bukankah lelaki paling suka mempermainkan cinta...??? Baginya cinta adalah suatu permainan perasaan bagi melenyapkan sunyi dihati dan menjadi hiburan dikala bosan...Benarkah??

Apabila lelaki serius dalam percintaan....

1. Kecantikan kamu diketepikan

keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar beratus sms...walaupun tidak dibalas..ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu…

2. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

3. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

4. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu

5. Sentiasa Menasihati Kerana Bimbang

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam yang akan difikirkannya termasuklah bimbang akan kehilanganmu.
Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

6. Sensitif

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.
Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

7. Cemburu

Boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

8. Manja & Mudah Merajuk

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu. Lucu bukan? Tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.


9. Mengongkong

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...

11. Setia

Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..
 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail