SHout






Sabtu, 19 Disember 2015

Exam oh Exam!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥

I'm back! 

Untuk hari cuti yang tak berapa nak cuti ni .. Qaseh banyak betul kerja yang nak diselesaikan. Peperiksaan pertengahan semester pun dah nak hampir .. jadi kenalah susun jadual dengan lebih ketat lagi. Exam memang Qaseh paling risau .. lagi2 semester 2 ni ..

Kelas Qaseh setiap hari memang padat sejak masuk smester 2 ni .. nasib baiklah dapat menyusun jadual dengan sempurna. Kadang-kadang mengamuk gak nak jadi HULK sebab lecturer sesuka hati tunda kelas dan ganti di hari lain .. bila dah jadi macam tu .. memang sangat ANGIN satu badan .. hahaha .. 

Yelah, mana tak angin kalau kelas yang diganti dah bertindan dengan jadual kelas yang lain. Qaseh sebolehnya .. tak nak lah terlepas kelas .. sebab bagi Qaseh .. setiap apa yang lecturer ajar tu memang penting .. Sekarang ni .. kelas Matematik Pengurusan dah bertindan dengan Perakaunan Kewangan 2 .. sangat kecewa sebenarnya .. tapi Qaseh tak boleh nak buat apa .. sebab dalam banyak2 pelajar .. kelas Qaseh je yang bertindan .. bak kata lecturer .. Qaseh ni special kes .. hahaha ..

Mana tak specialnya .. waktu memohon belajar kat PTPL Shah Alam tu .. Qaseh seorang je yang memohon pengajian Akaun .. time semester pertama kat PTPL Shah Alam tu .. mmg Qaseh jadi tumpuan lecturer lah .. sbb berani amik pengajian Akaun ni .. pelajar tunggal plak tu .. aleh-aleh masuk semester 2 .. kena transfer ke MSU ..

Huish! Time tu nak mengamuk jangan cakap lah .. yelah .. sebab Qaseh tak yakin Qaseh boleh study kat situ .. nak tau sebab apa? Sebab MSU mengajar dalam bahasa inggeris .. nak PENGSAN!! Dah lah Qaseh ni tak berapa pandai dalam inggeris .. fikir punya fikir rasa nak merayu je nak balik ke PTPL .. lantaklah .. kena travel ke KL Sentral ke .. Ampang ke ..

Tapi Qaseh sabarkan hati .. tawakal .. dan berserah je lah pada Allah s.w.t.. disebabkan kes transfer tu lah .. Qaseh punya subjek ada yang tak sama dengan pelajar-pelajar kat MSU tu .. sebab ada yang diorg tak amik  lagi .. Qaseh dah amik .. yang Qaseh tak amik .. diorg dah amik .. hurm .. sedih bak hang .. tu sebab lah bertindan dengan kelas lain ..

Nak-nak plak musim cuti sekolah ni masuk pula banyak tempahan bunga telur dan handmade goodies .. tu yg terkotang kanting .. dengan tugas sebagai seorg isteri dan ibu lagi .. hahah.. agaknya kalau tak kuat Qaseh ni .. mungkin leh sasau kot.. opss!! Mulut jangan celupar .. hihihi ..

oklah korang .. nak sambung buat bunga crepe ni hah! Sambil2 sebelah hafal undang-undang perniagaan .. hihi ..

Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail