SHout






Rabu, 8 Ogos 2012

Percuma Baskin Robin

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
KUALA LUMPUR – Baskin-Robbins yang menyokong inisiatif ‘Impian Emas’ Media Prima Bhd. akan tetap memberi aiskrim percuma di seluruh negara kepada orang ramai hari ini meskipun pasukan negara belum memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima, Ahmad Izham Omar berkata, aiskrim itu tersedia di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kios di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula pukul 8 hingga 10 malam ini.
“Rakyat Malaysia berterima kasih terhadap kontinjen kebangsaan di London. Oleh itu aiskrim ini sebagai tanda penghargaan terhadap kesungguhan atlet negara. Setiap rakyat Malaysia layak mendapat satu skup aiskrim,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Izham berkata, rakyat Malaysia kagum menyaksikan atlet negara bersaing hebat di temasya sukan paling berprestij di dunia tersebut melalui komitmen dan semangat yang dipamerkan.
Justeru, kata beliau, tiada alasan untuk tidak meneruskan pemberian aiskrim percuma kepada semua rakyat Malaysia kerana negara perlu meraikan jaguh sukan mereka.
Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia diseru hadir meraikan atlet kebanggaan negara di seluruh cawangan Baskin-Robbins bermula pukul 8 hingga 10.00 malam ini.
“Mereka yang datang lebih awal akan diberi baucar tawaran eksklusif menarik. Para pelanggan juga boleh memilih mana-mana perisa aiskrim daripada keseluruhan 31 perisa,” katanya. – mynewshub.my
 
So, sesiapa nak serbu Baskin Robin tu...Qaseh ada senarai-senarai cawangan Baskin Robin di Malaysia

Alhamdulillah...rezeki di bulan Ramadhan...tQ Baskin Robin & Media Prima

Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail