SHout






Sabtu, 13 Ogos 2011

Ashraf Muslim Bernikah Di Tanah Suci...

Alhamdulillah ... bila dengar abg Ashraf Muslim kita akan melansungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya Noor Dayana Hj Lokman ...

Pada 23 April yang lalu Ashraf telah melangsungkan majlis pertunangannya di Gombak ... meriahnya jangan cakaplah kan ... heheh ... 
Majlis perkahwinan pula akan berlangsung selepas mereka menjalani ibadah umrah di tanah suci yang sekaligus menjalankan akad nikah disana pada 1 syawal nanti... Tema perkahwinan ialah unggu ... oh ... warna kegemaran Qaseh tu ... suka tengok baju tunang Dayana  yang direka oleh abang Ezuan Ismail ... cantik ... warna pilihan Qaseh ... Nak minta abg Ezuan buatkan satu untuk Qaseh lah ... boleh abg Ezuan??? Hehehe ...
Kepada kawan-kawan yang tidak mengetahu latar belakang abang Ashraf Muslim kita ... disini Qaseh sediakan profil beliau yerk ... Kepada Abang Ashraf Muslim Qaseh doakan semoga jodoh abang berpanjangan dunia akhirat ... doakan Dayana menjadi isteri dan ibu yang solehah ... Semoga bahagia hingga ke Syurga ... INSYALLAH ...

Nama: Ashraf Muslim

Lahir: 19 September 1981 di Teluk Mas, Melaka

Tinggi: 180 sm

Berat: 67 kg

Keluarga: Anak sulung daripada tujuh beradik

Pendidikan: Diploma Pentadbiran Perniagaan (Kuala Lumpur Infrastructure University College)

Kerjaya: Ahli perniagaan, Tenaga Pengamal Perubatan Islam melalui a-Quran di Syifa Al Hidayah dan
              pelakon

Drama: Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Lagu Cinta Kita, Anumerta, UP: Hati dan Rumah Depan Sebelah Kedai

Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail