SHout






Ahad, 21 Ogos 2011

Segmen Angah Ini Blog Jiwa Jiwa - Ertinya Cinta Pada Anda


CINTA ... CINTA ... CINTA ...

Bagi Qaseh cinta itu terlalu dalam maknanya jika ingin diluahkan. Cinta pada keluarga, sahabat, kekasih, suami dan anak-anak.

Cinta kepada ibu, membawa ke syurga, cinta kepada Ayah jgn buat ayah marah ... heheh ... cinta kepada keluarga, kekal selamanya ... cinta kepada sahabat, nikmatnya hanya sementara ... cinta kepada kekasih, ujian semata-mata ... cinta kepada suami tempatmu di syurga ... cinta kepada anak2 ... jadikan mereka insan berguna ...

Namun, perkataan cinta lebih sesuai kita gunakan untuk lelaki + wanita ... iaitu pasangan bercinta ... yang lelain tu sesuai dengan perkataan kasih sayang ...

Cinta itu fitrah .... iaitu kurniaan dari illahi ... cinta yang hadir dalam jiwa boleh jadi ujian @ anugerah kepada kita ... hanya kita yang boleh menafsirkannya ...

Cinta itu boleh berubah menjadi fitnah ijka kita gagal mengawal nafsu dan emosi ...

Bercintalah berlandaskan agama, bercintalah kerana Allah s.w.t kerana cintaNya lebih agung dan hakiki ... kiranya kita mencintaiNya lebih dari kita mencintai manusia, insyaallah cinta yang hadir di dalam hati adalah cinta yang suci ...

Kerana cinta kita sanggup bersusah payah untuk orang yang dicintai. Sedia berkorban apa saja untuk melihat sidia bahagia. Mengenepikan segala ego hanya untuknya. Sanggup buat apa sahaja untuk menunjukkan cinta yang ada bak 'seluasnya lautan' ...

Kadang-kadang cinta terlalu indah,
Kadang-kadang cinta terlalu menyakitkan,
Kadang-kadang cinta perlu pengorbanan,
Kadang-kadang cinta hadir tanpa diduga,
Kadang-kadang tanpa cinta kita merana,
Kadang-kadang cinta membuat kita bahagia,

Bercintalah dengan niat yang murni ... jangan takut untuk bercinta andainya cinta itu cinta suci ... Kerana cinta ada segala-galanya ...


p/s: nak bercinta dgn sidia je selama2nya ...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cinta agung cinta Allah SWT. like like like... ^^

Unknown berkata...

cinta pada yang ESA kekal abadi :)

Muslimah Optimis berkata...

Mo sangat setuju dengan kata-kata ni "Cinta itu boleh berubah menjadi fitnah ijka kita gagal mengawal nafsu dan emosi .."

MO pon join jugak... Bagi MO cinta tu Ibarat seperti limau.. jemput baca dan tinggalkan pendapat anda :-)

Segmen Angah Ini Blog Jiwa Jiwa : Ertinya Cinta Pada Anda

fRaMe+LenSeS berkata...

Assalamualaikum.

begitu indah sekali kamu menggarap erti cinta. benar ianya adalah satu perkongsian, kan?

Nadh juga ada bercakap mengenainya, kalau berkesempatan, n sudi silalah lihat di sni.

http://www.nadzrie.com/2011/08/segmen-angah-ini-blog-jiwa-jiwa-ertinya.html

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail