SHout






Selasa, 20 Disember 2011

Harapan Baru

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
  Buat teman yang sudi menasihati, Qaseh sangat-sangat menghargai. Terasa diri ini dihargai, walaupun korang jauh dimata namun terasa dekat dihati. Biarlah segalanya yang berlaku Qaseh jadikan pengalaman hidup yang paling berguna dalam melangkah menuju kejayaan yang amat payah likunya.

  Qaseh akan fikirkan semula keputusan untuk meletakkan jawatan. Kerana, terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira. Bukan mengikut hati yang marah. Bak kata orang tua-tua, ikut hati mati.. Ikut rasa binasa.. betulkan?

  Hari ini, keadaan makin teruk sebenarnya. Tapi, Qaseh tabahkan hati dan buat je kerja. Selagi kesabaran ini masih penuh didada, akan Qaseh hadapi segalanya. Dalam hadis ada mengatakan yang doa orang teraniaya senang dimakbulkan bukan? Jadi, Qaseh tak ingin melepaskan kata-kata yang bukan-bukan dan tak elok di dengari kerana ia mungkin menjadi doa. 

  Akan Qaseh simpan doa itu, untuk diri Qaseh...dan untuk keluarga Qaseh. Jika orang memberi kita kaca, biarlah kita memberi intan. Kerana, kaca dan intan banyak perbezaanya. Harapan Qaseh.. orang tersebut diberikan hidayah, pedoman dan kesabaran yang tinggi dalam kepimpinannya... Amin...


Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail