SHout






Isnin, 19 Disember 2011

Perjalanan Bermula...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
 

Sebelum Larian Bermula
Kumpulan Roadtour 1 Malaysia bersama RTM ini telah disertai oleh 46 orang yang teerdiri daripada 33 orang PPSPPA, 4 orang RTM,9 orang dari syarikat konsesi (2 orang Alam Flora, 4 orang E-Idaman dan 3 orang SWM).
 
MC Untuk LArian Kitar Semula dan Pelepasan Roadtour PPSPPA bersama RTM
Hari pertama roadtour PPSPPA bersama RTM; 
Bertolak dari putrajaya jam 9.00am, pelepasan oleh Menteri dari Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. 
Kumpulan Roadtour disambut oleh kumpulan penguatkuasa bermotor di 4 lokasi iaitu di Tol Nilai, Tol Seremban, Tol Senawang dan Tol Mambau. Destinasi pertama ialah R&R Nilai dan diikuti dgn R&R Seremban. 
Seterusnya kumpulan Roadtour berpecah di mana Kump 1 pergi ke Nilai 3, Kump 2 ke Terminal Seremban, Kump 3 ke Giant Senawang dan Kump 4 ke Port Dickson. Sambutan dari masyarakat setempat amat menggalakkan terutama di 3 tempat tumpuan utama yg mana bilangan pengunjung sgt ramai iaitu di Nilai 3, Terminal Seremban dan Teluk Kemang, Port Dickson. 
Semua cenderamata telah diagihkan kpd penduduk dan pengunjung di tempat2 berkenaan mengikut kuota yg telah ditetapkan.
Tepat jam 4 petang, semua peserta berkumpul semula di Tol Senawang utk Majlis Pelepasan oleh Pengarah Negeri Sembilan tepat pada jam 4,15 pm.

Team Roadtour meneruskan perjalanan ke Melaka dan disambut oleh warga kerja PPSPPA Melaka beserta dgn lebih kurang 40 superbiker di Hotel Sri Malaysia, Ayer Keroh. 
Selepas taklimat diberikan oleh pengarah Negeri Melaka, Kumpulan 1,2 dan 3 telah bergerak ke Pantai Klebang manakala Kumpulan 4 ke Mydin Ayer Keroh. Dalam suasana hujan yg agak lebat, Kumpulan 1,2,3 meneruskan perjalanan ke Pantai Klebang yg menyaksikan beribu-ribu org yg sedang bersiar-siar di pantai tersebut menyaksikan persembahan program Gegaria Harian Metro.

Tepat jam 7 malam, kami pergi ke hotel utk urusan check in dan pada jam 7.45 mlm kami berkumpul di Restoran Sri Melaka untuk makan malam.
Pada jam 830 mlm, kami meneruskan program penyerahan cenderamata di 4 tpt yg menjadi tumpuan utama di Negeri Melaka di Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Jonker Walk dan River Cuise sehingga jam 1045 mlm.

Pada keseluruhannya , program roadtour pada hari pertama sambutan sgt menggalakkan dari penduduk setempat dan pengunjung di setiap destinasi yang telah dirancang.

Terima kasih kepada PPSPPA Negeri Sembilan dan Melaka kerana telah bertungkus lumus dalam mempromosikan PPSPPA , Kempen Kitar Semula, Tol Free dan Aduan Sisa melalui pemberian cenderamata.
Sebelum bergerak ke Melaka

#Ikuti laporan seterusnya perjalanan program Roadtour pada keesokan hari#


Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail