SHout






Jumaat, 15 Julai 2011

Siapa aku dihatinya Siri 7

          Qaseh menjerit kesakitan, dia tidak sanggup diperlakukan sebegitu rupa. Wajah Saiful Azri, bekas kekasihnya menjadi mimpi ngeri di dalam tidurnya. Sakit yang tidak terhingga apabila ditindih, di ragut maruahnya. Apa yang mampu dia buat, hanyalah menangis dan merayu minta dilepaskan. Namun, lelaki yang menodainya itu semakin rakus dan menyeksa batinnya. Qaseh tidak tertahan lagi, dia ingin menjerit tetapi suaranya tersekat. Dia mecuba sekali lagi dan akhirnya suaranya keluar juga. "Tidak!!!"

          "Qaseh! Qaseh! Bangun Qaseh. Aku ni, Liza!" Liza memanggil nama Qaseh sambil menggenggam tangannya.

          Terkejut Liza apabila mendengar Nur Qaseh Elena menjerit sebegitu rupa. Hari ini adalah masuk hari ketujuh Qaseh tidak sedarkan diri sejak dia ditimpa kemalangan di hadapan kompleks membeli-belah PKNS. Liza menyalahkan dirinya ketika Qaseh ditimpa malapetaka itu. Baginya, dialah penyebab terjadinya perkara itu. Kalaulah dia tidak mengajak Qaseh kesitu dan mencipta pertemuan yang dirancang olehnya bersama abangnya Shah. Namun, nasi telah menjadi bubur. Dia bersyukur kerana Qaseh telah sedar.

          "Aku kat mana ni?" tanya Qaseh sambil memegang kepalanya yang sakit. Kepalanya terasa berat. Dia cuba bangun namun dihalang oleh Liza.
          "Kau kat hospital. Aku minta maaf Qaseh. Aku yang menyebabkan kau ada kat sini. Aku minta maaf Qaseh!" Liza bersungguh-sungguh meminta maaf kepada Qaseh.

          "Apa kau cakap ni Liza? Macamana aku boleh ada kat sini?" tanya Qaseh apabila melihat Liza meminta maaf sebegitu rupa sehingga mengalirkan airmata.

          "Kau tak ingat ke Qaseh? Kau kan dilanggar motor sewaktu melintas jalan selepas berjumpa dengan abang aku Shah. Kau tak ingat ker?" tanya Liza kehairanan sambil menyapu airmatanya. Mungkin Qaseh masih bingung tentang apa yang telah berlaku padanya 6 hari yang lepas.

          Qaseh mula mengingati saat Liza mengajaknya keluar untuk bershopping, berjumpa secara tidak sengaja dengan Shah iaitu abang Liza. Shah meluahkan perasaannya pada Qaseh dan akhirnya dia terdampar disini.

          Shah! Ingatan Qaseh terus kepada Shah. Entah kenapa dia rindu wajah itu. Senyuman jejaka itu yang manis. Dia akui yang dia selesa dengan jejaka itu. Wajah Shah yang manis memancarkan ketenangan dijiwanya.

          Namun, saat jejaka itu meluahkan hati padanya...Qaseh resah, bimbang jika jejaka yang dipujanya di dalam diam itu tidak dapat menerima dirinya seadanya. Qaseh sedar kekurangan dirinya.

          "Assalamualaikum..." Qaseh tersedar dari lamunan apabila terdengar orang memberi salam. Dia menoleh ke arah suara itu dan dia terdiam tidak membalas salam tersebut. Dia menjadi malu sendiri.

          "Kenapa dia hadir setiap kali aku memikirkan dirinya?" tanya Qaseh kepada dirinya sendiri.
          "Qaseh...alhamdulillah! Qaseh dah sedar. Adik! Bila Qaseh sedar? Kenapa tak bagitahu abang?" Shah bersyukur melihat gadis yang disayanginya itu telah sedar dari lenanya yang panjang. Dia bertalu-talu menyoal Liza.

          "Baru je bang...Qaseh menjerit waktu tersedar tadi. Tapi, alhamdulillah dia dah sedar." balas Liza kepada Shah, abangnya.

          "Syukur...macamana rasa sekarang Qaseh? Sebelum Qaseh jawab soalan Shah, Shah nak minta maaf pada Qaseh. Disebabkan Shah, Qaseh ada kat sini." Shah menyesal dengan perbuatannya. Dia tidak patut meluahkan perasaannya pada Qaseh.

          "Saya ok je...cuma kepala ni berat sikit. Terima kasih sebab ambil berat. Awak tak salah pun...saya yang tak berhati-hati. Saya pun nak minta maaf sebab tinggalkan awak macam tu je semalam..." Qaseh membalas sambil menundukkan kepalanya. Dia telah melukakan hati jejaka itu. Dia tahu.

          "Semalam?" Liza pasti yang Qaseh tidak menyedari yang dia telah tidak sedarkan diri selama 7 hari.
          "Qaseh....kau tak sedarkan diri dah hampir seminggu. Kemalangan tu enam hari yang lepas....kau tak tak?" terang Liza bersungguh.

          "Hah! Seminggu? Kau biar betul...jadi...aku dah seminggulah kat hospital ni?" Qaseh bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
          "Kenapa lama sangat? Doktor kata apa? Aku ok ker?"soal Qaseh yang masih tidak puas hati. Sambil menahan sakit di kepala Qaseh menyoal Liza bertalu-talu.

          "Ye, dah seminggu! Doktor kata kau ok. Cuma kepala kau terhantuk sedikit. Ada pendarahan kecil kat kepala kau. Namun, disebabkan kepala adalah kawasan sensitif...jadi doktor tak dapat pastikan bila kau boleh sedarkan diri." terang Liza kepada Qaseh.

          "Liza....dah lah tu, bagi Qaseh rehat." Shah mengarah Liza untuk berhenti berborak dengan Qaseh bagi membenarkan Qaseh berehat.

          "Eh....tak pelah awak....saya rindu nak borak ngan Liza ni! Seminggu saya tak sedar kan...!" Qaseh menjawab bagi pihak Liza.

          "Qaseh, awak kena rehat. Awak baru je sedar." Shah membalas kata-kata Qaseh dengan lembut.
          "Adik...adik boleh balik rehat kat rumah. Biar abang pulak yang jaga Qaseh ok!" Shah menyuruh Liza sambil mengambil tempat disisi Qaseh.

          Qaseh menjadi tak keruan. Mamat ni nak jaga aku kat sini? Biar betul? Liza....janganlah kau pergi. Kesianlah kat aku. Qaseh memohon pada Liza didalam hatinya. Dengan harapan, Liza faham isi hatinya.

          Qaseh sebenarnya masih malu dengan perbuatannya meninggalkan Shah seminggu yang lalu. Tidak sopan fikirnya. Dia juga risau jika Shah mengulangi semula luahan perasaannya. Dia serba salah. Hendak disuruh Liza tunggu, tetapi kasihan dengan kawannya itu. Pasti penat menjaganya sepanjang seminggu. Biarlah...lagipun mamat ni bukan makan orang. Fikir Qaseh.

          "Qaseh...aku balik dulu ye! Abang...jangan nakal-nakal. Jaga kawan orang baik-baik tau...!" Liza meninggalkan pesan pada abangnya sambil berlalu pergi.

          Kini, hanya tinggal Qaseh dan Shah didalam bilik pesakit itu. Qaseh tidak tahu apa yang hendak diborakkan dengan jejaka itu. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk memulakan bicara.

          "Awak...boleh saya tanya sesuatu?" Qaseh menyoal Shah dengan nada yang rendah.

          Shah yang tersentak kerana dengan tiba-tiba Qaseh menyoalnya menjawab "Ye...ye...tanya jelah."

          "Pasal kejadian kat PKNS tu....awak serius ker?" soal Qaseh.

          "Kenapa awak tanya macam tuh? Awak tak percaya apa yang saya bagitau awak hari tu?" Shah menyoal Qaseh pula.

          "Bukan macam tu, cuma saya nak tahu satu perkara. Mana awak tahu pasal saya? Kisah silam saya?" Qaseh masih menyoal Shah.

          "Liza....liza yang bagitahu semua pada saya. Saya yang paksa dia bagitahu. Maafkan saya!" terang Shah kepada Qaseh.

          "Kenapa awak nak ambil tahu pasal saya? Penting sangat ke awak nak tahu semua tu?" Qaseh masih mahu menyoal Shah. Airmatanya mula bertakung dimata. "Atau awak sengaja mencari kelemahan saya agar boleh bersimpati pada saya?" soal Qaseh lagi.

          "Qaseh..."panggil Shah perlahan.
          "Shah tidak terniat langsung seperti yang Qaseh fikirkan. Shah menyayangi Qaseh seadanya. Shah tidak kisah siapa Qaseh yang dulu. Bagi Shah, yang penting adalah Qaseh yang sekarang. Shah menyintai Qaseh kerana Qaseh adalah Qaseh. Bukan orang lain. Shah menyintai segala-galanya yang ada pada Qaseh. Shah tak perlu mengubah Qaseh seperti yang diinginkan oleh Shah. Kerana bagi Shah, tidak semua orang sempurna termasuk Shah. Setiap manusia ciptaan Allah s.w.t ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. Siapa Shah untuk mempertikaikan ciptaanNya...."terang Shah dengan panjang lebar.

          Airmata Qaseh tidak dapat ditahan lagi. Dia terharu dengan kata-kata Shah yang kedengaran ikhlas di telinganya. Baginya, Shah adalah jejaka yang pertama berkata sebegitu rupa kepadanya. Tapi, Qaseh masih tidak mahu merendahkan egonya bahawa dia juga menyintai jejaka itu. Dia takut...takut untuk mengharap.

          "Tapi Shah...awak tahu siapa saya! Saya tak layak untuk awak. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik juga. Tapi saya....bukan wanita yang baik!" Qaseh masih mahu merendahkan dirinya.

          "Baiklah kalau Qaseh kata begitu...jadi, wanita yang tidak baik itu hanya akan dipilih lelaki yang tak baik juga ke? Kalau macam tu, sampai bila-bila wanita itu takkan jadi baik lah. Siapa nak bimbing dia? " balas Shah penuh berhikmah.

          Qaseh terkedu dengan jawapan Shah itu. Ada kebenaran kata-kata Shah itu. Qaseh mendiamkan diri. Dia malu untuk menyoal Shah lagi.

          "Qaseh rehat dulu ye!" kata Shah dengan tiba-tiba.
          "Shah nak pergi ke surau. Nak solat Asar." kata Shah lagi.

          Qaseh hanya diam, dia berpura-pura menutup mata agar Shah tidak dapat melihat matanya yang merah kerana menangis tadi. Namun dalam hatinya berkata "Lekas ye Shah!" walaupun tidak didengari oleh Shah.

Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail