SHout






Jumaat, 8 Julai 2011

Siapa aku dihatinya Siri 6

          "Maafkan saya sebab marahkan awak tadi!" ucap Qaseh sambil menundukkan mukanya dan  memandang air minuman didepannya. Rasanya tak tertelan air Pepsi yang di ordernya itu. Merah padam mukanya apabila mengingat peristiwa tadi.

          "Eh, tak per...saya yang patut minta maaf! Dah lah saya langgar awak, lepas tu nak berebut telefon dengan awak pulak." kata Shah memandang Qaseh yang sedang tertunduk malu.

          "Awak buat apa kat sini?" tanya mereka berdua serentak. Sebentar kemudian kedua-duanya tertawa kecil.

          "Oklah...ok, awak tanya dulu." Shah menyuruh Qaseh memulakan bicara.
          "Tak pe lah, lagipun awak dah tahu saya nak tanya apa." Qaseh tersenyum menampakkan giginya yang putih. Shah hanya tersenyum manis. Senang dia melihat gadis idamannya itu tersenyum girang. Senyap.

          "Qaseh sihat? Kaki dah baik dah?" Shah memulakan bicara.

          "Dah! Alhamdulillah. Saya nak terima kasih kat awak sebab sambut saya kat tangga hari tu. Kalau tak, mesti lagi teruk saya sakit. Entah patah ke, berdarah ke...ye tak?"

          "Kasihmu diterima! Tak yah lah cakap macam tu. Untuk awak saya sanggup buat apa pun!" Shah menjawab selamba.

          Qaseh yang mendengar Shah berkata begitu terdiam tak terkata. Qaseh hairan dengan kata-kata Shah dan nada yang berubah tiba-tiba. Peliklah. Nak berlawak pun biarlah bertempat. Nanti aku terperasankan siapa susah? Dia jugak yang susah. Haish...

          "Awak! Kenapa tenung saya macam tu? Releks ok...saya memain je. Janganlah serius sangat...." Shah ketawa kecil melihat muka Qaseh yang serius.

          "Nasib baik main-main je. Boleh gugur jantung saya bila dengar awak cakap macam tuh!" kali ni giliran Qaseh melawak pulak.
          "Kalau gugur, saya sambut ok!" Shah membalas kata-kata Qaseh. Qaseh kembali  tersentak.

          Kenapa dengan dia ni? Qaseh tertanya-tanya dalam hati. Kata-kata dia penuh makna yang mendalam. Atau hanya perasaan aku sahaja. Qaseh melihat muka ceria Shah sambil kehairanan.

          "Awak tak jawab lagi soalan saya. Kenapa awak ada kat sini?" Qaseh teringatkan kewujudan Shah disitu yang seperti dirancang. Mungkin ini kerja Liza. Teka Qaseh.

          "Adik saya yang ajak datang sini, kebetulan saya datang temuduga kat Shah Alam ni. Bila dia tahu je saya nak datang, terus dia ajak saya datang sini. Tapi, sampai sekarang tak nampak-nampak batang hidung dia." Shah membebel sorang-sorang.

          Dah agak dah! Ini semua kerja Liza. Jaga kau Liza. Balik nanti. Aku geletek kau sampai sakit perut. Qaseh menyimpan perasaan geramnya terhadap Liza. Jangkaannya memang tepat. Jika tidak, bagaimana Shah boleh datang kesitu tanpa diduga.

          "Qaseh!" lembut Shah memanggil nama Qaseh.

          Pada waktu itu, Shah teringin membelai rambut Qaseh yang cantik itu. Ingin mengenggam jari jemari Qaseh yang runcing itu. Ingin mencium dahinya yang luas itu. Tetapi itu semua hanya mimpi di siang hari. Dia tidak tahu bila dia dapat memiliki Qaseh. Menjadikan gadis itu,  kekasih yang halal disentuh, dibelai, dicium dan dimanja olehnya.

          "Kenapa awak?" tanya Qaseh bila mendengar Shah memanggilnya. Seperti sudah biasa sahaja menyebut namanya. Fikir Qaseh. Padahal baru kenal tak sampai sebulan.

          "Jangan marah Liza yer!" Shah meminta pada Qaseh.

          "Kenapa? Kenapa nak marah Liza pulak?" Qaseh sebenarnya tersentak dengan permintaan Shah itu. Shah seperti tahu yang Qaseh sedang marah kepada Liza. Pelik.

          "Sebenarnya, saya yang minta Liza bawa awak kesini. Kebetulan saya datang ke sini. Jadi saya teringin nak berjumpa dengan awak. Bukan salah dia. Saya yang salah. Dia hanya mendengar cakap saya je." Shah berkata dengan berhati-hati agar tidak tersalah cakap.

          "Awak nak jumpa saya? Kenapa? Ada apa-apa keperluan ker?" Qaseh membalas kata-kata Shah dengan soalan yang bertalu-talu. Gila agaknya mamat ni. Tiba-tiba teringin nak jumpa aku. Qaseh sedikit merasa runsing.

          "Maaf Qaseh...saya tak patut cakap perkara ni. Sebab saya tahu yang awak baru sahaja kenal dengan saya. Tetapi percayalah, saya dah lama kenal awak. Saya tahu siapa awak...kisah awak...masa silam awak..." Shah menundukkan mukanya selepas berkata-kata. Dia tahu yang dia telah terlepas cakap.

          " Kisah saya? Masa silam saya? Siapa beritahu awak semua ni? Apa yang awak tahu pasal saya? Kisah saya?" Qaseh menjadi marah apabila Shah menyebut mengenai masa silamnnya.

          "Awak! Tolong jangan cakap bukan-bukan ok! Jangan cakap benda yang awak tak tahu. Awak siapa nak ambil tahu pasal saya?" Qaseh betul-betul marah. Dia betul-betul tidak suka apa yang baru sahaja Shah bagitahu padanya. Baginya, kisah dia adalah hak peribadi yang tidak perlu diketahui oleh sesiapa.

          "Qaseh....Shah minta maaf! Shah langsung tak berniat untuk menyibuk hal orang lain" Shah memujuk Qaseh.

          "Tetapi, kalau pasal Qaseh...Shah tetap nak ambil tahu. Maafkan Shah...Shah dah lama pendam perasaan ni. Sejak kita masih bersekolah dahulu tahu tak!" Shah memulakan bicara apabila Qaseh masih diam seribu bahasa.

          "Tapi, Shah sedar siapa diri Shah. Tak layak untuk bergandingan dengan Qaseh. Lagipun, pada masa tu Qaseh hak orang lain. Shah bukan jenis yang suka mengambil hak orang lain." Shah mula meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya. Dia kaget. Risau jika Qaseh terusan memarahinya.

          "Apa yang awak cuba nak sampaikan ni? Saya tak fahamlah..."sedaya upaya Qaseh merendahkan suaranya apabila dia menyedari yang dia telah meninggikan suaranya terhadap Shah. Hatinya sayu. Ingin dia menangis semahunya. Tetapi dia malu. Pelbagai soalan timbul dibenak fikirannya.

          "Qaseh..."panggil Shah lembut.
          "Shah dah lama menyayangi Qaseh. Sejak dulu lagi. Shah tak kisah siapa pun Qaseh. Kisah silam Qaseh. Yang penting adalah Qaseh yang sekarang. Shah benar-benar menyayangi Qaseh. Shah akan terima Qaseh seadanya. Kalau boleh...ingin Shah jadikan Qaseh permaisuri hati Shah...yang halal untuk Shah sayangi...." Shah menyusun kata-kata agar tidak menyinggung perasaan Qaseh lagi.

          Apabila mendengar Shah berkata begitu, Qaseh terus bangun dari kerusinya dan berlalu pergi. Laju langkahnya. Dia menyusun langkah kemana sahaja kemahuan kakinya. Dia tidak boleh berfikir lagi. Kata-kata Shah benar-benar menyentuh hatinya. Dia melangkah tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memandangnya.

          Terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya. Tidak dihiraukan panggilan itu. Dia melintas jalan tanpa memandang kiri dan kanan. Hampir-hampir Qaseh dilanggar kereta. Tetapi, pemandu tersebut sempat menekan brek.

          Namun, nasib tidak menyebelahi Qaseh. Sebuah motosikal Honda yang melalui sebelah kereta tersebut tidak dapat mengelak dan melanggar Qaseh. Qaseh terjatuh dan kepalanya terasa seperti terhentak sesuatu. Qaseh merasakan kepalanya berpusing dan menjadi kelam perlahan-lahan.

          Dalam pada masa yang sama, dia dapat melihat wajah Shah yang risau sambil memangkunya. Sebelum Qaseh menutup mata dia sempat menyebut nama 'Shah'.

Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail