SHout






Khamis, 11 Ogos 2011

Tudung! Tudung! Tudung...Fesyen atau Agama???

Salam sumer...

Pagi2 Qaseh dah mengeluh dah ... kenapa? Sumer sebab persoalan pasal wanita muslim yang bertudung. Isu nie keluar sebab mungkin masyarakat di luar sana dah sedar yg fesyen untuk bertudung bukan alasan utk tidak menutup aurat sepenuhnya ... apa maksud sepenuhnya tue?? Hah ... ni yang Qaseh dok nak habaq nie ...

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

Astarfirullah-hal-azim...mengucap panjang Qaseh bila baca maksud ayat al-quran diatas ... Ya, Qaseh tidak nafikan yg Qaseh mungkin tergolong di kalangan mereka2 ni ... tapi, kekadang je lah ... sebagai wanita muslim, Qaseh memang benar ingin berjilbab dan berpurdah seperti wanita2 muslim di arab sana ... namun, apabila Qaseh cuba menyuarakan hasrat hati itu akan adalah bangkangan kerana tidak mengikut trend lah ... kolot lah ... haish!! 

Akhirnya, Qaseh bertudung ala2 biasa sahaja ... janji menutup yg patut ditutup ... pernah jugak kena tegur dgn sorg makcik nie ... waktu tu Qaseh nk menunaikan solat Asar di masjid yg namanya xkan mungkin Qaseh sebut ...
Waktu tu makcik tu tegur camni ... "Klu pakai seluar jeans x boleh masuk ke Masjid!" 
Terasa sungguh waktu tu, padahalnya Qaseh di luar rumah ni, x bawak plak spare kain bagai ... yg ada dlm beg hanya telekung je ... camana nie?

Tetiba datang seorg lelaki, rasa ustaz di masjid tu kot ... dia cakap kat Qaseh "Jangan peduli cakap makcik tu, takkan sebab awak pakai seluar awak x nak tunaikan solat yang wajib tu ....??? "
Erk ... betul jugak kan ... akhirnya Qaseh amik keputusan sarung kain telekung kemudian baru masuk masjid ...

Sebenarnya bagi Qaseh ... tak salah kalau nak berfesyen ... namun berfesyenlah dengan cara yg betul ... menutup apa yg patut ... Erk, Qaseh kata menutup yer ... bukan membalut ... heheh ... 

Qaseh jugak akan ambil pengajaran iktibar dan panduan untuk memperbaiki diri di masa akan dtg ... 
So ... marilah kita berubah ke arah kebaikan ...

2 ulasan:

Azzah berkata...

pakai jeans tak bole masuk masjid?..pulak..

armouris berkata...

lagi info tentang tudung di SIHAT SELALU - Rahsia Memudahkan Memilih Tudung Untuk Dipakai

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail