SHout






Rabu, 15 Jun 2011

Siapa aku dihatinya Siri 2

Kedengaran sayup-sayup suara azan subuh. Terkebil-kebil Qaseh membuka matanya. Dia mendengar kembali suara azan itu. Dia tahu suara itu bukan datang dari Masjid, kerana setahu dia sewaktu dalam perjalanan ke rumah Liza, hanya sawah bendang sahaja sekeliling. Tiada Masjid yang kelihatan. 

Qaseh kembali menghayati suara yang mengalunkan kebesaran Allah s.w.t itu. Merdu. Bagi Qaseh, itu adalah kali pertama dia mendengar azan yang dialunkan sebegitu merdu. Bukan ayahnya tidak merdu mengalunkan azan. Namun, sepanjang 26 tahun ia bernafas di bumi Allah ini...tidak sekalipun dia mendengar ayahnya mengalunkan azan. Qaseh menjadi pilu apabila teringatkan ayahnya itu. DIa mendoakan ayahnya mendapat hidayah dari Allah yang Maha Esa.

Berhentinya alunan azan itu menyedarkan Qaseh dari lamunan. Dia tahu yang dia telah terlambat untuk menunaikan solat subuh. Dia mengambil tuala di dalam begnya yang berada di sebelah Zizi yang sedang nyenyak tidur. 

Niat dihati ingin dia mengejutkan Zizi tetapi teringat pesan kawannya itu bahawa dirinya uzur. Dengan keadaan kelam kabut Qaseh turun kebelakang rumah tersebut dimana terletaknya bilik air. Sewaktu tergesa-gesa turun entah dimana silapnya, kaki Qaseh tersadung. 

Mujur Shah berada berhampiran dengan tangga tersebut dan sempat menyambut Qaseh daripada terjatuh. Disebabkan keadaan yang berlaku secara spontan itu, Qaseh menghempap badan Shah yang sasa itu. Dan sekarang Qaseh berada didalam pelukan Shah. Rambut Qaseh yang panjangnya separas pinggang itu menutup muka Shah. Aroma rambut Qaseh yang lurus dan dijaga rapi itu dihidu oleh Shah. Sungguh nyaman bau itu.

Makcik Salmah yang juga berada berhampiran menjerit apabila melihat Qaseh terjatuh dari tangga. "Qaseh, Shah! Kamu berdua tidak apa-apa?" tanya makcik Salmah. 

Menyedari keadaan itu, Shah segera bangun dan melepaskan pelukannya dari pinggang Qaseh. Qaseh juga tergesa-gesa bangun dari badan Shah. Sewaktu ingin berdiri, Qaseh menjerit kesakitan. 

"Aduh! Ya, Allah! Sakitnya...." jerit Qaseh. Shah segera memegang Qaseh yang hampir terjatuh semula. "Awak tak apa-apa ke? Kat mana sakit?" tanya Shah dengan perasaan yang risau.

Makcik Salmah menyuruh Shah memapah Qaseh naik ke atas rumah untuk melihat bahagian yang sakit. Namun, Shah memandang Qaseh dengan was-was. Takut-takut Qaseh tidak sudi. 

Tetapi pandangan mata Shah dibalas dengan lirikan mata Qaseh yang memohon simpati sekaligus lirikan tersebut seperti membenarkan Shah membuat apa sahaja kerana keadaan tidak mengizinkan Qaseh berfikir lagi.

Sewaktu memimpin Qaseh naik ke atas rumah, sekali lagi Shah terhidu aroma rambut Qaseh yang lurus dan cantik itu. Namun, dengan segera dia mengucap panjang. Dia sedar yang dia tidak patut merasa begitu kerana Qaseh bukanlah muhrimnya. 

Makcik Salmah melihat kaki Qaseh yang kelihatan kebiruan. "Astargfirullahalazim...dah bengkak kaki kamu ni. Terseliuh agaknya." kata makcik Salmah kepada Qaseh.

"Macamana ni makcik? Saya belum solat subuh lagi ni..."beritahu Qaseh kepada makcik Salmah. 

"Ish, kamu ni. Kamu tu sakit. Macamana nak ambil wuduk? Bilik air kat bawah tu. Macamana kamu nak turun tangga dengan kaki kamu macam ni?" marah makcik Salmah.

"Tapi...solat tu kan wajib makcik. Tak kira kita sakit macamana pun...kita perlu bersolat."balas Qaseh.

Shah yang berada di tepi ibunya memandang Qaseh dengan pandangan simpati. Dia juga kagum dengan Qaseh. Gadis itu, walaupun tidak bertudung litup masih mengetahui tentang hukum hakam agama. Bermakna, dia tidaklah buta agama. Cuma. mungkin hatinya belum terbuka untuk menyarung tudung di kepalanya bagi menutup rambutnya yang cantik itu.

Tiba-tiba Shah mencelah "Ibu, Shah bawa air sebesen ke sini lah....ibu boleh tolong Qaseh ambil wuduk ya ibu." kata Shah sambil berlalu pergi.

Qaseh terkedu apabila Shah berkata begitu kepada ibunya. Dia berterima kasih kepada Shah di dalam hatinya kerana Shah memahami isi hatinya.

***

Qaseh melihat jauh ke bendang sawah dihadapan rumah makcik Salmah. Dia teringatkan peristiwa subuh tadi. Betapa dia malu terjatuh sebegitu rupa. Namun, bukan itu yang difikirkan oleh Qaseh tetapi perasaan halus yang wujud dihatinya apabila dipeluk oleh Shah sewaktu jatuh dan sewaktu Shah memimpinnya naik ke atas rumah.

Walaupun Qaseh jenis gadis yang kuat bersosial, tetapi bukan mudah bagi dia untuk menyerahkan tubuhnya kepada sebarang lelaki. Hanya sekali sahaja dia pernah tersungkur di dalam pelukan lelaki dan lelaki itu adalah kekasih pertamanya. 

Perkara itu juga berlaku bukan kehendaknya. Dia masih ingat bahawa dia dipaksa oleh kekasihnya itu. Sewaktu itu, dia masih di tingkatan lima dan waktu itu dia masih belum mengerti tentang seks dan sebagainya. 

Betapa sakitnya hati dia diperlakukan begitu. Mahkota yang dijaga olehnya selama ini diragut oleh orang yang paling dia sayang dan dia harapkan. Tetapi, kerana dia amat mencintai lelaki itu dia melupakan apa yang dilakukan oleh kekasihnya itu. Juga, kerana dia takut tiada lelaki lain yang mahukan gadis yang sudah rosak sepertinya.

Namun, percintaan yang dibina sejak tingkatan tiga itu berakhir apabila masing-masing menjejakkan kaki ke Pusat Pengajian Tinggi. Percintaan yang dibina dan dijaga selama enam tahun musnah begitu sahaja. Begitu juga dengan maruahnya....

***

"Hoi!!! apa ni, anak dara mengelamun kat tingkap ni...tak elok lah." tegur Zizi kepada Qaseh. 

"Banyaklah kau punya mengelamun. Aku jatuh gedebuk kat tangga macam nangka busuk, engkau sedap-sedap tidur kat dalam bilik." marah Qaseh.

"Hahaha...siapa yang suruh engkau mengelamun. Turun tangga pun nak mengelamun, sebab itu lah jatuh. Kalau nangka jatuh boleh makan. Ni, cik Qaseh kita jatuh cik abang Shah yang dapat habuan!" gelak Zizi.

"Wei, kau ni. Jaga lah sikit ayat tu. Dia tolong aku tau. Bukan ambil kesempatan. Aku tau lah kau jeles. Hehehe..." sindir Qaseh pada Zizi.

"Dah...dah...janganlah marah beb! Aku gurau je kot!!! Sejak bila ko sensitif ni?"tanya Zizi.

"Sejak..sejak kaki aku sakit. Hehehe..."jawab Qaseh sambil tersenyum.

Secara tiba-tiba ada orang memberi salam di bawah rumah. Qaseh dan Zizi menjawab salam dengan serentak sambil Zizi menjenguk ke bawah melihat tetamu yang datang.

Muncul Shah yang entah dari mana menyambut tetamu tersebut sebelum sempat Zizi menyapa tetamu yang datang itu.

***

"Jemput naik...lama aku tak nampak kau Zack? Mana kau menghilang?" tanya Shah kepada Zack sambil mempelawanya naik ke rumah.

Semasa Shah dan Zack sampai di ruang tamu, Zack ternampak Qaseh bersama Zizi yang sedang bersembang. Pada awalnya Zizi ingin ke dapur menolong makcik Salmah menyediakan hidangan untuk tetamu Shah itu. Namun, Qaseh menarik tangannya meminta menemaninya disitu. Zizi yang kasihan dengan keadaannya yang boleh dikatakan OKU sementara itu menurut sahaja.

Sewaktu Zack ternampak Qaseh, dia terus mengenalinya gadis itu. Gadis yang dipuja sewaktu zaman kolejnya. Qaseh yang memang terkenal dengan sikap anti lelaki memang sangat popular. Walaupun dia anti lelaki tetapi ramai lelaki di kolej tergila-gilakannya.

Sikap Qaseh yang tidak layan mana-mana lelaki di kolejnya membuatkan lelaki-lelaki di kolejnya terasa tercabar sehinggakan ada yang  berani bertaruh jika ada sesiapa memiliki dirinya adalah lelaki sejati.

Jinak-jinak burung merpati, itulah yang boleh Zack katakan mengenai sifat Qaseh. Zack juga adalah salah seorang lelaki yang diminati di kolejnya. Perwatakan Zack yang nampak 'macho' dan 'gentleman' memikat hati ramai anak gadis di kolejnya. Namun, Zack yang dikatakan 'playboy' itu sentiasa terkejar-kejarkan Qaseh. Gadis yang anti lelaki.

Pernah sekali Zack dapat memujuk Qaseh untuk makan bersama-sama di kafeteria kolej mereka. Qaseh yang tidak mahu di katakan sombong menurut sahaja. Lagipun, fikirnya hanya makan-makan sahaja. Bukannya, ber'dating'.

Namun, itulah kali pertama dan terakhir Qaseh makan bersama Zack. Kerana pada waktu itu, hadir seorang perempuan yang muncul entah dari mana menyimbah air ke muka Qaseh dan memarahinya kerana makan bersama Zack yang dikononya 'boyfriend'nya itu.

Oleh kerana terlampau marah, Qaseh menampar Zack dan menyuruh dia menjaga 'girlfriend'nya itu dengan baik. Sejak itu, Zack tidak lagi melihat kelibat Qaseh di Kolej atau di mana-mana.

***

"Qaseh!!" tegur Zack. "Apa U buat kat sini? Kecik dunia ni kan...U lari dari I macamana pun I dapat cari U jugak. What a pleasent suprise!!!"jerit Zack dengan gembira.

Qaseh yang sedang berborak dengan Zizi terkejut mendengar suara Zack. "Macamana dia ada kat sini...benci betullah aku..."kata hati Qaseh.

"I datang sini ada hal. U buat apa kat sini?" tanya Qaseh kembali dengan harapan dapat menutup kegugupannya. Qaseh perasan yang Shah sedang melihatnya dengan tanda tanya.

"I datang melawat makcik I. Ini sepupu I Shah." kata Zack sambil memperkenalkan Shah.

"Kami memang dah kenal...kan I dekat rumah dia ni. Tak pelah, korang berboraklah dulu. I nak masuk ke bilik. Zie tolong angkat aku." kata Qaseh sambil memeluk pinggang Zizie yang menolongnya bangun dari kerusi.

"Hei...! Kenapa dengan kaki U?" Zack terus meluru ke arah Qaseh dan memegang kakinya. Qaseh sedikit kaget dengan tindakan zack itu.

"Ish...suka hati je nak pegang kaki orang" Qaseh berkata dalam hatinya. Qaseh tidak mahu Shah berfikir yang bukan-bukan mengenai dirinya. Sejak kejadian pagi tadi dia mula menjaga kelakuannya dihadapan Shah.

Entah kenapa hatinya tidak mahu Shah melihat keburukannya. Kalau boleh ingin sahaja dia memarahi Zack yang sedang membelek-belek kakinya. Baginya, keadaan sekarang tak perlu berterusan. Lalu dia berkata "Zack, saya tak ada apa-apa lah. Terseliuh sikit je."

"Sikit U kata! Dah bengkak kaki U ni...lebam pulak tuh" balas Zack tak puas hati.
"Jom saya hantar awak ke klinik. Nanti kalau melarat siapa yang susah? Awak sendiri tau..."marah Zack.

"Betul tu Qaseh......patutnya dari tadi saya dah bawa awak ke klinik. Tapi saya ni ada motor je. Elok juga si Zack ni ada, boleh dia tolong hantarkan awak. Kami ni boleh sapu minyak urut je. Kalau jumpa doktor saya rasa lebih baik!" kata Shah dengan lembut kepada Qaseh.

Sayu hati Qaseh mendengar kata-kata Shah tu. "Awak...kalaulah awak boleh mendengar suara hati saya. Betapa saya tidak kisah melalui semua ini. Asalkan awak sentiasa di depan mata saya." kata Qaseh di dalam hatinya.

***

Shah resah menunggu kepulangan Zack yang menghantar Qaseh ke klinik. Bukan Zack yang dirisaukannya tetapi Qaseh, gadis pujaannya. Kerisauannya bertambah apabila dia tahu yang Qaseh bersama Zack. Sepupunya itu. Dia sudah masak dengan perangai Zack yang pantang melihat wanita berdahi licin. Semua dia nak cuba masuk 'line'.

Deruman kereta di hadapan rumah menjadi perhatian Shah. Dia melihat Zack membuka pintu kereta untuk Qaseh. Zack cuba ingin membantu Qaseh bangun, tetapi Qaseh keberatan. Sebentar kemudian datang Zizie untuk membantu Qaseh.

Setelah Zizie memimpin Qaseh masuk ke bilik, Shah bertanya pada Zack dengan nada cemburu "Macamana kau boleh kenal Qaseh?"

"Oh! Dia tu satu kolej ngan aku. Awek pujaan ramai kot...budak lelaki satu kolej tergila-gilakan dia. Tapi dia tu tak layan kitaorang. Anti lelaki katanya." terang Zack panjang lebar.

"Apsal kau tanya? Macamana dia leh ada kat sini? Siap kaki terseliuh bagai..."tanya Zack tanpa henti.

"Kau ni macam tren keretapi lah...soalan tak henti-henti. Bagilah aku jawab satu-satu. Ini tidak! Aku belum jawab, ko dah tanya soalan kedua. Ades..." Shah mengeluh kepada sepupunya itu.

"Ok..ok...sorry lah! Aku teruja dapat jumpa dia kat sini. Dulu aku minat kat dia...tapi, dia tak layan aku. Jadi, macam-macam lah aku nak tanya. Heheh...sorry brader.."kata Zack lagi.

"Dia datang sini melawat ibu bagi pihak adik aku. Katanya Liza sibuk fly sana sini. Outstation. Jadi, dia hantar budak tu untuk jenguk keadaan ibu..."balas Shah.

"Oh...! Nasib baik..."kata Zack sambil tersenyum-senyum.

"Kenapa nasib baik?"tanya Shah kehairanan.

"Tak lah....aku ingat isteri kau ker, tunang kau ker...awek kau ke. Heheh...rupanya-rupanya kawan Heliza. So...aku ada peluanglah untuk tackle dia lagi" Zack tersengih macam kerang busuk.

Tersentap hati Shah bila Zack berkata begitu. "Tidak!!!" jerit Shah dalam hati. "Tak mungkin Zack. Aku takkan lepaskan dia dengan mudah ke tangan kau. Aku amat menyayangi dia. Dan dia hanya akan jadi milik aku." Shah berkata-kata di dalam hati.

"Kita tengok siapa yang dapat dulu...." gurau Shah kepada Zack.

Tergamam Zack mendengar cabaran Shah itu. Ini bermakna Shah juga ada hati terhadap Qaseh, gadis pujaannya.

"BMW!" balas Zack. "Apa tuh??" tanya Shah kembali. "Best man win...ok!" jawab Zack.

"Oh...ok...aku paham. Kita tengok siapa yang menang." Shah senyum sambil menepuk-nepuk bahu sepupunya itu.


Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail