SHout






Selasa, 14 Jun 2011

Siapa aku dihatinya Siri 1

Suasana di desa memang mendamaikan. Kalau bukan kerana Liza, Qaseh tidak akan sampai ke desa ini. Walaupun masih di dalam negeri selangor, Kuala Selangor ini bukanlah seperti bandar-bandar yang sesak dengan kenderaan bila waktu kemuncak pagi dan petang. Tetapi di sini adalah sebuah desa separuh bandar yang hijau dengan sawah-sawah padinya dan pokok-pokok tanaman penduduknya. Amat nyaman sekali.



Sewaktu sampai disini Nur Qaseh Elena merasakan tenteram. Homestay Sg. Haji Dorani menjadi tempat tujuannya dan penemannya adalah Zizi sahabat baiknya dari zaman sekolah. Mereka kesitu dengan tujuan menghantar duit belanja untuk ibu kepada kawan mereka, Heliza. "Terima kasih Liza, kalau tak kerana engkau...aku takkan sampai ke sini lagi!" bisik hati Qaseh sambil tersenyum.



***



"Assalamualaikum....assalamualaikum....makcik! Assala...." Qaseh terhenti memberi salam. Terpandang seorang lelaki yang muncul di pintu dengan senyuman manis sambil menjawab salamnya.



"Waalaikumsalam...ye, saudari cari siapa?" soal jejaka tersebut.



Zizi mencubit lengan Qaseh bagi menyedarkannya dari mengelamun kerana mendengar suara jejaka tersebut. Merdu.



"Ouch...sakitlah wei!! Kau ni kenapa? Suka-suka je nak cubit aku!" soal Qaseh dengan nada marah.



"Dah kau yang mengelamun...aku nak sedarkan kau je. Kau kenapa? Tuan rumah tengah tanya kau la. Yang kau sengih-sengih, senyum-senyum macam kerang busuk kenapa? Itu yang aku cubit tuh..." Zizi memberikan penjelasan yang panjang lebar. Qaseh hanya menjeling manja pada Zizi meminta kawannya itu memahami.



"Maaf saudara, saya mencari makcik Salmah. Dia ada di rumah? Kami datang dengan hajat." Qaseh mejawab soalan lelaki itu dengan malu-malu kerana di cubit oleh Zizi. Buat malu jer fikirnya.



"Oh...ibu tak der kat rumah. Dia ke pasar tani. Ada hajat apa tuh? Kat rumah ni tak ada anak dara untuk disunting. Kalau ada pun nun jauh tinggal di bandar KL tuh." jejaka tersebut berseloroh dengan nada yang sungguh lembut sekali.



Nur Qaseh Elena tergamam bila jejaka tersebut berseloroh begitu. Dalam hatinya berbisik "alahai, sopannya dia nie. Untung kalau jadi suami".



"Kami ni kawan Heliza. Dia suruh kami kesini menghantar wang belanja dan barangan dapur untuk ibunya. Katanya dah lama dia tak balik kerana sibuk outstation sana sini. Jadi dia menghantar kami sebagai wakil untuk menjenguk keadaan ibunya. Risau katanya!" Qaseh memberitahu tujuan mereka kesitu. Tiba-tiba wajah lelaki itu berubah apabila mendengar penerangan Qaseh . Nada suaranya juga mula berubah.



"Sibuk sangat ker? Sampai nak balik Kuala Selangor ni pun tak ada masa? Bukannya lama pun dari bandar KL tu. Lebih kurang 2 jam je....alasan!!!" tengking lelaki tersebut. Qaseh dan Zizi tergaman. Hilang semua angan-angan Qaseh.



"Maaf saudara, kami cuma menyampaikan apa yang perlu je...maaf ye kalau mengganggu!" Sambil menelan air liur Qaseh menjawab dengan berhati-hati kerana takut dimarahi.



Sebenarnya Qaseh amat terasa dengan nada suara dan kata-kata jejaka itu yang kasar. Entah kenapa hatinya yang ganas selama ini sungguh tersentuh dan berkecil hati dengan kata-kata jejaka itu.



***



Shahrul Azmi memandang Qaseh dengan pandangan simpati. "Kesian budak ni, penat-penat datang kesini aku marah dia pulak. Bukan dia yang patut aku marah. Sepatutnya aku menjemput dia naik kerumah dan menghormati tetamu seperti yang ibu ajarkan padaku. Aku tak mahu menjadi orang yang tak reti nak hormat tetamu" katanya didalam hati.



Dia memandang Qaseh semula. Dia sedar yang riak muka Qaseh berubah apabila dia bercakap kasar tadi. Wajah Qaseh diamati. Dia seperti kenal wajah manis gadis itu. Wajah yang dirinduinya selama ini. Ya! tak salah lagi. Dia adalah Nur Qaseh Elena! Kawan sekelas adiknya Heliza. Dahulu dia selalu bertanyakan khabar gadis comel itu melalui adiknya. Gadis comel yang berjaya memikat hatinya. Dia hanya berani memandang dari jauh kerana tidak mahu mencampur adukkan kehidupan peribadi dengan persekolahan.



Dia sedar pada waktu itu, bukan masa untuk bercinta kerana tujuan utama mereka adalah untuk mencari ilmu agar masa depan mereka terjamin. Namun, dia yang hanya mampu belajar sehingga tingkatan 5 akur bahawa dia tidak sebijak adikknya Heliza. Sejak Qaseh berpindah dan bersekolah di bandar, dia tidak lagi bertanya khabar dari adiknya mengenai Qaseh. Kerana anggapannya Heliza susah untuk mengetahui khabar berita mengenai Qaseh kerana perbezaan jarak. Sedangkan dia lupa bahawa zaman sekarang adalah zaman IT. Bila-bila, dimana sahaja kita masih boleh berhubung melalui dunia maya.



"Sungguh bertuah aku dapat melihat bunga yang aku idam-idamkan selama ini. Kau semakin cantik Qasehku sayang...." bisik Shah didalam hatinya. Dia memberikan senyuman yang paling manis buat Qaseh.



***



"Buang tabiat apa mamat ni. Tetiba je senyum ngan kita.Tadi marah, sekarang senyum pulak" nada Zizi seperti orang yang tidak puas hati.



"Maafkan saya!" kata Shah apabila menyedari ketelanjurannya terhadap dua orang agdis itu.



"Eh! Siapa ni Shah? Kenapa tak jemput tetamu naik ke atas rumah? Kan panas ni. Kalau ia pun nak marahkan adik kamu tu, janganlah tetamu yang jadi mangsa!" sindir makcik Salmah kepada anaknya Shah. Shah hanya tersenyum-senyum malu kerana dia tidak menyedari kehadiran ibunya di situ.



Rupa-rupanya makcik Salmah sudah lama berada di halaman rumah dan memerhatikan gelagat tiga orang anak muda itu. Sambil berjalan ke arah tangga rumahnya, makcik Salmah menjemput Qaseh dan Zizi naik ke rumahnya.



"Rumah kampung je nak, sudilah singgah ye! kata makcik Salmah dengan malu kerana mengagak bahawa dua gadis itu adalah kawan Heliza dari bandar yang mungkin tidak biasa dengan keadaan rumah kampung.



"Ish, makcik. Tak adalah, saya dah biasa duduk rumah macam ni. Dulu saya kecik kecik duduk kampung jugak" balas Qaseh dengan lembut.



"Makcik tak kenal saya ke?” soal Qaseh kepada makcik Salmah. Dia pasti makcik Salmah sudah lupa padanya. Ialah, sudah lama dia tidak pulang ke kampung itu.



Makcik Salmah mengamati wajah Qaseh yang berbentuk bujur sirih itu. Ditenungnya dalam-dalam mata Qaseh sehingga Qaseh merasa malu dengan pandangan Makcik Salmah itu.



"Qaseh! Ya, allah Qaseh!. Lamanya makcik tak jumpa kamu. Kamu apa khabar? Sihat? Mak ayah macam mana?" jerit makcik Salmah dengan gembira sehingga suaranya didengari oleh Shah yang berada di dapur. Belum sempat Qaseh menjawab, Shah datang dengan sedulang minuman.



"Mak! Ini airnya." kata Shah sambil melirikkan matanya ke wajah Qaseh. Kau benar-benar hadir seperti yang ku pinta. Terima kasih Ya. Allah! Shah bersyukur ditemukan lagi dengan gadis yang dicintainya.



"Shah! shah!" panggil makcik Salmah.



"Shah dengar tak cakap ibu ni? Kan...ibu suruh jemput tetamu kita minum." tegur makcik Salmah yang perasan bahawa mata anaknya itu tak berkelip memandang Qaseh.



"Oh, ya! Jemput minum ya saudari. Maaf air bujang sahaja." kata Shah kepada kedua gadis itu dengan malu-malu. Lagaknya seperti anak dara sunti pula.



"Terima kasih!" kata Qaseh dengan lembut kepada Shah. Bagai hampir gugur jantung Shah bila mendengar suara Qaseh yang amat lembut itu.



"Ya, Allah! Sungguh agung ciptaanmu ini. Andainya ini jodoh yang kau ciptakan dari tulang rusukku, aku mohon agar kau memelihara dirinya sehingga aku memilikinya secara sah." doa Shah didalam hatinya.



Dia berlalu pergi kerana tidak mahu berlama-lama disitu kerana di tahu bahawa ibunya perasan tentang perubahan sikapnya apabila berhadapan dengan gadis yang dicintainya itu, Qaseh!



***



"Penatnya badan!" adu Qaseh kepada Zizi sambilnya memicit-micit tengkuknya.



"Penat konon...tadi, makcik tuh suruh kita bermalam je kat sini kau tak nak kan. Nasib baiklah aku dok sibuk-sibuk ajak kau bermalam kat sini. Kalau tidak lagi penat tau. Entah pukul berapa nak sampai rumah kalau drive malam-malam ni." bebel Zizi kepada Qaseh. Dia mula membentang toto yang diberi oleh makcik Salmah kepadanya tadi.



"Kau ni bukan mak nenek dah ni..macam mak lampir kau tau tak?! Bebel je dari tadi. Kau tak kesian kat aku ke?" rayu Qaseh minta simpati.



"Dah lah penat aku bercakap ngan ibu si Liza tuh siang tadi. Penat tau aku terangkan kat ibu dia tu siapa aku ni, mana aku pindah..sekarang duduk kat mana....mak aku sihat ke tak....sekarang ni kau pulak ajak aku bercakap. Esok-esok je lah kau sambung eh...aku dah letih sangat ni. Aku nak tidur....lagi satu ni, kau solat Isyak dulu sebelum tidur. Aku tak nampak pun kau solat tadi." bebel Qaseh pula kepada Zizi.



"Aku uzurlah, tadi waktu mandi baru aku perasan. So, esok kau tak yah penat-penat kejut aku solat subuh ok. Aku nak tidur puas-puas...aku pun penat jugak layan ibu si Liza tu...." balas Zizi sambil mengambil tempat disebelah Qaseh.



Entah bila waktunya, Qaseh dan Zizi telah pun lena beralaskan toto dan bantal kekabu di bilik tetamu di rumah Liza, kawan baik mereka. Walaupun tidur dalam keadaan begitu, mereka tetap selesa, mungkin kerana terlampau letih.

Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail