SHout






Selasa, 21 Jun 2011

Siapa aku dihatinya Siri 3

     Qaseh mengelamun sendirian di dalam biliknya. Dia teringatkan kisah dua hari lepas. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, wajah Shah sentiasa menjadi mimpi indahnya. Kakinya yang terseliuh semakin sembuh hasil dari memakan ubat doktor dan mendengar nasihat makcik Salmah.

     Dia terbayangkan raut wajah Shah yang muram sewaktu kepulanganya dari rumah makcik Salmah. Dia perasan reaksi wajah Shah berubah apabila dia menyatakan hasrat untuk pulang ke KL kepada makcik Salmah.

     Dia bukan tidak suka tinggal di rumah makcik Salmah. Cuma, dia tidak mahu berlama-lama dirumah orang. Lagipun, mereka tiada pertalian dengannya. Mungkin akan mengundang umpatan orang jika tahu adanya anak dara dirumah tersebut. Maklumlah, rumah itu ada seorang anak teruna.

     Qaseh tidak senang duduk, nak makan pun tiada selera. "Kenapa dengan aku ni?" Qaseh bertanya pada dirinya. "Nak kata tak sihat, aku sihat! Tapi...tak lalu makan...resah...kenapa aku nie???" Qaseh masih memikirkan keadaannya itu.

     Sikap Qaseh itu juga merisaukan Liza, adik Shah yang menyewa satu rumah dengannya. Zizi juga menyewa bersama mereka. "Kau ni kenapa Qaseh? Aku tengok dua tiga hari ni...kau semcam jer...kenapa? Kaki kau sakit lagi ker? Nak aku bawa kau pergi jumpa doktor lagi ker? tanya Liza bertalu-talu.

     "Eh...tak lah, aku ok je kot! Kenapa kau tanya? Eh...kau tak kerja ke hari ni?"tanya Qaseh kepada Liza bagi mengelakkan Liza bertanya dengan lebih lanjut mengenai perubahan sikapnya.

     Namun, Liza yang merupakan teman karib Qaseh sejak sekolah amat memahami sikap kawanya itu. Dia tahu. Qaseh cuba mengelak dari dia bertanya dengan lebih lanjut. Qaseh memang tidak suka jika ada sesiapa bertanya mengenai hal peribadinya.

     "Hah...! Mulalah tu nak tukar topik. Banyak cantik muka kau...Wei! bagilah tahu kat aku. Kau kenapa? Aku risau lah kau macam ni!" Liza masih tidak puas hati.

     Dengan berat hati Qaseh menjawab, "Herm...aku jumpa Zack lah kat rumah kau hari tu!" Qaseh cuba cerita mengenai Zack pula, sedangkan bukan itu sebenarnya yang merisaukan dia.

     "Zack? Zack mana pulak kau ni....tu lah, siapa suruh kau ni cantik sangat. Silap-silap, abang aku pun boleh jatuh cinta kat kau tau tak!" balas Liza bersungguh.

     Tersentap jantung Qaseh apabila Liza menyebut perkataan 'abang'. "Ya, allah...kenapalah engkau menguji aku dengan keadaan ini..." adu Qaseh kepada tuhan yang maha esa.

     "Zack, sepupu kau lah...siapa lagi! Hah! lagi satu, tak ada maknanya abang kau tu nak jatuh cinta dengan aku. Kau pun tahu siapa aku. Kisah hidup aku.....tak kan abang kau boleh suka aku" Qaseh menyatakakan kekesalannya.

     Hanya Liza yang tahu siapa Qaseh yang sebenarnya. Walaupun Zizi juga adalah sahabat karibnya, namun kisah Qaseh hanya Liza yang tahu.

     "Sepupu aku? Zack? O....Zakri. Ceh! Sejak bila pulak dia tukar nama? Mak ayah elok-elok letak nama Zakri, tetiba sekarang jadi Zack pulak?" kata Liza yang penuh kehairanan.

     "Jab...jab...sejak bila kau kenal sepupu aku Zakri? Eh! bukan....apa....Zack? Ah! Lantaklah apa pun nama dia. Hah! Macamana?" tanya Liza bertalu-talu kepada Qaseh.

     "Kitaorang satu kolej...malas lah layan dia tu. Mengada-ngada sangat! Suka sangat kacau aku waktu kat kolej. Aku tak suka sangat kat dia...'playboy' kot! Ee...bukan 'taste' aku lah nak rampas-rampas hak orang. Bukan prinsip aku ok!" balas Qaseh.

     "Oi...cik kak, yang orang lain rampas hak kau tak pe pulak! Kau ni...baik hati sangat tau tak? Orang buat apa kat kau pun...kau diam je! Kalau aku kat tempat kau, dah lama dah aku balas dendam balik kat diorang." Liza melepaskan geramnya kerana tidak puas hati dengan sikap aku yang sentiasa mengalah dan membiarkan dibuli oleh orang sekeliling.

     "Liza!!! aku tak suka lah cara kau bercakap. Kita ni makhluh Allah swt tau tak? Tugas menghukum bukan ditangan kita, faham? Lagi satu, sikap berdendam tu tak elok tau...kalau kita berdendam lama-lama boleh memakan diri. Kita kena sedar, segala yang terjadi adalah Qada dan Qadar Allah swt. Yang baik datang dari Dia, yang buruk dari kita sendiri hambanya yang serba kekurangan." ceramah Qaseh pada Liza membuatkan Liza terdiam seribu bahasa.

     Liza serba salah dengan kata-katanya. Bak kata pepatah 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Dia tahu benar perangai sahabatnya itu, bukan seorang pendendam walaupun dirinya dipermainkan. Qaseh tidak mudah melatah jika ada yang mengata mengenainya. Liza tahu itu. Jika dibandingkan dirinya dengan Qaseh, memang jauh panggang dari api. Liza jenis yang pantang di kacau atau di permainkan. Liza teringat zaman persekolahannya bersama Qaseh.

Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail