SHout






Isnin, 19 Disember 2011

Salah Aku Ker?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
   Hari nie tersangatlah moddy, maaf pada yang terasa nanti ye. Rasa nak menangis, tapi tidak tahu lagu apakah yang akan menjadi iramanya. Mungkin lagu romantik? Tidak sesuai dengan keadaan sekarang...ataupun lagu rock bagi melepaskan segala geram yang terbuku didada?
  Bukan mudah ingin menjadi seorang pekerja yang berdedikasi rupanya. Terlalu banyak dugaan yang menunggu di depan mata. Ah! hati mendongkol geram. Arghhh! Jika diikutkan hati yang marah, mahu rasanya menulis surat perletakan jawatan. Puas hati!
  Namun, hati Qaseh menjerit kecil. Qaseh sayangkan Jabatan ini. Qaseh sayangkan kawan-kawan  sejawatan. Qaseh sayangkan bos lama Qaseh. Apakah Qaseh akan membuat pilihan yang betul jika mengikut hati yang marah ini?
  Ramai yang akan menjadi mangsa akibat perbuatan Qaseh nanti. Adik-adik perlukan wang untuk belajar. Qaseh perlukan wang untuk menampung perbelanjaan seharian. Mahu memberi sedikit kepada orang tua Qaseh. Argggh!!! Kenapa dengan Qaseh hari ini?
  Ingin menangis, namun tiada siapa yang akan mendengar. Ingin mengadu, tiada siapa yang akan menasihati. Ingin marah, namun tiada guna. Mungkin hanya dengan cara ini, Qaseh dapat melepaskan apa yang terbuku didada.
  Masih bernasib baik kerana ada belog tempat meluah, tempat melepas segala rasa. Biarlah Qaseh bersabar dengan keadaan ini. Selagi terdaya.  
.
#mood: herm...#


2 ulasan:

cik ika berkata...

sbr qaseh..nasib kita sme aw..cume kita harus kuat..

Ummu Athirah berkata...

Sabar ye.. Allah selalu menguji hambaNya.. nak tgk kita kuat ke x..
InsyaALLAH, ada hikmah di sebalik semua kejadian..
Senyum mampu melepaskan segala kesedihan.. cubalah :)

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail