SHout






Rabu, 9 Mei 2012

Kes Dera Bayi

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Pasti semua dah tengok berita tadi susulan dari video yang di upload di FB. Betul tak? Ada yang marah sakit hati dan tak kurang juga ibu-ibu diluar sana yang menangis melihat bayi kecil tersebut diperlakukan seperti binatang. 
 
Satu soalan Qaseh .. apakah kesalahan bayi tersebut? Jika dia telah besar pun, hukuman sebegitu tak patut dilakukan. Nabi mengajar kita mengasuh anak dengan berhemah .. bila ingin memukul .. pukullah di telapak kaki kerana ia ada kaitan dengan otak .. pasti kanak-kanak lebih memahami dan insyallah mendengar kata selepas itu ..

Apabila diperlakukan seperti itu, bukankah perbuatan itu lebih kepada melepaskan geram dan mengikut hasutan syaitan. Kasihan sungguh, Qaseh pun tak sanggup memperlakukan bayi yang tidak mengerti apa-apa itu sebegitu rupa.
 
Tidak sedihkan si ibu mendengar tangisan bayinya yang mendayu-dayu dan teresak-esak? Daif sungguh manusia zaman sekarang .. daif dari sudut hati dan perasaan .. daif dengan ilmu agama .. daif dari sifat kemanusiaan ..

Wahai ibu,

Jika dikau tidak mampu mengasihiku,
Janganlah engkau menyakitiku,

Jika engkau tidak mampu membelaiku,
Janganlah engkau memukulku...
 
Jika engkau tidak mampu menjagaku,
Janganlah engkau melukanku...
 
Kehadiranku hanya ingin mengembirakan dirimu,
Kehadiranku adalah amanah terbesar illahi,
Kehadiranku mampu membahagiakanmu,
Dikaulah malaikatku...

Tetapi ...
Jika kehadiranku menyusahkan diriku,
Mengapakah engkau melahirkan diriku?
 
Jika suatu hari nanti engkau kehilangan diriku,
Adakah engkau akan menangisi pemergianku?
Hargailah amanah ini walaupun engkau tidak mampu ...
Kerna aku pasti, kehilanganku pasti menyedihkan hatimu...
 


Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail