SHout






Rabu, 30 Mei 2012

Yayasan Utk mangsa Asid

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Seriosly, kita memang kena ambil berat pasal ini. Bukan seorang dua mangsa asid di Malaysia. Rasanya jumlahnya terlalu ramai. Apa yg kita buat apabila mendengar mengenai ini? Sedih, simpati dan belas kasihan sahaja yg mampu kita beri. 
 
Terbaca dalam sebuah akhbar tempatan dimana kita perlu mewujudkan sebuah Yayasan khas untuk mangsa asid seperti yang ditubuhkan di sebuah negara luar. Sebenarnya memang patut pun buat satu yayasan. Kerana, mangsa-mangsa ini bukan sahaja menghadapi kecatatan diri tetapi juga tekanan perasaan kerana trauma dan sebagainya. 
 
Mungkin dgn wujudnya yayasan ini dapat membantu bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga membantu dalam hal memberi kaunseling untuk mangsa yg trauma dan rendah diri kerana mengalami kemalangan berikut.
 
Pe pendapat kwn2 mengenai hal ini? Tahukah kita, terdapat mangsa asid yg disisihkan kerana kejadian yg berlaku pada mereka. Dan kalau baca balik berita mengenai mereka, ramai yg menjadi mangsa adalah hasil perbuatan orang sekeliling dan keluarga sendiri. 
 
~klu marah je simbah asid, boleh gitu?~

Tiada ulasan:

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail