SHout






Jumaat, 4 Mei 2012

Pekerja kerajaan ni goyang kaki ke?

Dulu selalu dgr org awam cakap macam tu. Sbb bila pasal bayaran atau perkhidmatan mesti lembab. Dulu Qaseh tak tahu. Sekarang dah tahu. Bukan org kerajaan suka-suka nak lambatkan kerja, kami semua perlu mematuhi prosedur dan proses kerja yang telah ditetapkan. Kalau pasal bayaran, lagilah banyak prosedur kena ikut.

Serius korang akan faham bila korang sendiri memegang jawatan di dalam perkhidmatan awam. Cer korang tengok, walaupun dah malam, kerja Qaseh masih berlambak atas meja. Semua mesti kena siapkan jugak. Sebab piagam pelanggan jabatan Qaseh mesti bayar kepada pembekal dalam masa 7 hari bekerja. So .. isnin ini, semua cek dah kena keluar utk diberi pada pembekal.

Siapa kata kami goyang kaki?

Mungkin ada yang selesa di takuk yg ada .. but for me, everything must have improvement .. sekarang x macam dulu kena tggu bayaran sampai 3 bulan .. dulu bolehlah terima sbb dulu manual .. sekarang everything pakai komputer .. kan .. walupun tak nafikan masih ada jabatan kerajaan yg masih 3 bulan utk proses payment ...

Mungkin garis panduan dan prosedur diorg lain .. sebenarnya kena faham tugas jabatan2 dlm kerajaan nie ...

Contohnya mcm jabatan Qaseh akan uruskan pembersihan awam di kawasan awam sahaja dan jalan2 perumahan .. kalau korg tanya kenapa sampah kat lebuhraya tak der org sapu, rumput kat lebuhraya tak der org potong .. itu bukan lg dibawah tggjwb jabatan kami .. tggjwb itu dh jd tggjwb lembaga jabatan kerja raya atau lembaga lebuh raya malaysia .. kenapa? Sebb itu di bwh seliaan mereka ...

Mesti korang konfius kan .. Qaseh pun konfius memula .. tapi akhirnya Qaseh faham juga. Hehe ..

So, please .. janganlah kutuk kitaorg kat jabatan awam ni .. kami just ikut arahan je .. kan .. kan ..

Published with Blogger-droid v2.0.4

5 ulasan:

Haryati::Faizal berkata...

i like!.
setuju sgt ngan Qaseh, sbb yati pun keje gov gak, so yati pun rasa apa yg Qaseh rase...mungkin bidang keje Qaseh kewangan, yati plak pentadbiran...saat paling genting adalah bab2 gaji...klu lambat masuk mulala komplen mcm2...

missina berkata...

setuju,,kerja kerajaan skg bukn mcm keje dulu2,,skg ni lebih efektif dan penuh prosedur,,bleh kata prestasi meningkat lah,,so jgnla nk tuduh yg bukan2,,,kann

QasehSuci berkata...

@yati : pentadbiran pun susah jgk..sbb imej jabatan berkaitan dgn pentadbiran. Bab duit semua org akan melenting. Keje kat kewangan ada dua pelanggan dalaman dan luaran. Klu dlaman pun x terja mcmana nk jaga yg luar.

@ina : macam2 sistem dibangunkan hasil kretiviti dan inovasi bg melancarkan segala kerja. Kita yg kena pandai guna ...

ieda berkata...

suke !

aah adakalanya annoying lah dik huhuh , tapi x semua .. mgkin sbb dulu dan skrg dah lain , mana yg betul2 bekerja tuu ok , mana yg rasa macam boleh jahit baju lagi tuu x tahulah huhuh ;)

dependss pada individu juga .. x semua macam tu , event dlm swasta pun hadooo ;)

Cik Awin berkata...

awin dh dkt 4 tahun dok kat unit kewangan...buat gaji & tuntutan elaun lebih masa...bab duit ni, mmg kna thn telinga je...hati kna kuat, kna sbr....kdg2 keje terlampau bnyk, tp org kata kita tak sibuk sbb keje kita goyang kaki dok ngdapa pc aje :(

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail