Tiga tahun berlalu...
"Argh...penatnya! Kenapalah pensyarah tu suka sangat bagi kita latihan untuk buat kat rumah eh? Saya dah rasa macam sekolahlah pula. Padahal kita ni, tengah ambil Master kot!" Qaseh mengeluh kepada Tini sambil memicit-micit bahunya yang lenguh. Manakan tidak, sedari tadi mereka tidak berhenti menulis assigment yang diarahkan oleh penyarah mereka yang mengajar Pengajian Perniagaan dan Perakaunan.
"Herm, itulah..kita pun pelik juga. Setahu kita kan... apa yang diceritakan kakak kita kepada kita lain tau! Assigment hanya diberi dua atau tiga kali sahaja oleh penyarah. Yang lain tu mungkin kuiz yang dibuat dalam kelas. Entah-entah kan Qaseh, Encik Rizal tu minat pada awak lah." ujar Tini secara spontan.
Tini, rakan baru Qaseh yang dia kenali sewaktu mendaftar masuk di universiti untuk menyambung pelajaran. Itulah hasrat yang telah dia sampaikan kepada Zie dan Liza tiga tahun lepas. Dia memohon bantuan Zie dan Liza untuk membiayai pelajarannya. Dan Qaseh berjanji akan membayar semula wang mereka apabila dia tamat pelajaran nanti.
Nasib baiklah Zie dan Liza mempunyai pekerjaan tetap dan bergaji lumayan. Kalau tidak, tak mungkin Qaseh meminta tolong mereka. Bukannya Qaseh ingin mengambil kesempatan terhadap keakraban mereka. Namun, impian Qaseh terlalu tinggi untuk memegang segulung Master. Itu impiannya, dan itu juga 'dendam' nya. Kerana itu juga, dia menolak setiap kali ada lelaki yang melamarnya untuk menjadi kekasih mereka. Bukan Qaseh tidak mahu, cuma dia takut jika mereka tidak dapat terima dia seadanya. Lagipun, dengan impiannya itu dia tidak pasti jika dia boleh commited dengan pasangannya.
Ada rahsia yang Qaseh simpan. Hanya dia dan Liza sahaja yang tahu. Eh...ada seorang lagi yang tahu iaitu Shah. Ye..Shah..apa khabar dia sekarang? Sudah lama Qaseh tidak berjumpa dengan jejaka itu. Sudah lupakah jejaka itu kepadanya? Liza pun tak bercerita apa-apa mengenai abang dia tu pada aku. Aish, takkan aku rindu pula dengan dia.
"Qaseh! awak dengar tak kita cakap ni?" Tini menolak sedikit bahu Qaseh kerana Qaseh tidak membalas pertanyaannya tadi.
"Eh, Hah! Apa awak cakap tadi? Saya kurang dengar lah..."
"Kita kata..entah-entah En. Rizal tu suka awak tak. Sebab tu dia suka bagi kita semua assigment. Boleh dia jumpa awak setiap minggu...hahah!" Tini tergelak kerana dia tersa lucu sendiri bila secara tak sengaja dia boleh berfikiran begitu.
"Hah? Awak ni biar betul? Kenapa pula awak boleh terfikir sampai kesitu sekali. Kalau dia suka saya, buat apa dia bagi assigment banyak-banyak? Kalau saya ni buah hati dia, baik dia bagi saya 'A' je...nak susahkan saya macam ni kenapa? Kena buat assigment banyak-banyak. Lepas tu, dateline bagi satu minggu je. Penat tau!" Qaseh menafikan kata-kata Tini itu. Tergeleng-geleng kepala Tini melihat muka cuak Qaseh. Akhirnya dia tersenyum sendiri.
Bukan Tini tidak sedar, En. Rizal sentiasa mengambil berat mengenai Qaseh. Pernah sekali Qaseh demam dan tidak hadir ke kelas. Sibuk En. Rizal meminta Tini menelefon Qaseh dan bertanya jika Qaseh memerlukan apa-apa bantuan. Bukan main risau lagi En. Rizal. Sehinggakan sanggup En. Rizal membelikan tambah nilai untuk telefon bimbit Tini kerana waktu itu secara kebetulan kredit telefon bimbit Tini kehabisan. Alahai...En Rizal. "Qaseh...Qaseh...bertuahnya awak...Dah lah muka cantik, pandai pula tu. Memang patut pun awak ramai peminat." ujar Tini perlahan.
"Awak kata apa Tini? Saya tak dengar lah." soal Qaseh. Dia seperti terdengar Tini menyebut namanya. Tapi, betul ke? Dia tak pandang aku pun...Qaseh memandang Tini dengan pandangan pelik.
"Hah? Mana ada..." Tini tersedar dia dah terlalu jauh mengelamun. Ish, nasib baik Qaseh tak dengar apa yang aku bebel. Hihihi...silap-silap boleh putus telinga aku ni dia pulas. Nasib baik. Tetapi, kelucuan di hatinya masih tidak hilang. Dia tersenyum lagi.
"Tengok tu, senyum sorang-sorang. Awak jangan fikir bukan-bukan okey...saya yakin yang En. Rizal tu bukan macam yang awak fikir. Walaupun dia tu muda, kacak, bergaya...tak mungkin dia jatuh hati pada saya. Entah-entah dia dah beristeri. Masak saya kalau gossip liar awak ni, sampai kepengetahuan pensyarah-pensyarah kat sini. Seram saya tau!"
Qaseh seboleh mungkin ingin menafikan apa yang ada difikiran Tini waktu itu. Dia juga menyedari bahawa En. Rizal banyak membantu dan mengambil berat mengenai dirinya. Dia tak mahu dilabel sebagai 'pengampu' penyarah semata-mata untuk mendapat markah di dalam peperiksaan. Dia lebih rela berusaha dari orang melabelkan dia sebegitu.
Dan...dia juga belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya. Biarlah takdir yang menentukan. Baginya, jodoh itu tugas Allah s.w.t. Jika jodohnya sudah sampai, dia terima dengan hati terbuka. Namun, untuk mengejar atau mencari jodoh tidak mungkin sama sekali.
***
"Tahniah Qaseh! Saya tahu yang awak memang boleh tangkap apa yang saya ajar. Tahniah yer..." ujar En.Rizal sambil tersenyum memandang Qaseh. Dia memang mempunyai keyakinan bahawa anak muridnya yang seorang itu, mampu mendapat markah penuh bagi matapelajaran yang diajar olehnya. Dia amat yakin.
Entah dari mana keyakinan itu datang tidak dia tahu. Mungkin dari sifat rajin bertanya yang dimiliki oleh gadis yang pendiam itu. Memang pendiam. Tetapi, di dalam kelas dia sentiasa bertanya jika tidak faham. Dia tidak malu bertanya seperti pelajar lain. Itulah yang membuatkan dia unik. Lebih membuatkan dia unik adalah pakaiannya. Bukan seperti pelajar lain yang berpakaian mengikut pekembangan semasa. Nur Qaseh Elena walaupun tidak bertudung, dia sentiasa memakai baju kurung biasa. Tiada laboci, tiada sulaman, hanya sepasang baju kurung cotton yang ringkas. Apa yang lebih menarik, Qaseh sentiasa memilih baju yang berwarna lembut seperti merah jambu, biru cair, unggu dan beberapa lagi warna lembut yang lain.
Rizal sentiasa memerhati gerak geri gadis itu, berkarisma. Gadis itu tidak memerlukan solekan yang tebal dan pakaian yang bergaya. Mungkin dari situlah keyakinannya wujud terhadap anak muridnya itu. Bagi Rizal, anak muridnya itu memang unik. Seunik namanya, Qaseh.
"Terima kasih, En Rizal. Encik yang banyak membantu saya. Saya amat menghargai bantuan Encik itu." Qaseh menjawab dengan menunduk ke bawah. Dia malu sebenarnya. Malu, apabila dia menyedari yang En. Rizal sedang merenung dirinya. Aduh! Takkanlah tekaan Tini hari tu benar belaka. Yang En. Rizal minat kat aku? Ish, sudah-sudahlah tu Encik merenung saya, segan lah! Namun, Qaseh hanya boleh bermolog di dalam hatinya sahaja.
"Sama-sama. Oh ya! Jom saya belanja makan. Sepanjang saya mengajar disini belum ada pelajar saya yang dapat 'A' untuk matapelajaran saya ni. Awak orang pertama tau! Paling hebat pun dapat 'B+' je. Jadi, saya nak belanja awak makan. Boleh?" soal En. Rizal. Dia bangun dari kerusinya dan mula menyusun segala kertas-kertas dan fail di atas meja. Dia mahu mejanya tersusun sebelum dia keluar dari pejabatnya.
"Belanja saya? Tini macamana? Dia dah tunggu saya kat luar tu. Lagipun En. Rizal, saya dah janji nak makan lunch dengan dia. Kami nak celebrate kat McDonald's je!" balas Qaseh. Dia teringatkan Tini yang dah lama menunggunya di luar. "Tini pun boleh tahan result peperiksaan dia. Dapat 'B+'. Kurang sikit je markah dari saya Encik. Kira terrer juga lah kan...." Qaseh berharap sangat En. Rizal akan mengajak Tini sekali. Tak dapat dia bayangkan jika dia makan berdua-duaan dengan penyarahnya itu. Silap haribulan boleh jadi gosip hangat.
"Ye tak ye jugak! Meh lah saya belanja kamu berdua. Tapi..." Rizal berhenti berkata-kata.
"Tapi apa En.Rizal?" Qaseh pelik.
"Saya belanja makan di KFC je lah ye! Saya tak suka makan di McDonald's." terang En.Rizal.
"Oh! Herm...oklah En.Rizal. Saya ikut je. Kebetulan Tini pun suka makan ayam goreng KFC." perlahan Qaseh membalas. Dia sebenarnya sedikit keberatan. Dia kurang suka makan ayam goreng sebenarnya. Tapi, nak buat macamana. Dah ada orang nak belanja, takkan nak menolak pula.
"Tini je suka? Awak tak suka?" Rizal mengesan ada sesuatu dari nada suara Qaseh yang seperti keberatan.
"Eh, tak lah...suka juga. Jomlah En.Rizal. Nanti kami lambat pula pulang ke asrama." Qaseh berkata sambil melangkah untuk keluar dari pejabat En. Rizal. Belum sempat Qaseh memulas tombol pintu Rizal berkata lagi...
"Qaseh, betul awak tak kisah kalau kita makan di KFC? Kalau awak tak suka, saya boleh je ikut awak ke McDonald's. Asalkan saya dapat belanja awak." Rizal serba salah.
Qaseh memusingkan badan kebelakang dan mengadap En.Rizal. Sambil tersengih dia berkata "Betul lah En.Rizal. Tak kisah pun!"
Qaseh keluar mendapatkan Tini. Dan dia duduk di sebelah Tini sambil mengeluh. "Eh? Awak kenapa ni? Monyok je! Takkanlah dapat 'A' pun kena marah dengan En.Rizal?"
Qaseh memandang muka Tini dan kemudian dia memandang kembali kasutnya. Lambat-lambat dia menjawab "En.Rizal nak belanja kita makan lah."
"Lah...ada orang nak belanja pun awak tak suka ke? Pelik lah awak ni. Sebenarnya, awak ni kenapa?" soal Tini.
"En.Rizal nak belanja kita makan kat KFC. Mesti awak suka kan." Qaseh tersengih. Sengaja dia ingin menyakat kawannya itu. Suka dia tengok muka Tini yang putih gebu tu merah padam kerana tahan marah pada dia.
"Awak!!! Ish, saja je nak kenakan kita kan. Suka lah tu dapat sakat kita!" Tini mencubit manja lengan Qaseh. Qaseh tergelak kecil dengan kelakuan Tini tu. Comel. Dia kemudian mencubit pipi Tini yang putih gebu tu.
"Hahah! Alolo...comelnya. Saya memang suka sakat awak. Sebab nak tengok pipi gebu awak yang putih ni jadi merah. Hihihi..." Qaseh tergelak lagi. Kali ini sedikit kuat.
"Hai...seronok nampak. Tak nak kongsi ngan saya ker?" soal Rizal. Pertama kali dia melihat Qaseh tergelak. Comel.
"Eh, En.Rizal. Tak ada apalah. Cerita biasa-biasa je. Oh! ya, Qaseh kata Encik nak belanja kami berdua ye? Bestnya...saya memang suka makan KFC. Memang favourite saya tu." Tini tersengih macam kerang busuk. Mentang-mentanglah orang belanja. Bukan main suka lagi.
"Yup! Saya belanja khas untuk kamu berdua je. Shhhh...jangan bagitau student lain tau! Nanti tak pasal-pasal saya terpaksa belanja semua bekas student saya yang lain." Rizal berkata sambil jari telunjuknya diletakkan di bibirnya.
"YES BOSS!" ujar Tini kuat. Tergelak Rizal dengan kelakuan Tini itu. Sambil itu dia menjeling ke arah Qaseh yang tunduk sedari tadi. Mungkin malu sebab perbualannya dengan Tini di dengari oleh Rizal.
***
"Alhamdulillah! Kenyangnya. Thanks tau En.Rizal sebab belanja kami berdua." ujar Tini ikhlas.
"It's okey, tapi saya tengok kawan awak tu macam tak berselera je makan ayam goreng tu." Rizal membalas sambil melirik ke arah Qaseh yang duduk dihadapannya. Memang dia sedar dari tadi Qaseh sibuk membuang kulit-kulit ayam di pinggannya.
"Owh...Qaseh memang tak berapa suka makan ayam goreng ni En.Rizal. Dia lebih suka makan burger dan kentang goreng kat McDonald's" Tini memberitahu pada Rizal tanpa menyedari Qaseh sedang menjeling kepadanya.
"Tini...awak ni!" marah Qaseh.
"La...ye ke? Tadi saya tanya dia kata okey. Itu yang saya bawa je kamu berdua datang kesini. Terbalik pula dengan saya. Saya ni tak suka makan burger. Tak pe lah, lain kali saya belanja Qaseh di McDonald's ye! ujar Rizal bersungguh-sungguh. Dia rasa bersalah. Dia berharap yang Qaseh akan menerima pelawaannya.
"It's okey En.Rizal. Tak pe...really saya tak kisah. Encik nak belanja ni pun dah bersyukur sangat. Er...kejap yer. Saya nak pergi cuci tangan." Qaseh bangun dari tempat duduknya dan menuju ke singki yang disediakan restoran tersebut untuk membasuh tangan. Sebenarnya, nak mengelak dari pelawaan En.Rizal. Dia rasa tak selesa. Asyik ajak makan je. Ajak lah tengok wayang ke. Jalan-jalan ke. Eh, melalut pulak aku ni.
Sampai di asrama Qaseh terus menuju ke bilik air untuk membersihkan badan dan mengambil wuduk. Dia dah terlepas Zohor. Begitu juga dengan Tini. Itulah, sibuk sangat nak makan di luar. Kan dah terlewat nak menunaikan solat. Terkocoh-kocoh Qaseh dan Tini memakai telekung untuk menunaikan solat yang tinggal beberapa minit akan berlalu.
Usai solat Zohor Qaseh sedari yang Tini memandangnya tepat. Seperti mempunyai seribu satu soalan yang ingin ditanya. Haish, ini yang malas ni. Mesti dia nak tanya pasal kes tadi. Herm, apalah nak jawab nie. Qaseh bangun melipat sejadah dan kemudian dia menuju ke meja belajar dan mengambil buku Makroekonominya. Berpura-pura tidak perasan dengan pandangan Tini tu. Kalau boleh dia nak mengelak dari soalan-soalan merapu yang akan keluar dari mulut Tini. Dia berpura-pura membaca buku tersebut. Namun, rasa tidak sedap hati membiarkan kawannya sebegitu.
Qaseh meletakkan kembali bukunya diatas meja sambil mengeluh. "Herm, yelah..yelah...awak nak tanya apa sebenarnya. Dah lah! Jangan pandang saya macam tu."
Tersenyum Tini bila Qaseh memberi respon. Dia yakin Qaseh takkan membiarkan dia dibelenggu seribu satu persoalan. Kawannya itu, bukan boleh tahan direnung sebegitu. Dia dah faham sangat dengan sikap Qaseh. Sikap kawannya itu, dah disimpan dalam poket. Bukan sehari dua dia duduk sebilik dengan gadis itu. Dah tiga tahun. Satu jangka masa yang panjang. Bak kata orang, kalau kahwin dah boleh beranak pinak. Eh, apa kena mengena dengan kahwin pula.
"Qaseh..." panggil Tini lembut.
"Ye.." Qaseh memusingkan kepala memandang Tini. Dia seperti sudah dapat mengagak apa yang mahu ditanya oleh Tini.
"Betul ke awak tak ada apa-apa hubungan dengan En.Rizal? Kita tengok kan...dia ambil berat sangat pasal awak. Siap nak belanja awak makan McDonald's lagi, sebab awak tak suka makan KFC. So...sweet!" Tini bercakap sambil memeluk bantal dan menutup mata. Mungkin membayangkan jika Qaseh dan En. Rizal berpasangan.
Sejurus itu Tini merasakan pehanya perit seperti di tampar seseorang. Hilang semua agan-agannya. Dia membuka mata dan merengus geram. "Awak nie! Sakit lah...kita nak berangan sikit pun tak boleh!" Tini geram dengan tindakan Qaseh.
""Awak kalau nak berangan, awak berangan lah pasal diri awak. Bukan saya tak tahu yang awak tengah berangan kalau saya couple dengan pensyarah kita tu kan? Banyaklah awak punya sweet kan. Saya tak suka lah awak nak kenen-kenen kan saya dengan En.Rizal tu. Saya kan dah ingatkan awak. Saya tak suka. Hah! yang mulut terlopong tu kenapa?" soal Qaseh pelik melihat Tini seperti berangan sambil mulutnya terbuka sedikit. Tak senonoh.
"Kenen-kenen tu apa?" soal Tini pelik.
"Hahahah....Ya Allah, tu pun tak tahu? Kenen-kenen tu macam nak menyatukan pasangan supaya bercintalah!" terang Qaseh sambil tergelak kecil. Rupanya-rupanya kawannya itu tak tahu. Kelakar sungguh.
"Oo..ingatkan apa tadi. Tapi, okey apa kalau awak couple dengan penyarah tu. Dia tu handsome lah awak. Nanti kalau awak kahwin dengan dia dapat anak comel. Kita suka tau." Tini berkata sambil mengelip-ngelipkan matanya seperti ingin menggoda.
"Ee...kalau awak suka awak jer lah yang kahwin dengan pensyarah kita tu. Nanti awak leh dapat anak yang comel. Tak payah tunggu saya." Qaseh membalas kata-kata Tini dan membuat reaksi seperti kegelian.
Tok! Tok! Tok! Qaseh dan Tini berpandangan kemudian mengalihkan pandangan mereka ke pintu bilik. Tini bangun dan membuka pintu bilik asrama mereka. Terjengul muka Sarah, junior mereka yang tinggal di bilik sebelah.
"Eh, Sarah. Ada apa? Tak pernah-pernah Sarah datang ke akak." soal Tini pelik.
"Heheh...Sarah nak bagi ni je. Ada orang suruh bagi dekat kak Qaseh." kata Sarah sambil menghulurkan beg kertas yang mempunyai logo McDonal's.Tini dan Qaseh saling berpandangan. Pelik.
"Terima kasih ye Sarah. Tapi...siapa yang bagi?" soal Tini lagi.
"Erm, siapa eh...tak salah saya pensyarah kat sini juga kak. Saya ni, bukan kenal sangat pensyarah yang tak mengajar saya ni. Tapi, pensyarah tu jumpa saya tengah jalan je. Waktu saya nak balik asrama ni. Dia kata kenal Nur Qaseh Elena tak? Saya jawablah saya kenal. Itu yang dia suruh saya bagi makanan ni kat akak." terang Sarah panjang.
"Oh..lagi satu dia pakai kereta BMW warna biru. Dan...kak Qaseh, pensyarah tu kirim salam. Dia ada bagi nota kat akak. Ada dalam bungkusan tu." kata Sarah lagi sambil menunjuk bungkusan yang dipegang oleh Tini. "Okey lah akak. Saya nak balik bilik ni. Bye!" ujar Sarah lagi sambil berlalu pergi.
Tini menutup pintu sambil memandang bungkusan di tangannya. Takkan lah...ish tak mungkinlah. Dalam fikirannya sekarang hanya terbayangkan muka En.Rizal sahaja. Biar betul tekaan aku selama ini. Fikir Tini. Dia menghulurkan bungkusan tersebut dan menanti reaksi Qaseh.
Qaseh menyambut bungkusan itu dan melihat di dalamnya. Terjerit kecil Qaseh sambil tersenyum apabila melihat makanan kegemarannya ada di depan mata. Satu set 'Big Mac'. Memang membuka selera. Ada kentang goreng dan...air milo? Macamana orang yang belikan ini tahu aku suka air milo dari air berkarbonat eh? Kemudian Qaseh terpandang nota kecil di dalam bungkusan tersebut. Qaseh mengambil dan membacanya. Mata Qaseh terbeliak selepas membaca nota tersebut. Dia memandang Tini dengan pandangan yang penuh dengan pertanyaan. Kemudian dia menghulurkan nota tersebut kepada Tini. Reaksi Tini juga sama. Terkejut takkala membaca nota tersebut. Biar betul?
"Tini...macamana dia boleh tahu?" Qaseh menyoal Tini dengan wajah yang berkerut. Pelik. Orang tersebut tahu dia suka makan set 'Big Mac' dan air milo.
"Er...Qaseh...sorry tau. Tadi waktu awak cuci tangan masa kita makan kat KFC En.Rizal tanya kat kita. Awak suka makan apa kalau pergi McDonald's. Kita pun bagitahu lah pada dia kegemaran awak. Tapi, kita tak sangka pula yang dia akan belikan untuk awak hari ni jugak." jawab Tini takut-takut. Dia takut Qaseh akan marah pada dia.
"Patutlah..., tapi tak pe lah. Syukur jugak. Saya tengah lapar ni. Saya memang tak lalu sangat nak makan ayam goreng tadi. Banyak sangat minyak. Saya lebih suka goreng sendiri kat rumah. Tak pun makan ayam panggang ke. Best lah jugak. Ni ayam KFC...kenapalah awak dengan pensyarah kita suka sangat makan KFC kan." ujar Qaseh.
"Tapi kan...prihatin juga pensyarah kita tu kat awak eh." Tini lega Qaseh tidak salah sangka padanya. Risau juga kalau Qaseh marah kerana dia memandai beritahu EN.Rizal makanan kegemaran Qaseh.
"Entahlah awak. Saya baca nota dia pun pelik. Kenapa dia kata makanan ni tanda dia minta maaf eh?" soal Qaseh lagi kepada Tini. Dia telah membuka kotak burger dan kemudian dia menghirup air milo kegemarannya.
"Mungkin dia rasa bersalah kot! Sebab bawak awak makan tempat yang awak tak suka. Tapi kan, saya rasa dia memang syok kat awak lah. Ye lah kan...awak cantik, comel, bijak dan..." belum sempat Tini menghabiskan kata-katanya Qaseh dah duduk disebelahnya dan memulas telinganya.
"Aduh, aduh..Qaseh! Sakit lah.." adu Tini.
"Hah! Tau pun sakit. Kalau sakit...saya tak nak awak cakap lagi pasal tu boleh? Kalau tak leh putus telinga awak kita pulas." jawab Qaseh.
"Alah...kita cakap je. Kalau betul pun apa salahnya!" ujar Tini tidak serik.
"Awak! Awak nak kena lagi ke?" marah Qaseh.
"Eh, eh..tak nak. Hihihi.." Tini mengelak lagi dari telinganya dipulas oleh Qaseh. Dia perasan yang wajah Qaseh merona merah kerana malu.
"Tau pun..." balas Qaseh. Sebenarnya, dia semakin bimbang jika apa yang dikatakan Tini ada kebenarannya. Bagaimana dia akan menghadapi situasi tersebut. Dia berharap yang itu hanyalah tekaan Tini semata-mata.

2 ulasan:
romantiknyer..ada sambungan lagi x?
excited nak baca ni..
dh lah nama dia Qaseh..nad bayangkan awk jer..:D
Salam, sy dengan rasminya melepaskan komen untuk menjemput owner blog join saya punya bloglist jika sudi..hehe..di link ::
http://www.nornadiah.com/2012/03/miss-nadya-bloglist-mac-april-2012.html
kisah qaseh sndiri ker???um....bila sambungannye???
Catat Ulasan