“Qaseh ! Nur Qaseh Elena...!”
Qaseh memalingkan wajahnya kebelakang. Qaseh seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Seorang lelaki yang segak berkaca mata berdiri tepat dibelakangnya. Sejak bila dia ada di Semenanjung? Setahu dia, lelaki itu kini berada di Sabah untuk memperluaskan perniagaan keluarganya disana. Itupun, dia tahu daripada Liza. Tapi, dia tidak tahu pula perniagaan yang macamana. Dia malas nak ambil tahu. Alamak, macamana ni. Dahlah dia keseorangan kerana Tini tak sihat.
“Oit! U tengok I macam ternampak hantu je...tutuplah mulut tu. Macamlah I ni pemangsa yang sedang nak baham mangsanya sampai U terlopong macam tu” kata-kata dari Zakri atau Zack membuatkan Qaseh malu sendiri.
“Tak sangka boleh jumpa U kat sini kan. U buat apa kat Universiti ni? Don't say u nak belajar lagi” Qaseh merenung Zack meminta jawapan.
“Yup! Seratus markah untuk U. Pandailah U teka. I akan ambil Master disini dalam jurusan MBA. So, what r u doing here? U pun student ke kat sini? What a pleasant suprise!”
Zack membuat riak terkejut. Sedangkan memang dia sengaja memilih universiti tempatan tersebut kerana dia dapat tahu gadis pujaannya belajar disitu. Thanks to Liza sebab terbocorkan rahsia Qaseh sedang belajar disitu. Kalau dia mahu, banyak lagi IPTS yang dia boleh pilih di Malaysia. Tetapi dia tetap memilih universiti tempat Qaseh belajar. Bila ditanya oleh Daddynya, dia hanya berkata belajar dimana-mana pun sama. Kononnyalah, tapi ada agenda lain yang menjadi misi Zack. Iaitu mendapatkan gadis pujaannya itu. Dia pasti. Sekeras-keras kerak nasi, kalau letak air lembut juga.
“Bukan U kat Sabah ke? I dengar cerita U nak luaskan bisnes daddy U kat sana.” soalan yang diberikan oleh Qaseh membuatkan Zack mula mengerutkan dahinya.
“Macamana U tau? U memang take care pasal I eh, tapi U buat-buat tak tau kan.” Zack menyerkap jarang sambil terangkat-angkat keningnya. Nak muntah pula Qaseh mendengar ayat tersebut.
“Gatal...banyaklah U punya take care...So, bila U mula kuliah?” Qaseh sengaja menukar topik perbualan. Malas ingin dilayan kata-kata Zack itu.
“Wow! U macam tak sabar-sabar nak study ngan I je. Ok jugak tuh kan...ada jugak kawan I nak study nanti, dan mungkin kita akan masuk kuliah yang sama jugakkan...U dan I kan sama-sama amik jurusan bisnes. So, mesti kita akan bertembung dalam mana-mana kuliah nanti kan...” semakin menjadi-jadi miang si Zack.
“Cop! Apa U cakap? Kuliah yang sama? Macamana U tau I ambil jurusan apa kat sini? Sapa bagitau U ni? Explain to me!” menyinga Qaseh bila Zack tau apa yang dia buat di Universiti tersebut. Dah tak aman rasanya dia nak belajar disini selepas ini. Dia pasti. Bukan dia tak kenal Zack. Pasti mengekori kemana sahaja dia pergi. Siapalah yang bagitau dia. Ada penyiasat ikut aku ke?
“Alamak! Terlepas cakap pula.” Zack berbisik perlahan. Excited punya pasal. Zack tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal. Kemudian dia berdehem sebelum meneruskan “Eh, I bukan sorang belajar kat sini, I ajak kawan I sekali. Meh I kenalkan U dengan kawan I.” Zack ingin mengubah topik perbualan. Dia tau yang Qaseh pasti menyoal dia bermacam-macam nanti. Bukan dia tak kenal dengan Qaseh.
Zack berjalan kearah kereta Mitsubishi Lancer berwarna putih yang berada beberapa meter sahaja dari mereka. Dia mengetuk cermin kereta bahagian pemandu dan berkata sesuatu. Kemudian pintu kereta dibuka dan kelihatan seorang lelaki yang segak dengan suit hitam keluar dari kereta tersebut. Macam nak pergi ofis pula, fikir Qaseh.
Namun, Qaseh tergamam buat kali kedua. Tak mungkin. Kali ini seluruh badannya menggigil, diikuti kepalanya yang semakin berdenyut. Namun, entah kenapa dia tak berupaya untuk melarikan diri dari situ. Kakinya kaku. Dia hanya boleh memerhati dan menanti lelaki bersuit hitam itu berjalan kearahnya diiringi oleh Zack.
“Ni I kenalkan kawan baik I, Saiful Azri.” Zack menepuk bahu lelaki tersebut.
Seperti Qaseh, Azri juga terkejut dengan pertemuan itu. Namun, dia hanya berlagak biasa. Azri menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun, Qaseh hanya kaku. Dia ligat berfikir. Sambut atau tidak salam itu. Dia berkira-kira mahu pergi dari situ. Dia mengambil keputusan untuk berlagak biasa. Kerana dia tidak mahu Zack mengesyaki sesuatu. Akhirnya Qaseh menyambut huluran salam itu dan memperkenalkan diri.
“Hye, my name Qaseh” sambil tersenyum Qaseh bersalam.
“I'm Saiful...Saiful Azri. U can call me Rie”
Tersentap hati Qaseh mendengar kata-kata itu. Sama seperti pertama kali dia mengenali lelaki itu di sekolah 12 tahun yang lalu. Tak mungkin Qaseh lupa kepada lelaki yang pernah dicintainya. Lelaki yang pernah mencuri perhatiannya. Satu-satunya lelaki yang bertahkta dihatinya sehingga kini.
Ya! Lelaki inilah penyebab mengapa Qaseh menolak setiap pelawaan cinta daripada mana-mana lelaki. Dia masih mengharap suatu hari nanti lelaki itu datang kembali kepadanya. Entah mengapa dia sendiri tidak tahu. Dia cukup marah pada satu ketika dahulu dimana Azri sanggup meminta hubungan mereka diputuskan hanya di dalam telefon.
Kewujudan orang ketiga punca segala-galanya. Dia tidak dapat menerima bukan sahaja kerana dia amat menyayangi lelaki itu, tetapi juga kerana dia takut. Takut tiada lelaki lain yang akan mahu padanya yang sudah tidak suci lagi.
Qaseh tidak mungkin lupa peristiwa itu. Manakan tidak, dihari mereka bergaduh sakan di dalam telefon adalah hari Qaseh akan mengambil paper terakhir untuk pengajian diplomanya. Sewaktu Azri menelefon, Qaseh sedang menelaah pelajaran untuk peperiksaan tersebut.
Paling tidak akan Qaseh lupa ialah hari tersebut adalah hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Seperti orang gila, Qaseh menjerit, memekik, memaki Azri di talian telefon. Seluruh isi asrama gegar dengan suara Qaseh yang terjerit terlolong itu. Tiada siapa yang dapat menghalang Qaseh. Kawan-kawan seasrama semua tidak berani ikut campur. Mereka hanya dapat meluahkan simpati dan hanya jadi pemerhati dan pendengar setia. Kerana mereka kenal siapa Qaseh. Dia tidak akan bertindak begitu, jika tiada yang menyakiti hatinya.
Dari mula waktu berbuka puasa sehinggalah tiba waktu bersahur barulah segala-galanya berakhir. Qaseh pasrah. Dia tersedar yang dia telah bertindak keterlaluan. Dia mengakhiri segala-galanya dengan membersihkan badan dan mengambil wuduk serta berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar dikuatkan hatinya menghadapi dugaan tersebut.
Kini, dia berjumpa kembali lelaki yang sama menghancurkan hatinya. Rasa ingin sahaja dia menumbuk muka Azri kerana geram. Apa guna belajar seni pertahankan diri jika tidak dipraktikkan. Nasib baiklah si Zack ni ada. Kalau tidak mahu jadi roti jala si Azri ni Qaseh kerjakan.
“Eh! Alamak...Zack, I pergi dulu eh...I dah lambat nak masuk kelas ni. See u later ok. Bye!”
Terus kaki Qaseh melangkah laju. Bukan sengaja dia ingin melarikan diri daripada mereka. Tapi dia memang dah terlambat. Lagipun, dia memang tak sanggup nak berlama-lama disitu. Boleh sakit jiwa dia sebab berpura-pura tak mengenali Azri. Zack dan Azri hanya memandang sepi Qaseh yang semakin hilang dari pandangan mereka.
“Beb! Jom kita pergi lunch. Aku laparlah...” rengek Zack kepada sahabatnya itu apabila dia melihat Azri tidak berganjak hampir 2 minit dari tempatnya berdiri kerana melihat pemergian Qaseh. Dia dapat melihat cara Azri memandang Qaseh seperti ada sesuatu diantara mereka. Mungkinkah? Ataupun dia yang cemburu berlebihan.
“Ha..ah...! Jomlah...” Azri yang terkejut dengan ajakan itu menjawab dengan terpinga-pinga.
“Aik! Lain macam jer aku tengok kau bro. Apesal? Kau pun minat jugak dengan minah tu? Kau jangan...aku yang kejar dia dari waktu diploma dulu pun tak dapat-dapat. Kau nak masuk jarum plak? Macam ni, melepaslah aku...sebab aku tau aku tak leh nak bersaing dengan kau. Kau lebih hebat dari aku bab perempuan ni kan...hihihi!” Zack menepuk-nepuk bahu Azri sambil tersengih.
Ada kebenaran pada kata-katanya. Sejak menyambung pelajaran ke universiti, Azri memang digilai ramai pelajar perempuan di universitinya. Pergi kemana sahaja, pasti ada perempuan yang menegur. Mungkin juga kerana raut wajahnya yang macho, bergaya, stylo ala-ala hero hindustan Shah Rukh Khan.
Kerana itu juga Azri mula hanyut, lupa diri dan lupa tentang Qaseh yang sentiasa menunggunya. Kerana itu juga dia sanggup memutuskan hubungan yang terjalin hampir 6 tahun begitu sahaja. Sedangkan dia tahu, Qaseh telah banyak berkorban untuknya termasuk kesucian gadis itu sendiri.
Kesalahannya memang tidak boleh dimaafkan. Hanya Qaseh yang boleh memaafkan dirinya. Dia tekad untuk memohon maaf dari gadis itu, walau apa pun terjadi. Akan dia cuba menagih kasih dari gadis itu semula. Dia mesti cuba.
****
Resah sungguh Azri. Sudah hampir sebulan Azri belajar di universiti yang sama dengan Qaseh dan Zack dan juga telah beberapa kali Azri cuba untuk bercakap dengan Qaseh, namun sentiasa tidak kesampaian. Dia tahu Qaseh sengaja mengelak dari bertembung dengannya. Kali ini, dia perlu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Itupun, kerana dia terpaksa menipu pensyarah kononnya yang dia tidak faham apa yang diajar oleh pensyarah hari ini. Jadi, dia meminta kebenaran dari pensyarah agar membenarkan Qaseh mengajar dia.
Sudah pastilah pensyarah akan setuju dengan permintaannya. Ini kerana, Qaseh adalah 'best student' dalam jurusan yang mereka ambil. Dan Qaseh pula, tak mungkin akan membantah arahan pensyarah. Itu Azri tahu. Dia sudah masak dengan perangai Qaseh yang satu itu. Jika diberi arahan, pasti tugasan itu akan dibuat sebaik mungkin oleh Qaseh.
“Excuse me, kalau U nak termenung dari study baik I balik je!” marah Qaseh.
“Eh, ops...sorry! I tengah fikir tadi. Sorry eh...”Azri kaget.
Dia risau jika Qaseh benar-benar balik dan meninggalkan dia disitu. Jika Qaseh pergi, habislah peluang dia untuk berbicara dengan Qaseh berduaan sahaja. Apakan tidak, balik-balik Si Tini tu pasti ada dengan Qaseh kemana sahaja. Yang dia pula, kalau tak sibuk melayan pelajar-pelajar perempuan di universiti tersebut pasti Zack pula ada bersamanya. Jadi, bila masa dia akan ada peluang untuk berbicara dengan Qaseh. Gadis yang pernah dia cintai satu ketika dulu. Dan dia rasakan, cintanya itu seperti mekar kembali.
“So, U faham lagi ke tak apa yang I ajar ni?” soal Qaseh. Geram pula bila Azri seperti buat-buat tidak faham. Tak mungkin tidak faham langsung.
“Er...kurang faham” Azri menipu lagi. Hari ini sahaja sudah berapa kali dah dia menipu. Semata-mata untuk bersama dengan Qaseh. Menipu Zack kononnya ada discussion dengan pensyarah. Menipu mamanya, dengan alasan yang sama. Dan kini, dia menipu Qaseh pula.
“Susahlah kalau U tak faham. I memang boleh ajar apa yang I faham je.” Qaseh mula menggigit kuku. Satu tabiat yang Qaseh suka buat apabila sedang runsing atau memikirkan sesuatu.
Azri memandang muka Qaseh. Kasihan. Pasti Qaseh sedang risaukan mengenai dia. Itulah Qaseh. Seorang yang sangat bertanggungjawab. Kenapalah aku buta sangat nak menilai dia dahulu. Sedangkan dia adalah yang terbaik diantara gadis-gadis yang sering berdamping dengan aku. Fikir Azmi.
“Sorrylah saya susahkan awak.” Azri mula mengubah panggilan I dan U kepada saya dan awak. Dia lebih selesa begitu.
Qaseh memandang Azmi pelik. Pelik dengan perubahan kata ganti nama yang digunakan Azri. Namun, dia buat tidak tahu. Malas mahu layan.
“Awak...”panggil Azmi.
“Erm...”jawab Qaseh pendek sambil buat-buat memandang buku yang ada didepannya.
“Saya rindu awak. Serius saya rindu giler kat awak sebab tak jumpa awak dah hampir 10 tahun.” Azmi meluahkan rasa rindu pada Qaseh. Memang dia rindukan gadis itu sepanjang 10 tahun yang lalu. Dahulu, kemana sahaja dia pergi Qaseh akan menemaninya. Tetapi, sejak dia mula mengenali dunia luar. Qaseh dilupakan. Walaupun ingatannya tetap pada Qaseh, namun egonya lebih tinggi. Dia memandang rendah pada Qaseh kerana hanya mempunyai SPM sahaja pada waktu itu, sedangkan dia dapat menyambung pelajaran keperingkat Diploma dan kemudian lebih tinggi lagi. Kini dia tidak menyangka, Qaseh adalah rakan sekuliah dan boleh dikatakan sama taraf dengan dia di dalam pelajaran dan Qaseh lebih bagus darinya.
“Apa maksud awak rindu?” Qaseh juga sudah menggunakan kata ganti nama yang digunakan oleh Azri.
“Awak tahu ke apa maksud rindu tu?” Qaseh menyoal lagi.
“Kalau awak tak faham apa maksud rindu tu, awak tak payah cerita dengan saya pasal rindu-rindu ni ok!” sengaja Qaseh tekankan perkataan 'rindu-rindu' sewaktu bercakap.
“Awak...please...saya tahu saya salah. But, tolong bagi saya satu peluang untuk saya tebus balik kesalahan saya pada awak. Saya janji kali ini saya akan bahagiakan awak. Tolong percaya kata-kata saya. Please awak...” rayu Azri.
“No!” Qaseh sudah berdiri dari tempat duduknya. Qaseh mula mengemas buku-buku pelajarannya. Dia mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Dia tidak mahu meneruskan perbualan dia dan Azri.
Azri yang melihat keadaan itu turut bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan ketempat duduk Qaseh dihadapannya. Dia berdiri memandang Qaseh. Dia tahu, Qaseh seorang yang keras kepala. Bukannya sehari dua dia bersama gadis itu. Hampir 6 tahun hubungan mereka. Masakan dia masih tidak kenal dengan Qaseh. Walaupun begitu, Qaseh seorang yang pemaaf. Dia memang senang memaafkan orang lain.
“Qaseh, please...jangan buat Mie macam ni. Tolong maafkan Rie.” Azri merayu lagi.
“Tolong ketepi, saya nak lalu.” arah Qaseh. Nampaknya sangkaan Azri ternyata salah. Qaseh dah berubah. Dia terkejut dengan sikap Qaseh itu.
“No! I Will never let u go...sampai awak kata awak maafkan saya.” Azri menghalang Qaseh keluar dari tempat duduknya.
“Encik Saiful Azri! Tolong benarkan saya pergi sebelum saya menjerit kat sini. Awak nak ke saya buat kecoh kat sini? Awak tak malu ker?” ugut Qaseh.
“Qaseh! Sayang, please....” Azri memegang lengan Qaseh yang ingin berlalu dari situ.
Qaseh yang terkejut dengan panggilan yang Azri gunakan dan sikap Azri yang dengan selamba memegang lengannya menambahkan lagi bara dihatinya. Nasib baik berlapik. Fikirnya.
“Hei! Awak ni memang tak faham bahasa ke? Saya kata saya nak pergi, saya nak pergilah. Awak siapa nak halang saya? And one more thing I'm not your lover okey! Please remember that!” marah Qaseh. Panas betul hatinya melihatkan perangai kebudak-budakan Azri.
“You are my lover and still my lover!” balas Azri lagi.
“Since when? Don't forget yang awak pernah cakap dengan saya yang saya bukan 'taste' awak. Tak ingat? Atau awak nak saya ingatkan awak?” Qaseh betul-betul marah. Mahu je dia penampar muka lelaki tersebut. Geram.
“Awak dah berubah. Dulu awak seorang pemaaf. Senang memaafkan orang lain. Tapi, kenapa sekarang awak susah nak maafkan saya. Saya betul-betul menyesal dengan tindakan saya. Awak...please. Bagi saya peluang untuk tebus semua kesalahan saya pada awak. Saya akan baiki semuanya. Saya tahu saya banyak salah dengan awak. But, now I can change that. Just for u sayang...” Azri memandang tepat ke dalam mata Qaseh. Mencari sinar kemaafan disitu. Dia masih dapat melihat ada cinta dimata gadis itu yang masih untuknya. Sama seperti dulu. Dia tak mungkin salah.
“Untuk apa? Awak ingat hati saya ni apa? Bila awak suka awak datang, bila tak suka awak campak macam tu je! Awak ingat saya ni sampah ke?” Qaseh menengking Azri. Semua pelajar di dalam perpustaan tersebut terkejut dengan suara Qaseh. Habislah, reputasi Qaseh sebagai pelajar bersopan santun. Lepas ini mereka akan menggelar dia pelajar miang, gatal dan garang.
Dari jauh kelihatan Zack sedang berjalan ke arah mereka dengan seribu satu persoalan. Kata Azmi ada discussion dengan penyarah. Kenapa ada disini pula. Fikir Zack sambil berjalan lebih laju.
“Bro! What up?” soal Zack apabila sampai. Pelik. Azri memegang lengan Qaseh. Mereka seperti sedang berkelahi. Tapi pasal apa?
“Lepaslah!” Qaseh merentap tangannya sehingga terlepas dari pegangan Azri apabila sedar dengan kedatangan Zack. Dia menjeling Azri dengan beribu sesalan. Pasti selepas ini Zack akan banyak soal dengannya. Aduh!
“Hah! Bagus betul U datang Zack! Tolong bawa kawan baik U ni jauh dari I. Meluat tengok muka mamat ni tahu tak? Rasa nak bagi je sebijik penumbuk kat muka dia yang macho sangat tu!” Qaseh akhirnya melangkah meninggalkan Azmi bersama-sama dengan Zack. Puas hatinya dapat memerli Azri di hadapan Zack.
“Qaseh! Qaseh...!” laung Azri. Azri kembali kemeja dan mengemas kesemua buku-bukunya dengan terkocoh-kocoh dan berlari ingin mendapatkan Qaseh. Namun, sepantas kilat Zack menyambar lengannya.
“Bro, kau ni kenapa? Kau cakap apa kat Qaseh sampai dia marah macam tu sekali? Aku tak pernah tengok dia marah macam tu tau!” soal Zack sambil memandang tajam kepada Azri.
Zack perasan dari hari pertama dia kenalkan Qaseh kepada Azri seperti ada sesuatu diantara mereka berdua. Sejak itu, dia sedar tingkah laku sahabat nya itu kebelakangan ini lain sangat. Azri seringkali cuba ingin merapatkan dirinya dengan Qaseh. Kadang-kadang Azri akan menyoal mengenai Qaseh padanya. Pelik.
“Aku tak cakap apa-apa pun. Just aku tak faham dengan apa yang dia ajar aku. Tu yang dia marah kot!” Azri menipu lagi.
“Hah! Pasal study dia marah kau macam tu sekali? Tak logik langsung.” Zack masih tidak percaya dengan alasan yang diberi Azri.
“Entah! Dia period kot! Tu yang hangin semacam tu kot!” balas Azri acuh tak acuh. Kalau boleh janganlah Zack bertanya lebih lagi.
Zack mula memandang muka Azri. Mungkin juga apa yang Azri katakan itu. Mungkin Qaseh sedang naik 'bendera jepun'. Itu yang menyebabkan mood dia tak elok. Dia pun selalu dengar kalau perempuan sedang naikkan bendera memang perkara kecil pun boleh jadi perang dunia kedua. Lantas selepas itu mereka berdua berjalan seiring untuk pulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan