SHout






Khamis, 26 April 2012

Lunch Box Motivation

 Assalamualaikum...

Semalam adalah hari yang paling gembira dalam minggu ni. Suka sesangat sebab bos belanja lunch kat Restoran Serai, Empire Shopping Gallery, Subang. Kalau korang nak tahu, Lunch Box Motovation ni hanya utk staff kewangan sahaja. Nama kami akan dimasukkan dalam sebuah box dan kemudian bos kami akan cabut nama beebrapa orang untuk makan dengan beliau. Semua staff kat bahagian Qaseh akan merasa. Terharu sgt dapat bos baik macam tu. Beliau tak kedekut, dan selalu berkongsi rezeki dengan staf² dibawah beliau. So, semalam nama Qaseh naik utk makan dengan bos Qaseh tu. Dan beberapa orang staff lagi.

Memula, kami tak tahu jugak nak makan apa. Last² bos kami buat keputusan makan kat sini. Takut jugak nak masuk restoran ni memula sbb nampak macam ekslusif. Kemudian kami teragak-agak jugalah nak buat pesanan. Risau dengan harganya. Hahah...Dan akhirnya Qaseh memesan Serai Pallate dan Ais Lemon Tea. Yang lain dengan menu diorg. 
 
Memang sedap. Siyes, kalau Qaseh mampu rasanya hari2 nak makan kat sini. Air dia pun nampak sedap. Bos Qaseh order air Serai Ais Tea. Entah sedap ke tak...tak pasti pula. Tapi memasing nampak teruja lah kan...Teruja sebab makan free...hahah
 
 
 
Kemudian bos Qaseh order pula pencuci mulut. Apa nama kek nie pun Qaseh tak pasti. Bos Qaseh kata dia buat dari putih telur. Siyes rangup, manis dan masam2 sebab ada anggur ngan strawberi. Memang taste sgt2.

 
Hehehe...bila nak bayar tu kami masing² pandang sesama sendiri. Memang sedap.. duit nak byr pown sedap. Ades, cian bos Qaseh. Tapi, beliau kata tak kisah. Sekali sekala. Alhamdulillah.. dah rezeki kami semua semalam. Hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 ulasan:

Eza Boom Boom berkata...

nyum2.. sodapppp!!

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail