Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang romantik. Seseorang yang boleh menjaganya- seseorang yang boleh menjadi pelindungnya. Tapi berapa ramai lelaki di luar sana yang betul-betul romantik yang menjadi idaman setiap wanita?
Yang tidak menyakitkan hati, menjaga perasaan, mengetahui kehendak dan mengawal sesuatu agar sentiasa dalam keadaan aman?
Wanita tidak mengharapkan kekayaan, hensem seseorang lelaki itu., tetapi lelaki yang bertanggungjawab, beriman, menjaga hati wanitanya.
Ingat la lelaki.. wanita ini jika hatinya selalu terguris. Dia akan pergi menjauhkan diri walaupun hatinya menyayangi kamu. Di saat dia kuat, dia akan tetap bertahan.. Dan seandainya dia sudah rebah dan melangkah kaki.. saat itu baru kamu merasa kehilangan seorang wanita yang sangat setia dan menyayangi kamu.
Jadi.. ingatlah.. jagalah perasaan dan hormati la dia.. kerana tanpa wanita.. kamu tiada di dunia.. sehebat manapun kamu wahai lelaki.. syurga kamu tetap di telapak kaki seorang wanita ~ iaitu ibu kamu~ dan betapa bertuah seorang wanita.. dosa dan syurganya jika belum berkahwin di bawah tanggungan ibu bapa dan jika dia bersuami, kamu yang harus menangung.
Maka, bersedia dan jadilah lelaki yang baik yang boleh membimbing wanita bukan lelaki yang merosakkan dan menyakitkan wanita itu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan