SHout






Isnin, 5 Mac 2012

Hargai Bila Ada...

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥


 

Perbualan seorang suami dan isteri sebelum mereka berpisah.
#Situasi 1
Suami  :  Awak ni...kenapalah kopi awak ni tawar je? Tak ada gula ke?
Isteri    :  Saya dah letak lah...kenapa awak ni suka sangat nak komplain je? 
#Situasi 2
Suami  :  Awak ni...kenapalah masak lauk kering je? Buatlah kuah ke...ish...
Isteri    :  Tadi awak kata lapar...saya masaklah apa yang ada dalam peti ais tu...kalau nak sedap-sedap...tolonglah saya pergi kedai beli barang dapur. Jangan pandai mengarah je!

#Situasi 3
Suami  :  Awak ni...kalau tak membebel satu hari tak boleh ker? Bising lah...bingit telinga saya...
Isteri    :  Mestilah saya bising, saya penat buat kerja rumah satu hari suntuk...awak balik main campak je stoking awak merata-rata...

#Situasi 4
Suami  :  Awak ni...kenapalah awak tak pandai nak ikat tali leher saya? Dah berapa kali saya ajar?
Isteri    :  Awak...saya memang tak pandai nak ikat tali leher lah...saya dah tolong ikatkan kira ok tau!


Setelah berpisah masing-masing berkahwin dengan pilihan hati masing-masing. Beberapa ketika mereka mula merindui bekas pasangan masing-masing...
#Situasi 1
Ex-Suami  :  Kenapalah isteri aku ni buatkan teh untuk aku? Aku tak suka minum teh...kan bagus kalau ex-wife aku ada...dia tahu aku suka minum kopi walaupun kopi dia tawar...
Ex-Isteri    :  Suami aku skung minum je apa aku buat...tak tegur pun tawar ke manis ke...kalau dulu ex-husb aku suka tegur kopi aku tawar...sekurang-kuranya aku tahu aku buat salah...

#Situasi 2
Ex-Suami  :  Kenapalah isteri aku ni aku ni suka beli makanan fast-food? Ex-wife aku dulu suka
                     masak kat rumah dan masakan dia pun sedap...rindunya masakan dia...
Ex-Isteri    :  Suami aku skung ni suka sangat bawa aku mkn kat luar...aku rindu nak memasak...

#Situasi 3
Ex-Suami  :  Kenapalah isteri aku ni biar orang gaji yang basuh dan kemas rumah? Aish...takkan x boleh kemas sendiri dan basuh sendiri...
Ex-Isteri    :  Hai lah...boringnya, semua kerja orang gaji yang buat...aku tak der keje nak buat...boringnya...

#Situasi 4
Ex-Suami  :  Kenapalah isteri aku ni suh aku sendiri yang ikat tali leher...aku dah lambat nie...adus...boleh dia tidur jer...
Ex-Isteri    :  Kenapalah dia tak kasi aku ikat tali leher dia? Memanglah aku tak pandai...sekurang kurangnya aku ikhlas nak ikatkan...ex-husb aku dulu walaupun aku tak pandai...dia masih suruh aku ikatkan jugak...

so, korang dah faham sekarang??? Tolonglah hargai apa yang ada depan mata korang...bila dah takder nanti mesti korang rindu punya...

3 ulasan:

Lily RIna berkata...

Betul tu, hargailah sementara si dia masih ada :)

Naniey TJ berkata...

Salam Qaseh
huhuhu... Naniey TJ di sini...
dah lama nani perasan Qaseh slalu komen kt blog nani... nani je baru b'kesemptn melaeat blog Qaseh.... sukalah layout blog qaseh cantik...
(ni bkn sese pujian nk amik ati k... ikhlas ni)

tq atas komen anda.... xsangka qaseh pon pndai menulis... good job... moga menjadi penulis yang baik....:))

einz berkata...

hehehe...loike~

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail