SHout






Rabu, 15 Februari 2012

Cerpen : Cinta Teristimewa

"Abang...sayang benarkan abang berkahwin dengan dia. Sayang ikhlas. Ikhlas untuk menolong dia. Dia perlukan kita abang...Demi anak-anak dia. Abang tak kasihan ke, melihat budak-budak tu tanpa ayah mereka? Kita ikhlas bang...please...Kita tolong dia yer?" Lia memandang suaminya yang dalam kebingunan. Dia tahu, permintaannya itu suatu yang mustahil. Namun, kerana sifat kemanusiaan dan perasaan belas Lia yang tinggi melangit itu, dia sanggup mengenepikan perasaannya sendiri.
 
Isteri mana mahu dimadukan? Isteri mana madu diduakan? Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih? Jika diberi pilihan, Lia tidak ingin membuat keputusan ini. Namun, ini sahaja jalan yang ada. Niatnya hanya ingin membantu. Membantu seorang insan yang tidak berupaya. Apabila Lia mendengar cerita Rohayu, dia terus menjadi simpati. 
 
Rohayu, seorang ibu tunggal anak tiga. Ditinggal suami pertama kerana dia tidak sanggup melihat dan bersubahat dengan sikap suami pertamanya itu. Kehidupan bekas suaminya itu sangat kebaratan. Dia tidak mahu anak-anak mereka membesar dengan cara begitu. Sungguh! Ibu mana yang ingin melihat anak membesar di dalam keadaan yang penuh dengan dosa. Jauh dari ciri-ciri kehidupan Islam. Arak, disko, dadah sudah menjadi kebiasaan. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk bercerai. Anaknya, Umairah diberi hak penjagaannya kepada Rohayu. Setiap bulan, bekas suaminya akan mengirimkan duit, khas untuk perbelanjaan seharian Umairah. Duit itulah yang menampung belanja harian Rohayu sehingga sekarang. 
 
Kali ini, dugaan yang diberikan kepada Rohayu lebih dasyat. Mahkamah telah memutuskan bahawa dia dan suami keduanya sah bercerai dengan talak tiga. Hampir terduduk sewaktu Rohayu mendengar keputusan hakim Mahkamah Syariah itu. Tidak dia sangka. Begitu juga suaminya. Bagaimana? Bagaimana boleh jadi talak tiga? 
 
Rohayu mengingati semula hari dia bergaduh besar dengan suaminya itu. Ya, suaminya ada memarahi dan menyuruhnya pulang dari pejabat. Namun, Rohayu ingkar. Suaminya yang sedang marah, malah dihasut pula syaitan laknatullah melafazkan kata-kata talak kepada Rohayu. "Kau tak nak balik ye..baik! Sekarang aku ceraikan kau talak dua. Kau dengar tak?" Namun, Rohayu telah pun meletakkan telefon sewaktu talak di lafazkan. Kemudian dia pulang juga ke rumah kerana tidak sedap hati. Sampai di rumah, suaminya telah pun menunggu. Pergaduhan antara mereka menjadi lebih teruk. Kali ini, suaminya melafazkan lagi talak kepada Rohayu. "Awak dengar tak? Saya ceraikan awak talak dua!" 
 
Suami Rohayu memberitahu mahkamah tujuan talak itu dilafazkan bagi mengulangi apa yang dia lafazkan di dalam telefon. Namun, hakim mengatakan talak tiga tetap jatuh. Kerana lafaz talak tidak boleh dibuat main. Dengan niat atau tidak. Talak tetap akan jatuh. 
 
Berbagai cara telah Rohayu cari untuk kembali bersama suaminya. Anak-anak pula rindukan ayah mereka. Rohayu buntu. Puas dia bertanya kepada ustaz dan pejabat agama. Namun, jawapan yang dia terima sama sahaja. Kemudian, Rohayu mendapat tahu dia hanya boleh kembali bernikah dengan suaminya apabila dia telah berkahwin lain dan dia diceraikan oleh suami barunya itu. Akhirnya, Rohayu membuat keputusan untuk mencari 'Cina Buta' untuk menyelesaikan masalahnya.
 
Akhirnya, Rohayu berjumpa dengan Lia. Itupun secara tidak sengaja melalui sebuah forum di laman sesawang. Dari situlah Lia membaca kisah-kisah Ayu dan di terpanggil untuk menolong wanita itu. Dia pun tidak tahu kenapa. Yang pasti, dia tidak mahu nasib anak-anak Rohayu sama sepertinya di waktu kecil. Kekurangan kasih sayang ayah memang menyakitkan. Lalu, niat Lia itu disampaikan kepada suaminya yang tercinta. Dia berharap yang suaminya itu akan sudi menolong.Namun, sehingga kini suaminya mendiamkan diri. Puas dirayu dan dipujuk suaminya itu agar sudi memperisterikan Rohayu. Tetapi, jawapan yang diterima hanya sifat diam yang ditunjukkan suaminya.

Kamal pelik dengan sikap Zahlia. Bagaimana isterinya itu tergamak menyuruh dia menjadi 'Cina Buta'? Tidak sayangkah isterinya itu kepada dia? Tidak tahukah isterinya itu bahawa 'Cina Buta' itu haram? Niat tidak menghalalkan cara. Telah dia cuba menerangkan kepada isteri kesayangannya itu. 
 
"Bang, sayang tidak suruh abang berkahwin dengan dia hanya untuk menceraikan dia. Tidak! Sayang tidak berkata begitu bukan? Sayang hanya suruh abang berkahwin dengan dia seperti perkahwinan biasa. Menerima dia dan anak-anak dia seadanya. Bila pula sayang suruh abang berkahwin kemudian bercerai?" terang Lia. Rupanya suaminya tidak faham tujuan sebenar. Ya Allah, bagaimana aku boleh bertindak begini? Adakah hikmahmu disebalik kejadian ini? Lia yakin cadangan perkahwinan ini kelaur dari akalnya yang waras. Ya, dia masih waras. 

"Habis tu, Lia nak apa sebenarnya? Bukan itukah tujuan asal Lia?" Kamal masih tidak faham apa niat sebenar isterinya itu. 

"Abang..Lia masih waras abang. Lia masih tahu mana yang halal dan mana yang haram. Mana yang baik dan mana yang buruk. Anak-anak Ayu hanya perlukan seorang bapa. Dan..Lia mahu abang menggantikan ayah mereka tu. Tak salahkan. Besar pahalanya abang membantu seorang wanita yang tidak berupaya. Dan.." kata-kata Lia berhenti disitu. Pahit untuk dia luahkan, namun dia sudah terlanjur berjanji. Jadi, dia perlu menunaikannya. "Dan..Lia izinkan abang berkahwin dengan dia. Lia..Lia..rela bang..." hampir gugur airmata Lia waktu melafazkan keizinannya itu. Entah mengapa, hatinya seperti dihiris-hiris. Ya Allah, betulkah keputusanku ini? Lia menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa.

"Lia betul-betul izinkan? Tapi..abang tidak kenal dia. Mahukah dia menjadi isteri kedua abang?" soal Kamal lagi.

"Pasal perkara itu, abang janglah risau. Kami dah berbincang berdua. Yang penting..abang dan dia berkenalanlah dahulu. Ini nombor telefonnya." Lia menghulurkan sekeping kertas yang diatasnya tertera nombor telefon bimbit Rohayu. "Nanti, abang berboraklah dengan dia. Boleh kenal-kenal lebih rapat lagi...ya..."sambung Lia lagi. Sejurus itu, Lia berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia ingin merehatkan badannya yang seharian penat bekerja di pejabat.

Kamal merenung nombor itu. Lama. Perlukah aku telefon sekarang? Kamal masih ragu. Dia merenung nombor telefon itu dan kemudian memandang pula telefon bimbitnya di atas meja. Rasanya dia perlu berbicara dengan wanita yang dipanggil Ayu oleh isterinya itu. Dia perlu menunaikankan hasrat isterinya. Tidak sampai hati untuk menolak kemahuan isterinya yang seorang itu. Untuk menerima juga dia keberatan. Akhirnya...dia membuat keputusan...

Kini, sudah hampir tiga bulan hubungan percintaan antara Kamal dan Rohayu. Sungguh tidak disangka, dia akan jatuh cinta pada Ayu. Dari lembut bicara wanita itu melayannya di telefon membuatkan dia lupa pada isterinya, Lia. Kamal mula membandingkan sifat Ayu dan Lia, isterinya. Dia tidak tahu kenapa mesti dia membandingkan sebegitu. Betullah kata orang tua-tua, bila bercinta semuanya indah belaka. Cinta isterinya, Lia sudah hilang entah kemana. Kini Kamal nekad untuk memperisterikan Ayu walaupun di halang oleh keluarganya. Dan kini, Lia juga seperti tidak merestui hubungannya dengan Ayu. Dia juga sering bertelingkah dengan Lia. Dan asas pergaduhan mereka pastinya mengenai Ayu. Apa saja yang dilakukan oleh Lia, tidak kena pada mata Kamal. Mulalah Kamal akan membandingkan dengan Ayu. Ayu yang lembut, pandai mengambil hati, tidak meninggi suara. Argh! Semuanya Ayu. Dan setiap kali itulah Lia akan terasa hati. Lalu, mereka akan bergaduh.

Lia sentiasa menangis seorangan di dalam bilik. Manakan tidak, setiap malam suaminya akan berbual dengan Ayu sepanjang malam. Hatinya sakit. Pedih. Hanya Allah s.w.t yang tahu. Kenapakah suaminya itu berubah sebegitu rupa? Tidak cintakah lagi dia padaku? Fikir Lia. Adakah kerana Ayu lebih baik darinya? Jika begitu, aku kena lebih baik dari dia. Lia tekad. Dia akan melayan suaminya sebaik mungkin untuk mengambil semula hati suaminya itu. Setiap pagi Lia akan sediakan teh suam untuk diminum Kamal. Pulang dari pejabat, walaupun penat Lia akan masak makan malam untuk suaminya. Pabila tiba hujung minggu, dia akan berhias cantik walaupun tidak kemana-mana.

Kamal menjadi pelik dengan perubahan isterinya itu. Buang tabiat mungkin. Teka Kamal. Namun, dia senang dengan perubahan Lia. Dia merasakan dirinya dihargai. Dia pasti. Lia berubah kerana takut kehilangannya. Lia cemburu? Ya! Lia cemburu. Susah untuk dia melihat Lia cemburu. Kerana Lia bukan seorang yang kuat cemburu. Mungkin kedatangan Ayu menggugat Lia? Mungkin..herm, dua-dua cantik. Dua-dua baik. Fikir Kamal lagi. Beruntung mempunyai dua wanita ini. Kamal tersenyum-senyum sendiri. Dia menyintai kedua-duanya. Namun, cintanya pada Lia lebih lagi. Cinta Lia telah terpahat di dalam hatinya. Telah tersemat kemas. Tak mungkin boleh di ganti. Tapi..kehadiran Ayu, menyebabkan aku tidak nampak Lia. Kenapa? Sedangkan, aku rindu pada Lia. Rindu untuk membelai Lia. Bergurau manja dengan Lia.Tetapi, apabila Lia berada di hadapanku...perasaan marahku meluap-luap. Tiba-tiba aku menjadi marah kepada dia? Apa salah dia? Kenapa dengan diri aku? Bukankah aku sudah berjanji akan menjaga dirinya hingga ke hujung nyawa? Dan, aku berjanji tidak menyakiti hatinya. Tiada lagikah cinta dihatiku untuk Lia? Kamal pusing memikirkan keadaannya itu. Dia pasti. Dia masih cintakan isterinya itu. Cuma, mungkin kehadiran Ayu menyebabkan dia buta.

p/s: sambung yer...penat nak taip dah...hihi...
 
 

3 ulasan:

einz berkata...

warghhh...cepat smbg qaseh...nga syok baca ni..ngee....susah gak pmpn ni...cm ade something je sal ayu tu..ngeee

Iffah Afeefah berkata...

patut kembangkan lagi plot die

tapi best cte nye

Ezara Hisham berkata...

Tak ada sambungan ke?

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail