SHout






Rabu, 8 Februari 2012

Chicken Pox? Macamana nak ubat?

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Kawan-kawan mesti hairan, kemanakah Qaseh sepanjang minggu lepas. Betul tak? Minta maaf Qaseh bukan sengaja nak meninggalkan kawan-kawan semua. Tetiba terkena penyakit cacar air. Semua tau ker apa cacar air tu?

''Chicken Pox'' tau? Hah, itulah dia....

Ibu Qaseh kata ada dua jenis cacar nie...Satu halus satu besar..Apa yang ''halus'' apa yang ''besar erk''? Yang halus nie biasa orang panggil campak...biasa yang kena adalah bayi atau budak kecil...
 
Dan yang ''besar tu'' biasa orang panggil ''chicken pox''...tak tau apa yang beza...padahal, penyakit yang sama jer..hihii...

Nak dijadikan cerita, camana Qaseh leh terkena pun tak tau..Mula2, badan rasa nak demam jer...sakit kepala yg amat sangat..Qaseh ni jarang demam, sekali demam boleh berlanjutan seminggu jugalah..

Pada mulanya, Qaseh tak syak apa-apa...Biasalah kan demam, mesti sakit kepala..Waktu Qaseh minta ibu Qaseh picit kepala Qaseh, macam ada benda atas kepala Qaseh...Qaseh mengadu pedih pada ibu...minta ibu jangan picit kuat sangat. Kemudian ibu intai lah kepala Qaseh. Ibu pelik sebab Qaseh rasa pedih, tetiba ibu jerit...

''Ngah, angah kena chincken pox ni''!
Erk! Qaseh terkedu. Qaseh tanya pada ibu, ''Bukan ker dulu kecik2 dah kena. Kenapa kena lagi?''
Ibu Qaseh jawab, ''itu campak halus, ini chicken pox. Mana sama'' 

Aik! Apa yg tak sama? dalam bahasa melayu sama jer nama dia...CACAR AIR. Apa-apa je lah.

Nasib baik Qaseh dah berpengalaman menjaga adik2 yang pernah kena penyakit nie, jadi Qaseh tak lah risau sangat...tahu cara-cara nak mengelakkan biji ''chicken pox'' tu naik kat muka. Orang-orang tua kata letak bedak sejuk kat muka. Insyallah biji tu takkan naik pada muka. 
 
Alhamdulillah, sesungguhnya petua itu benar belaka. Hihi...risau juga kalau naik di muka. Macamana nak pergi kerja, aish...hehehe...mesti jatuh saham...

Dan lagi, untuk mengelakkan biji tu menjadi banyak dan gatal yang teruk...Qaseh mengelakkan diri dari menggoreng, memakan makanan bergoreng, berminyak, ayam, seafood dan sewaktu dengannya. 
 
Kenapa? Hah, ni pun pesan orang tua-tua jugak tau...kalau ada orang dalam rumah yang terkena penyakit nie...tolong jangan memasak iaitu paling tepat ''menggoreng'' di dalam rumah...kerana asap yg keluar sewaktu kita menggoreng tu akan menyebabkan badan orang yang terkena tu gatal-gatal.
 
Makan makanan bergoreng dan tidak berpantang akan menyebabkan cacar tersebut menanah dan gatal...korang nak ker bila dah menanhah akan jadi luka...bila luka akan ada parut...ee...takmahu..ngeri...

Ibu Qaseh ada juga kata, baring atas daun mambu boleh menghilangkan gatal. Tapi, Qaseh tak da lah baring atas daun tu. Mana nak jumpa, tengah-tengah bandar nie. Hihihi....

Waktu Qaseh ke hospital berjumpa dengan doktor, Qaseh ada tanya...tak ada ubat pelali untuk penyakit nie ker? Doktor kata ada. Kita pernah diberi waktu kita bayi dahulu diantara umur 12 hingga ke 18 bulan, kanak-kanak bawah 13 tahun dan selepas 13 tahun pun diberi. Tapi Qaseh tak ingat pun. Ada ke eh?

Tapi, sebenarnya tujuan penyakit ini adalah untuk membentuk sistem imun badan dan akan memberi ketahanan sepanjang hayat. Sebab tu yang campak ''besar'' nie sekali jer kita kena. Sebab badan kita dah imun.

Okey, Qaseh dah jadi doktor tak bertauliah pula. Apa-apa pun Qaseh bersyukur sebab tak lah teruk sangat parut kat badan Qaseh. Ibu Qaseh pun puji sebab pandai jaga makan. Dan yang paling penting tak merosakkan muka Qaseh yang sememang tak lawa nie. Hihi...Syukur sangat. Alhamdulillah.


3 ulasan:

Reena Sidek berkata...

Kesian nye... semoga cepat sembuh Qaseh...

Kena jaga betul2... takut chicken pox tu tinggalkan kesan kat badan...

Unknown berkata...

nur xingt la pnh kene ke x chicken pox nie..kalu cmpk wktu keck penh la..dlu mse adk kene memg kecian tgok..dy ckp skit.. hbs tlg2 pon rse skit.. + org tua2 ckp minum air kelpa n mandi ngn air tue ubt jgk..wallahualam..tp bkesan jgk la :)

amniey91 berkata...

mmg petua dia xnak bagi berlarutan ke muka kena pakai bedak sejuk ea?

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail