SHout






Selasa, 7 Februari 2012

Tutup Mulut Bila Menguap!!!

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Nie nak cerita tentang menguap...
Ibu Qaseh selalu mearah jika menguap tak tutup mulut..
Dulu pelik jugak..kenapa eh ibu cakap macam tu?
Kalau bayi menguap pun kita disarankan tutup mulut bayi tu kan..
Mesti ada sebab bila orang-orang tua nasihat..
Betul tak?

So, Qaseh ada jumpa pasal menguap nie..
Rupa2nya ada hadith mengenai menguap nie...
Jom baca...
 
Apakah yang dimaksudkan dengan menguap ( tatha’ub) ?. 
Menguap bererti layu dan malas.
Menguap terjadi kerna kerana minimumnya oksigendalam tubuh.
Biasanya,orang menguap apabila tubuh letih,malas,bosan atau mengantuk.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: 
“Menguap itu daripada syaitan.Oleh itu jika menguap,tahanlah sedaya yang mungkin.Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘haa’, syaitan tertawa menyaksikannya.” 
( HADIS RIWAYAT BUKHARI)
 
Syaitan menyukai orang yang tidak menutup mulut ketika menguap. 
Di samping itu,virus akan keluar dari mulut dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit. 
Ulama menganjurkan kita, jangan membuka mulut apabila menguap dan terus membaca Auzubillahiminasyaitanirrajim Bismillahirahmanirrahim supaya tidak ditertawakan syaitan. 
 
Syaitan menyukai sifat malas dan dungu, sedangkan agama menganjurkan umatnya untuk giat bekerja lagi beramal.
 
Jadi, lepas nie kalau menguap jangan lupa tutup mulut yer..
Jangan mengaup macam kucing nie pulak..


 
kikiki...peace...heheh

6 ulasan:

Hafizin Jamil berkata...

mengaup & mearah..haha

Unknown berkata...

tak sopan menguap tak tutup mulut ;)

Ujie Othman berkata...

ustaz masa sekolah rendah dulu ajar..menguap kena tutup mulut supaya setan tak masuk.

tutup pulak dgn tangan kanan. sbb tangan kiri utk cebok, kalau terpaksa guna..guna bhg atas tgn (bkn tapak tgn).

Unknown berkata...

tgok kucink tu menguap rase nk menguap la plak.hehehe

org ckp menguap ni boleh berjangkit.. :)

kis berkata...

silalah tutup mulut time menguap, bau mulut terhidu nanti....(^_^)

Reena Sidek berkata...

betul tu... kadang2 menguap ni nampak tak senonok jer rupa...
Biasa nye sy tutup mulut dan sebut Auzubillahiminasyaitanirrajim jer...
lepas ni kena tahan bila menguap..

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail