SHout






Isnin, 27 Februari 2012

Jom Belajar Tajwid

♥๑۩۩๑▬● ••••Assalamu'alaikum •••• ●▬๑۩۩๑ ♥
 
Heh, ngigau apa nak belajar tawjid kan dah besar2 macam ni...
Hah!! jangan fikir macam tu okey
Selagi kita ada nafas, jangan jemu belajar...
Lagi2 pelajaran yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan dalam agama...
Tak penting dah besar ke kecik ker...
Malaikat maut datang cabut nyawa tak kira kecil atau besar...
maaf terlanjur kata...marah sebenarnya bila ada yang kata...
"Dah besarlah, malu nak belajar...mana ada ustazah @ ustaz nak ajar"

Ok, kalau macam tu meh Qaseh ajar...
bukan nak menunjuk atau apa...just kita kongsi sesama kita ilmu yang ada...
insyallah untuk kebaikan diri kawan-kawan dan diri Qaseh sendiri insyallah...
dan Qaseh ingat setiap hari selepas solat isyak, Qaseh akan keluarkan satu entri pasal tajwid ni...
Korang kisah tak? hihi...Qaseh tak kisah pun...

Pelajaran pertama kita malam nie mengenal
 
Apa itu Ilmu Tajwid
 
 Ilmu tajwid adalah ilmu mengenai tentang cara-cara membaca Al-Quran menurut hukum-hukum tajwid yang tertentu dengan menyebut makhraj huruf yang sesuai sifat-sifatnya.

Faham tak?? (Faham....ustazah...hihhihiii)

 
Hukum Belajar Mengenai Ilmu Tajwid

Hukum belajar mengenai Ilmu Tajwid adalah FARDU KIFAYAH dan membaca serta beramal dengannya adalah FARDU AIN bagi tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Firman Allah didalam surah Al-Muzammil ayat 4 bermaksud:-
 "Dan bacalah olehmu Al-Quran dengan tartil"

APA MAKSUD TARTIL??
 
Tartil ialah bacaan yang smepurna sederhana serta cermat menyebut huruf yang dibacanya dengan tepat seperti yang dikehendaki.
Contohnya:-
 Seperti tempat yang mesti dengung, didengungkan...
Hukum-hukum Mad yang mesti dipanjangkan mengikut harakat masing-masing dan hukum Ra' yang perlu ditebalkan atau dinipiskan.

Juga hukum-hukum seperti Ikhfak, Izhar dan Idgham  yang mesti disempurnakan mengikut hukum masing-masing.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-
 
 "Sebaik-baik dari kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain pula..."
 
So, jadinya disini kalau kita tak mampu jadi seperti mereka yang mengajar (Ustaz @ ustazah...bukan Qaseh yer...kikihkih...) sama ada disekolah atau di surau sekurang-kurangnya kita boleh mempraktikkan ilmu yang dipelajari kepada ahli keluarga ataupun kepada jiran serta anak-anak yang memerlukan bimbingan kita tentang bacaan Al-Quran.
So, adalah menjadi kewajipan kita memperbetulkan bacaan mereka yang memerlukan bantuan kita sekadar yang kita mampu walaupun kita ni tak der tauliah atau pengiktirafan utk mengajar Al-Quran...
 Betul tak??? So...korang kena rajin belajar k...jangan malas2...jadi, Qaseh pun akan rajin ajar korang...kita sambung next entri k...
 
p/s: huhuh...terpanjang plak entri kali nie...


 
 

1 ulasan:

.........cP~ berkata...

Saya pun masih nak belajar perbetulkan bacaan saya. Tak ada istilah tua muda dalam nak menuntut ilmu ni. Lebih-lebih lagi ilmu membaca Al-Quran. Kalau dah tua ni la lagi kena bersungguh belajar. takut tak sempat.

 

Template blog dihasilkan oleh alif ismail